Black and White Photographs of The Malay PDF

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

Foto Hitam Putih Masyarakat Melayu Abad

ke-19 Karya Gustav Richard Lambert


Black and White Photographs of the Malay
Community of the 19th Century by Gustav
Richard Lambert
Wan Lokman1, Iwan Zahar2* dan Arif Datoem1
1
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, MALAYSIA
2
Fakultas Seni Rupa dan Desain, Universitas Tarumanagara (UNTAR), INDONESIA
*
Corresponding author: [email protected]

Published online: 21 December 2018

To cite this article: Wan Lokman, Iwan Zahar and Arif Datoem. 2018. Foto hitam putih masyarakat
Melayu abad ke-19 karya Gustav Richard Lambert. Wacana Seni Journal of Arts Discourse 17: 77–106.
https://doi.org/10.21315/ws2018.17.3.

To link to this article: https://doi.org/10.21315/ws2018.17.3

ABSTRAK

Kajian berkaitan fotografi sangat jarang dilakukan di Malaysia. Justeru, kajian ini
memfokuskan kepada analisis kandungan terhadap enam gambar hitam putih masyarakat
Melayu pada awal abad ke-19 yang telah dirakamkan oleh Gustav Richard Lambert di Tanah
Melayu. Foto yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan budaya seperti pakaian tradisional,
alat muzik, rumah tradisional Melayu, seterusnya berkenaan kegiatan ekonomi seperti
pembuatan perahu dan selebihnya berkaitan Kesultanan Melayu bermula rakyat bawahan
sehinggalah kepada golongan bangsawan. Sebahagian hasil karya Lambert mempraktikkan
rakaman foto penuh dan terdapat juga komposisi di luar kebiasaan pada zaman itu, seperti
kedudukan wanita yang memegang payung tetapi tidak memandang kamera.

Kata kunci: fotografi, Gustav Richard Lambert, masyarakat Melayu pada abad ke-19

© Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2018. This work is licensed under the terms of the Creative
Commons Attribution (CC BY) (http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/).
78

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

ABSTRACT

To add to the dearth of studies regarding photography in Malaysia, this essay focuses on
the content analysis of six black and white images of the Malay community in the early 19th
century that were taken by Gustav Richard Lambert in Malaya. Most of the photographs
show the Malay cultures namely traditional custumes, music instruments and houses; some
feature economic activities such as boat crafting while others portray the people of the
Malay Sultanate from the common people to the high official and aristocrate family. Some of
Lambert's photographs used full photo frames; some had compositions that were not common
during that time such as a woman holding an umbrella but she does not look at the camera.

Keywords: photography, Gustav Richard Lambert, Malay community in the 19th century

PENDAHULUAN

Penggunaan kamera telah berkembang ke serata dunia dengan pantas termasuklah di Tanah
Melayu. Sejarah fotografi terawal di Tanah Melayu adalah sekitar tahun 1840-an oleh
pengembara yang memasuki Tanah Melayu untuk berdagang. Antara jurugambar yang
terawal memotret suasana di Tanah Melayu seawal tahun 1844 ialah pengembara Perancis,
Alphonso Eugene Jules Itier (1802–1877). Beliau banyak mendokumentasi suasana di Tanah
Melayu dan pernah melawat Singapura, China dan India sebagai inspektor kastam Perancis
dan penghasil daguerreotype amatur. Hasil dokumentasi beliau yang berimej kekal sangat
unik dengan penggunaan kaedah daguerreotype dan kehadiran beliau juga telah meledakkan
era kemunculan fotografi di Tanah Melayu pada masa itu. Selepas itu, muncul beberapa
jurugambar lain seperti G. Dutronquoy, Edward A., J. Newman, Kristen Fielberg dan
Hermann Sachtler & Co., John Thomson dan Gustav Richard Lambert.
Gustav Richard Lambert (1846–1918) yang berasal dari Jerman merupakan
jurugambar di Negeri-negeri Selat antara tahun 1870 hingga 1880. Beliau yang merupakan
seorang ahli perniagaan juga membuka studio fotografi di Singapura pada tahun 1875.
Melihat kepada sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat tempatan, beliau
kemudiannya membuka sebuah lagi studio di Kuala Lumpur pada tahun 1896. Koleksi gambar
beliau merupakan gambaran wilayah timur terbaik dan merangkumi 3,000 subjek berkaitan
79

Wan Lokman, Iwan Zahar dan Arif Datoem

Siam, Singapura, Borneo, China dan Tanah Melayu. Beliau telah memotret pelbagai situasi
masyarakat, keadaan politik dan budaya di Tanah Melayu, Singapura, Sumatera dan Siam
sebagai satu dokumentasi yang sangat bernilai hingga ke hari ini. Antara karyanya yang hebat
ialah potret Raja Siam, potret Sultan Johor dan beliau juga diberikan keizinan oleh kerajaan
British untuk memotret keadaan politik dan acara rasmi di Tanah Melayu. Beliau adalah
jurugambar yang banyak mendokumentasikan masyarakat dan suasana di Tanah Melayu
dengan begitu dramatik (Falconer 1987).
Terdapat beberapa individu yang menjadi peneraju kepada kemunculan kegiatan
fotografi dalam kalangan masyarakat tempatan. Pada tahun 1897, muncul sebuah kelab
fotografi di negeri Perak iaitu Persatuan Fotografi Amatur Perak yang dinaungi oleh Leonard
Wray, seorang kurator di Muzium Negeri Perak. Industri fotografi kemudiannya semakin
berkembang dalam kalangan rakyat tempatan. Sekitar tahun 1940-an, muncul beberapa
orang rakyat tempatan yang menjadikan kamera sebagai alat memotret manusia dan alam
(Chua 2003) dan antara individu yang turut terlibat ialah Tuanku Sultan Ismail Nasiruddin
Shah, Loke Wan Tho, Wong Ken Foo dan Koh Eng Tong. Bidang fotografi telah menarik
minat golongan tertentu untuk mendalami alat kamera secara mendalam dan semenjak tahun
1970-an, seni fotografi telah menjadi popular dalam kalangan penggiat seni (Ismail 1995).
Berbekalkan kamera filem, mereka memulakan langkah memotret landskap, bangunan dan
juga figura. Industri fotografi yang bermula di Tanah Melayu seawal tahun 1840-an adalah
pemangkin kepada pergerakan seni fotografi sehingga ke hari ini walhal awalnya pada zaman
kolonial, industri ini dikuasai oleh pendatang Eropah.

FOTOGRAFI DAN SIGNIFIKASINYA

Bidang fotografi adalah gabungan seni dan sains yang memberikan nilai artistik dalam
kepelbagaian teknik (Barrett 2006). Kajian yang dijalankan adalah untuk menganalisis imej
foto daripada jurugambar lampau dalam medium hitam putih, secara deskriptif dan interpretif.
Seperti yang diketahui umum, imej foto adalah sebahagian artifak yang penting dalam
merencana ketamadunan sesebuah negara. Foto yang telah dirakamkan oleh Lambert pada
awal abad ke-19 adalah sangat bernilai kerana memaparkan sejarah dan budaya kehidupan
masyarakat Melayu dalam pelbagai suasana. Analisis yang dilakukan oleh penyelidik
menggunakan Model Barrett adalah penting untuk memberikan nilai tambah dalam aktiviti
80

