Jurnal Usuluddin 12 2000-08 Joni Perbankan PDF
Jurnal Usuluddin 12 2000-08 Joni Perbankan PDF
Jurnal Usuluddin 12 2000-08 Joni Perbankan PDF
net/publication/315045580
CITATION READS
1 844
1 author:
SEE PROFILE
All content following this page was uploaded by Joni Tamkin Borhan on 15 March 2017.
Oleh:
Joni Tamkin B. Borhan
Abstract
PENDAHULUAN
Perbankan Islam didefinisikan secara umumnya sebagai urusan perbankan yang bebas
daripada amalan riba dan berasaskan kepada prinsip-prinsip mu'amalah Islam.
Kemunculan institusi perbankan dan kewangan Islam terutamanya di negara-negara
yang majoriti penduduknya berugama Islam telah mewujudkan dimensi baru dalam
model ekonomi. Matlamat utama operasinya ialah menghapuskan riba daripada semua
transaksinya dengan menawarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan
alternatif yang bersaing secara sihat dengan institusi-institusi perbankan konvensional.
Artikel ini akan membincangkan perkembangan pemikiran perbankan Islam yang telah
dikembangkan oleh para fuqaha' dan sarjana ekonomi Islam semenjak dekad 40-an
yang menjadi asas kepada penubuhan dan pelaksanaan perbankan Islam dalam bentuk
institusi yang moden. Pemikiran ini telah menjadi matang dan komprehensif pada
dekad 60-an dan 70-an. Pada dekad 80-an dan 90-an banyak penyelidikan dan kajian
105
Jurnal Usuluddin
berkenaan perbankan Islam telah dihasilkan yang boleh menjadi panduan kepada para
pengamal perbankan Islam dan memperkayakan khazanah penulisan dalam bidang ini.
PERBANKAN ISLAM
Sistem perkongsian untung dan rugi adalah mekanisme alternatif kepada sistem
perbankan konvensional yang berasaskan kepada riba. Sistem perkongsian ialah
method-method, kaedah-kaedah dan mekanisme-mekanisme yang selari dengan rangka
kerja ekonomi Islam yang bebas daripada amalan bunga dalam sistem urusan bank dan
kewangan Islam. Secara amalannya, masyarakat Islam tidak berupaya melarikan diri
daripada transaksi yang berasaskan kepada riba selama mana institusi-institusi
perbankan dan kewangan konvensional yang berasaskan kepada riba masih beroperasi.
1 Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, h. 103.
4 Rosli Mahmood, Konsep Asas Perbankan, DBP, Kuala Lumpur, 1994, h. 15; Kamus
Perbankan, 1998, h. 12.
5 Lihat Majalah al-Bunuk al-Islamiyyah, Dhu al-Qa'idah, 1399, Kaherah, h. 22; Sudin Harun,
Prinsip dan Operasi Perbankan /s/am, Berita Publishing Sdn. Bhd., KL, 1996, h. 2; Abdul
Halim Ismail, "Bank Islam Sebagai Satu Institusi Pembangunan Masyarakat Islam", dalam
Muhammad Syukri Salleh (ed.), Konsep dan Pelaksanaan Pembangunan Berteraskan Islam,
Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1990, h. 69.
106
Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangannya
Untuk mengatasi masalah ini para fuqaha'6 dan sarjana ekonomi Islam7 telah
mengemukakan pelbagai bentuk transaksi altematif yang selari dengan syariah iaitu
keuntungan atau pulangan kepada setiap pihak di dalam sesuatu akad adalah di dalam
bentuk kadar (nisbah) seperti 1/2, 1/3 dan 1/4 dan kerugian akan ditanggung oleh
pihak pembiaya (pemilik) modal (sahib al-mal) yang bergantung kepada sumbangan
modal mereka.8
8 Lihat al-Kasani, op. cit., J. 8, h. 3602; al-Sarakhsi, al-Mabsut, J. II, Matba'ah al-Sa'adah,
Qaherah, 1324H., h. 157; Ibn Rushd, op. cit., J. 2, h. 303; al-Marghinan!,'aZ-tf/rfayafc, J. 3,
Mustafa al-Babi al-Halabi, Qaherah, t.t., h. 202 - 215; al-raziri,^7afc al-Fiqh 'Aid al-Madh'ahib
al-Arba'ah, J. 3, Dar al-Fikr, t.t., h. 34; Muhammad al-Sharbirii al-Khatib,MM,g/i«7 al-Muhtaj, J.
2, Mustafa al-Babi al-Halabi, Qaherah, 1377H., h. 309.
107
Jurnal Usuluddin
rugi yang menjadi altematif kepada institusi riba di dalam sistem urusan bank dan
kewangan konvensional ialah mudarabah (profit sharing) dan sharikah atau
musharakah (partnership) yang merupakan dua bentuk akad usahasama.9 Selain
daripada sistem perkongsian untung dan rugi, beberapa metod lain juga telah diajukan
untuk menggantikan riba (bunga) daripada ekonomi. Metod-metod tersebut, antaranya,
ialah al-ijarah (leasing), sewa beli (al-ijarah thumma al-bay'), al-bay' bithaman ajil
(BBA) dan al-murabahah (mark-up).10
Sistem perkongsian untung dan rugi adalah satu rangka kerja yang menjelaskan
peranan relatif modal dan keusahawanan yang tidak dianggap sebagai faktor-faktor
yang terpisah dan mempunyai asas yang berbeza dari segi pulangan. Sebaliknya
kedua-dua faktor itu mempunyai asas yang seragam dalam kes pulangan tersebut.
