Minit Mesyuarat Guru Bil 3 - 11.06.2021
Minit Mesyuarat Guru Bil 3 - 11.06.2021
Minit Mesyuarat Guru Bil 3 - 11.06.2021
1
SPSK PK 07/3
2
SPSK PK 07/3
Urusetia Mesyuarat :
Puan Siti Huzaimah binti Kadri – Setiausaha 1
Cik Nur Shazwani binti Che Azman – Setiausaha 2
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Puan Adida memulakan mesyuarat dengan mengalu-alukan kehadiran semua guru bagi Mesyuarat Guru kali ke-3
secara dalam talian dan mengucapkan rasa syukur kerana dapat menjalankan mesyuarat berkaitan pengoperasian
sekolah seperti yang telah dimaklumkan oleh PPD Klang.
3
SPSK PK 07/3
1.2. Puan Adida juga mengucapkan salam perkenalan kepada semua guru SKTM setelah hampir dua bulan beliau
berkhidmat di SKTM. Masyuarat kali ini merupakan pertemuan pertama beliau dengan semua guru memandangkan
keadaan yang tidak mengizinkan kerana PKP.
1.3. Puan Adida mengharapkan semua guru memberikan sokongan kepada beliau dalam apa sahaja program atau
perkara berkaitan sekolah bagi memastikan kelancaran pengurusan sekolah.
1.4. Guru-guru diharapkan dapat menjaga kesihatan dan sentiasa menjaga S.O.P.
1.5. Puan Adida berharap guru-guru dapat meneruskan program yang telah dirancang mengikut takwim dan boleh
dijalankan secara dalam talian walaupun berada dalam situasi PKP.
1.6. Semua program berkaitan Kurikulum, HEM dan Kokurikulum dapat diteruskan seperti yang dirancang termasuk
mesyuarat panitia dan unit-unit berkaitan secara dalam talian. Program yang ingin dijalankan dirancang sebaiknya.
1.7. Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Redwan bin Jamaludin.
1.8. Puan Adida menyatakan pencatat minit mesyuarat pada kali ini Cik Nur Shazwani binti Che Azman.
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1. Kehadiran guru ke sekolah (Perkara 3.3)
3.1.1. Berdasarkan analisa, masih ada guru yang lewat. Puan Adida berharap kehadiran lewat dapat dikurangkan
dan tidak dilakukan dengan kerap.
3.2. Guru tidak dibenarkan menyentuh murid (Perkara 3.4)
3.2.1. Guru tidak dibenarkan menyentuh/memukul murid dan lain-lain sentuhan fizikal. Aduan daripada ibu bapa
sering diterima dan guru-guru sedia maklum cara-cara menangani disiplin murid. Diharapkan tiada lagi aduan
yang diterima berkaitan perkara tersebut pada masa hadapan.
3.3. Buku Kawalan Kelas (Perkara 4.3)
3.3.1. Terdapat buku kawalan kelas yang dijumpai di dalam kelas. Buku tersebut sepatutnya perlu dihantar ke
pejabat.
3.3.2. Encik Ku Nuraffanddie bin Ku Mohd Fozi menyatakan buku tersebut diletakkan di dalam kelas sepanjang hari
persekolahan dahulu dan dihantar ke pejabat pada hujung minggu (Jumaat).
4. PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1. Puan Adida binti Haidzir (Guru Besar)
4.1.1. Pengoperasian sekolah
4
SPSK PK 07/3
4.1.1.1. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 25 hari persekolahan
seperti yang dijadualkan oleh KPM diikuti dengan cuti pertengahan penggal bermula 17 hingga
25.07.2021.
4.1.1.2. PdPR adalah mengikut kesesuaian murid dan guru berdasarkan 3 aspek iaitu kurikulum, TV Pendidikan
dan sokongan.
4.1.1.3. Puan Adida mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menjalankan PdPR. Ia merupakan
tugas hakiki guru-guru yang perlu dilakukan dalam proses kemenjadian murid.
4.1.1.4. Jadual PdPR baru telah disediakan dan guru-guru digalakkan untuk menjalankan PdPR secara Google
Meet serta dapat menarik minat murid-murid dan cuba memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam
pelajaran.