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

kritikan dan apresiasi seni visual tanah air. Dalam erti kata lain, kajian ini merangkumi aspek
sejarah kemunculan fotografi dan juga analisis naratif yang pelbagai dari sudut pandang
penyelidik dan juga responden lain. Dalam konteks pengayaan seni visual tanah air, penyelidik
membuat kesimpulan bahawa interpretasi tersebut sangat digalakkan untuk meneroka seni
di luar kotak. Pengayaan ini adalah perlu untuk memupuk daya pemikiran kritikal dalam
kalangan penggiat dan peminat seni selain daripada menjana kefahaman terhadap falsafah
seni, estetika, semiotik dan sebagainya. Demikian juga kefahaman kritikan formalis, yang
dasarnya dapat menyuburkan kesenian dan kesusasteraan.
Menurut Horta (2011), kajian kritikal budaya penting untuk mengadaptasi
memori lampau dalam pemantapan transisi sosial dan politik generasi masa kini. Kajian ini
menjelaskan bahawa bidang seni fotografi memainkan peranan penting dalam menyebarkan
sejarah dan budaya menerusi konteks yang holistik. Melalui fotografi juga, komunikasi
secara visual dapat diadaptasi oleh semua golongan sama ada masyarakat biasa atau golongan
kurang upaya. Kepekaan terhadap karya visual akan mendidik individu dan masyarakat untuk
memahami nilai sejarah lampau, identiti bangsa dan transisi sosial dalam komposisi yang
bermakna justeru adalah penting untuk memberikan perhatian kepada kehidupan sekitar alam
siber dan budaya visual yang memerlukan kefahaman dan daya intelek visual supaya segala
yang terpapar dalam media massa dapat dicernakan dengan sempurna.
Kajian kritikan seni di Malaysia amat jarang diperkatakan lebih-lebih lagi dalam
bidang kritikan fotografi. Menurut Mustaffa (2006), pengkaji dalam bidang fotografi amat
kurang di Malaysia dan agak sukar untuk mendapatkan literatur berkaitan fotografi. Maka,
kajian ini sangat berguna untuk pembelajaran kritikan dan menambahkan lagi rujukan
kritikan foto di Malaysia. Kajian ini boleh dirujuk oleh sesiapa pun daripada pelbagai
genre penyelidikan sama ada bidang sastera, sejarah mahupun seni visual. Hal ini kerana
kepelbagaian sumber dan teori yang digunakan dalam kajian ini adalah berpusat kepada
falsafah kesenian dan kebudayaan sejagat.
81

Wan Lokman, Iwan Zahar dan Arif Datoem

Jadual 1  Model Kritik Barrett

Deskripsi Subjek Menghuraikan mengenai subjek, figura, tempat atau kejadian dalam foto
(description) secara terperinci.
Bentuk Menghuraikan bagaimana subjek dipersembahkan. Huraian jelas
mengenai bentuk, komposisi, susunan secara visual. Juga huraian
mengenai asas dan prinsip rekaan.
Perantara Menghuraikan pembuatan/asas objek, proses, jenis kamera, teknik
penerbitan dan membincangkan mengenai efek dan ekspresi pada foto.
Gaya Menghuraikan pengaruh, konsep, masa dan pergerakan yang dibawa sama
ada jenis dokumentari, piktorialisma, straight photography.
Perbandingan Membanding beza karya-karya hasil dari jurufoto yang asama atau dengan
jurufoto yang lain.

Interpretasi Denotasi Menghuraikan subjek secara visual dan tersurat.


(interpretation) Konotasi Menghuraikan subjek secara tersirat, menggunakan metafora dan secara
abstrak.

Penilaian Kritikan Menilai keaslian dan kepakaran jurufoto.


(evaluation) Nilai dan fungsi foto terhadap masyarakat dan sejarah.
Menggunakan sumber luaran dan dalaman.

Sumber: Chuang (2005); Zahar (2010a; 2010b)

FOTOGRAFI DAN KEPENTINGANNYA KEPADA SEJAGAT

Barthes memperincikan bahawa setiap kejadian yang berlaku tidak boleh diundur malah akan
menjadi sebuah memori dalam lipatan sejarah. Foto tersebut menjadi artifak dan bukti yang
penting untuk rujukan generasi pada masa hadapan. Usaha pihak muzium atau galeri yang
mengadakan pameran fotografi adalah satu strategi yang berkesan dalam mengembalikan
nostalgia lampau untuk tatapan generasi muda. Sebagai contoh, Muzium Kesenian Islam
dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia telah mengadakan satu pameran fotografi yang
bertajuk Fotografi Lampau: Pembentukan Sebuah Negara. Pameran ini mengetengahkan
foto-foto lama dalam bentuk hitam putih yang memaparkan gambar bersejarah semasa
awal pembentukan Malaysia dan momen penting berkaitan kemerdekaan Tanah Melayu.
82

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

Dokumentasi ini sangat penting untuk generasi muda melihat perkembangan ekonomi dan
sosiopolitik di Malaysia. Selain itu, hal ini juga penting supaya generasi muda melihat
kesinambungan kesejahteraan yang dikecapi pada hari ini. Menurut kajian oleh Sitompul
(2008), foto yang dipamerkan di muzium merupakan pendekatan kepada zaman silam dan
sikap terhadap zaman sekarang. Tema pada gambar pameran mencerminkan pengalaman lalu
daripada pelbagai sudut politik, sejarah dan budaya yang diterjemahkan dalam bentuk bukan
lisan.
Berdasarkan kajian Tran (2005), fotografi telah mengembalikan nilai-nilai sentimen
sejarah dan budaya serta mewujudkan rasa kekitaan dalam kalangan masyarakat. Selain itu,
foto memberitahu audiens tentang signifikasi dalam imej sama ada nilai budaya atau sejarah
dan merupakan cerminan data secara kontekstual (Musello 1980). Menurut Toh (2005), foto-
foto yang telah dirakamkan oleh jurugambar lampau membawa pelbagai kenangan dan momen
yang tidak boleh diulang. Setiap gambar dapat mencerminkan sejarah dan budaya yang telah
tenggelam lantaran masa, namun dapat mengembalikan memori lampau dengan berkesan.
Tran (2005) juga menulis bahawa foto arkib yang asli mengangkat nostalgia sesebuah negara.
Kewujudan foto tersebut adalah refleks kepada nilai estetik dan tradisi etnik atau masyarakat
yang dipotretkan.
Griffin (2002) turut mencatatkan bahawa pertindihan makna dalam sesebuah foto
membolehkan komunikasi visual dua hala berlaku dalam sistem persefahaman etos budaya.
Selain itu, pentafsiran foto dalam konteks budaya dan politik umpama menghubungkan
sejarah dan memori silam (Maria, 2011) manakala menurut kajian Tucker (2006) pula,
fotografi telah menyuburkan dua cabang utama iaitu pandangan visual budaya dan pandangan
sains. Bidang fotografi telah melonjakkan seni visual dari segi penciptaan inovasi rekaan,
sekali gus menarik bidang sains untuk turut terlibat sama. Sontag (2005) menyatakan bahawa
nilai estetik fotografi telah menukarkan suasana kesedihan dalam foto kepada sentimen
simpati buat penonton. Menurut satu kajian oleh Hills (2011), fotografi dokumentari telah
membawa perubahan kepada dunia, dengan pandangan manusia terhadap peristiwa daripada
pelbagai transisi membawa makna yang sangat mendalam.
Sontag (2005) menyatakan fotografi adalah satu cara untuk menghargai subjek yang
telah dipotretkan dan hal ini boleh dilakukan dengan cara menilai foto tersebut menggunakan
teknik atau cara yang tertentu. Menilai foto bermakna membuat kritikan dan analisis terhadap
setiap aspek deskriptif dan mencari hubungan yang bermakna pada setiap elemen. Kritikan
foto yang membina akan memberikan nilai estetik dan unik pada sesebuah foto (Barrett 2006).
83

Wan Lokman, Iwan Zahar dan Arif Datoem

Proses ini terbahagi kepada dua tahap iaitu yang pertama, pengalaman empirikal audiens
yang melihat foto dan sisi kedua, maksud dan hajat yang ingin disampaikan oleh jurugambar.
Kritikan dan interpretasi seni dapat menghubungkan masyarakat dengan seni. Mohd Johari
(2013) menyatakan bahawa pengkritik seni berperanan menceritakan apa yang berlaku di
sebalik terhasilnya sesebuah karya seni. Segala maklumat sama ada tersirat atau tersurat dapat
dihayati oleh masyarakat dengan adanya suatu kritikan yang jujur dan terbuka.

METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini membincangkan tentang kaedah yang dijalankan untuk menyiapkan kajian
ini. Kaedah ini dijalankan secara tersusun supaya hasil dapatan diperoleh dengan tepat
dan sistematik. Perhatian perlu diberikan kepada pemilihan metodologi agar matlamat
penyelidikan tercapai. Dalam kajian kualitatif ini, penyelidik berperanan membuat kritikan
foto dengan huraian dan analisis berdasarkan Model Barrett. Yang menariknya, Chuang
(dalam Zahar [2010b]) menggunakan instrumen penilaian daripada model kritikan Terry
Barrett untuk memerhatikan pembelajaran Profesor Wu, yang berdasarkan penilaian
yang dilakukan, mempunyai strategi pembelajaran yang baik dan terdiri daripada kuliah,
pembentangan mahasiswa dan kritikan. Penulis memilih model kritik Barrett kerana terdapat
beberapa kajian sedia ada terhadap model tersebut dan modelnya lebih sesuai untuk keperluan
foto seperti dalam buku Criticizing Photographs yang ditulis oleh Terry Barrett. Tambahan
pula, model kritik Barrett mempertimbangkan kedua-dua faktor iaitu kognitif dan afektif.
Model Barrett mempunyai konteks asli yang mengaitkan budaya ketika pemotretan dibuat
dan juga konteks luaran iaitu pendapat pengkritik terhadap foto tersebut, justeru model
ini akan menghubungkan faktor-faktor tersebut dengan ilmu disiplin lainnya. Model ini
bersesuaian dengan model pembelajaran berasaskan masalah yang mendekati masalah dengan
memasukkan gagasan dan ketrampilan secara integral. Model kritik Fieldman lebih sederhana
daripada Barrett dan digunakan secara meluas, namun model kritik Fieldman lebih berfokus
kepada kognitif, sedangkan model Anderson (Anderson 1993) mementingkan faktor kognitif
dan afektif dan model tersebut tidak khusus kepada fotografi. Model kritik Barrett secara
eksplisitnya memperlihatkan perkaitan antara ilmu lain bersandarkan konteks luaran dan
konteks aslinya. Penggunaan model kritik sendiri seperti yang biasanya dilakukan pensyarah
kurang berpengalaman dan terbatas sekitar kritikan terhadap karya mahasiswa, selain lebih
kepada sebagai latihan untuk meningkatkan kemahiran penghasilan foto dan bukannya
84

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

untuk melatih mahasiswa menjadi seorang pengkritik seni foto. Pembelajaran kritikan foto
sewajarnya menggunakan foto-foto karya ahli fotografi yang namanya dikenali dalam sejarah
seni foto (Zahar 2010b).
Data juga dikumpul melalui responden yang telah dipilih oleh penyelidik dengan
responden pertama ialah seorang pengkaji sejarah seni fotografi dan juga pakar rujuk seni
visual iaitu Profesor Dr Ismail Abdullah, yang kini berkhidmat di Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP), Perlis. Responden yang kedua pula ialah Profesor Dr Mustaffa Halabi Azahari,
Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Beliau merupakan pensyarah fotografi dan banyak melakukan kajian terhadap kritikan seni
fotografi.
Maklumat dan foto-foto yang dipilih oleh penyelidik diperoleh daripada dokumentasi
Arkib Negara Malaysia, Muzium Kesenian Islam, buku-buku yang dipinjam dari Perpustakaan
Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Negeri Kelantan, sumber carian internet dan koleksi
individu perseorangan iaitu milik Ismail Abdullah (pengkaji sejarah seni dan fotografi). Proses
analisis dokumen kemudiannya dilakukan terhadap foto dan data yang diperoleh. Analisis
foto dilakukan menggunakan kaedah Barret dan pengekodan dilakukan terhadap enam foto
studio karya Lambert. Pengekodan dilakukan dengan merujuk pada prinsip seni dan teknik
foto studio yang dilakukan oleh Lambert pada zaman tersebut. Gaya, keseimbangan antara
gerak tubuh dan arah cahaya merupakan kod utama untuk menilai foto studio. Tujuannya
adalah untuk memilih imej foto yang berkaitan dan menyelidik maklumat yang bersangkutan
dengan topik yang dikaji.

HASIL KAJIAN DAN ANALISIS FOTO

Sebanyak enam imej foto hasil foto studio karya Lambert daripada buku tulisan John Falconer
dan juga carian internet digunakan dalam kajian ini. Pertamanya, penyelidik mengekod imej-
imej foto yang diperoleh mengikut kategori dan data tersebut dianalisis menggunakan Model
Barrett. Foto yang telah dipilih adalah berkaitan dengan kegiatan dan aktiviti masyarakat
Melayu sekitar tahun 1850 sehingga 1910 pada zaman kolonial.
Kajian dilakukan bertujuan untuk memahami kandungan sesebuah foto dengan
menganalisis subjek, bentuk, perantara, gaya, perbandingan, mahupun mesej yang ingin
disampaikan oleh jurugambar.
85

Wan Lokman, Iwan Zahar dan Arif Datoem

Foto 1 memaparkan dua orang figura yang dijadikan subjek oleh jurugambar.
Berdasarkan tajuk Malay Girl and Ayah cukup menyatakan bahawa foto ini ialah foto
keluarga iaitu seorang bapa dan anak perempuan. Lelaki yang bermisai kelihatan sedang
duduk di atas kerusi dan memandang tepat ke arah kamera manakala anak perempuannya
berdiri dan memandang ke arah bapanya. Lelaki tersebut memakai baju kurung cekak musang
(Azah 2006) dan seluar yang berwarna cerah, mengenakan bengkung, bersongkok dan
memakai kasut kulit sambil memegang bulu ayam. Anaknya yang bersanggul memakai baju
kebaya labuh berkerongsang (Azah 2006), memakai subang, berkain sarung tanpa sebarang
kasut dan memegang sekaki payung tradisional. Foto ini dirakamkan oleh jurugambar di
dalam sebuah studio kerana kelihatan layar kanvas lukisan sebagai latar belakang gambar.
Jurugambar menggunakan sumber cahaya dari sebelah kanan berdasarkan bayang-bayang
pada wajah lelaki di sebelah kiri. Bayang-bayang yang agak jelas juga kelihatan pada kaki
subjek perempuan. Lambert menggunakan aperture yang rendah kerana subjek terlihat
dengan jelas tetapi kabur di bahagian belakang. Foto ini adalah satu karya cetakan albumen
dengan medium hitam putih dalam posisi menegak.
Foto berkenaan menunjukkan situasi seorang bapa dan anak perempuan di sebuah
studio yang dirakamkan secara formal. Kelihatan seorang remaja perempuan sedang
memerhatikan bapanya yang merupakan satu aksi untuk menghidupkan watak anak
perempuan. Ekspresi muka subjek perempuan tersebut pula membelakangi kamera dan
posisinya kelihatan agak janggal. Situasi sebenarnya ialah lelaki dan perempuan tersebut
merupakan orang suruhan yang bekerja di rumah pegawai British. Hal ini secara simboliknya
dapat dilihat pada bulu ayam yang dipegang oleh lelaki tersebut manakala dengan keadaan
anak perempuan beliau yang tidak memakai selipar pula menunjukkan status keluarga tersebut
yang miskin dan terpaksa berkhidmat dengan orang British untuk meraih rezeki. Pada zaman
penjajahan, pegawai British menetap di Tanah Melayu dan mengupah penduduk setempat
terutamanya orang Melayu untuk menjadi orang gaji atau pemandu. Foto ini berkisar pada
status atau taraf masyarakat Melayu yang bekerja di bawah pemerintahan British ketika era
kolonial abad ke-19.
Foto ini dirakamkan dengan posisi di luar kebiasaan gaya Eropah pada masa tersebut
iaitu badan subjek perempuan menghadap ke arah kiri dari jurugambar, menampakkan seolah-
olah subjek wanita bergerak dari kanan ke kiri. Banyak gambar fotografi yang dihasilkan oleh
jurugambar Eropah pada abad ke-19 berkaitan dengan pengeluaran karya dan gambar-gambar
etnografi dengan setiap bahagian imej ini secara visual tampak formal, harmoni, cantik dan
86

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

Foto 1  Gustav Richard Lambert, Malay Girl and Ayah.