Dalam Islam, modal dianggap sebagai faktor buruh yang tersimpan yang
terkandung di dalamnya suatu barangan dan digunakan dalam proses pengeluaran
barangan lain. Pulangan kepada modal sama ada dalam bentuk keuntungan11 atau sewa
mengikut jenis modal.12 Sementara usahawan (entrepreneur) ialah tenaga manusia
yang mengolah, mengurus, mentadbir dan memiliki faktor-faktor pengeluaran lain
seperti tanah, modal dan buruh dalam aktiviti pengeluaran. Usahawan
bertanggungjawab terhadap perjalanan aktiviti pengeluaran dan pulangan kepadanya
9 Lihat M. Umer Chapra, Towards A Just Monetary System, Leicester, 1986, h. 165 - 166;
Mohamed Ariff, "Introduction" dan M. N. Siddiqi, "Islamic Approach to Money and Banking
and Monetary Policy - A Review" dalam Mohamed Ariff (ed.),Monetary and Fiscal Economics
of Islam, International Centre for Research in Islamic Economics, King Abdul Aziz University,
Jeddah, 1983, h. 10, 25 - 38.
10 Method-method yang kedua ini telah disarankan oleh sesetengah ahli ekonomi Islam supaya
penggunaannya pada tahap yang minimum kerana ia boleh membuka pintu riba daripada
belakang iaitu apabila method utama atau perkongsian untung dan rugi tidak boleh diamalkan.
Lihat M. Umer Chapra, Ibid., h. 166 - 173; Report of the Council of Islamic Ideology (Pakistan),
"Elimination of Interest from the Economy" dalam Ziauddin Ahmed, et al (eds.)Money and
Banking in Islam, h. 225.
11 Majoriti ahli-ahli ekonomi Islam menerima modal sebagai salah satu faktor dalam proses
pengeluaran. Lihat umpamanya, Malik b. Nabi,al-Muslimfi 'Alam al-Iqtisad, Dar al-Shuriiq,
Beirut, 1972, h. 81; Ibrahim al-Tahaw~i, al-Iqtisad al-Islami: Madhhaban wa Nizaman wa
Dirasah Muq'aranah, J. 1, Majma; al-Buhuth al-islamiyyah, Qaherah, 1974, h. 227; Mahniud
Abu al-Su'ud, KhututRa'Jsiyyahfi al-Iqtisad al-IsFami,Maktabah al-Manar al-Islamiyyah, Ku
wait, 1968, h. 54 -55; M. N. Siddiqi, Muslim Economic Thinking: A Survey of Contemporary
Literature, Leicester, 1981, h. 11; Muhammad Uzair.op. cit, h. 38 - 39; Muhammad Baqir al-
Sadr, Iqtisaduna, Dar al-Kitab al-Lubnanl, Beirut, 1983, h. 398 - 397; Ahmadur Rahman Alavi,
"An Introduction to the Economic Philosophy of Islam" dalam/stom'c Literature (Lahore), Vol.
n (4), April 1950, h. 25 - 35.
108
Pemikiran Perbankan Islam: Scjarah dan Perkembangannya
adalah dalam bentuk keuntungan lebihan setelah semua pulangan diagihkan kepada
faktor-faktor lain yang terlibat di dalam aktiviti tersebut. Dengan perkataan lain,
pulangan kepada usahawan adalah bergantung kepada kebolehan, kemampuan,
ketekunan dan pengalamannya dan dia tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk
menanggung kerugian, jika berlaku, yang bukan disebabkan oleh kecuaian dan
kelalaiannya.13
Penggantian sistem urusan bank dan kewangan yang berasaskan kepada riba,
kepada sistem yang berasaskan kepada perkongsian untung dan rugi tidak sahaja
menggantikannya dari sudut teknikal, tetapi mesti menggunakan mekanisme-
mekanisme pembiayaan yang sesuai dengan keperluan Syariah dan masyarakat Islam.
Selanjutnya aktiviti-aktiviti kewangan itu harus diarahkan untuk mencapai objektif
kebajikan sosio-ekonomi Islam. Objektif-objektif ini secara ringkasnya dapatlah
dikatakan sebagai pertumbuhan ekonomi yang akan memansuhkan kemiskinan,
keadilan pengagihan pendapatan dan kekayaan, dan peluang pekerjaan yang cukup
kepada rakyat jelala.15
Kewujudan bank dan institusi kewangan Islam bukan setakat kejayaan mereka
menghapuskan riba dan mendapatkan keuntungan daripada operasi dan pelaburan yang
dibuat, tetapi meliputi sejauh manakah mereka telah mencapai objektif sosio-ekonomi
yang diperlukan oleh masyarakat Islam. Umpamanya dalam bentuk memobilisasikan
tabungan, peningkatan keusahawanan yang meluas, kecekapan menggunakan tabungan
yang bertujuan memenuhi keperluan utama (asasi) masyarakat Islam, mengurangkan
pemusatan kekayaan di tangan segelintir individu dan kestabilan kewangan. Meskipun
semua perkara tersebut tidak dapat dicapai dalam tempoh singkat, tetapi sekurang-
kurangnya mereka terus berusaha untuk mencapainya dalam jangka panjang. Ini adalah
kerana orientasi kebajikan sosio-ekonomi menjadi cabaran kepada bank-bank dan
institusi-institusi kewangan Islam yang bebas daripada amalan riba.
13 Muhammad Baqir al-Sadr, op. cit., h. 396 - 397; Ibrahim al-Tahawi, op. cit., J. 1, h. 277;
Muhammad Uzair, op. cit, h. 39; Ahmad al-Najjar (1973), op. cit., h. 106.
14 Lihat umpamanya P. A. Samuelson, Economics, McGraw-Hill Book Co., New York, 1977,
h. 597 - 607.
