Tuan Minal
Tuan Minal
Faizuri bin Abdul Latif & Faisal l' @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid
Universiti Malaya
Abstrak
Tuan Minal merupakan seorang tokoh ulama Melayu dan pengarang aktif
dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Nama beliau berada sebaris dengan
tokoh-tokoh ulama Melayu abad ke-19. Beliau dilahirkan di Kampung
Bendang Badang, Patani dan meninggal dunia dalam lingkungan tahun
1913M di Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Tuan Minal bukan
sahaja pengarang kitab-kitab agama, malah menghasilkan karya dalam
pelbagai genre ilmu termasuk sastera dan ilmu pengetahuan lain. Artikel
ini akan membincangkan pemikiran Tuan Minal berkaitan sifat-sifat Allah
melalui kitab akidah karangan beliau terutamanya kitab Aqidah al-Najin.
Terdahulu pada itu akan dibincangkan perkembangan perbahasan sifat
Allah SWT dalam sejarah pemikiran Islam. Penelitian mendapati bahawa
beliau sepertimana ulama Melayu lain menjadi penyokong kuat kepada
aliran pemikiran al-Asyairah yang merupakan tunjang akidah umat Islam
di sebelah Asia Tenggara. Kitab akidah beliau bertajuk Aqidah al-Najin
menjadi bukti keutuhan pemikiran al-Asyairah dalam kerangka pemikiran
ulama Melayu buat sekian lama.
Abstract
Tuan Minal was a Malay muslim scholars who was actively involved in
writing many works in the various disciplines of Islamic knowledge. His
name was in line with Malay Muslim scholars of the 19th century. He was
born in Bendang Badang, Patani, and died within 1913M in Permatang
Sungai Dua, Georgetown, Penang. Tuan Minal was not only the author
of religious works, but had also produced works in many genres, including
literary knowledge and other knowledge. This article will discuss on Tuan
Minal's idea on the attributes of God based on his book Aqidah al-Najin.
Reviously the debate on the attributes of God in Islamic Thought history will
be highlighted. The study finds that he, as other Malay muslim scholars was
a strong supporter to al-Asya'irah schools of thought that is the backbone
Corresponding author : Faizuri bin Abdul Latif, Universiti Malaya, email : fa72@
um.edu.my
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012
of the Muslims faith in Southeast Asia. His book, entitled 'Aqidah al-Najin
is an evidence of veracity to Asya'irah thought among Malay scholars for a
long time.
Pendahuluan
Perbahasan sifat Allah SWT merupakan salah satu topik penting yang
terkandung dalam persoalan Ilahiyyat (ketuhanan). Perbincangan ini
menjadi penting kerana ianya berkait rapat dengan akidah dan kepercayaan
Islam mengenai Allah SWT, di samping itu ianya juga merupakan salah satu
jalan altenatif bagi mengenal Allah SWT melalui sifat-sifatnya yang Maha
Sempurna. Mengenali Allah SWT adalah suatu perkara yang amat dititik
beratkan dalam agama Islam, tanpa mengenal-Nya seseorang itu tidak akan
yakin dan tidak mungkin akan mentaati-Nya dengan penuh ikhlas dan reda.
Justeru, umat Islam diwajibkan mengenal Allah SWT terlebih dahulu atau
terlebih awla (utama) mempelajari apa sahaja ilmu yang mendorongnya ke
arah mengenal Allah SWT. Memandangkan mengenal Allah SWT melalui
sifat-sifat-Nya adalah suatu jalan yang menghala ke arah mengesakan
Allah SWT, maka tanpa mengenali-Nya ketauhidan kita tidak akan menuju
kepada kesempurnaan. Meskipun mengimani dan meyakini kewujudan sifat
bagi Allah SWT merupakan kewajipan bagi umat Islam kerana perkara
tersebut termaktub dalam al-Qur'an dan al-Hadith, namun terdapat beberapa
golongan yang memperdebatkan isu tersebut.
Rasulullah SAW melarang umat Islam daripada membincangkan isu
ketuhanan, termasuklah persoalan sifat, namun selepas zaman sahabat,
perbahasan mengenainya menjadi semakin rancak. Ini kerana persoalan
akidah yang dahulunya diyakini sepenuhnya oleh umat Islam, telah menjadi
medan perdebatan secara terbuka dalam kalangan ulama-ulama Islam.