Sumber: Falconer (1987).
87

Wan Lokman, Iwan Zahar dan Arif Datoem

menarik seperti dalam Gambar 2. Kedudukan tersebut agak ganjil namun menarik perhatian
khalayak untuk meneliti dengan lebih mendalam. Lambert telah merakamkan foto ini
dengan seimbang dan baik dengan menyelitkan unsur tersirat dalam gambar tersebut melalui
penampilan gaya di luar kebiasaannya.
Foto 2 memperlihatkan tiga subjek iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan.
Hanya subjek lelaki yang memandang ke arah kamera manakala dua orang perempuan tersebut
memandang ke arah lain. Paparan subjek dalam foto ini menampakkan suatu kelaziman
dalam masyarakat Melayu yakni bapa tersebut mengenakan kain pelikat, bengkung, jubah
dan mengenakan semutar manakala anak perempuannya pula memakai baju kurung teluk
belanga, kain sarung batik lasem, menutup kepala dengan kain kelubung dan berkasut sulam.
Ibu memakai baju kurung teluk belanga, kain sarung batik bercorak pucuk rebung, berkasut
sulam dan mengenakan sehelai selendang pendek (Azah 2006). Bapa memegang payung,
ibu memegang sebuah tepak sirih dan gembuk, manakala anak perempuan duduk bersahaja
sambil menggenggam tangan kanannya. Kedua-dua perempuan tersebut duduk di atas batu
manakala lelaki hanya berdiri dengan gaya meletakkan tangan kiri di pinggang. Fokus
gambar ini adalah pada ketiga-tiga subjek tersebut. Foto ini dipotretkan dengan teliti kerana
kelihatan seimbang antara titik tengah pada foto yang mana menghasilkan satu karya yang
harmoni. Figura dalam foto ini kelihatan jelas dan latar belakang kelihatan agak kabur kerana
jurugambar ingin menonjolkan subjek utama iaitu tiga figura tersebut. Foto ini dipotretkan di
dalam studio yang berlatarbelakangkan kanvas lukisan pemandangan di laut. Studio ini juga
dihiasi dengan flora hidup dan juga batu-batu untuk menampakkan suasana sebenar di tepi
laut. Lambert menggunakan kaedah pencahayaan dari kanan kerana kelihatan bayang-bayang
pada kiri wajah figura tersebut. Foto ini adalah cetakan albumen dengan medium hitam putih
dalam posisi menegak. Saiz foto tersebut berukuran 27.5 × 20.5 cm. Jika dilihat daripada cara
susunan subjek, ia merupakan teknik komposisi segitiga seperti teknik yang digunakan pelukis
Rembrandt van Ryn (Mustaffa, pers. comm., 29 November 2013). Teknik komposisi segitiga
merupakan teknik yang selalu digunakan pada foto berkumpulan, yang juga biasa dilihat
dalam karya lukisan Rembrandt van Ryn. Cara dan teknik foto oleh Lambert ini menyerupai
jurugambar Kristen Feilberg (1839–1919) yang telah memotret kehidupan masyarakat di
Sumatera dan juga asli Batak di Borneo. Karya Feilberg unik kerana potret yang dihasilkan
adalah sangat tajam. Tambahan pula, terdapat jarak di antara subjek dan latar belakang yang
kabur. Ciri-ciri tersebut amat serupa dengan hasil foto ini yang mempunyai ketajaman pada
subjek dan kabur pada bahagian latar belakang.
88

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

Foto 2  Gustav Richard Lambert, Potrait de famille, Hadjee, Malaisie (1880).


Sumber: http://www.luminous-lint.com/z01/image/8635227397980867099148/.
89

Wan Lokman, Iwan Zahar dan Arif Datoem

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, foto tersebut memperlihatkan tiga subjek
iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan. Jurugambar merakamkan potret ini secara
formal di sebuah studio. Wajah mereka kelihatan serius dan seperti diarahkan oleh jurugambar
untuk beraksi sedemikian. Foto ini memaparkan tradisi pemakaian masyarakat Melayu pada
tahun 1880. Begitu juga dengan alat seperti tepak sirih dan gembuk yang turut diletakkan
bersama mereka, secara tidak langsung menampakkan kebiasaan mengunyah sirih dalam
masyarakat Melayu ketika itu. Jika dilihat daripada komposisi bapa yang berdiri, hal ini secara
tersiratnya memberikan gambaran bahawa dia ialah ketua keluarga yang bertanggungjawab.
Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa foto ini menunjukkan aplikasi komposisi dan
pencahayaan kaedah Eropah dan selain daripada menampilkan cara berpakaian, foto ini
memperlihatkan penggunaan harta (property) atau perlengkapan tradisional yang memberi
kesan kepada masyarakat Melayu pada masa itu.
Secara keseluruhannya, foto ini dihasilkan dengan baik. Karya ini digarap dengan
teliti oleh jurugambar menerusi kedudukan yang dilakonkan oleh subjek. Aspek keseimbangan
turut diambil kira oleh jurugambar tersebut. Pemakaian busana Melayu dan perwatakan subjek
dalam foto berkenaan menampakkan ciri-ciri kemelayuan di samping memperkenalkan adat
dan budaya yang lazim dipraktikkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19. Jurugambar
telah mempamerkan keaslian foto dengan hasil yang menarik tanpa olahan.
Dalam Foto 3, kelihatan tiga orang wanita dijadikan subjek oleh jurugambar. Ketiga-
tiga orang wanita ini hanya berkemban dengan memakai kain sarung batik, memakai subang
dan bersanggul siput tinggi (Azah 2006). Seorang wanita duduk di atas bangku buluh dan dua
rakannya berdiri. Kesemua mereka tidak memandang kamera, sebaliknya sibuk melakonkan
aksi seperti yang diarahkan oleh jurugambar. Wanita yang duduk sedang memegang daun
sirih dan di sebelahnya pula kelihatan sebuah tepak sirih tembaga. Di bawah bangku kelihatan
sepasang terompah puting (Azah 2006). Dua lagi wanita yang berdiri sedang memegang
dulang besi berkaki, kelihatan seperti menampi beras dan kelihatan sebuah dulang tembaga
bersandar pada dinding. Foto ini dirakamkan di studio yang berlatarbelakangkan dinding dan
beralas tikar mengkuang.
Jurugambar menggunakan sumber cahaya tambahan untuk mendapatkan foto yang
cerah dan keadaan ini boleh dilihat melalui kewujudan bayang-bayang yang nyata di atas
lantai. Medium yang digunakan ialah hitam putih dengan cetakan albumen. Foto tersebut
berukuran 27.4 × 21 cm dengan posisi menegak. Foto tersebut dirakamkan pada tahun
90

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

1895 di Tanah Melayu dengan kategori yang mirip seperti straight photography pada abad
ke-20. Lambert tidak menggunakan aperture kecil pada foto figura ini sehingga menampakkan
subjek kelihatan sedikit kabur daripada latar belakang. Sekiranya diamati, karya ini
mempunyai persamaan dengan foto yang pernah dirakamkan oleh Kassian Cephas (1845–
1912). Cephas gemar menjadikan wanita sebagai model dalam fotografi, namun demikian
Lambert menghasilkan gaya yang tidak lazim. Selain itu, Lambert mempunyai sedikit
pengaruh daripada jurugambar Julia Margaret Cameron (1815–1879) yang sering memotret
selebriti dengan gaya yang luar daripada kebiasaan. Hasil karya yang kelihatan agak gelap dan
tidak berfokus merupakan ciri-ciri aliran gambar berilustrasi (pictorial) ketika era Cameron.
Selain itu, foto tersebut juga memaparkan situasi tiga orang wanita Melayu yang
sedang melakonkan aksi kerja-kerja suri rumah. Keadaan ini dirakamkan mengikut arahan
jurugambar di sebuah studio. Turut dipaparkan suasana wanita sedang bekerja menampi beras
dalam keadaan berkemban. Berkemban merupakan cara pemakaian wanita Melayu yang
tertua dan terawal dan telah wujud sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu (Zubaidah
1994). Lambert dilihat kerap mengeksploitasi wanita untuk dijadikan model dalam siri
fotonya. Kelihatan juga wanita ini sedang menjalankan kerja menampi beras di rumah secara
bergotong-royong manakala seorang wanita lain sedang berehat duduk di atas bangku sambil
memegang daun sirih. Sirih dikatakan mempunyai khasiat awet muda dan berupaya merawat
kesihatan dalaman wanita. Tumbuhan ini juga dipercayai boleh menyembuhkan penyakit kulit
dan dapat memudahkan wanita bersalin (Abdul Samad 1990). Jika dilihat dari perspektif lain,
Lambert ingin menonjolkan peranan wanita pada abad ke-19. Wanita Melayu pada zaman
ini kebanyakannya berperanan sebagai suri rumah. Mereka merupakan nadi dalam institusi
kekeluargaan masyarakat Melayu. Penggunaan alatan tradisional seperti tampi, dulang
tembaga dan tepak sirih menggambarkan adat dan resam masyarakat Melayu pada ketika itu.
Foto tersebut bagus hasilnya dan dipotretkan dengan baik tanpa sebarang kecacatan.
Jurugambar berani merakamkan potret yang kelihatan janggal dengan posisi wanita yang
menghadap ke arah lain dan membelakangi kamera. Melalui gambar berkenaan, khalayak
dapat melihat aktiviti dan suasana kaum wanita Melayu pada pertengahan abad ke-19.
Jurugambar dilihat mengangkat peranan wanita sebagai tunjang sesebuah keluarga. Karya
ini merupakan suatu hasil yang sangat bernilai kerana memaparkan satu suasana yang belum
pernah dirakamkan oleh jurugambar lain. Situasi ini memberikan signifikasi yang mendalam
tentang cara pemakaian kaum wanita Melayu dan kegiatan suri rumah yang hampir tidak
91

Wan Lokman, Iwan Zahar dan Arif Datoem

Foto 3  Gustav Richard Lambert, Malay Women (1895).


