BAB 8 Edited

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

BAB 8

KEPIMPINAN ORGANISASI &


INDIVIDU KE ARAH KREATIVITI
DAN INOVASI
Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya
boleh:

1. Menerangkan maksud Creative at work vs


Creative job
HASIL
PEMBELAJARAN 2. Menjelaskan faktor individu yang dapat
mempengaruhi tahap kreativiti dan inovasi
seseorang.

3. Menjelaskan faktor organisasi yang dapat


mempengaruhi tahap kreativiti dan inovasi dalam
organisasi.

4. Membincangkan keperluan dan kepentingan


pemimpin dalam membangunkan organisasi
berinovatif.
Pengenalan
Pengembangan organisasi perniagaan - memerlukan kakitangan tambahan bagi memenuhi tuntutan kerja
yang semakin bertambah.
Bagi mengembangkan dan mengekalkan prestasi perniagaan, keperluan kepada kreativiti menjadi semakin
penting.
Kewujudan inovasi - memberikan banyak manfaat kepada perniagaan usahawan.
Usahawan perlu mempunyai mencari jalan mempromosikan kreativiti dan inovasi kepada semua ahli-ahli
organisasinya.
Kejayaan usaha tersebut bergantung kepada dua faktor utama:
 iaitu faktor individu
 faktor organisasi.
CREATIVE AT WORK - keperluan untuk pekerja
melahirkan idea kreatif yang dapat membantu menjayakan
kerjanya dengan cemerlang.

Konsep CREATIVE AT WORK - perlu pada setiap pekerja


tanpa mengira tahap-tahap kedudukan mereka dalam
Konsep Creative organisasi.
at work vs
Creative job Dalam perjawatan dalam organisasi, ada jawatan yang
dikelaskan sebagai CREATIVE JOB.

CREATIVE JOB bermaksud bidang pekerjaan atau


diskripsi kerja jawatan tersebut memerlukan daya
penghasilan idea kreatif yang tinggi daripada pemegang
jawatanya - seperti pengiklanan, rekabentuk dan
pembangunan produk
Faktor yang mempengaruhi tahap kreatif & inovasi dalam organisasi

 Dua faktor utama yang menyumbang kepada organisasi kreatif. Ia adalah faktor individu,
dan faktor organisasi.
A. Faktor Individu.
Faktor individu ini merupakan ciri-ciri yang ada dalam diri seorang pekerja atau ahli
organisasi yang berkait dengan personaliti, keupayaan kognitif, latarbelakang peribadi,
pengalaman dan pendidikan dan profil psychologikal.
i) Personaliti.
Terdapat lima jenis sifat personaliti iaitu seperti tahap openness to experience,
conscientiousness, agreeableness, extroversion dan neuroticism.
Lima jenis sifat ini dinamakan sebagai The Big Five Personaliti Traits.
Faktor yang mempengaruhi tahap kreatif & inovasi dalam organisasi

ii) Keupayaan Kognitif


- kemahiran berasaskan minda yang diperlukan oleh manusia untuk menyiapkan kerja yang
paling senang hingga ke kerja yang paling komplek.
Senarai Kemahiran Kognitif
Kepantasan pemprosesan Sejauhmana minda pantas memproses maklumat untuk berfikir

Pemprosesan auditori Keupayaan untuk menganalisis. Mencerna dan mengenal pasti


bunyi.
Pemprosesan visual Keupayaan untuk memgenal imej visual.
Ingatan jangka panjang Keupayaan menyimpan fakta dan pengetahuan yang dikumpulkan pada masa
dulu.
Keupayaan untuk menyimpan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan
Ingatan jangka pendek kerja yang diperolehi secara mendadak atau perlu disiapkan dalam tempoh
masa pendek.
Keupayaan untuk memberi sebab, menjustifikasi, membentuk konsep dan
Logik dan memberi sebab menyelesaikan masalah dengan mengunakan maklumat yang tidak biasa
digunakan atau kaedah baru.
Kemahiran memberi Keupayaan untuk focus dan berterusan memberikan perhatian kepada sesuatu
perhatian
perkara.
Ciri-ciri keupayaan kognitif
Keupayaan untuk mendapatkan informasi yang berguna dari sumber
Pemerolehan dan penyebaran
yang pelbagai. Ini memerlukan daya tumpuan yang tinggi dan persepsi
informasi
yang membina daripada seseorang individu.
Kepintaran Keupayaan dan kemampuan untuk menterjemah, memproses
dan memanipulasi informasi.
Memberi maksud yang ada dalam informasi. Dapat mengetahui makna
Sense Making
tersurat dan tersirat yang ada dalam informasi.
Keupayaan untuk mengasingkan atau menghapuskan rutin atau gelagat
Unlearning yang tidak berguna. Ia juga melibatkan keupayaan untuk mengasingkan
informasi yang tidak berfaedah untuk sesuatu perkara.
Perlaksanaan dan penyelesaian Mengunakan informasi untuk menyelesaikan masalah, menjalankan
eksperimen dan tindakan yang menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.
Faktor yang mempengaruhi tahap kreatif & inovasi dalam organisasi

iii) Latarbelakang peribadi.


