Sijil Pelajaran Malaysia
Rencana ini nampaknya ditulis seperti menggalakkan penunjukan prestasi kedudukan sekolah-sekolah di Malaysia. (Jun 2023) |
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa Tingkatan 5[1]. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan sekolah menengah[2].
SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.[3][4] Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM[5], Matrikulasi[6][7] atau Asasi. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.[8]
Untuk peperiksaan SPM mulai tahun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia mula menggunakan format baharu KSSM menggantikan format lama KBSM[9][10][11]. Bagi kertas Bahasa Inggeris pula, Kementerian Pendidikan mula menjajarkan format peperiksaan Bahasa Inggeris agar sejajar dengan Common European Framework of Reference (CEFR)[12] yang digunakan diperingkat antarabangsa.
Subjek teras
Subjek-subjek tertentu adalah wajib. Antaranya ialah :
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan | Syarat Khas |
---|---|---|---|
1103 | Bahasa Melayu | Bahasa Melayu | |
1119 | Bahasa Inggeris | Bahasa Inggeris | |
1223 | Pendidikan Islam | Bahasa Melayu | Diambil oleh pelajar beragama Islam sahaja |
1225 | Pendidikan Moral | Bahasa Melayu | Diambil oleh pelajar bukan Islam |
1249 | Sejarah | Bahasa Melayu | |
1449 | Matematik | Bahasa Melayu dan Inggeris | |
1511 | Sains** | Bahasa Melayu dan Inggeris |
*Subjek Pendidikan Islam tidak wajib diambil bagi pelajar Aliran Sains Agama atau Aliran Agama Tulen. Pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan subjek elektif bagi aliran mereka.
**Subjek Sains tidak wajib diambil bagi pelajar Aliran Sains Tulen. Pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan subjek elektif bagi aliran mereka
Subjek elektif[17]
Para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM boleh memilih untuk mengambil subjek-subjek elektif seperti di bawah. Namun begitu, ia perlu bersesuaian dengan kerjaya yang ingin diceburi selepas tamat pendidikan menengah[18]. Ada juga beberapa subjek yang tidak boleh diambil kerana waktu peperiksaan yang berlaku serentak seperti subjek-subjek dalam bidang kesusasteraan. Pelaksaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2020 telah menyebabkan beberapa perubahan bagi subjek elektif[19].
Elektif Bahasa
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
---|---|---|
2361 | Bahasa Arab (اللغة العربية[20]) | Bahasa Arab |
6351 | Bahasa Cina * (华文[21][22][23][24][25]) | Bahasa Cina (Cina Ringkas) |
6354 | Bahasa Tamil (தமிழ்மொழி[26][27][28]) | Bahasa Tamil |
6356 | Bahasa Iban (jaku Iban) | Bahasa Iban |
6357 | Bahasa Kadazandusun (Boros Momogun) | Bahasa Kadazandusun |
6358 | Bahasa Semai (Engrok Semai) | Bahasa Semai |
*Bahasa Cina[29] merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari dan diambil oleh setiap pelajar sekolah conforming (SMJK)[30][31][32][33]
Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan | Syarat Khas |
---|---|---|---|
2280 | Geografi | Bahasa Melayu | |
2611 | Pendidikan Seni Visual | Bahasa Melayu | |
2621 | Pendidikan Muzik | Bahasa Melayu | |
3754 | Pengajian Keusahawanan | Bahasa Melayu | Hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik |
3756 | Prinsip Perakaunan | Bahasa Melayu | |
3766 | Perniagaan | Bahasa Melayu | |
3767 | Ekonomi | Bahasa Melayu | |
2216 | Kesusasteraan Melayu Komunikatif | Bahasa Melayu | |
2206 | Kesusasteraan Inggeris (English Literature) | Bahasa Inggeris | |
9216 | Kesusasteraan Cina (华文文学) | Bahasa Cina (Cina Ringkas)[34] | |
9217 | Kesusasteraan Tamil (தமிழ் இலக்கியம்) | Bahasa Tamil |
Elektif Pengajian Islam[35]
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