4.1.1.5. Puan Adida berharap guru-guru terus membuat laporan selepas menjalankan PdPR mengikut jadual
pembelajaran.
4.1.1.6. Puan Adida mengucapkan tahniah kepada Encik Ku Nuraffanddie bin Ku Mohd Fozi kerana menjadi
tenaga pendidik yang akan bersiaran dalam slot Didik TV. Guru-guru diminta menggalakkan murid-murid
untuk menonton siaran TV Pendidikan.
4.1.1.7. Puan Adida mengucapkan tahniah kepada Puan Mahyon kerana berkongsi kata-kata motivasi kepada
murid-murid setiap hari. Beliau berharap dapat dijalankan program motivasi untuk guru pula khususnya
untuk guru-guru menghadapi PdPR dalam pengurusan emosi.
4.1.1.8. Aspek sokongan yang lain termasuklah bimbingan rakan sebaya, kursus dan latihan untuk guru serta
komunikasi ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah dan PIBG.
4.1.1.9. Inisiatif CERDIK Projek Rintis Peranti – Murid-murid akan menerima komputer riba, sim card, dongle dan
beg. Pemberian akan dimulakan kepada murid Tahun 4.
4.1.1.10.Guru-guru diminta menjaga kesihatan dan diminta melaporkan jika mendapat jangkitan Covid-19
4.1.1.11.Guru-guru diingatkan supaya berhemah dalam menggunakan media sosial dan tidak menghantar status
yang melanggar etika sebagai penjawat awam.
4.1.1.12.LADAP perlu mencapai 5 hari latihan dan 42 mata kredit.
4.1.1.13.Guru-guru diminta mengemaskini sistem HRMIS termasuk meletakkan gambar, pengalaman kerja dan
pengisytiharan harta untuk kegunaan pengurusan pangkat.
4.1.1.14.Satu link telegram untuk pertanyaan berkaitan urusan perkhidmatan telah disediakan.
Tindakan: Semua guru
5
SPSK PK 07/3
4.1.2.2. Ustaz Farid (SU PIBG) telah membuat permohonan melalui Telegram kerana tidak boleh hadir ke PPD
disebabkan PKP dan menunggu keputusan daripada PPD. Jawatankuasa PIBG perlu bersedia dan
membuat persiapan.
Tindakan: Jawatankuasa PIBG
4.1.4. SPLKPM
4.1.4.1. Encik Yazid melaporkan 72 orang guru telah mencapai 5 hari LADAP dan 67 orang guru mencapai 42
jam kredit.
4.1.4.2. Analisa pembacaan buku bagi guru-guru yang membuat rumusan telah disahkan tetapi rekod boleh
disemak pada setiap akhir bulan.
4.1.4.3. Guru-guru digalakkan membaca sebanyak 4 buah buku dalam tempoh setahun bagi mencapai 20 jam
kredit.
Tindakan: Semua guru
4.2. Encik Ahmad Ariffin bin Haji Abd Rahman (GPK Pentadbiran)
4.2.1. Pengurusan Panitia
4.2.1.1. Tahniah diucapkan kepada Puan Siti Nor Baya selaku Ketua Panitia Sejarah kerana pengurusan fail
yang lengkap setelah dipantau oleh Encik Sazali dari PPD.
4.2.1.2. Fail panitia yang lain juga telah disemak oleh Encik Ahmad Ariffin dan Puan Zaharah dan hanya
terdapat dua panitia sahaja yang belum lengkap. Encik Ahmad Ariffin berharap fail tersebut dapat
dilengkapkan.
4.2.1.3. Perancangan akan dilakukan untuk menjalankan mesyuarat panitia kali kedua dan setiap panitia
diingatkan supaya membincangkan perkara berkaitan PBD serta dimasukkan ke dalam minit mesyuarat.
6
SPSK PK 07/3
4.2.1.4. Pengurusan panitia mestilah mengikut instrumen yang boleh dirujuk di SKPMG Standard 3.1.
4.2.1.5. Pelaksanaan PdPc untuk semua guru boleh dirujuk mengikut Standard 4.0. Butiran berkaitan telah
dimasukkan dalam buku pengurusan sekolah. Standard tersebut perlu dibawa dan dirujuk setiap kali
melaksanakan PdP/PdPR.