Sumber: http://artmuseum.princeton.edu/collections/objects/60762.
92

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

wujud pada zaman tersebut. Penampilan beberapa alatan tradisional seperti tepak sirih, tampi,
dulang tembaga dan tikar mengkuang menampakkan suatu suasana tipikal Melayu yang tiada
pada bangsa lain. Kesimpulannya, foto ini sangat penting dalam sejarah Melayu dan patut
dipamerkan di muzium untuk tatapan generasi hari ini.
Foto 4 pula memaparkan subjek seorang wanita. Wanita ini duduk di atas
sebuah kerusi dengan memegang kipas tangan dan memandang ke arah kanan. Beliau
memakai sebuah mahkota atau tiara di atas kepala. Beliau juga mengenakan perhiasan
lain seperti beberapa bentuk cincin, anting-anting dan beberapa utas gelang. Selain itu,
wanita tersebut juga memakai pakaian yang agak mewah iaitu kain songket, baju kurung
yang dihiasi manik, memakai selendang dan berkasut. Di atas kerusi tersebut, sehelai
selendang diletakkan untuk memenuhkan ruang kosong. Foto ini dirakamkan di sebuah
istana yang berlatarbelakangkan layar kanvas lukisan pemandangan dan dihiasi pokok
bunga yang asli dan sebuah kerusi. Kelihatan bayang-bayang pada wajah subjek di
sebelah kiri kerana jurugambar menggunakan lampu standard di sebelah kanan. Foto ini
dipotretkan dari sisi subjek dengan menampakkan sebahagian daripada kerusi namun
kedudukan wanita tersebut kelihatan seimbang pada titik fokus. Foto berkenaan dicetak
dengan teknik cetakan albumen dan medium hitam putih dalam posisi menegak. Foto ini
dirakamkan pada tahun 1900 di sebuah istana raja negeri Johor dengan kategori yang mirip
straight photography pada abad ke-20. Foto ini mempunyai pengaruh dari Kassian Cephas
(1845–1912) yang giat memotret foto kerabat diraja Sultan Hamengkubuwono VI di
Indonesia. Kedua-dua jurugambar ini dibayar untuk merakamkan potret golongan bangsawan
di studio atau istana diraja. Selain itu, pengaruh Napoleon Sarony (1821–1896) yang gemar
memotret wanita secara penuh turut dapat dilihat melalui karya tersebut.
Foto berkenaan juga memperlihatkan suasana bersahaja seorang wanita kelas
bangsawan yang dirakamkan secara formal mengikut arahan jurugambar. Foto ini adalah
potret seorang permaisuri yang mendiami istana di negeri Johor. Wanita tersebut ialah
isteri pertama kepada Sultan Johor yang ke-22 iaitu Sultan Ibrahim ibn Almarhum Sultan
Abu Bakar. Beliau bernama Ungku Maimunah Ungku Abdul Majid (1876–1909). Sultan
Ibrahim mengahwini Ungku Maimunah pada tahun 1892 di Istana Tyersall, Singapura.
Beliau dikurniakan gelaran Sultanah pada tahun 1895. Foto tersebut dirakamkan dengan gaya
yang bersahaja namun mempesonakan. Daripada ciri pemakaian, boleh dilihat kemewahan
pada wanita tersebut yang merupakan kelas bangsawan diraja. Pakaian wanita berkenaan
93

Wan Lokman, Iwan Zahar dan Arif Datoem

Foto 4  Gustav Richard Lambert, Woman of the Malay Aristocracy (1900).


Sumber: Times Editions, Singapore.
94

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

mempunyai pengaruh dari luar kerana Sultan Ibrahim telah melawat banyak negara Barat.
Status baginda sebagai seorang Sultanah dapat diketahui dengan melihat pada pemakaian
tiara sebagai mahkota wanita berkenaan. Jurugambar menampilkan seorang permaisuri
dengan pakaian yang mewah iaitu songket dan dihiasi dengan pelbagai hiasan barang kemas.
Secara konotasinya, foto ini menggambarkan ketinggian darjat golongan bangsawan diraja.
Tiara yang dipakai oleh wanita ini melambangkan statusnya sebagai isteri kepada Sultan
daripada Kesultanan Johor iaitu Sultan Ibrahim yang memerintah.
Hasil foto ini juga bagus dan menarik. Hasilnya amat menarik perhatian kerana
perwatakan subjek yang bersahaja tetapi dengan suasana yang mempamerkan kemewahan.
Foto ini memaparkan potret seorang wanita yang berpengaruh dan mempunyai darjat golongan
bangsawan. Karakter dan ekspresi wajah wanita tersebut kelihatan tenang namun memberikan
nilai signifikasi yang menarik. Jurugambar memotret foto ini dengan baik dari segi teknik
dan alatan yang digunakan. Namun begitu, foto ini kelihatan dirakamkan dari sudut sisi dan
posisi wanita ini juga luar daripada kebiasaan. Justeru, keadaan ini memperlihatkan kreativiti
Lambert. Sekiranya dibandingkan dengan Woodbury and Page yang memotret di Batavia
pada tahun 1860, foto Lambert lebih kreatif. Foto ini mempunyai nilai sejarah dan salasilah
sebuah pemerintahan diraja Johor pada abad ke-19. Pengkaji sejarah salasilah diraja perlu
memelihara foto ini agar dapat dipertontonkan kepada generasi baharu.
Dalam Foto 5, kelihatan seorang wanita dijadikan subjek oleh Lambert. Wanita
tersebut memakai kain sarung batik lasem dan baju kebaya pendek bersulam (Azah 2006)
yang bertona cerah serta mengenakan sepasang kasut bersulam. Kelihatan sehelai kain sarung
dagang luar sebagai kain kelubung yang diletakkan di pergelangan tangan kanan beliau.
Beliau kelihatan memakai barangan kemas yang agak banyak. Tersarung dua bentuk cincin
di jari kiri manakala terdapat sepasang gelang di pergelangan tangan kanan dan kiri, selain
dua utas rantai leher di leher beliau serta mengenakan sepasang subang. Foto ini dipotretkan
dalam keadaan berdiri dan wanita ini menggayakan tangan kanan di pinggang manakala
tangan kiri beliau pula memegang sekuntum bunga mawar. Subjek tersebut memandang ke
arah kamera. Foto ini dirakamkan di sebuah studio yang berlatarbelakangkan kanvas bercorak
organik yang abstrak. Dapat dilihat bayang-bayang yang agak kasar di sebelah kiri kerana
jurugambar menggunakan cahaya lampu standard untuk mendapatkan foto yang cerah.
95

Wan Lokman, Iwan Zahar dan Arif Datoem

Foto 5  John Falconer, Malay Woman, 1890 (1987).