109
Jurnal Usuluddin
Pemikiran Sistem Perbankan Islam dan institusi-institusi kewangan Islam lain yang
diasaskan kepada sistem perkongsian untung dan rugi (profit and loss sharing) telah
dikembangkan dalam beberapa fasa perkembangan. Penulisan dalam Perbankan Islam
tersebut oleh para ulama', sarjana dalam ekonomi dan perbankan Islam boleh
dibahagikan kepada beberapa fasa perkembangan, iaitu (a) 1940-an, (b) 1960-an
hingga 1970-an, (c) 1980-an hingga sekarang.
Rujukan awal terhadap penyusunan semula urusan bank dan kewangan yang
berasaskan kepada perkongsian untung bukan bunga, terdapat dalam penulisan Anwar
Iqbal Qureshi,16 Naiem Siddiqi17 dan Sheikh Mahmud Ahmad.18 Perbincangan Qureshi
dalam hal ini sangat ringkas dan diasaskan kepada mudarabah yang tidak betul.19
Naiem Siddiqi membincangkan dengan lebih terperinci hubungan penyimpan-bank dan
bank-peniaga (usahawan) secara berasingan dan mengesyorkan supaya simpanan
jangka panjang diberikan bahagian keuntungan yang lebih besar berbanding dengan
simpanan jangka pendek. Skim perbankan yang dianjurkan oleh beliau juga tersalah
anggap tentang maksud sebenar akad mudarabah dalam amalan perbankan Islam.20
Sheikh Mahmud Ahmad mengemukakan cadangannya yang berasaskan kepada
perkongsian (syarikat/co-operatian),21 tetapi tidaklah jelas sama ada beliau
membezakan antara mudarabah dan musharakah. Menurut beliau, bank berkongsi
keuntungan dengan peminjam dan berkongsi keuntungan dengan para pendeposit tetap
(fixed depositors) dan pemilik saham.22
22 S. Mahmud Ahmad mencadangkan supaya Bank Islam ditubuhkan atas asas syarikat stok
bersama (joint-stock company), Ibid.
110
Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangannya
Ahmad Irshad juga membincangkan perkara yang sama seperti Dr. Uzair, tetapi
Ahmad Irshad tersalah anggap tentang konsep mudarabah kerana konsep perkongsian
menurut beliau ialah berkongsi keuntungan dan kerugian oleh usahawan.24
Abdul Hadi Ghanameh dalam kertas kerjanya yang bertajuk "The Interestless
Economy"25 yang dibentangkan di Amerika Utara pada tahun 1968 tidak
membincangkan bagaimana sistem perkongsian dalam sistem urusan bank Islam tanpa
riba itu beroperasi. Sebaliknya beliau mencadangkan penggunaan saham biasa untuk
pembiayaan jangka panjang dan penggunaan dana bersama untuk pembiayaan jangka
pendek dalam ekonomi tanpa riba. Meskipun begitu, karya beliau masih belum dapat
menyelesaikan persoalan sebenar iaitu bagaimanakah institusi perbankan dan
kewangan Islam dapat beroperasi tanpa menggunakan mekanisme riba.
Sistem perbankan Islam yang berasaskan kepada perkongsian untung dan rugi
telah dibincangkan secara matang dan komprehensif pada lewat tahun enam puluhan
dan tahun tujuh puluhan oleh beberapa orang sarjana Islam seperti Dr. 'Abd Allah al-
'Arabi,26 Prof. Muhammad Nejatullah Siddiqi,27 Mahmud Ahmad,28 Dr. Ahmad
Muhammad 'Abd al-'Aziz al-Najjar,29 Muhammad Baqir al-Sadr,30 Mustafa 'Abd Al
lah al-Hamshari,31 Dr. Muhammad Abdul Mannan32 dan Iain-lain lagi.33
24 Interest Free Banking, Orient Press of Pakistan, Karachi, t.t., 100 halaman.
25 Dalam Contemporary Aspects of Economic Thinking in Islamjhe Muslim Students' Asso
ciation of thr United States and Canada, 1976, h. 55 - 64.
26 "Contemporary Bank Transactions and Islam's View Thereon" dalam Islamic Thought, Vol.
II (394), (Aligarh, July 1967), h. 10 - 43.
27 Banking Without Interest, Leicester, UK, 1988, h. 15 - 52. Buku ini asalnya ditulis dalam
Bahasa Urdu dengan judul Ghair Sudi Bankari (Urusan Bank Tanpa Bunga) yang pertama kali
diterbitkan pada tahun 1969.
33 Lihat juga Muhammad 'Issa 'Abduh, Bunuk Biia Fawa'id, Dar al-Fikr, Qaherah, 1970;Idem,
Al-Riba wa Dawruhufi Istighlal Mawarid al-Shurub,Dar al-Buhuth al-'Ilmiyyah, Kuwait, 1969,
111
Jurnal Usuluddin
Kecuali skim yang dicadangkan oleh Muhammad Baqir al-Sadr dan Ahmad al-
Najjar, semua penulisan di atas dalam period ini menganggap bank Islam hanya
sebagai perantaraan kewangan yang memobilisasikan tabungan daripada orang ramai
berasaskan akad perkongsian untung iaitu mudarabah dan memberikan pendahuluan
kepada usahawan mengikut konsep yang sama. Keuntungan daripada pelaburan akan
dikongsi bersama oleh pihak bank dan usahawan mengikut kadar (peratusan) yang
telah dipersetujui bersama terlebih dahulu. Bank pula akan berkongsi keuntungan
dengan para pendeposit dan pemegang saham mengikut kadar dalam akaun mudarabah
yang dipersetujui. Liabiliti terhadap modal akan ditanggung oleh bank dan para
pendeposit mengikut nisbah modal yang mereka sumbangkan. Bagaimanapun, mereka
berkeyakinan, para pendeposit tidak mungkin mengalami kerugian daripada dana yang
dilaburkan oleh bank. Selain dari itu, bank juga menerima simpanan dalam bentuk
akaun semasa dengan janji untuk membayar atas permintaan pendeposit. Keuntungan
daripada penggunaan dana dalam akaun ini adalah menjadi hak bank dan pilihan
terletak di tangan bank sama ada hendak mengenakan bayaran perkhidmatan atau pun
tidak kepada para pendeposit dalam akaun semasa tersebut.
