Teks Syarahan 1 Malaysia Lambang Perpaduan Negara

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Teks Syarahan

1 Malaysia Lambang Perpaduan Negara

Tepian bidara pohon pulasan,

Tempat bermain puteri tempawan,

Aspirasi Negara mencapai wawasan,

1 Malaysia wahana perpaduan.

Terima kasih saudara pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif pejuan keadilan, saudari
penjaga masa yang budiman, guru-guru, rakan-rakan seterusnya warga dewan warga saksi. Selamat
sejahtera dan Salam Perpaduan!

“1 Malaysia Lambang Perpaduan Negara.” Demikianlah mauduk syarahan saya pada pagi yang
mulia ini.

Hadirin sekalian,

Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini memerlukan setiap Negara menyusun
strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia. Bagi menghadapi keadaaan
ini, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai
satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia.

Oleh yang demikian, pada tanggal 15 Jun 2009, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri
Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Konsep 1 Malaysia yang berpaksikan
prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Konsep 1 Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai
kaum di Negara ini sebagai senjata untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang
bertujuan menggugat kesejahteraan hidup rakyat.

Sidang dewan sekalian

Semua kaum di Negara ini perlu mengutamakan sikap kesetiaan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan
kepada raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat di
Negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan
kepada Negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
Hal ini kerana Malaysia merupakan sebuah Negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum,
agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa meraka adalah
bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Konsep 1 Malaysia juga menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di
mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat hidup bersama dalam
keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu Negara. Penerimaan akan
memperlihatkan perlakuan yang positif iaitu menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati
yang ikhlas tanpa ada unsur keterpaksaan. Justeru itu, Malaysia memerlukan rakyat yang dapat
menerima apa jua bentuk perkara dan mendapat persetujuan secara bersama demi menjamin
perpaduan Negara.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Masyarakat sepatutnya mengamalkan sikap keterbukaan minda masing-masing dengan menilai dan
menerima konsep 1 Malaysia ini. Sikap skeptikal dan sinis perlu dikikis daripada diri masing-masing.
Bagi merealisasikan matlamat ini, kerajaan telah memperkenalkan 8 nilai dalam konsep 1 Malaysia
bagi mencapai matlamat tersebut. Nilai ini merangkumi Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah
Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Pendidikan dan Integriti.

Kesemua nilai ini dapat memperkukuh lagi hubungan antara kaum agar dapat menjalinkan
perpaduan yang utuh selaras dengan prinsip Rukun Negara. Hal ini seterusnya dapat
menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat
iaitu negara. Hasilnya, 2 prinsip utama:kebersamaan dan kekitaan 1 Malaysia akan tercapai.

Sidang hadirin sekalian,

Melalui pelaksanaan berteraskan 8 nilai-nilai murni dalam konsep 1 Malaysia, semangat kekitaan
dan kebersamaan dapat digapai bersama lantas melahirkan ikatan perpaduan yang teguh.
Seterusnya, apabila rakyat berganding bahu sudah tentu negara akan membangun termasuklah
dalam aspek sosial dan ekonomi. Maka, kesefahaman sejagat akan digapai dan keharmonian
kehidupan akan dirai tanpa sebarang permasalahan yang akan membantu melahirkan negara yang
stabil sama ada daripada segi zahir mahupun batin. Hal ini seterusnya akan membawa kepada
perkembangan pembangunan ekonomi melalui keunikan dan sifat rakyat yang mesra pelabur.
Pelaburan yang berjalan sama ada daripada dalam mahupun luar negara akan merangsang
pertumbuhan ekonomi negara.
Sidang dewan yang budiman,

Konklusinya, saya ingin mengajak sidang hadirin sekalian untuk sama-sama menghayati gagasan 1
Malaysia yang bertujuan untuk melahirkan nilai perpaduan berdasarkan 4 perspektif yang telah saya
huraikan sebentar tadi melalui sikap kesetiaan, penerimaan, keterbukaan minda serta nilai-nilai
murni yang terkandung di dalamnya. Sesungguhnya, konsep 1 Malaysia ini akan membawa aspirasi
untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat
menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara.

Oleh itu, sikap saling menghormati dan saling mempercayai antara kaum pelu diwujudkan demi
menjamin semangat perpaduan. 1 Malaysia Lambang Perpaduan Negara!

Sekian, terima kasih.

You might also like