96

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

Pada wajah wanita ini juga jelas kelihatan bayang-bayang di sebelah kiri, menguatkan lagi
andaian bahawa lampu diletakkan di sebelah kanan. Jelas dipaparkan pemakaian yang kontra
dengan baju kurung putih dipadankan dengan kain sarung batik yang beraneka corak dan
juga kelihatan garisan horizontal yang seimbang. Foto ini menggunakan medium hitam putih
yang bersaiz 11.8 × 16.6 cm dalam posisi menegak selain daripada teknik cetakan albumen
digunakan dengan medium hitam putih dan dapat dilihat tiada sebarang olahan telah dilakukan
pada gambar tersebut. Foto ini dirakamkan pada tahun 1890 di sebuah studio di Tanah
Melayu dengan gaya pictorialism, yang menampakkan ciri estetik, sedikit kabur dan seakan-
akan berada di alam imaginasi. Jika diamati, foto ini kelihatan menyerupai fotografi fesyen
selain mempunyai persamaan dengan karya Napoleon Sarony (1821–1896). Sarony banyak
memotret foto-foto wanita di dalam studio sebagai subjek utama. Foto Lambert dan Sarony
mempamerkan persamaan dari segi gaya yang menampilkan keayuan seorang perempuan.
Hasil foto ini juga mempunyai pengaruh daripada Julia Margaret Cameron (1815–1879) yang
giat merakamkan potret wanita. Namun demikian, terdapat perbezaan ketara antara Cameron
dan Lambert. Cameron hanya memotret wanita separuh badan sahaja manakala Lambert
memotret keseluruhan badan subjek dengan lengkap.
Foto tersebut turut memperlihatkan situasi peragaan busana tradisional Melayu yang
dirakamkan secara formal mengikut arahan jurugambar dengan subjek memaparkan ekspresi
wajah yang tenang. Jurugambar dilihat ingin mempamerkan pemakaian busana tradisional
wanita Melayu iaitu baju kebaya, kain sarung batik dan kasut bersulam. Biarpun berada
dalam zaman penjajahan, corak pemakaian wanita Melayu tidak berubah walaupun wujudnya
kedatangan imigran dan kehadiran pengaruh budaya Eropah yang menular di Tanah Melayu.
Pemakaian barangan kemas yang banyak oleh subjek mencerminkan wanita yang kaya serta
bersifat elegan dan anggun. Masyarakat Melayu turut dilihat mempertahankan budaya dan
adat resam tinggalan nenek moyang mereka. Jika foto ini diteliti, suatu perasaan tenang dan
bersahaja ditonjolkan oleh wanita tersebut. Secara konotasinya, bunga yang dipegang oleh
wanita ini menggambarkan sifat beliau. Bunga secara simboliknya dianggap sebagai suatu
perasaan cinta, lemah lembut, cantik dan sesuatu yang mendamaikan, berpadanan dengan
sifat pemiliknya. Corak organik pada kanvas latar belakang foto menyerupai tekstur awan,
memberikan suatu gambaran bahawa wanita cantik ini seolah-olah bidadari di kayangan.
Lambert ingin menonjolkan sifat lemah lembut, feminin dan keayuan wanita Melayu
berkenaan.
97

Wan Lokman, Iwan Zahar dan Arif Datoem

Foto tersebut bagus dan dipotretkan dengan cantik. Keseimbangan ruang diberikan
keutamaan dalam foto berkenaan dan gambar ini dipotretkan dengan tangkapan yang
sangat padat. Jurugambar berjaya memperlihatkan fesyen busana wanita Melayu dengan
penerapan elemen kelembutan dan kecantikan pada subjek. Fotografi fesyen ini mempunyai
kepentingan tersendiri dalam memperkenalkan pakaian tradisional wanita Melayu. Foto ini
juga memperlihatkan suatu titik permulaan terhadap seni fesyen busana Melayu kepada dunia
peragaan. Dengan adanya karya daripada Lambert ini, masyarakat dunia dapat menikmati
keindahan dan kesenian budaya pemakaian asli Melayu semenjak abad ke-19. Foto ini unik
kerana penggayaan yang berunsur keeropahan dengan tangan ditolak ke pinggang dan seakan-
akan sedang memegang bunga.
Dalam Foto 6, terdapat dua orang wanita yang menjadi subjek foto. Seorang wanita
sedang berdiri dan memandang tepat ke arah kamera manakala seorang lagi duduk dan
melihat rakannya yang sedang berdiri. Wanita yang duduk berlapikkan tikar mengkuang itu
memakai baju kurung labuh, berkain sarung batik lasem dan bersanggul kelongsong Pahang
(Azah 2006). Wanita yang berdiri pula hanya berkemban dengan memakai kain sarung yang
menutupi sebahagian dadanya sambil memegang sebentuk tepak sirih. Foto ini dipotretkan
di sebuah studio yang berlatarbelakangkan kanvas kosong dengan hanya terdapat sebuah
bangku kayu yang dijadikan alat bantu dalam penggambaran. Lambert menggunakan kaedah
pencahayaan Rembrandt iaitu lampu dipancarkan dari sebelah kanan kerana kelihatan bayang-
bayang yang jelas pada wajah subjek di sebelah kiri. Fokus utama jurugambar adalah pada
wanita Melayu tersebut yang sosoknya dapat dilihat jelas manakala bahagian belakang
iaitu dinding kelihatan kabur. Hasil foto ini seimbang dan memberikan fokus kepada dua
orang wanita berkenaan. Foto ini dicetak secara menegak dan merupakan cetakan albumen
dalam medium hitam putih bersaiz 11.8 × 16.6 cm. Jika diamati, foto ini ialah foto asal
tanpa diubah sedikit pun kandungannya. Karya ini dirakamkan di sebuah studio pada tahun
1890 di Tanah Melayu dengan gaya straight photography. Foto ini mempunyai persamaan
gaya dengan Edward S. Curtis (1868–1952) yang memotret wanita Red Indian di Amerika
Utara. Curtis merakamkan puak asli Amerika tersebut dalam suasana perkampungan yang
kaya dengan budaya dan tradisi. Persamaan ketara antara kedua-dua jurugambar ini adalah
mereka merakamkan foto berkenaan dari sudut pandang seorang pendatang asing yang cuba
memahami budaya tempatan. Kedua-dua jurugambar ini juga kerap merakamkan foto di
dalam studio untuk memotret jati masyarakat tempatan.
98

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

Foto 6  John Falconer, Malay Women, 1890 (1987).


99

Wan Lokman, Iwan Zahar dan Arif Datoem

Dapat dilihat dengan jelas terdapat dua orang wanita yang menjadi taruhan dalam
potret Lambert ini. Situasi ini memaparkan wanita Melayu di samping peragaan pakaian
dan alatan tradisional. Dua subjek ini bergambar dengan cara yang formal seperti disusun
oleh jurugambar tetapi wanita yang duduk di sebelah kanan kelihatan janggal kerana tidak
melihat ke arah kamera. Pada zaman ini, adalah satu kebiasaan sekiranya wanita berumur
berkemban dengan hanya menutupi bahagian dada ke bawah. Dalam foto ini, terdapat wanita
berkemban dan wanita yang memakai pakaian penuh. Terdapat kemungkinan jurugambar
ingin menunjukkan suatu keunikan resam wanita Melayu yang tidak terdapat pada masyarakat
lain. Berkemban hanya memerlukan sehelai kain sarung panjang yang simpulan kainnya
diikat kuat di atas dada dengan tidak menggunakan sebarang tali. Cara pemakaian berkemban
telah diamalkan sejak berabad yang lalu malah lebih awal daripada kurun ke-15 (Zubaidah
1994). Biasanya, wanita Melayu berkemban sebagai persiapan untuk mandi atau membasuh
kain selain mempamerkan penggunaan kain batik sebagai pakaian harian wanita Melayu.
Dalam pada itu, kelihatan tepak sirih yang dipegang oleh salah seorang wanita tersebut dan
telah menjadi kebiasaan wanita Melayu memakan sirih, pinang dan gambir. Sirih dikatakan
mempunyai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan bagi wanita. Memakan sirih pinang
merupakan suatu hobi dalam kalangan mereka sementara menunggu makanan siap dimasak.
Walaupun subjek wanita tersebut melakonkan aksi menerusi arahan daripada jurugambar,
namun persembahan yang ditunjukkan mencerminkan corak kehidupan wanita pada zaman
tersebut.
Foto ini sangat cantik, seimbang dan memenuhi ruang dengan sempurna. Namun
begitu, komposisi wanita yang sedang duduk agak janggal kerana melihat ke arah lain.
Jurugambar dilihat mempergunakan subjek tersebut untuk melariskan dan mempromosi hasil
karya mereka kepada pedagang atau penggemar foto dan poskad dari luar negara. Subjek
dipamerkan dengan gaya yang erotis malah memberikan tanggapan yang negatif terhadap
wanita Melayu yang sepatutnya menutup aurat. Walaupun demikian, hasil foto daripada
Lambert ini mempunyai satu signifikasi tersendiri terhadap kaum wanita pada zaman ini.
Kaum wanita dilihat memperagakan adat berkemban, pemakaian batik dan penggunaan tepak
sirih yang merupakan resam dan cara hidup masyarakat Melayu terdahulu. Justeru, karya ini
merupakan satu rekod foto yang unik dan menarik perhatian para pengkaji dan sejarawan.
100