Dalam skim yang dicadangkan oleh Ahmad al-Najjar,34 bank adalah sebuah
institusi yang dibentuk untuk menggalakkan tabungan supaya ia dapat digunakan
dengan berfaedah di dalam sektor luar bandar dengan akad perkongsian. Bank
mempunyai "Tabung Perkhidmatan Sosial" yang menarik sumbangan zakat daripada
orang ramai dan menyusun perkhidmatan sosial di kawasan berkenaan. Beliau tidak
membincangkan bagaimana urusan bank tanpa riba beroperasi melalui mekanisme
perkongsian untung dan rugi. Sebaliknya menurut beliau, isu yang lebih penting ialah
menyusun semula ekonomi negara-negara Islam yang mundur supaya membangun dan
maju.
112
Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangannya
Saranan beliau ini tidak releven dengan ekonomi Islam kerana isu yang utama
ialah bagaimana hendak menyediakan mekanisme altematif dalam sistem yang sedia
ada supaya ianya berasaskan kepada perkongsian untung dan rugi. Membebaskan para
pendeposit (penyimpan) daripada tanggungan kerugian telah menimbulkan persoalan
dari sudut hukum Islam. Demikian juga kedudukan bank yang tidak menjadi rakan
kerja ('amil) dalam hubungannya dengan para pendeposit, dan sebagai pemodal dalam
hubungannya dengan usahawan dalam akad mudarabah, seperti yang dianjurkan oleh
kebanyakan fuqaha' dan sarjana ekonomi Islam.
Dalam fasa ini banyak penulisan tentang perbankan Islam yang lengkap,
komprehensif dan matang dalam bentuk teori dan pelaksanaannya di dalam operasi
dan transaksi institusi-institusi berkenaan. Penulisan-penulisan itu sama ada dalam
bentuk kajian-kajian di peringkat doktor falsafah, sarjana, kertas-kertas kerja
persidangan, buku-buku dalam pelbagai bahasa dan juga artikel-artikel dalam jurnal-
jurnal yang berkenaan. Antaranya ialah karya Waqar Masood Khan, "Towards an In
terest-free Islamic Economic System",36 Shahrukh Rafi Khan, "Profit and Loss Sha
ring: An Islamic Experiment in Islamic Banking and Finance",37 "Modelling an Inte
rest-free Economy"38 yang ditulis oleh Muhammad Anwar dan Azlan Khalili
Shamsuddin berjudul "Banking and Public Finance in Islam".39 Dalam kontek Malay
sia, banyak penyelidikan di peringkat Ijazah tinggi, buku-buku, artikel-artikel dalam
jurnal-jumal40 dan kertas-kertas projek41 telah dihasilkan. Antaranya ialah tulisan Joni
35 Muhammad Baqir al-Sadr,op. cit., h. 76 - 127, 164 - 165, Lihat juga Lampiran 3 halaman
205 - 208, Lampiran 8 halaman 210 - 214.
36 Asalnya ialah tesis Ph.D di University of Boston, USA, pada tahun 1983 dan telah diterbitkan
oleh The Islamic Foundation, UK pada tahun 1985.
37 Tulisan ini asalnya ialah tesis Ph.D yang diserahkan di University of Michigan, Ann Arbor,
USA pada tahun 1987 dan telah diterbitkan oleh Oxford University Press, Karachi pada tahun
1987.
38 Buku ini adalah sebuah tesis Ph.D yang diajukan kepada University of Hampshire, USA pada
tahun 1987 dan telah diterbitkan oleh International Institute of Islamic Thought, Herndon, USA
pada tahun 1987.
39 Tesis Sarjana di New York University pada tahun 1987 dan telah diterbitkan oleh Dewan
Pustaka Fajar pada tahun 1988, 123 halaman.
113
Jurnal Usuluddin
Kebanyakan penulis Barat50 telah melahirkan keraguan tentang kebolehan bank Islam
beroperasi tanpa mengandungi elemen riba. Penekanan yang dibuat ialah bahawa
perubahan sistem bank konvensional yang berasaskan riba kepada sistem bank Islam
43 Asalnya ialah Tesis Ph.D dalam bidang kewangan Islam di Universiti Malaya dan telah
diterbitkan oleh JAKIM pada tahun 1999, 578 halaman.
44 Tesis Ph.D di University of Warwick, England pada tahun 1994 dan telah diterbitkan oleh A.
S. Noordeen pada tahun 1996, 406 halaman.
45 Terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 1996, 190 halaman.
114
Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangannya
yang berasaskan kepada perkongsian untung dan rugi yang boleh menimbulkan
keadaan tidak stabil yang melampau. Di dalam mana-mana sistem bank, kadar
bungalah yang menjadi salah satu faktor utama yang menyumbang kepada
ketidakstabilan.51 Pada masa yang sama terdapat beberapa orang ahli ekonomi
konvensional seperti Henry Simons,52 Hyman Minsky53 dan Joan Robinson54 yang
mengatakan bahawa akan wujud kestabilan yang lebih baik dalam sistem perbankan
yang berasaskan kepada perkongsian untung dan rugi (ekuiti) berbanding dengan
sistem yang berasaskan kepada kredit.
