Tuhan
Tuhan merupakan satu entiti kewujudan yang Maha-berkuasa, Maha-mengetahui, dan Maha-Penyanyang;yang biasanya disembah oleh manusia. Tanggapan mengenai tuhan sebenarnya adalah berbeza-beza dari satu agama ke satu agama yang lain, contohnya aliran utama agama Kristian manganggap Imej tuhan adalah seperti manusia, tetapi ada agama lain yang menganggap bahawa imej tuhan tidak dapat ditanggapi. Tetapi walaupun demikian, Tuhan merupakan satu konsep yang boleh dijumpai secara universial di setiap bangsa.
- Makalah ini adalah mengenai Tuhan dalam konteks monoteisme, untuk melihat maklumat mengenai Tuhan dalam konteks politeisme, sila rujuk Dewa.
Maklumat mengenai Tuhan boleh dijumpai dalam kitab agama. Kitab agama sentiasanya dianggap oleh penganutnya sebagai sumber yang sahih untuk hal ehwal ketuhanan. Bagi masyarakat yang tidak beragama dan tidak berkitab, khayalan mengenai tuhan boleh dijumpai dalam karya sastera, sebaliknya merujuk kepada alam-semulajadi contoh hukum alam, hukum rimba.
Manusia secara semula jadi mempunyai minat untuk mengenal tuhan. Tetapi setiap orang mempunyai bentuk keyakinan yang berbeza mengenai kewujudan tuhan. Tahap-tahap keyakinan ini adalah seperti dibawah:
- Teisme
Fahaman yang mengakui kewujudan tuhan. - Agnoteisme
Fahaman yang meragui kewujudan tuhan. - Ateisme
Fahaman yang menafi kewujudan tuhan.
Peristilahan
suntingKata "Tuhan" dalam bahasa Melayu berasal dari kata tuan. Buku pertama yang memberi keterangan tentang hubungan kata tuan dan Tuhan adalah Ensiklopedi Populer Gereja oleh Adolf Heuken SJ (1976). Menurut buku tersebut, arti kata Tuhan ada hubungannya dengan kata Melayu tuan yang berarti atasan/penguasa/pemilik.[1] Kata "tuan" ditujukan kepada manusia, atau hal-hal lain yang memiliki sifat menguasai, memiliki, atau memelihara. Digunakan pula untuk menyebut seseorang yang memiliki derajat yang lebih tinggi, atau seseorang yang dihormati. Penggunaannya lumrah digunakan bersama-sama dengan disertakan dengan kata lain mengikuti kata "tuan" itu sendiri, dimisalkan pada kata "tuan rumah" atau "tuan tanah" dan lain sebagainya. Kata ini biasanya digunakan dalam konteks selain keagamaan yang bersifat ketuhanan.[2]
Ahli bahasa Remy Sylado menemukan bahwa perubahan kata "tuan" yang bersifat insani, menjadi "Tuhan" yang bersifat ilahi, bermula dari terjemahan Alkitab ke dalam bahasa Melayu karya Melchior Leijdecker yang terbit pada tahun 1733.[3][4] Dalam terjemahan sebelumnya, yaitu kitab suci Nasrani bahasa Melayu beraksara Latin terjemahan Brouwerius yang muncul pada tahun 1668, kata yang dalam bahasa Yunaninya, Kyrios, dan sebutan yang diperuntukkan bagi Isa Almasih ini diterjemahkannya menjadi "tuan". Kata yang diterjemahkan oleh Brouwerius sebagai "Tuan"—sama dengan bahasa Portugis Senhor, Prancis Seigneur, Inggris Lord, Belanda Heere—melalui Leijdecker berubah menjadi "Tuhan" dan kemudian, penerjemah Alkitab bahasa Melayu melanjutkan penemuan Leijdecker tersebut. Kini kata Tuhan yang awalnya ditemukan oleh Leijdecker untuk mewakili dua pengertian pelik insani dan ilahi dalam teologi Kristen atas sosok Isa Almasih akhirnya menjadi lema khas dalam bahasa Indonesia.[3] Di dalam Alkitab Terjemahan Baru (1974), kata Tuhan (dan keluarga katanya, mis. Tuhanku) disebutkan sebanyak 7677 kali dalam 6510 ayat di seluruh protokanonika Perjanjian Lama (Ibrani) dan Perjanjian Baru (Yunani).[5] Kata ini paling sering digunakan untuk menerjemahkan kata Kurios (Yunani) dan Adonai (Ibrani). Selain itu, khusus untuk menerjemahkan Tetragrammaton YHWH, penerjemah TB dalam edisi cetak menggunakan huruf kapital (smallcaps) Tuhan, mengikuti tradisi terjemahan yang sudah ada[6], misalnya dalam Kejadian 2:4, "Demikianlah riwayat langit dan bumi pada waktu diciptakan. Ketika Tuhan Allah (YHWH Elohim) menjadikan bumi dan langit, --".[7] (Namun untuk menulis "Adonai YHWH" digunakan "Tuhan Allah", misalnya dalam Yesaya 61:1, "Roh Tuhan ALLAH ada padaku, oleh karena TUHAN telah mengurapi aku; Ia telah mengutus aku untuk menyampaikan kabar baik kepada orang-orang sengsara, dan merawat orang-orang yang remuk hati, untuk memberitakan pembebasan kepada orang-orang tawanan, dan kepada orang-orang yang terkurung kelepasan dari penjara,")