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

PERBINCANGAN

Fotografi telah wujud pada abad ke-19 dan telah melahirkan ramai jurugambar. Antara
jurugambar pelopor dan terawal ialah Henry Fox Talbot yang memperkenalkan fotografi
sekitar tahun 1841. Selepas itu, muncul pula Paul Nadar, Kristen Feilberg, Napoleon Sarony,
Kassian Cephas dan Julia Margaret Cameron. Kesemua jurugambar tersebut mempunyai
teknik dan gaya yang tersendiri dalam memotret subjek, manusia atau alam semulajadi. Foto-
foto karya Lambert mungkin mempunyai sedikit pengaruh dan gaya jurugambar-jurugambar
berkenaan, namun Lambert mengembangkan caranya yang tersendiri. Selain itu, beliau juga
dilihat mengaplikasikan warna sepia pada cetakan foto menjadikan foto-foto beliau seakan-
akan hasil karya pelukis Belanda iaitu Rembrandt Van Rijn yang popular dengan lukisan
sekitar tahun 1830-an. Van Rijn banyak menghasilkan lukisan potret yang bertona sepia yang
menyerupai beberapa keping foto potret dari Lambert.
Karya Lambert sekilas pandang mirip straight photography pada abad ke-20. Hal
ini kerana beliau merakamkan suasana semulajadi dan memotret subjek secara formal dengan
ekspresi muka yang bersahaja. Hasil foto tersebut adalah asli, tajam dan terperinci, tanpa
sebarang olahan. Foto gaya ini mempunyai sifat realistik dan berobjektiviti. Beberapa foto
dari beliau dikelaskan dalam fotografi potret yang dirakamkan dalam studio. Fotografi potret
memberikan penekanan kepada ekspresi wajah, gerak isyarat (gesture), personaliti dan mood
subjek. Selain itu, hasil foto jurugambar ini juga mempunyai gaya fotografi dokumentari,
iaitu foto yang mempunyai kisah sejarah dan peristiwa yang berlaku dalam suasana yang
sebenar dengan memberi penekanan kepada subjek manusia. Beliau telah merakamkan foto
kehidupan masyarakat di Tanah Melayu dengan memberikan penekanan kepada cara hidup
dan budaya tempatan. Keadaan ini merupakan suatu konsep dalam fotografi dokumentari,
dengan jurugambar menceritakan pengalaman berada di Tanah Melayu dalam bentuk visual.
Secara keseluruhannya, imej-imej foto daripada Lambert banyak menjelaskan
tentang hal-hal berkaitan masyarakat Melayu iaitu: (1) aktiviti sosial dan budaya seperti
kegiatan harian masyarakat Melayu, pemakaian busana tradisional, permainan alat muzik
gamelan, rumah-rumah Melayu dan penggunaan alatan tradisional, (2) aktiviti ekonomi seperti
pertukangan perahu dan (3) sistem pemerintahan Kesultanan Melayu termasuk golongan
bangsawan serta rakyat bawahan. Seperti disampaikan oleh Ismail (1995: 289), dalam karya
Lambert atau mana-mana jurugambar Eropah lain, imej mereka telah sangat disesuaikan untuk
101

Wan Lokman, Iwan Zahar dan Arif Datoem

memenuhi nilai komersial pekerjaan tersebut. Sikap bergaya para pengetua, yang dibawa dan
dianjurkan oleh jurugambar asing, telah menjadi teknik umum pembuatan gambar pada abad
ke-19. Ismail juga berpendapat bahawa seni fotografi di tanah Inggeris pada pertengahan abad
ke-19 melancarkan bentuk estetik visual yang biasa, bagi tempoh tersebut. Kualiti estetik ini
biasanya dihubungkan dengan pengeluaran gambar "baik", yang berkaitan dengan idea-idea
klasik kecantikan. Idea-idea tersebut agak sesuai untuk "formula matematik" seperti dalam
"Bahagian Emas" yang menggunakan unsur-unsur "keseimbangan" atau "keharmonian"
dalam komposisi. Tambahan pula, menurut Moss (2010), sesebuah gambar walaupun berusia
150 tahun, tetap berfungsi merakamkan kehidupan sebenar dan menjadi sumber visual sejarah
terpenting. Imej foto merupakan suatu komponen sintesis visual dan dokumen sejarah dari
masa lampau yang sangat bernilai. Gambar tersebut adalah kombinasi penceritaan kisah dan
masyarakat. Foto-foto yang dipilih oleh penyelidik mempunyai kaitan dengan masyarakat
Melayu pada abad ke-19 iaitu antara tahun 1850 sehingga 1910 dan mempunyai maksud dan
signifikasi yang tersendiri. Foto lama dalam cetakan hitam putih ini semestinya mempunyai
nilai yang sangat tinggi kerana telah dirakamkan berabad lamanya untuk tatapan generasi
hari ini. Ahli falsafah Roland Barthes menegaskan bahawa fotografi adalah fenomena yang
penting dari semua sudut sama ada sains, sejarah, sosiologi dan estetik (Barthes 1980). Dari
sudut sejarah, foto lama sememangnya menjadi bukti terhadap peristiwa yang telah berlaku.
Pada zaman tersebut, Tanah Melayu berada dalam cengkaman penjajah British bahkan
kehadiran mereka telah mengakibatkan pelbagai implikasi negatif dan positif. Kuasa imperial
ini telah menyebarkan pengaruh mereka dalam pelbagai aspek. Berdasarkan dapatan melalui
foto-foto Lambert, tersimpan pelbagai motif dan cerita yang perlu ditafsirkan. Foto tersebut
mengandungi pelbagai konteks terutamanya berkaitan sejarah dan budaya visual masyarakat
Melayu.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan Borneo didominasi
oleh orang asli, Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Rentetan daripada era
kolonial, kedatangan imigran China, India dan Indonesia semakin bertambah hasil kerjasama
pihak British yang didorong oleh aktiviti ekonomi seperti perladangan dan perlombongan
sebagai faktor utama migrasi dari luar. Terdapat juga imigran dari Sumatera, Indonesia yang
bekerja di sektor perladangan. Akan tetapi, kedatangan mereka tidak menjejaskan struktur
masyarakat kerana kaum pendatang ini datang dari rumpun bangsa yang sama (Ongkili 1985).
102

