1 (nombor)
nombor asli
1 (satu, Jawi: ساتو ) ialah nombor, angka, dan nama glif mewakili nombor itu. Ia ialah nombor asli selepas 0 dan sebelum 2. Ia mewakili entiti tunggal. Satu kadangkala merujuk sebagai keunitan, unit atau satuan sebagai adjektif. Contohnya, satu tembereng garis "panjang unit" ialah tembereng garis panjang 1.
| ||||
---|---|---|---|---|
Kardinal | satu | |||
Ordinal | pertama (pertama) | |||
Pemfaktoran | 1 | |||
Pembahagi | 1 | |||
Angka Rumi | I | |||
Angka Rumi (unicode) | Ⅰ, ⅰ | |||
Awalan Sanskrit | eka- | |||
Awalan Yunani | mono- /haplo- | |||
Awalan Latin | uni- | |||
Perduaan | 12 | |||
Pertigaan | 13 | |||
Kuarterner | 14 | |||
Perlimaan | 15 | |||
Perenaman | 16 | |||
Perlapanan | 18 | |||
Perduabelasan | 112 | |||
Perenambelasan | 116 | |||
Perduapuluhan | 120 | |||
Asas 36 | 136 | |||
Yunani | α' | |||
Parsi | ١ - یک | |||
Arab | ١ | |||
Urdu | ||||
Ge'ez | ፩ | |||
Bengali & Assam | ১ | |||
Cina | 一,弌,壹 | |||
Korea | 일, 하나 | |||
Dewanagari | १ (ek) | |||
Telugu | ೧ | |||
Tamil | ௧ | |||
Kannada | ೧ | |||
Ibrani | א (alef) | |||
Khmer | ១ | |||
Thai | ๑ | |||
Malayalam | ൧ |
Peristilahan
suntingAkar Austronesia untuk nombor ini adalah *esa yang diturunkan kemudiannya kepada perkataan esa ([ĕ.sa], Jawi: اسا ; juga disebut basahan sebagai [é.sa] ايسا)[1][2] di mana perkataan ini lebih dikaitkan menerangkan sifat Tuhan yang satu tunggal dalam kepercayaan tertentu.[2]
Imbuhan awalan yang digunakan untuk bilangan nombor ini adalah eka- yang meminjam dari bahasa Sanskrit iaitu एकः ekā.[3]
Dalam bidang matematik
suntingDalam bidang sains
suntingFizik
sunting- Bersama 'c' atau kelajuan cahaya, dalam notasi Heaviside untuk meringkaskan perhitungan.
- Faktor dalam nisbah untuk penukaran sesama unit.
- Jumlah rasio kepadatan untuk sebuah alam semesta datar.
Kimia
sunting- Nombor atom hidrogen.
- Grup 1 dalam jadual berkala unsur terdiri atas hidrogen dan logam alkali yang angka valensinya adalah +1.
- Kala 1 merupakan baris terpendek dalam jadual periodik, hanya terdiri dari hidrogen dan helium.
Biologi
sunting- Sebuah haploid memiliki satu set kromosom dalam sel nukleusnya.
Astronomi
sunting- Objek Messier M1, sebuah supernova dengan skala 7.0 dari rasi bintang Taurus, juga dikenal dengan nama Nebula Ketam.
- Ekspedisi luar angkasa berawak pertama menggunakan STS-1
Rujukan
sunting- ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*esa - one". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 31 Disember 2022.
- ^ a b "esa". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
- ^ "eka". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
Cari satu dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |