Daerah Betong
Daerah Betong ialah sebuah daerah di wilayah Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1][2] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang dimana merangkumi Pusa, Spaoh, Debak, Maludam, Saratok, Roban, Kabong, Betong, dan Nanga Budu.[3] Sebelum ini, ia terletak dibawah pentadbiran Bahagian Sri Aman dengan nama Saribas. Majoriti penduduk yang tinggal di daerah ini ialah masyarakat dari etnik Iban dengan jumlah penduduk seramai 109,376 orang.
Daerah Betong بتوڠ | |
---|---|
Koordinat: 1°24′45″N 111°31′30″E / 1.41250°N 111.52500°EKoordinat: 1°24′45″N 111°31′30″E / 1.41250°N 111.52500°E | |
Negara | Malaysia |
Wilayah | Sarawak |
Bahagian | Bahagian Betong |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Betong |
• Pengerusi | Alfred Geling anak Ason |
• Jumlah ahli | 36 orang |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,493.69 km2 (962.82 batu persegi) |
Penduduk (2022) | |
• Jumlah | 208,673 |
• Kepadatan | 84/km2 (220/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Kawasan pentadbiran utama bagi daerah ini ialah Bandar Betong. Daerah Betong mempunyai keluasan lebih/kurang 1,547 kilometer persegi (154,700.0 he) yang juga merupakan daerah terbesar dalam Bahagian Betong.[4] Terdapat dua daerah kecil yang dibawah daerah Betong iaitu Debak dan Spaoh.[3]
Etimologi
suntingNama "Betong" diambil sempena dari pokok buluh tempatan yang banyak terdapat disitu yakni buluh betong. Nama saintifik bagi buluh Betong ialah Dendrocalamus asper.[5][6]
Sejarah
suntingSebelum daerah Betong terbentuk dalam Bahagian Betong, ia terletak di bawah pentadbiran sepenuhnya Bahagian Sri Aman dengan nama sebagai "Daerah Saribas". Pada 26 Mac 2002, ia telah dipisahkan sepenuhnya daripada Bahagian Sri Aman dan telah membentuknya daerah serta bahagian baharu yang sekarang dikenali sebagai "Bahagian Betong". Bandar Betong telah dipilih sebagai pusat pentadbiran daerah dan nama bandar tersebut dipilih sebagai nama bahagian.[6] Betong adalah sebuah petempatan yang amat penting dari segi sejarah Negeri Sarawak kerana terdapat banyaknya peristiwa penentangan pemerintahan Brooke berlaku di sini.[6]
Demografi
suntingPopulasi penduduk
suntingBerdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2022, jumlah populasi penduduk dalam kawasan Daerah Betong adalah seramai 208,673 orang penduduk.
Dalam statistik ini juga didapati bahawa masyarakat etnik Iban mencatatkan jumlah penduduk yang paling ramai di daerah Betong iaitu dengan jumlah sebanyak 109,376 orang penduduk. Ini diikuti oleh masyarakat dari etnik Melayu dengan jumlah penduduk sebanyak 35,864 orang penduduk, manakala populasi masyarakat etnik Cina pula adalah sebanyak 29,958 orang penduduk.
Jumlah penduduk yang berasal dari etnik Orang Ulu adalah sebanyak 17,633 orang, manakala jumlah populasi penduduk yang berbangsa Bidayuh hanya berjumlah 10,197 orang penduduk. Sebanyak 5,645 orang penduduk sahaja yang berasal dari kalangan etnik minoriti yang lain.
Agama
suntingNo. | Kategori | Jumlah (orang) | Agama | Jumlah (orang) |
---|---|---|---|---|
1 | Warganegara Malaysia | 208,673 | Islam | 35,932 |
2 | Katolik Anglikan | 31,028 | ||
3 | Roman Katolik | 75,818 | ||
4 | Buddha | 15,867 | ||
5 | Taoisme | 11,364 | ||
6 | Hindu | – | ||
7 | Bahaisme | – | ||
8 | Mazuisme | 15,823 | ||
9 | Katolik Adventisme | 5,827 | ||
10 | Lain-lain agama | 17,014 |
Rujukan
sunting- ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
- ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
- ^ a b M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
- ^ "Peta Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 20 November 2020.
- ^ Roskov Y.; Kunze T.; Orrell T.; Abucay L.; Paglinawan L.; Culham A.; Bailly N.; Kirk P.; Bourgoin T.; Baillargeon G.; Decock W.; De Wever A.; Didžiulis V. (2019). Species 2000 & ITIS Catalogue of Life: 2019 Annual Checklist. Species 2000: Naturalis, Leiden, the Netherlands. ISSN 2405-884X.
- ^ a b c "Sejarah Daerah Betong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 20 November 2020.
Pautan luar
sunting- Pentadbiran Bahagian Betong. Dicapai pada 12 Julai 2020.