Dalam bahasa Melayu moden baik yang dipakai baku Malaysia atau baku Indonesia, kata "Tuhan" pada umumnya dipakai untuk merujuk kepada suatu Dzat abadi dan supernatural. Dalam konteks rumpun agama samawi, kata Tuhan (dengan huruf T besar) hampir selalu mengacu pada Allah, yang diyakini sebagai Dzat yang Maha sempurna, pemilik langit dan bumi yang disembah manusia. Dalam bahasa Arab kata ini sepadan dengan kata rabb. Menurut Ibnu Atsir, Tuhan dan tuan secara bahasa diartikan pemilik, penguasa, pengatur, pembina, pengurus dan pemberi nikmat.[8] Kata Tuhan disebutkan lebih dari 1.000 kali dalam Al-Qur'an,[9]. Dalam monoteisme, biasanya dikatakan bahwa Tuhan mengawasi dan memerintah manusia dan alam semesta atau jagat raya. Hal ini bisa juga digunakan untuk merujuk kepada beberapa konsep-konsep yang mirip dengan ini, misalnya sebuah bentuk energi atau kesadaran yang merasuki seluruh alam semesta, yang keberadaan-Nya membuat alam semesta ada; sumber segala yang ada; kebajikan yang terbaik dan tertinggi dalam semua makhluk hidup; atau apa pun yang tak bisa dimengerti atau dijelaskan.
Dalam bahasa Melayu moden baik yang bahasa Malaysia atau bahasa Indonesia, dua konsep atau nama yang berhubungan dengan ketuhanan: Tuhan sendiri, dan dewa. Penganut monoteisme biasanya menolak menggunakan kata dewa, karena merujuk kepada entitas-entitas dalam agama politeistis. Meskipun demikian, penggunaan kata dewa pernah digunakan sebelum penggunaan kata Tuhan. Dalam Prasasti Trengganu, prasasti tertua di dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf Arab (huruf Jawi) menyebut Sang Dewata Mulia Raya. Dewata yang dikenal orang Melayu berasal dari kata devata, sebagai hasil penyebaran agama Hindu-Buddha di Nusantara. Bagaimanapun, pada masa kini, pengertian istilah Tuhan digunakan untuk merujuk Tuhan yang tunggal, sementara dewa dianggap mengandung arti salah satu dari banyak Tuhan sehingga cenderung mengacu kepada politeisme. Selain itu dalam teks terkadang juga digunakan kata "tuhan" dengan huruf kecil (mirip dengan kata "allah" dengan huruf kecil), terutama ketika memperbandingkan antara Tuhan Allah yang esa dengan tuhan (tuan) yang lain, misalnya dalam Templat:Ula: "Sebab TUHAN, Allahmulah Allah segala allah dan Tuhan segala tuhan, Allah yang besar, kuat dan dahsyat, yang tidak memandang bulu ataupun menerima suap; " Templat:1Kor, dan Templat:Maz
Dalil-dalil Kewujudan Tuhan
suntingKewujudan Tuhan sebenarnya sesuatu yang bukan-empirik. Orang yang hidup biasanya tidak akan menjumpai tuhan melalui matanya sendiri. Tetapi, walaupun demikian, kebanyakan manusia adalah yakin kepada wujudnya tuhan dan mengemukakan pelbagai dalil untuk kewujudan tuhan. Contohnya:
- Dalil Logik Sesuatu yang tidak dapat dilihat atau kesan tidak semestinya tiada. Sekiranya kita tidak dapat melihat atau mengesan nyawa, tidak bererti nyawa itu tidak wujud. Sekiranya cetusan eletrik dalam otak diukur sebagi nyawa, komputer yang mempunyai prinsip yang sama masih tidak dianggap bernyawa.
- Dalil Kejahatan di Dunia Tuhan telah memberi peringatan agar manusia berbuat baik sesama manusia, dengan amaran siksaan yang keras kepada mereka yang ingkar. Adanya kejahatan yang diamalkan oleh manusia di bumi adalah pilihan manusia itu sendiri. Kejahatan adalah keadaan di mana ketiadaan kebaikan. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu.