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

Selain itu, analisis ini turut melibatkan sejarah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu
pada abad ke-19. Sebagai contoh, sultan dari negeri Johor iaitu Sultan Ibrahim ibn Almarhum
Sultan Abu Bakar telah dipotretkan oleh Lambert. Foto yang dirakamkan membicarakan
salasilah dan cara pemakaian dewangga dalam kalangan bangsawan diraja. Melalui analisis
foto ini, dapat dilihat juga sejarah kemunculan awal sistem pertanian yang telah mencorakkan
ekonomi Tanah Melayu pada abad ke-19. Kegiatan pertanian melibatkan lada hitam, rotan,
padi dan kopi telah memberikan keuntungan kepada pihak kolonial dan dalam masa yang
sama, telah memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan imigran. Kegiatan
ekonomi lain juga turut berkembang seperti industri kraftangan dan pembuatan sampan. Hal
ini selaras dengan maklumat yang disampaikan oleh Ismail (1995: 339) bahawa dalam kerja-
kerja di Malaysia Barat, utiliti fotografi lebih berkaitan dengan rakaman imej yang tidak biasa
melibatkan kerja etnografi atau kajian bangsa dan budaya, peristiwa sosial atau hal ehwal
politik. Dari segi budaya, dapatan foto-foto juga menceritakan tentang resam dan budaya
masyarakat Melayu pada abad ke-19 dengan penuh autentik. Resam pemakaian busana
tradisional dapat dilihat dalam masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Kedatangan Islam ke
nusantara ini telah membawa perubahan pemakaian pada kaum wanita (Abbas dan Norwani
2003). Pakaian rakyat tempatan yang mahsyur ketika itu ialah kain sarung dan baju kurung,
yang telah digunakan dengan meluas oleh rakyat kebanyakan dan golongan bangsawan.
Maka, wujudlah cara pemakaian tipikal Melayu seperti samping dagang dalam dan luar,
batik, songket, selendang dan telekung, semutar, seluar potong Melayu, terompah puting dan
sebagainya. Bahkan cara pemakaian busana ini memberikan suatu signifikasi yang berbeza.
Foto tersebut juga menampilkan hiasan barang kemas pada kaum perempuan seperti subang,
rantai leher, tiara, gelang tangan dan caping. Selain itu, alatan tradisional yang sangat unik
digunakan oleh masyarakat Melayu iaitu tepak sirih, alat muzik gamelan dan alatan tenunan
turut dipaparkan. Dengan kata lain, analisis foto ini telah merungkai banyak seni warisan yang
diamalkan oleh masyarakat pada zaman tersebut dan telah diperturunkan ke generasi hari ini.
Antaranya seperti seni pertukangan sampan dan rumah, seni tarian, seni bina dan seni muzik.
Selain itu, turut wujud adat yang unik pada masyarakat Melayu seperti adat berkemban dan
adat memakan sirih. Resam, budaya, warisan, seni dan adat bersifat tidak membeku malah
mengalami perubahan yang beransur-ansur tanpa disedari oleh masyarakat kerana desakan
pelbagai pengaruh (Abdul Samad 1990). Resam dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu dilihat mempunyai pengaruh daripada kepulauan nusantara lain seperti Indonesia.
103

Wan Lokman, Iwan Zahar dan Arif Datoem

Faktor ini menyebabkan Tanah Melayu dan Indonesia mempunyai banyak persamaan dari
segi rumpun budaya dan bahasa. Lantas, walaupun Lambert menghasilkan karya-karya
fotografinya melalui cara berfikir dan cara pandang orang Eropah dengan imej mereka telah
sangat disesuaikan untuk memenuhi nilai komersial pekerjaan tersebut, akan tetapi hasilnya
masih tetap memperlihatkan kewujudan unsur-unsur budaya Melayu yang sewajarnya menjadi
perhatian para pengulas fotografi.

KESIMPULAN

Kefahaman terhadap sesuatu karya seni boleh menjadi asas untuk mengembangkan pemikiran
dan kreativiti manusia. Menurut Chiari (1997), pengetahuan dalam seni visual boleh
membantu seseorang untuk mengenali suasana persekitarannya. Maka, interpretasi terhadap
foto-foto lama boleh memberikan pengetahuan dan pemahaman terhadap generasi terdahulu.
Proses ini penting bagi generasi baharu untuk belajar dan memahami aspek-aspek adat resam
dan budaya masyarakat Melayu terdahulu yang semakin dilupakan. Kajian seni ini berupaya
untuk mengangkat kembali adat, tradisi dan budaya Melayu ke tahap yang lebih baik. Kajian
ini juga haruslah dilihat dari sudut ilmiah supaya disiplin ilmu ini dapat mengembangkan
bidang seni visual dan budaya Melayu. Penyelidikan masa hadapan perlu menumpukan
perhatian yang sewajarnya terhadap fotografi agar bidang ini akan sentiasa berkembang dalam
pelbagai bentuk. Kajian yang berterusan dalam bidang ini akan memberikan satu lonjakan
kepada nilai seni dan fotografi.

BIBLIOGRAFI

Abbas Alias and Norwani Mohd Nawi. 2003. Pakaian Melayu sepanjang zaman. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Abdul Samad Ahmad. 1990. Kesenian adat, kepercayaan dan petua. Melaka, Malaysia: Associated
Educational Distributers.

Anderson, T. 1993. Defining and structuring art criticism for education. Studies in Art Education 34(4):
199–208.
104

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

Azah Aziz. 2006. Rupa dan gaya busana Melayu. Selangor, Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Barrett, T. 2006. Criticizing photographs: An introduction to understanding images, 3rd ed. New York:
Mc Graw Hill.

Barthes, R. 1980. Camera lucida: Reflections on photography. New York: Hill and Wang.

Chiari, J. 1997. Art and knowledge. New York: Gordian Press.

Chiu, C. J. 2007. Family photographs, history, and art education: A web of Taiwanese visual cultural
signs. PhD diss., The Pennsylvania State University.

Chua, M. 2003. The pioneers of Malaysian art photography. Art Corridor Magazine, vol. 9.

Chuang, C. 2005. A descriptive case study of impact of professor' teaching strategies on Taiwanese
college students' photographic image interpretation. PhD diss., The Pennsylvania State University.

Falconer, J. 1987. A vision of the past: A history of early photography in Singapore and Malaya; The
photographs of G. R. Lambert & Co, 1880–1910. Singapore: Times Editions.

Griffin, M. 2002. Sociocultural perspective on visual communications. Jurnal of Visual Literacy 22(1):
29–52.

Hills, C. N. 2011. Documentary photography as a tool of social change. MCommDev diss., Malmö
Högskola.

Horta, P. A. 2011. Portrait and documentary photography in post-apartheid South Africa: Stories of past
and present. PhD diss., University of London.

Ismail Abdullah. 1995. Documentary photography: A study of nineteenth century documentary


photography with special reference to West Malaysian historical photographs 1874–1910. PhD
diss., University of London.

Lambert, G. R. 1895. Malay women. Photograph. http://artmuseum.princeton.edu/fr/collections/


objects/60762.
105

Wan Lokman, Iwan Zahar dan Arif Datoem

. 1894. Malay hadjee. Photograph. http://www.ader-paris.fr/html/fiche.jsp?id=1319864&np


=1&lng=fr&npp=10000&ordre=&aff=&r=&sold=.

Mohd Johari Hamid. 2013. Falsafah dan kritikan seni visual. Perak, Malaysia: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Moss, M. 2010. Towards the visualization of history: The past as image. Maryland, USA: Rowman and
Littlefild Publisher.

Musello, C. 1980. Studying the home mode: An exploration of family photography and visual
communication. Studies in Visual Communication 6(1): 23–42.

Mustafa Halabi Azahari. 2006. A critical study of photographic education in Malaysia. PhD diss.,
University of Central England.

Nilsson, M. 2011. Introduction: On photography, history and memory in Spain. Hispanic Issues on Line
Debates 3(Spring): 1–9.

Ongkili, J. P. 1985. Nation-building in Malaysia 1946–1974. Singapore: Oxford University Press.

Sheppard, M. 2011. Malay arts and crafts. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society.

Sitompul, J. R. 2008. Visual and textual images of women: 1930s representations of colonial Bali as
produced by men and women travellers. PhD diss., University of Warwick.

Sontag, S. 2005. On photography. New York: Rosetta Books.

Thomson, J. J. 1875. The Straits of Malacca, Indo-China, and China or, ten years' travels, adventures,
and residence abroad. New York: Harper & Brothers.

Toh, J. 2005. Framing history: Displaying the Singapore family through photography. The Heritage
Journal 2(1): 51–63.

Tran, J. 2005. From Yokohama to Manchuria: A photography based investigation of nostalgia in the
construction of Japanese landscape. PhD diss., University of the Arts.
106

Wacana Seni Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.17. 2018

Tucker, J. 2006. The historian, the picture and the archive. Division II faculty publications: Paper 27.
Middletown, CT: Wesleyan University.

Wilder, K. E. 2009. Photography and the art of science. Visual Studies 24(2): 163–168.

Zubaidah Shawal. 1994. Busana Melayu. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Zahar, I. 2010a. The use of Barrett critics model: Concrete learning strategic to improve student
photo appreciation. Paper presented at the Third Asia Pasific Educational Research Association
Conference, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Darul Ridzuan, Malaysia, 22–26 November.

Zahar, I. 2010b. Pengembangan model pembelajaran berbasis masalah untuk interpretasi foto. Jakarta:
Universitas Negri Jakarta.

Personal Communication

Mustaffa Halabi Azahari, respondent, UiTM Shah Alam, 29 November 2013

You might also like