4.2.1.6. Mesyuarat panitia juga perlu membincangkan tentang isu murid yang tidak melepasi TP 1 dan TP 2
dalam PBD serta langkah-langkah intervensi yang perlu dilaksanakan supaya murid melepasi TP 1 dan
TP 2.
4.2.1.7. Tahniah kepada Panitia Sains dan Matematik kerana telah menjalankan program penataran analisa
PBD bersama pihak PPD. Program-program yang dijalankan secara PdPR telah dilaporkan walaupun
menghadapi kekangan pandemik Covid 19
4.2.1.8. Ketua dan ahli-ahli panitia diharapkan dapat membincangkan langkah-langkah bagi melaksanakan
PdPR khususnya untuk murid yang mencapai TP 1 dan TP 2. Menurut Encik Asri, murid-murid tersebut
tidak semestinya dinilai secara bertulis tetapi boleh juga dinilai secara lisan.
4.2.1.9. Panitia juga perlu berbincang untuk melaksanakan program Continuous Professional Develope (CPD)
atau Pembangunan Profesional Berterusan (PPB) bagi membugarkan DSKP bertujuan untuk
melaksanakan PBD kepada murid-murid.
4.2.1.10. Berdasarkan PdPR yang dilaksanakan, guru-guru diharapkan dapat memfokuskan kepada kemahiran
asas terlebih dahulu khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan
Sains.
4.2.1.11. Panitia diharapkan terus melengkapkan fail panitia masing-masing dan cuba untuk melaksanakan
program-program yang telah dirancang.
Tindakan: Ketua Panitia
4.2.2. PdP
4.2.2.1. PdPR PKP 3.0
a. Jadual PdPR untuk Tahap 2 telah dimaklumkan mengikut kesesuaian masa guru-guru. Guru-guru
boleh berhubung dengan Encik Ahmad Ariffin jika terdapat masalah berkaitan jadual PdPR
tersebut.
b. Terdapat pertanyaan daripada ibubapa berkaitan PdPR sama ada semua kelas tersebut akan
dilaksanakan melalui aplikasi Google Meet. Kebiasaannya, guru akan memaklumkan terlebih
dahulu sehari atau dua hari lebih awal dan dijalankan secara gabungan bersama kelas lain.
c. Guru-guru digalakkan untuk merakam Google Meet dan menghantar rakaman tersbut kepada murid
supaya boleh ditonton semula oleh murid.
7
SPSK PK 07/3
d. Encik Asri mengingatkan guru-guru supaya dapat menjalankan sesi soal jawab semasa
pelaksanaan Google Meet kerana guru-guru boleh menilai murid berdasarkan TP melalui sesi soal
jawab tersebut.
e. Kekangan semasa pelaksanaan PdPR adalah pembelajaran terbeza di kalangan murid-murid
kerana guru-guru tidak mengetahui berkaitan situasi murid kerana terdapat situasi di mana murid
berkongsi peranti sesama adik beradik.
4.2.2.2. PBD
a. Guru-guru diminta untuk merekod perkembangan murid dan mesti terdapat langkah-langkah atau
cara pelaksanaan yang dilakukan jika murid tidak mencapai TP yang ditetapkan.
b. Terdapat guru yang beranggapan bahawa kaedah PBD merupakan kaedah yang tidak relevan,
namun guru-guru digalakkan sentiasa berfikiran terbuka dan positif kerana kaedah PBD bertujuan
untuk membina watak dan membangunkan sahsiah murid.
c. Guru-guru boleh membina watak murid supaya dapat membantu rakan sebaya.
d. Guru kelas perlu memastikan supaya tahap penguasaan umum untuk semua mata pelajaran
berdasarkan aspek sahsiah dan sebagainya serta tahap penguasaan keseluruhan murid dinilai
dengan betul mengikut aspek dalam PBD dan murid tersebut menguasai keseluruhan kemahiran
yang ada.