---|---|---|
5226 | Tasawwur Islam | Bahasa Melayu |
5227 | Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah | Bahasa Melayu |
5228 | Pendidikan Syariah Islamiah | Bahasa Melayu |
Subjek elektif pengajian Islam turut dibahagi kepada subjek Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)[36] dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).[37]
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
---|---|---|
5401 | Usul Al-Din | Bahasa Arab |
5402 | Al-Syariah | Bahasa Arab |
5403 | Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah | Bahasa Arab |
5404 | Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami | Bahasa Arab |
5405 | Al-Adab wa Al-Balaghah | Bahasa Arab |
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
---|---|---|
5301 | Hifz Al-Quran | Bahasa Arab |
5302 | Maharat Al-Quran | Bahasa Arab |
5303 | Turath Al-Quran wa Al-Sunnah | Bahasa Arab |
5304 | Turath Dirasat Al-Islamiah | Bahasa Arab |
5305 | Turath Bahasa Arab | Bahasa Arab |
Elektif STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan)
Subjek-subjek dalam bidang ini termasuk dalam pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Para pelajar yang mengambil subjek-subjek di bawah boleh menjawab sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
---|---|---|
3472 | Matematik Tambahan | Bahasa Melayu dan Inggeris |
4532 | Fizik | Bahasa Melayu dan Inggeris |
4541 | Kimia | Bahasa Melayu dan Inggeris |
4551 | Biologi | Bahasa Melayu dan Inggeris |
Elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi)
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan | Syarat Khas |
---|---|---|---|
3729 | Pertanian | Bahasa Melayu | |
3759 | Lukisan Kejuruteraan | Bahasa Melayu | Hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik |
3760 | Pengajian Kejuruteraan Mekanikal | Bahasa Melayu | |
3761 | Pengajian Kejuruteraan Awam | Bahasa Melayu | |
3762 | Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik | Bahasa Melayu | |
3763 | Reka Cipta | Bahasa Melayu | |
3768 | Asas Kelestarian | Bahasa Melayu | |
3769 | Sains Rumah Tangga | Bahasa Melayu | |
3770 | Sains Komputer | Bahasa Melayu | |
3771 | Grafik Komunikasi Teknikal | Bahasa Melayu | |
4561 | Sains Tambahan | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris | |
4572 | Sains Sukan | Bahasa Melayu |
Elektif STEM (Mata Pelajaran Vokasional)
Kebiasaannya, subjek-subjek dalam bidang ini ditawarkan kepada para pelajar yang mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional[38].
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
---|---|---|
7101 | Pembinaan Domestik | Bahasa Melayu |
7103 | Kerja Paip Domestik | Bahasa Melayu |
7104 | Pendawaian Domestik | Bahasa Melayu |
7105 | Kimpalan Arka dan Gas | Bahasa Melayu |
7106 | Menservis Automobil | Bahasa Melayu |
7107 | Menservis Motosikal | Bahasa Melayu |
7108 | Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara | Bahasa Melayu |
7109 | Menservis Peralatan Elektrik Domestik | Bahasa Melayu |
7110 | Pembuatan Perabot | Bahasa Melayu |
7201 | Rekaan dan Jahitan Pakaian | Bahasa Melayu |
7202 | Katering dan Penyajian | Bahasa Melayu |
7203 | Pemprosesan Makanan | Bahasa Melayu |
7205 | Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Bahasa Melayu |
7207 | Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut | Bahasa Melayu |
7208 | Gerontologi Asas dan Geriatik | Bahasa Melayu |
7301 | Landskap dan Nurseri | Bahasa Melayu |
7302 | Akuakultur dan Haiwan Rekreasi | Bahasa Melayu |
7303 | Tanaman Makanan | Bahasa Melayu |
7403 | Produksi Multimedia | Bahasa Melayu |
7405 | Produksi Reka Tanda | Bahasa Melayu |
7406 | Hiasan Dalaman | Bahasa Melayu |
7407 | Reka Bentuk Grafik Digital | Bahasa Melayu |