Di samping itu terdapat juga beberapa orang pemikir Islam yang telah
menimbulkan keraguan tentang keberkesanan sistem perbankan yang berasaskan
kepada perkongsian untung dan rugi, malah ada juga yang menolak langsung sistem
alternatif tersebut. Dr. Muhammad Muslehuddin55 menolak mudarabah sebagai asas
dalam urusan bank Islam kerana pendekatan perundangannya yang sempit terhadap
mudarabah serta urusan bank Islam itu sendiri akan mengalami perubahan apabila
urusniaganya tidak berasaskan kepada riba. Antara hujah beliau menolak sistem
perkongsian itu ialah bahawa bank Islam tidak akan dapat memberikan pendahuluan
kepada perniagaan yang telah pun melaburkan modal mereka sendiri kerana ia
bertentangan dengan prinsip mudarabah.
Satu lagi alasan beliau kenapa sistem perkongsian tidak dapat dilaksanakan dalam
sistem perbankan Islam ialah kerana kebimbangan terdapat amalan curang oleh
usahawan yang telah mendapat modal daripada bank Islam. Pandangan ini telah pun
dijawab oleh ahli-ahli ekonomi Islam seperti M. Umer Chapra,56 dengan menunjukkan
52 Economic Policy for a Free Society, University of Chicago Press, Chicago, 1948, h. 320.
53 Ringkasan kepada perbincangan Minsky dipetik oleh Joan Robinson, "What Are the Ques
tions?" Journal of Economic Literature, Disember 1977, h. 1331. Lihat juga C. P. Kindleberger,
Manias, Panics and Crashes, MacMillan, London, 1978, h. 16.
115
Jurnal Usuluddin
Dr. Mahmud Abu Sa'ud59 juga berpandangan bahawa mudarabah tidak boleh
menjadi mekanisme alternatif dalam sistem perbankan Islam. Menurut beliau,
penyusunan semula sistem bank dengan menggunakan alternatif mudarabah akan
membawa kepada kemunculan pasar gelap yang akan menyebabkan riba muncul
semula. Sekiranya pihak kerajaan berjaya menguatkuasakan larangan undang-undang
terhadap riba, para penyimpan akan lebih gemar membeli saham di pasaran saham,
daripada menyimpan wang mereka di bank mudarabah.
Syed Nawab Haider Naqvi dalam karyanya Ethics and Economics: An Islamic
59 "Money, Interest and Qirad" dalam Khurshid Ahmad (e&.),Studies in Islamic Economics,
The Islamic Foundation, Leicester, 1981, h. 74.
60 Ibid, h. 76 - 77.
116
Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangannya
Hujah beliau diakhiri dengan cadangan iaitu sistem perbankan yang diasaskan
kepada perkongsian hendaklah berdasarkan kepada prinsip tanggungan terhad dan
memasukkan unsur ketidakpastian dalam urusniaga kewangan. Bank-bank
perdagangan yang dimiliknegarakan akan melakukan pembiayaan dan sebahagian
besar daripada risiko pelaburan akan ditanggung oleh bank-bank perdagangan. Ini
adalah kerana pengetahuan serta kesedaran orang ramai tentang urusniaga industri
perbankan dan kewangan konvensional dan tahu bagaimana meminimumkan risiko
dengan menyebarkannya melalui pemilikan potfolio yang optimum. Para pendeposit,
khususnya para pendeposit kecil tidak akan menanggung risiko kerana pengetahuan
mereka tentang urusniaga sektor pengeluaran komoditi adalah terhad. Bank-bank
perdagangan akan menyediakan potfolio pelaburan kepada para pendeposit daripada
simpanan yang selamat 100% kepada simpanan yang menanggung risiko lebih tinggi
yang dijanjikan pelbagai kadar pulangan mengikut darjah risiko simpanan
berkenaan.63
Dakwaan dan keraguan yang mengatakan sistem perkongsian untung dan rugi
tersebut boleh menimbulkan keadaan tidak stabil menjadi reda dan perhatian mula
tertumpu kepada operasi sistem perbankan dan kewangan Islam di beberapa buah
negara yang telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan dan keuntungan yang
menggalakkan serta prospek masa depannya yang cerah sebagai alternatif dalam
sistem perbankan negara. Antara inslitusi perbankan Islam berkenaan yang ditubuhkan
pada tahun 1970-an dan awal 1980-an ialah Bank Pembangunan Islam (IDB) (1975),
Dubai Islamic Bank 1975, Faisal Islamic Bank of Egypt 1977, Faisal Islamic Bank of
Sudan 1977, Kuwait Finance House 1977, Islamic Banking System International Hold
ing (Luxemburg) 1978, Jordan Islamic Bank 1978, Bahrain Islamic Bank 1979, Dar al-
Mal al-Islami (Switzerland) 1981, Islamic Investment House of Jordan 1981, Al-
61 The Islamic Foundation, Leicester, 1981, h. 136. Dalam karyanya Dr. Naqvi menyatakan:
"Sistem yang dicadangkan ini telah dicuba di beberapa buah negara Islam secara terbatas, sejauh
ini tidak ada kajian yang dilakukan untuk melihat kecekapan dan sama ada sistem ini boleh
dilaksanakan atau tidak. Meskipun sistem ini telah berjaya sedikit sebanyak, ini tidak bererti
bahawa ia akan berjaya jika digunakan dalam ekonomi seluruhnya",/£>/<l
62 Ibid., h. 141.
63 Ibid., h. 126- 127.
117
Jurnal Usuluddin
Baraka Investment and Development Company (Arab Saudi) 1982, Bank Islam Malay
sia Berhad 1983, Islamic Bank Bangladesh Limited 1983, Islamic Bank International
(Denmark) 1983, Tadamon Islamic Bank of Sudan 1983, Qatar Islamic Bank 1983,
Bait Ettamouil Saudi Tounsi (Tunisia) 1984, West Sudan Islamic bank (Sudan ) 1984,
Al-Baraka Turkish Finance House (Turki) 1985, Al-Rajhi Company for Currency
Exchange and Commerce (Arab Saudi) 1985 dan Al-Ameen Islamic & Financial In
vestment Corporation India Ltd. 1985.64
KESIMPULAN
64 Sudin Haron, Prinsip-prinsip dan Operasi Perbankan Islam, Kuala Lumpur, 1996, h. 11.
118
Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangannya
LAMPIRAN
A. BUKU
Ab. Mumin Ab. Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya di Malaysia,
KL: JAKIM, 1999.
