Minit Mesorat 4 2019
Minit Mesorat 4 2019
Minit Mesorat 4 2019
Tindakan : Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Puan Siti Zabidah binti Abdul Manan membentangkan minit mesyuarat kali ke-4
2019.
Cadangan untuk pengesahan : Encik Aziz b. Ismail
Disokong : Pn. Nor Aziah bt Mohammed
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Guru Besar mengingatkan kepada guru-guru sekiranya DPM tidak dihantar
selama tiga minggu berturut-turut tanpa sebab, surat amaran akan dikeluarkan.
Sekiranya guru tersebut masih lagi belum berjaya menghantar DPM, barulah surat
tunjuk sebab akan dikeluarkan. Guru-guru yang berjaya menghantar DPM setiap
minggu tanpa pengecualian akan diberikan insentif .
3.2 Pasukan Petrol Denggi akan dijalankan lebih awal pada tahun 2020. Skuad Petrol
Denggi Berjaya meraih gangsa diperingkat negeri pada tahun 2019.
3.3 Kebenaran keluar adalah dibawah kuasa guru besar. Sekiranya guru hendak
keluar mestilah memohon sehari lebih awal daripada guru besar. Penolong kanan
tidak ada hak untuk membenarkan guru keluar kecuali kecemasan.
3.4 Cuti sakit perlu dimuat naik dalam HRMIS dan keesokan harinya sijil cuti sakit
perlu diserahkan kepada guru besar. Ini bagi mengelakkan guru-guru menyimpan
sijil sakit terlalu lama.
3.5 Guru-guru hendaklah mengemaskini Hrmis bahagian pengurusan peribadi
dengan melengkapkan nama anak, suami /isteri, ibubapa sendiri dan ibubapa
mentua bagi mengelakkan berlaku masalah ketika hendak mencetak Hrmis ketika
memohon cuti atas sebab kematian.
3.6 Guru terakhir dalam kelas, perlulah memastikan cermin tingkap kipas dan lampu,
ditutup, kerusi hendaklah diletakkan diatas meja dan pintu kelas juga mestilah
ditutup. Ini bagi mengelakkan air hujan masuk ke dalam kelas. Kerosakan pintu
memakan belanja yang agak besar.
3.7 Kelas 2/5 Al-Kindi sudah diperbaiki malangnya kebocoran masih lagi berlaku.
Keadaan ini berkemungkinan besar masalah laluan angin.
3.8 Semua guru mestilah memastikan surat di ‘Pigeon Hole’
diambiluntukmengelakkan daripada berlakunya keciciran maklumat. Selepas saja
mengketid kad perakam waktu, guru boleh terus pergi ke ‘Pigeon Hole’ untuk
mengambil surat jika ada.
3.9 Guru-guru mestilah mengemaskini gaji di e-operasi untuk mengelak berlakunya
sebarang masalah. Guru-guru yang masih lagi menggunakan gambar yang tidak
sesuai dimintamemuatnaik gambar yang sesuai.
Tindakan : Makluman
Tindakan : Makluman
Tindakan : Makluman