Gred dan pencapaian
Gred | Pencapaian | Purata | Markah |
---|---|---|---|
A+ | Cemerlang Tertinggi | 0 | 90 - 100 |
A | Cemerlang Tinggi | 1 | 80 - 89 |
A- | Cemerlang | 2 | 70 - 79 |
B+ | Kepujian Tertinggi | 3 | 65 - 69 |
B | Kepujian Tinggi | 4 | 60 - 64 |
C+ | Kepujian Atas | 5 | 55 - 59 |
C | Kepujian | 6 | 50 - 54 |
D | Lulus Atas | 7 | 45 - 49 |
E | Lulus | 8 | 40 - 44 |
G | Gagal | 9 | 0 - 39 |
Senarai pelajar terbaik SPM
Tahun | Nama | Sekolah | Keputusan SPM |
---|---|---|---|
2000 | Ong Jin Hock | SMK Ibrahim | 12 1A |
2001 | Alvin Choong Ching Yek
Lee Shen Han Joy Wee Xin Ning |
SMK Penang Free
SMK Ibrahim SMK Convent |
12 1A
12 1A 12 1A |
2002 | Yap Sui Lin[40][41] | SM (P) Kuen Cheng | 14 1A, 1 2A |
2003 | Ahmad Atiq Abdul Hamid | SMK La Salle Klang, Klang | 14 1A, 1 2A |
2004 | Nur Amalina Che Bakri
Anushree Lalitha A/P Subramaniam |
SMK Ulu Tiram, Johor
SMK Perempuan Sri Aman |
17 1A
14 1A |
2005 | Chong Huey Ee | SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu SMK Raja Lumu, Klang |
15 1A. 1 2A
15 1A 15 1A |
2006 | Siti Fatimah Mukhtar
Yeo Jie Ming Melissa Sia Yin Ying |
Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu
SMK Bukit Mertajam SM Kian Kok, Kota Kinabalu |
17 1A, 1 2A
16 1A 16 1A |
2007 | Azali Azlan
Quek Khai Ren |
SMK Agama Yan
SMJK Hwa Lian, Mentakab |
20 1A, 1 2A
16 1A |
2008 | Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal
Lim Shu Yong Tan Chin Huat Akira Wong Neng Chun |
SMA (Ugama) Maahad Muhammadi (Perempuan)
SMJK Yoke Kuan, Sekinchan SMJK Yoke Kuan, Sekinchan SMJK Tung Hua, Sibu |
19 1A, 1 2A
16 1A 16 1A 16 1A |
2009 | Grace Kiew Sze-Ern
Gladys Tan Yee Kim |
SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya
SMK Green Road |
15 A+
10 A+ |
2010 | Muhammad Putera Farid Iskandar | SMS Tuanku Munawir | 10 A+ |
Bermula SPM 2011, tiada pengumuman pelajar terbaik dibuat. Bagi SPM 2010-2014, seramai 30 pelajar (SPM 2009,2010) dan 50 pelajar (SPM 2011-2014) paling cemerlang (semua A+) dalam SPM diberikan Biasiswa Nasional secara automatik.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "MAKLUMAT PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SPMU DAN SPM" (PDF).
- ^ "SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)". iphira.tripod.com. Dicapai pada 2024-09-21.
- ^ "Siakap Keli". siakapkeli.my. Dicapai pada 2024-09-20.
- ^ "Kepentingan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Membentuk Masa Depan Pelajar - Education" (dalam bahasa Inggeris). 2023-11-26. Dicapai pada 2024-09-20.
- ^ Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, 2024-05-21, dicapai pada 2024-09-20
- ^ Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, 2024-07-17, dicapai pada 2024-09-20
- ^ Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, 2024-07-17, dicapai pada 2024-09-20
- ^ "Halatuju Pendidikan Selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)". Info UPU. 2018-03-27. Dicapai pada 2024-09-20.
- ^ "SPM guna format baharu tahun depan | Berita Harian".
- ^ "Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 4 Tahun 2020 : Format Instrumen Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Mulai Tahun 2021 Bagi Mata Pelajaran Akademik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)". 20 March 2020.
- ^ "Format Baharu SPM 2021 Dan Manual Pentaksiran Mata Pelajaran". Info UPU. 2020-03-11. Dicapai pada 2024-09-20.
- ^ "SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL.1 TAHUN 2022 PERNYATAAN KEPUTUSAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS BAGI PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021" (PDF). 14 June 2022.
- ^ "Senarai Aliran Tingkatan 4 & 5 Dan Mata Pelajaran (Menengah Atas)". Permohonan.my. Dicapai pada 2024-09-20.
- ^ Samarudin, Rudy Fazrunisyam (2019-11-27). "Tambah baik aliran sains, sastera". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-20.
- ^ "Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | Blog MyTutor" (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-16. Dicapai pada 2024-09-20.
- ^ Razak, Aidila (2019-11-26). "Bukan tak ikut aliran tapi mata pelajaran berdasarkan pakej". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-09-20.
- ^ https://www.facebook.com/erafm. "89 Subjek Elektif Ditawarkan, Ini Senarai Yang Boleh Diambil Pelajar Tingkatan 4 Bermula Tahun 2020". era.syok.my. Dicapai pada 2024-09-20.
- ^ "Menghadkan 10 Subjek Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2010 : Impak Dan Pendapat Yang Berbeza.". Portal 1Klik. Dicapai pada 3 November 2015.
- ^ https://www.moe.gov.my/pekeliling/3054-spi-bil-6-tahun-2019-pelaksanaan-kssm-menengah-atas-dan-pakej-mata-pelajaran-tahun-2020/file
- ^ "UNIT BAHASA JPN MELAKA - MODUL BAHASA ARAB". sites.google.com. Dicapai pada 2024-09-21.
- ^ "2022 SPM Modul Negeri Sembilan Bahasa Cina Edisi Guru | PDF". Scribd (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-21.
- ^ GB (2023-08-18). "Modul SPM TTV Bahasa Cina - GuruBesar.my". gurubesar.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-21.
- ^ "Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak: Modul Bahasa Cina Tingkatan 5". Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Dicapai pada 2024-09-21.
- ^ "GET ALL SPM TRIAL PAPER!!! CLICK HERE NOW!!!". trial.spmpaper.me. Dicapai pada 2024-09-21.
- ^ "UNIT BAHASA JPN MELAKA - MODUL BAHASA CINA". sites.google.com. Dicapai pada 2024-09-21.
- ^ (PDF) https://gurubesar.my/wp-content/uploads/2023/08/Ticket-To-Victory-Bahasa-Tamil-SPM-Edited.pdf. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ "MODUL SASAR SPM BAHASA TAMIL 2021 - vannan2013 | Membalik PDF Dalam talian | AnyFlip". anyflip.com. Dicapai pada 2024-09-21.
- ^ "UNIT BAHASA JPN MELAKA - MODUL BAHASA TAMIL". sites.google.com. Dicapai pada 2024-09-21.
- ^ Bahasa Cina, 2024-09-20, dicapai pada 2024-09-20
- ^ "Parenting Times: Information On SMJK In Malaysia". Parenting Times. 2016-04-18. Dicapai pada 2024-09-21.
- ^ "Fewer candidates sitting for SPM Chinese paper - News". MySinchew 星洲网 Sin Chew Daily Malaysia Latest News and Headlines (dalam bahasa Cina). 2023-01-11. Dicapai pada 2024-09-21.
- ^ FOON, HO WAH. "No easy end to SPM Chinese saga". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-21.
- ^ The Star (2016-03-11), Worrying trend in SPM Chinese language results, dicapai pada 2024-09-21
- ^ Tulisan Cina Ringkas, 2023-09-04, dicapai pada 2024-09-20
- ^ https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/info_smka.cfm. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ "SM AGAMA CHUAH: KURIKULUM BERSEPADU DINI". SM AGAMA CHUAH. Dicapai pada 2024-09-20.
- ^ "SPI KPM Bil. 10 Tahun 2023 Garis Panduan Pengurusan Dan Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia" (PDF).
- ^ "Teknik & Vokasional". Kementerian Pendidikan Malaysia. Dicapai pada 3 November 2015.
- ^ "Gred baru A+ akan diperkenalkan bagi SPM - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2009-10-03. Dicapai pada 2024-09-21.
- ^ Arif, Ahmad Suki Che Mohamed (2011-07-28). "Meniti Kehidupan...: Yap Sui Lin: "Si Bodoh" Akhirnya Menjadi Genius". Meniti Kehidupan... Dicapai pada 2024-09-20.
- ^ LIM, JOANNE. "Yap, she's simply amazing with 16 As". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-20.
2. Koleksi Kertas Soalan Percubaan SPM 2024 . dicapai pada 03 september 2024