Abdul Ghafoor, A. L. M., Islamic Banking and Finance: Another Approach, KL: A. S.
Noordeen, 2000.
Abd. Jalil Borham (ed.), Sains Muamalah Islam di Malaysia, Skudai: UTM, 1999.
Abdul Monir Yacob , et al (eds.), Islamic Financial Services and Products, KL: IK1M,
1999.
Abdul Samad bin Hj. Alias, et al, Guide to Islamic Banking in Malaysia: An Over
view, Kuala Lumpur, 1993.
Abdurrahim Raden Aji Haqqi, The Philosophy of Islamic Law of Transactions, KL:
Univision Press, 1999.
Abdus Samad, "Comparative Efficiency of the Islamic Bank vis-a-via Conventional
Banks in Malaysia" dim HUM Journal of Economics and Management, Vol. 7
(1), 1999, h. 1 -26.
Ab. Rashid bin Haji Dail, Bank Islam, Bangi: Pustaka Rashfa dan Anak-Anak Sdn
Bhd., 1994.
119
Jurnal Usuluddin
Azlan Khalili Shamsuddin, Banking and Public Finance in Islam, Kuala Lumpur:
Dewan Pustaka Fajar, 1988.
Bank Negara Malaysia, Wang dan Urusan Bank di Malaysia, KL, 1992.
BIMB, Penubuhan dan Operasinya, KL, 1989.
Connors, Jane, "Towards A System of Islamic Finance in Malaysia" dim Chibli Mallat
(ed.), Islamic Law and Finance, London, 1988, h. 57 - 67.
Al-Harran, Saad, Islamic Banking: Managing the Challenges, Kuala Lumpur, 1992.
Mahsin Mansor, Konsep Syariah Dalam Bank Islam, Kuala Lumpur, 1983.
Mohamed Ariff (ed.), Islamic Banking in Southeast Asia, Singapore, 1988.
Muhammad Thalib, Riba: Bunga Bank dan Persoalannya, KL: Darul Nu'man, 1997.
Mustapa Mohamed, Sistem dan Institusi Kewangan Islam Malaysia, Kuala Lumpur,
1995.
120
Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangannya
Radiah Abdul Kadir, "Bank Islam Malaysia: Marketing Implications" dim Saad al-
Harran (ed.), Leading Issues in Islamic Banking and Finance, KL, 1995, h. 103
- 130.
Syed Othman Alhabshi, "The Role of Ethics in Economics and Business" dim
AbulHasan M. Sadeq, et al (eds.), Development and Finance in Islam, PJ: IIU
Press, 1991, h. 41-53.
Yahia Abdul Rahman, Interest Free Islamic Banking, KL: Al-Hilal Publishing, 1999.
Zakariya Man, "Islamic Banking: The Malaysian Experience" dim Mohamed Ariff
(ed.), Islamic Banking in Southeast Asia, Singapore, 1988, h. 67 - 102.
121
Jurnal Usuluddin
B. JURNAL
Abdul Kader, Steven T., "Strategic Considerations for the Development of Halal Fi
nancial Services" dim Al-Nahdah, Vol. VII (1), (Kuala Lumpur, 1987),
h. 34 - 37.
Azila Ahmad Sharkawi, "Akad-akad Muamalah Dalam Fiqh: Satu Analisis" dim
Jurnal Syariah, Jilid 6, Jan. 1998, h. 37- 42.
"Islamic Banking in Malaysia" dim Banker's Journal Malaysia, No. 52, (Kuala
Lumpur, April, 1989), h. 63 - 65.
"Islamic Financial System in the 1990's" in Al-Nahdah, Vol. X (1 - 2), 1990, h. 10 -
16.
"Islamic Ummah Bank: An Alternative Approach to Banking and Development Phi
losophy" dim Al-Nahdah, Vol. VII (3), 1987, h. 35 - 37.
Jaafar Hussein, "Facing the Challenge of Islamic Finance" dim Al-Nahdah, Vol. VII
(3), 1987, h. 35 - 37.
Joni Tamkin b. Borhan, "Bay' al-Murabahah in Islamic Commercial Law" dim Jurnal
Syariah, Jilid 6, Jan. 1998, h. 53 - 58.
, "The Ethical Principles in Islamic Commercial Law" dim Jurnal
Usuluddin, Bil. 9, Julai 1999, h. 97 -112.
, "Bank Islam Malaysia Berhad: Some Issues, Problems and Its Pros
pects in the Future" dim Jurnal Syariah, Jilid 7, Julai 1999, h. 107 - 124.
, "The Tawhidic Paradigm in Islamic Banking" dim Jurnal Usuluddin,
Bil. 11, Julai 2000, h. 45-58.
Mohamed Ariff, "Seminar on Developing a System of Islamic Financial Instruments"
dim Al-Nahdah, Vol. VI (2), 1986, h. 25 - 29.
, "Islamic Banking", Asia-Pacific Economic Literature, Vol. II (2),
1988, h. 48 - 64.
Mohamed Sidek Ahmad, "Banking on Interest Free Principles" dim Investors Digest,
(Kuala Lumpur, October, 1993), h. 31 - 32.
Mohd. Daud Bakar, "Aspek-aspek Pembiayaan Projek Dalam Amalan Perbankan Is
lam" dim Jurnal Syariah, Jilid 5, Julai 1997, h. 204 - 228.
Mustafa Hamat dan Syed Noh Syed Ahmad, "Applicability Existing of Accounting
Standards for Islamic Banks" dim Islamika, Vol. IV, (Kuala Lumpur, 1991), h.
243 - 258.
Naughton, Tony dan Shanmugan, Bala, "Interest-Free Banking: A Case Study of
Malaysia" dim National Westminster Bank Quarterly Review, (London), Febru
ary 1990, h. 16 - 32.
122
Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangannya
Noor Aziah Mohd. Awal, "Banking System: Legal Impediments Towards Its Islamiza-
tion in Malaysia" dim Jurnal Perundangan, Vol. I (1), (PJ, 1989).
Norhashimah Mohd. Yasin, "Islamic Banking Products" dim Al-Nahdah, Vol. XVIII
(1 & 2), (Kuala Lumpur, 1997), h. 34 - 37.
123
Jurnal Usuluddin
Ahmad Fahmie bin Abdul Manap, "Kesan Penggabungan Bank di Malaysia Terhadap
Sistem Perbankan Islam: Satu Kajian di RHB Bank", Kertas Projek di Jabatan
Syariah dan Pengurusan, APIUM, Sesi 2000/*2001.
Ahmad Hamizi Abu Hassan, "Sistem Mudarabah dan Kedudukannya Sebagai Satu
Alternatif Kepada Sistem Pinjaman Berfaedah", Kertas Projek di Fakulti Syariah,
Sesi 1987/88.
Ahmad Lutfi Bin Husin, "Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) di Malaysia: Satu
Tinjauan Penerimaan Masyarakat Islam di Sabak Bernam, Selangor", Kertas
Projek di Jabatan Syariah dan Ekonomi, APIUM, Sesi 1998/99.
Ahmad Munir Bin Ishak, "Metodologi Pembinaan Hukum: Satu Kajian Tentang
Amalannya Dalam Majlis Pengawasan Syariah Bank Rakyat", Kertas Projek di
Bahagian Pengajian Syariah, APIUM, Sesi 1998/99.
Amran bin Haji Saidin, "Urus Niaga Bai' al-Dayn di Sebuah Bank di Malaysia: Satu
Penilaian Mengikut Fiqh", Kertas Projek di Bahagian Pengajian Syariah,
APIUM, Sesi 1996/97.
Anuar bin Talib, "Sistem ar-Rahn di Bank Rakyat Malaysia: Satu Penilaian", Kertas
Projek di Fakulti Syariah, Sesi 1994/95.
Azizul Jasmi b. Mohammad, "Kontrak Muamalah: Kajian tentang Konsep dan
Amalannya di Dalam Instrumen Kewangan Islam Mudharabah, Murabahah dan
Bay' Bithaman Ajil di Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BMMB)", Kertas
Projek di Bahagian Pengajian Syariah, APIUM, Sesi 1998/99.
Azlina Che Harun, "Bay' al-Dayn: Konsep dan Pelaksanaannya di Institusi Kewangan
Malaysia", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan Pengurusan, APIUM, Sesi
1999/2000.
BB Suhaila Bt. Salleh, "Konsep Upah Dalam Sistem Perbankan Islam: Satu Kajian di
BIMB", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan Pengurusan, APIUM, Sesi 2000/
2001.
Dayang Zuraida bte Awang Sulong, "Pelaksanaan Skim Mudharabah: Keberkesanan
Dalam Meningkatkan Pembangunan Bank Rakyat", Kertas Projek di Fakulti
Syariah, Sesi 1995/96.
Fatimah Mamat, "Pengurusan Wang Riba: Satu Analisis Terhadap Tabung Serambi
Mekah", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan Ekonomi, APIUM, Sesi 1999/
2000.
124
Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangannya
Jailani bin Mohamad, "Keuntungan dan Riba Dalam Islam", Kertas Projek di
Bahagian Pengajian Syariah, APIUM, Sesi 1998/99.
Khalifah Bin Mi, "Majlis Pengawasan Syari'ah Dalam Sistem Perbankan Islam di
Malaysia", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan Ekonomi, APIUM, Sesi 1999/
2000.
Marzianah bind Abdul Malek, "Jualan Harga Tangguh Yang Diamalkan Oleh Bank
Islam: Keberkesanannya Dalam Konteks Sistem Ekonomi Malaysia Kini",
Kertas Projek di Fakulti Syariah, Sesi 1992/93.
Maslina Samiran, "Penggunaan Hilah Dalam Amalan Riba: Kajian di Bank Islam
Malaysia Berhad (BIMB)", Kertas Projek di Bahagian Pengajian Syariah,
APIUM, Sesi 1996/97.
Maziah binti Ngah, "Konsep Keuntungan Menurut Perspektif Ekonomi Islam", Kertas
Projek di Jabatan Syariah dan Ekonomi, APIUM, Sesi 1999/2000.
Mohd. Fuad bin Ramlee, "IDB (Islamic Development Bank): Sejauh Manakah
Sumbangannya Kepada Pembangunan Negara-negara Islam", Kertas Projek di
Jabatan Syariah dan Ekonomi, APIUM, Sesi 1998/99.
Mohd. Najib Bin Shafie, "Bil Penerimaan Bank Secara Islam: Konsep dan Amalannya
di BIMB", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Sesi 1999/2000.
Mohd. Ridhuan bin Mohd. Noor, "Isu-isu Muamalah Dalam Amalan Perbankan dan
Kewangan Islam", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan Ekonomi, APIUM, Sesi
1999/2000.
Mohd. Riduwan bin Wahab, "Sistem Perbankan Islam dan Peranannya Dalam
Tanggungjawab Sosial di Malaysia", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan
Ekonomi, APIUM, Sesi 1999/2000.
125
Jurnal Usuluddin
Mohd. Zamri bin Mat Zain, "Prestasi dan Prospek al-Ijarah Sebagai Instrumen
Pembiayaan Kewangan Islam: Satu Kajian di Al-Ijarah BIMB Sdn. Bhd", Kertas
Projek di Bahagian Pengajian Syariah, APIUM, Sesi 1996/97.