4.2.2.3. Pencerapan.
a. Pencerapan kendiri telah dijalankan oleh semua guru dan proses pengisian markah sedang
dilakukan.
b. Pencerapan seterusnya adalah pencerapan oleh pihak pentadbir yang dijadualkan dalam bulan Jun
hingga Ogos. Ia bergantung kepada situasi PKP yang bersambung dari masa ke semasa.
c. Markah pencerapan bergantung kepada kaedah PdPR dan guru-guru diminta menghantar
Tindakan: Semua guru
4.2.3. e-Operasi
4.2.3.1. Guru diminta untuk sentiasa melihat dan mengemaskini data. Jika terdapat perubahan seperti
perubahan gaji, alamat atau perkara yang berkaitan, guru boleh berhubung dengan Encik Ahmad Ariffin
(GPK Pentadbiran) atau Encik Nor Rahim (Guru Data)
4.2.3.2. Fail peribadi guru - Pesanan daripada Puan Mirani, sekiranya guru mendapat surat-surat penting terus
daripada PPD/JPN/KPM dan sebagainya, guru diminta untuk memaklumkan dan menyerahkan salinan
surat tersebut bagi memudahkan urusan berkaitan dan menjadi rujukan pihak pejabat.
8
SPSK PK 07/3
4.2.3.3. Tahniah kepada dua orang guru interim Ustazah Hasliza dan Ustazah Noor Izzati yang sedang
mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC), salinan surat tawaran dan jadual perlu diserahkan kepada pihak
pejabat sebagai rujukan.
Tindakan: Semua guru dan kakitangan sekolah
4.3.2. KWAPM
4.3.2.1. Pemakluman penangguhan KWAPM adalah merujuk kepada surat dari JPN bertarikh 10 Jun 2021.
9
SPSK PK 07/3
4.3.2.2. Peruntukan wang KWAPM disalurkan ke Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah bertarikh 25 Mei
2021.
4.3.2.3. Penangguhan pemberian tunai kepada penerima ditangguhkan ekoran pelaksanaan PKP yang bertarikh
1-14 Jun 2021.
4.3.2.4. Pemberian wang KWAPM adalah melalui akaun bank tetapi belum mencapai keputusan rasmi berkaitan
perkara tersebut kerana murid yang tiada akaun bank. Pihak sekolah tidak boleh memaksa murid untuk
membuka akaun bank untuk tujuan tersebut.
4.3.2.5. Pengagihan wang adalah sehingga bulan Oktober 2021 dan jika sekolah sudah beroperasi semula
secara bersemuka, penerima wang KWAPM boleh terus menerima wang tersebut daripada pihak
sekolah tanpa melalui akaun bank.
4.3.4. Terima kasih kepada semua unit yang terlibat dengan HEM kerana dapat melengkapkan fail-fail penting
berkaitan unit HEM. Kerjasama diharapkan agar dapat melengkapkan fail bagi unit lain yang belum berbuat
demikian.
10
SPSK PK 07/3
11
SPSK PK 07/3
5.1.1. Pertanyaan berkaitan Minggu PdPR – Bilangan minggu selepas cuti penggal (29.05.2021 – 13.06.2021)
adalah Minggu ke 18 bermula 14 Jun 2021 seperti yang telah dimaklumkan oleh Encik Ahmad Ariffin.
5.2. Puan Wan Noorfadzilah binti Mohd Tahir
5.2.1. Program Sambutan Hari Guru – Badan kebajikan guru belum bermesyuarat untuk mangadakan Sambutan
Hari Guru secara dalam talian dan sebarang makluman berkaitan sambutan tersebut akan dimaklumkan
kemudian.
6. PENUTUP
6.1. Puan Adida mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru atas kerja kuat dan dapat menjalankan
tugas dengan baik. Guru-guru diharapkan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan terus memberikan sokongan
yang padu kepada beliau.
6.2. Guru-guru juga diharapkan sentiasa bekerjasama dalam menyampaikan maklumat dan memberi maklum balas
dengan segera jika diminta oleh Puan Adida.
Disediakan oleh ,
Urusetia Mesyuarat Guru
Cik Nur Shazwani binti Che Azman
Tarikh : 18 Jun 2021
12