- Dalil Kesempurnaan Tuhan adalah sempurna dari segala sifat kecacatan. , dengan itu mengatakan Tuhan tidak mampu adalah salah, sebagai contoh "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?" menunjukkan keinginan meletakkan sifat manusia kepada Tuhan. Berat adalah hukum yang dicipta Tuhan, apa yang berat di bumi tidak bererti di angkasa. Berat tidak membawa apa-apa erti di alam ghaib.
- Dalil Kosmologikal
Dari segi kosmologi, Tuhan seharusnya wujud sebagai punca kepada kewujudan alam. Dengan premis "segala sesuatu itu berpunca", maka adalah tidak masuk akal untuk mengatakan alam ini wujud tanpa mempunyai punca,yakni Tuhan. Di alam ini semuanya tersusun dengan hukum-hukum yang tertentu dengan ketentuan Tuhan, yang mana dari segi sains pula dikenali sebagai hukum alam. - Dalil Antropofik
Kewujudan manusia dan fitrahnya untuk mengenal tuhan sudah membuktikan kewujudan Tuhan. - Dalil Fungsi Moral
Kemoralan manusia tidak laku jika tuhan tidak wujud. - Dalil Majoriti
Kebanyakan orang percaya kepada kewujudan tuhan, maka kemungkinan besar Tuhan wujud.
Sains hanya menerangkan sesuatu kejadian, sebagai contoh sains menerangkan bahawa cahaya bergerak lurus. Tetapi sekiranya Tuhan kehendaki, ia mampu memesongkan cahaya, dan sains akan menerangkan hal ini dengan mengeluarkan satu teori / hukum baru bagi menjelaskannya. Ini kerana masing-masing cuba menerangkan sesuatu dengan ilmu yang mereka ada, ahli kimia akan menerangkan dari segi kimia, ahli fizik dari segi fizik, masing-masing terhad pada pengetahuan mereka.
Kesan dan Akibat Perwujudan Tuhan
suntingDengan kemutlakannya, Tuhan tentunya tidak terikat dengan tempat dan waktu. BagiNya tidak dipengaruhi yang dulu atau yang akan datang. Tuhan tidak memerlukan tempat, sehingga pertanyaan tentang dimana tuhan hanya akan membatasi kekuasaanNya. Maka bagiNya tidak ada bila lahir atau bila mati.
Manusia dalam mencari tuhan dengan bekal kemampuan penggunaan akalnya dapat mencapai tingkat kewujudanNya. Lantas mampukah manusia meneruskannya kepada zat tuhan itu sendiri. Kemungkinan sejauh ini, kemutlakan tuhan menyebabkan manusia yang relatif itu tidak dapat menjangkau zat tuhan. Dengan demikian maklumat tentang zat tuhan itu apa, tentunya berasal dari sang mutlak atau tuhan itu sendiri. Bagaimankah tuhan yang mutlak itu mengirimkan maklumat kepada yang relatif ?
Di dunia ini banyak agama yang mendakwa sebagai pembawa pesan tuhan. Bahkan ada agama yang dibuat manusia (yang relatif) termasuk pembuatan zat tuhan itu tentu. Karena banyaknya nama dan ajaran agama yang pelbagai tidak mungkin semuanya benar. Kalau zat si mutlak ini beraneka, maka hal itu bertentangan dengan kewujudanNya yang unik. Untuk menemukan maklumat tentang zat yang mutlak, yang unik dan yang nyata itu dapat menggunakan uji kesahihan sumber maklumatnya. Terutama berkaitan dengan maklumat tuhan dalam memperkenalkan diriNya kepada manusia apakah mencerminkan kewujudanNya itu.
Rujukan
sunting- ^ Heuken, Adolf (1976), Ensiklopedi Populer Gereja
- ^ "Kamus Besar Bahasa Indonesia dalam jaringan". Pusat Bahasa Departemen Pendidikan Republik Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-27. Dicapai pada 2013-08-15.
- ^ a b Sylado, Remy, Asal kata Tuhan
- ^ (Belanda) Luk 1:46 (Pujian Maria) terjemahan Leydekker/Leijdecker
- ^ Tuhan, hasil pencarian alkitab.sabda.org
- ^ Misalnya dalam bahasa Inggris Lord Holman Illustrated Bible Dictionary. Nashville, TN: Holman Bible Publishers. 2003. m/s. 1046. ISBN 0-8054-2836-4.
- ^ Catatan Full Life Study Bible: Kejadian 2:4
- ^ 'Ar-Rabb, Yang Maha Mengatur dan Menguasai Alam Semesta, Muslim.Or.Id[pautan mati kekal]
- ^ Tuhan, hasil pencarian www.dudung.net