Mohd. Zulqurnainin bin Mohd. Hassan, "Urusniaga Secara Islam: Sejauhmanakah
Perlaksanaannya Dalam Bank-bank Komersial di Malaysia", Kertas Projek di
Fakulti Syariah, Sesi 1992/93.
Muhammad Azhar Zilkifli, "Konsep dan Perlaksanaan Hiwalah Mutlaqah: Satu Kajian
di EON Finance Sdn. Bhd", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan Pengurusan,
APIUM, Sesi 2000/2001
Muhammad Fadzil bin AH, "Skim Pinjaman Perumahan Menurut Islam: Satu Kajian
di BBMB", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan Ekonomi, APIUM, Sesi 1998/
99.
Muhd. Muammar Gadaffi bin Omar, "Perbankan Syariah Ke Arah Perbankan Perdana:
Satu Kajian Perbandingan di Bank Rakyat", Kertas Projek di Bahagian Pengajian
Syariah, APIUM, Sesi 1998/99.
Naderoh bt. Nanyan, "Konsep Riba Menurut Pandangan Islam: Satu Kajian Dari Sudut
Pandangan Ulama' Dalam Islam", Kertas Projek di Fakulti Syariah, Sesi 1992/
93.
Najibah Mohamad Zaini, "Bank Rakyat Sebagai Satu Institusi Pelaburan Islam",
Kertas Projek di Bahagian Pengajian Syariah, APIUM, Sesi 1998/99.
Nik Nor Hasidi bin Nik Wil, "Dasar Penubuhan Bank Islam Berasaskan Konsep
Mudharabah dan Musyarakah: Realiti dan Kejayaannya Dalam Operasi Bank
Islam Malaysia Berhad, Kuala Lumpur", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan
Ekonomi, APIUM, Sesi 1999/2000.
Noor Azlin bt. Sulaiman, "Konsep Perkongsian Untung Dalam Islam dan Amalannya
Dalam Sistem Perbankan Islam di Malaysia", Kertas Projek di Jabatan Syariah
dan Ekonomi, APIUM, Sesi 1999/2000.
Norhazlina Nordin, "Surat Kredit: Satu Kajian Tentang Operasi dan Pelaksanaannya di
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan
Pengurusan, APIUM, Sesi 1999/2000.
Norhida bt. Talib, "Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap Melalui Skim Bay'
Bithaman Ajil (BBA) di BBMB", Kertas Projek di Bahagian Pengajian Syariah,
APIUM, Sesi 1998/99.
Noriah bt. Malik, "Riba Di Dalam Sistem Perbankan: Penyelesaiannya Menurut
Perspektif Islam", Kertas Projek di Fakulti Syariah, Sesi 1994/95.
126
Pemikiran Perbankan Islam: Sejarah dan Perkembangannya
Norizan Binti Abu Bakar, "Kesan Kejatuhan Nilai Ringgit ke Atas Tabungan Isi
Rumah: Satu Kajian di Bank Islam", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan
Ekonomi, APIUM, Sesi 1998/99.
Normaziah Binti Mohd. Noor, "Mudharabah Sebagai Instrumen Pelaburan Islam: Satu
Kajian di Malayan Banking", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan Ekonomi,
APIUM, Sesi 1998/99.
Norsaleha Hassan, "Perbankan Islam dan Amalannya di Bank Muamalah Islam Malay
sia", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan Ekonomi, APIUM, Sesi 1999/2000.
Norshifa' Saad, "Potensi Dan Perkembangan Sistem Perbankan Islam: Kajian di Stan
dard Chartered", Kertas Projek di Jabatan Syariah dan Pengurusan, APIUM, Sesi
2000/2001.
Nurmawati bte Salikin, "BIMB Securities Sdn. Bhd: Operasi dan Peranan Dalam
Sistem Kewangan Islam di Malaysia", Kertas Projek di Bahagian Pengajian
Syariah, APIUM, Sesi 1996/97.
Osmera Omar, "Bentuk Pembiayaan Dalam Sistem Kewangan Islam: Satu Kajian ke
Atas Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)", Kertas Projek di Fakulti Syariah,
Sesi 1995/96.
Redzuan Mohamad, "Kad Kredit Islam: Satu Kajian di Arab Malaysian Finance",
Kertas Projek di Jabatan Syariah dan Pengurusan, APIUM, Sesi 2000/2001
Rosnita Rajikan, "Perlaksanaan Skim AITAB (al-Ijarah Thumma al-Bay'): Satu Kajian
di Maybank", Kertas Projek di Bahagian Pengajian Syariah, APIUM, Sesi 1998/
99.
Saiful Anuar Hambali, "Perlaksanaan Skim Pajak gadai Islam di Bank Rakyat: Satu
Penilaian", Kertas Projek di Bahagian Pengajian Syariah, APIUM, Sesi 1996/97.
127
Jurnal Usuluddin
Solehah binti Omar, "Sistem Overdraf dan Instrumen at-Tamwil di Maybank: Satu
Perbandingan", Kertas Projek di Fakulti Syariah, Sesi 1995/96.
Unizan Zaharah Ismail, "Ijarah Leasing: Satu Kajian di Kuwait Finance House (KFH)
Ijarah House", Kertas Projek di Bahagian Pengajian Syariah, APIUM, Sesi 1998/
99.
Yazid Samsudin, "Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF): Hubungannya Dengan
Institusi-Institusi Kewangan di Malaysia", Kertas Projek di Bahagian Pengajian
Syariah, APIUM, Sesi 1996/97.
Zainul Abidin bin Said, "Bank Islam Berhad: Satu Penelitian Mengenai Operasinya",
Kertas Projek di Fakulti Syariah, Sesi 1987/88.
128