Bahasa Lao (ພາສາລາວ phaasaa laao) (BGN/PCGN: phasa lao, IPA: [pʰaːsaː laːw]) merupakan bahasa rasmi negara Laos. Ia merupakan bahasa tonal dari keluarga bahasa Kradai dan keluarga Tai. Dialek bahasa Lao dituturkan di Thailand Timur Laut sebagai bahasa Isan. Selain sebagai bahasa utama bangsa Lao, bahasa Lao merupakan bahasa kedua bagi pelbagai suku bangsa di Laos dan Isan. Seperti halnya bahasa-bahasa di Laos, bahasa Lao ditulis dengan huruf abugida. Walaupun tidak ditetapkan sebagai standard rasmi, dialek Vientiane secara amnya ialah dialek rasmi bahasa Lao.

Bahasa Lao
ພາສາລາວ phaasaa laao
Asli kepadaLaos, Thailand, Amerika Syarikat, Perancis, Kanada, China
Penutur bahasa
3,188,577 (1991)
Tulisan Lao
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Laos
Kod bahasa
ISO 639-1lo
ISO 639-2lao
ISO 639-3
lao
Seorang penutur bahasa Lao

Sejarah

sunting

Bahasa Lao ialah turunan kepada bahasa Tai yang dituturkan di kawasan yang sekarang disebut Cina selatan dan Vietnam sebelah utara (Yue). Daerah-daerah tersebut dianggarkan menjadi tempat asal bahasa Tai dan beberapa bahasa berkaitan yang dituturkan oleh kelompok minoriti yang saling terserak-serak. Akibat pengembangan bangsa Han dan serbuan bangsa Mongol, orang-orang Tai berpindah ke arah selatan menuju India, turun ke lembah Sungai Mekong, dan ke selatan hingga sampai di Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah lisan penghijrahan orang Tai terpelihara dalam bentuk legenda Khun borom. Di tempat yang sekarang disebut Laos, orang-orang Tai menyerap bahasa-bahasa atau tidak lagi memakai bahasa yang ada dulu seperti Mon-Khmer dan bahasa-bahasa Austronesia. Walaupun tersepit di antara persaingan kuasa antara Siam dan Vietnam, orang Laos masih boleh membentuk identiti nasional dan mengintegrasikan dialek-dialek mereka menjadi bahasa bersama.