Komunikasi Lisan
Komunikasi Lisan
Komunikasi Lisan
Ada tiga bahagian temu ramah iaitu bahagian pendahuluan, bahagian isi dan
bahagian penutup.
Pendahuluan
Pada bahagian ini, orang yang menemu ramah akan memulakan majlis dengan
kata-kata aluan atau ucapan aluan. Selepas itu penemu ramah akan
menyatakan tajuk temu ramah. Kemudian orang yang bakal ditemu ramah
akan diperkenalkan.
Isi
Pada bahagian isi, penemu ramah memulakan dialog dengan orang yang
ditemu ramahnya. Penemu ramah mengemukakan soalan mengikut turutan.
Penutup
Pada bahagian penutup, penemu ramah membuat ulasan tentang temu
ramah tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah
ditemu ramah tadi.
Persediaan sebelum temu ramah
5.2.1 Persembahan
Orang yang ingin mengadakan temu ramah perlu membuat persediaan rapi sebelum
memulakan temu ramahnya. Persediaan ini bertujuan untuk menentukan yang
matlamat temu ramah untuk mendapatkan maklumat itu akan memberikan hasil
yang diharap-harapkan.
Mempersiapkan diri
Persiapan diri adalah penting. Penemu ramah perlu mempunyai ciri-ciri
seperti berpengetahuan luas, bijak, berfikiran kritis, menghormati orang
lain, penyabar, mudah ditegur, menepati masa, mudah ditemui dan
berpakaian kemas.
Perkara yang perlu dihindari oleh orang yang ditemu ramah
5.3.1 Persembahan
Semasa ditemu ramah, orang yang ditemu ramah itu perlu menghindari perkara-
perkara berikut:
Tidak bersemangat
Orang yang ditemu ramah perlu menunjukkan semangat dan jangan kelihatan letih
atau tidak bermaya.
Terlalu yakin
Jangan kelihatan terlalu yakin kerana orang yang ditemu ramah perlu kelihatan biasa dan
tenang.
Pasif
Sikap pasif bermakna kelihatan tidak begitu giat malah menunjukkan sikap yang beku
terhadap aktiviti temu ramah tersebut.
Tidak menunjukkan minat
Orang yang ditemu ramah perlu menunjukkan minat terhadap aktiviti temu ramah
tersebut. Tidak menunjukkan minat akan memberi gambaran seolah-olah dia
dipaksa melakukan perkara tersebut.
Tidak matang
Orang yang ditemu ramah tidak boleh menunjukkan sikap kebudak-budakan
kecuali yang mereka itu memang masih budak-budak. Dalam keadaan temu ramah,
orang yang ditemu ramah perlu menunjukkan sikap matang.
Tidak berhemah tinggi
Orang yang ditemu ramah perlu berhemah tinggi dan menunjukkan sikap yang baik.