Individu yang dapat membuka sebuah perniagaan baharu dianggap individu
yang kreatif dan inovatif.
Menurut Besant & Tidd (2015) menyatakan faktor keluarga, agama dan etnik
mempengaruhi kebarangkalian seseorang untuk terlibat dan membuka
perniagaan baharu.
Faktor agama dan etnik turut mempengaruhi kebarangkalian seseorang untuk
membuka perniagaan baru.
Faktor yang mempengaruhi tahap kreatif & inovasi dalam organisasi

vi) Profil Psychologikal


Usahawan merupakan individu yang mempunyai ciri lokus kawalan dalaman dan kemahuan tinggi kepada
pencapaian.
Ciri kemahuan tinggi kepada pencapaian merupakan ciri yang dapat membina motivasi dalaman seseorang
sehingga ia sanggup untuk mengambil risiko, tabah dan komited dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
v) Pendidikan dan pengalaman
Pendidikan - usaha memberi pengetahuan dan pemahaman tentang banyak perkara yang membolehkan
seseorang tersebut berfikir dan bertindak.
Pengalaman - sesuatu yang dialami sendiri oleh seseorang melalui perlakuan, penglibatan dan/atau
pemerhatiannya ke atas sesuatu kerja atau kejadian.
Faktor yang mempengaruhi tahap kreatif & inovasi dalam organisasi

B. Faktor Organisasi
Budaya dan iklim adalah berbeza di antara satu sama lain tetapi saling berpengaruh di antara satu sama lain.
Budaya dalam konteks organisasi dipanggil sebagai budaya korporat. Budaya yang dipegang oleh
sekelompok manusia, masyarakat atau organisasi bersifat mendalam, sukar untuk diubah dan agak sebati
dalam diri seseorang.
Iklim organisasi bermaksud corak gelagat, sikap atau emosi yang membentuk ciri seseorang di dalam
sekelompok manusia, masyarakat atau organisasi.
Untuk mengubah gelagat ahli dalam organisasi, ia mestilah bermula dengan iklim organisasi.
• Adalah sukar untuk diubah gelagat (budaya) pada sebuah kumpulan manusia tetapi jika gelagat setiap
individu dalam kumpulan itu dapat diubah, akhirnya budaya yang dipegang oleh setiap individu dalam
kumpulan akan dapat diubah.
Faktor yang mempengaruhi tahap kreatif & inovasi dalam organisasi

B. Faktor Organisasi


i) Kepercayaan dan Keterbukaan.
Percaya di sini bermaksud tanggapan bahawa individu yang menyuarakan sesuatu idea adalah seorang yang
kompeten tanpa mengira kedudukannya dalam organisasi.
Keterbukaan bermaksud sanggup menerima apa jua pandangan dan saranan walaupun ia bertentangan dengan
pandangan atau pendapat seseorang itu.
ii) Cabaran dan Penglibatan.
Cabaran boleh diadakan dalam sasaran prestasi atau objektif yang perlu dicapai oleh seseorang ahli atau
pekerja organisasi.
Jika cabaran yang diletakkan terlalu tinggi dan tidak munasabah, ahli-ahli tidak akan bermotivasi untuk
melakukan kerja bagi menghadapi cabaran tersebut.
Faktor yang mempengaruhi tahap kreatif & inovasi dalam organisasi

iii) Sokongan dan Ruang untuk Inovasi


Ahli-ahli organisasi perlu diberikan ruang masa untuk berfikir idea kreatif. Penyediaan kepada ruang masa ini
hanya wujud jika ia mendapat sokongan daripada pihak pengurusan atasan atau usahawan.
vi) Pengambilan Risiko.
usahawan perlu mengalakan ahli-ahlinya berani mengambil risiko supaya lebih banyak idea dan inovasi dapat
diwujudkan dalam organisasi.
Pemberian insentif tertentu kepada ahli-ahli organisasi yang dapat menyediakan penyelesaian inovatif ke atas
sesuatu permasalahan boleh menjadi pemangkin kepada ahli-ahli yang lain untuk berani menyuarakan idea.
Faktor yang mempengaruhi tahap kreatif & inovasi dalam organisasi

v) Kebebasan
Kebebasan bermaksud ahli-ahli organisasi diberi ruang untuk menentukan apakah tindakan yang patut
mereka ambil untuk melaksanakan tugasan.
Untuk menwujudkan iklim sebegini, pekerja perlu diberikan kuasa dan ini dikenali sebagai autonomi.
Kebiasaanya, manusia lebih selesa, produktif dan menghasilkan kerja yang berkualiti jika mereka bebas
untuk menentukan cara dan kaedah untuk menyelesaikan kerja mereka.
Faktor yang mempengaruhi tahap kreatif & inovasi dalam organisasi

vi) Memimpin ke arah organisasi kreatif dan inovatif


Kepimpinan ialah usaha untuk mempengaruhi pengikut atau orang bawahan supaya melakukan perkara-
perkara yang dapat membantu pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Pemimpin bukan sahaja perlu untuk mempromosikan budaya yang menjana kreativiti tetapi juga perlu
memperuntukan masa dan aktif serta menjadi peneraju ke arah budaya tersebut.
Faktor yang mempengaruhi tahap kreatif & inovasi dalam organisasi

Tiga langkah berikut boleh digunakan sebagai panduan untuk membangunkan kreativiti dan
inovasi dalam organisasi:
1) Menentukan jenis-jenis inovasi yang memacu pertumbuhan dan membantu pencapaian objektif-objektif
strategik.- Pemimpin perlu menyuarakan jenis-jenis inovasi yang dikehendaki dan diterima
2) Memasukan inovasi sebagai agenda utama dalam mesyuarat.-dapat memberikan isyarat yang kuat
3) Sediakan petunjuk prestasi dan sasaran untuk inovasi -Pemimpin perlu menyediakan petunjuk untuk
prestasi yang melibatkan petunjuk kewangan dan gelagat.
Usahawan perlu merancang dengan teliti supaya
strategi untuk mencapai matlamat organisasi kreatif
dapat dicapai dengan cekap dan berkesan.

KESIMPULAN

Usahawan perlu kreatif jika mahu


menjadikan organisasinya sebuah
organisasi yang kreatif.

You might also like