Pemikiran Islam terus bergolak dengan kemunculan banyak perbahasan
ketuhanan. Perbincangan ini lahir antaranya ekoran usaha ulama-ulama Islam
untuk mempertahankan keagungan dhat Allah SWT dan membersihkanNya
daripada sifat kekurangan. Ekoran daripada itu, lahirlah beberapa orang
tokoh seperti Ja' d Ibn Dirham, Jahm Ibn Safwan, Wasil Ibn 'Ata', al-Asy' ari,
al-Maturidi dan lain-lain. Meskipun mereka mempunyai misi yang sama
untuk mentanzihkan Allah SWT daripada sifat kekurangan, namun metod
yang digunakan berbeza dan bertentangan antara satu sama lain. Situasi
ini mengundang kepada perselisihan dan pertelingkahan dalam kalangan
mereka yang mengakibatkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Setelah itu, ajaran ketuhanan telah diresapi pula oleh unsur falsafah yang
mengakibatkan berlakunya kecelaruan dalam pemikiran umat Islam dalam
memahami konsep ketuhanan yang sebenarnya. Bagi menyelamatkan
situasi tersebut, ulama Islam telah mengambil inisiatif memurnikan ajaran
ketuhanan dengan membersihkannya daripada fahaman ahli falsafah yang
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT Analisis Pemikiran Tuan Minal 143
Bagi ulama Melayu, mereka tidak berminat untuk mencetuskan isu barn
dalam perbahasan ketuhanan. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk
mengembangkan perbahasan ketuhanan yang berkisar dalam persoalan
sifat dua puluh yang pernah dipopularkan oleh al-Sanusi. Oleh kerana
Allah SWT yang diimani oleh umat Islam itu tidak mungkin dilihat dengan
pancaindera mereka selama hidup di dunia ini, maka kaedah mengenal Allah
SWT melalui sifatnya telah diperkenalkan sebagai penyelesaian terhadap
keperluan mengenali Allah SWT oleh para ulama Islam. Antara kaedah dan
pendekatan itu ialah melalui pendekatan "Sifat Dua Puluh". Kaedah dan
pendekatan ini telah diterima pakai oleh ramai para ulama Islam termasuklah
ulama Melayu, sehingga kerangka pemikiran "al-Sanusi" menjadi begitu
popular dalam kalangan ulama Melayu dan menjadi sebagai bahagian
penting dalam perbahasan akidah. Hasil dan penerimaan yang meluas itu
kitab-kitab tauhid yang tersebar luas di Nusantara sekitar abad ke-18 dan 19
ini ditulis mengunakan kerangka Sifat Dua Puluh. Kitab-kitab tersebut seperti
Bidayah al-Hidayah (1757M), Al-Durr al-Thamin (1816 M), Siraj al-Huda
(1885-1886M), Zuhrah al-Murid fi 'Aqaid al-Tawhid (1892M), Faridah al-
Faraid fi 'Ilm al-Aqaid (1886M), Miftah al-Jannah oleh Muhammad Tayyib
bin Mas'ud al-Banjari, Faridah al-Fara 'id oleh Sheikh Ahmad al-Fatani,
Aqidah al-Najin karangan Sheikh Zainal Abidin al-Fatani (Tuan Minal) dan
sebagainya dan banyak lagi telah dijadikan teks dalam pengajian ilmu tauhid
di kebanyakan pondok, masjid dan surau.
Justeru, dengan kekuatan iman yang tertanam dalam din umat Islam pada
waktu itu, telah mendorong mereka melebihkan pengamalan daripada
44 I 'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012
Pada akhir kurun pertama atau pada awal kurun kedua hijrah, muncul Jahm
Ibn Safwan di "Turmuz". Tokoh ini berusaha menanamkan rasa keraguan
dalam diri umat Islam dengan mengemukakan pelbagai ideologi yang
menyeleweng. Beliau yang terpengaruh dengan fahaman yang disebarkan
oleh Ja' d Ibn Dirham, turut menafikan sifat bagi Allah SWT (Al-Asy' ari,
1969: 14). Setelah itu, lahir pula golongan Mu'tazilah (al-Syahrastani,
1986: 43). Kumpulan yang muncul di zaman pemerintahan Bani Umaiyyah
ini, mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana memberi kebebasan
kepada akal tanpa terikat dengan nas al-Qur'an dan al-Sunnah. Di samping
itu, golongan ini berusaha menyatukan antara akal dan nas, sehingga
mewujudkan banyak pentakwilan dalam al-Qur'an ('Ali Arsalan 'Aidin,
1987: 117). Antara tokoh ternama Mu'tazilah ialah Wasil Ibn 'Ata', Abi
Huzail al-' Allaf, al-Nizam, al-Jahiz dan sebagainya (Ahmad Amin, t.t: 50).
Orang pertama yang dikatakan terlibat dalam pengajaran sifat dua puluh
di Alam Melayu ialah Sheikh Abd Rauf Fansuri. Beliau telah mengupas
persoalan tersebut dalam karya tasawufnya yang berjudul 'Umdah al-
Muhtajin (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990: 108). Pada abad yang ke-
18, tokoh pertama yang mengembangkan Ilmu Kalam di Tanah Melayu
ialah Muhammad Zayn Faqih Jalal al-Din al-Asyi. Antara usaha terpenting
beliau ialah menghasilkan sebuah karya tauhid bertajuk Bidayah al-Hidayah
(1757M) yang merupakan pengadaptasian dan komentar daripada kitab Umm
al-Barahin karangan al-Sanusi (Kamarul Bakri Abd. Aziz, 1999: 80-81).
Selepas itu, muncul beberapa karya akidah yang bersumberkan kitab Umm
al-Barahin seperti Zuhrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tawhid nukilan
Sheikh 'Abd al-Samad al-Falimbani pada tahun (1764M) di Makkah. Syeikh
Nawawi Bentani turut mensyarahkan kitab Umm al-Barahin dengan tajuk
Zari'at al-Yaqin. Demikian juga ajaran "Sifat Dua Puluh" terns berkembang
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012
dengan kelahiran kitab Aqidah al-Bayan oleh Tok Syihab al-Din Palembang
(Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990: 110).
Pada abad yang ke-19, lahir beberapa karya yang membahaskan tentang "Sifat
Dua Puluh" . Antaranya ialah Ini Kitab Sifat Dua Puluh oleh Sayyid Uthman
Ibn Yahya al-Betawi pada tahun (1886M). Selepas daripada itu muncul
beberapa kitab yang diadaptasi daripada kitab Umm al-Barahin seperti kitab
Siraj al-Huda karangan Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi
al-Sambawi sekitar tahun (1885-1886M). Kemudian muncul pula kitab
Aqidah al-Najin yang dikarang oleh Sheikh Zainal 'Abidin ibn Muhammad
al-Fatani pada tahun (1890M) (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990: 111).
Pada abad ini juga telah muncul seorang ulama Melayu yang produktif
dalam bidang penulisan, beliau ialah Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani.
Beliau turut membincangkan ajaran sifat dua puluh dalam karyanya al-Durr
al-Thamin dan Sifat Dua Puluh. Di Kelantan muncul Haji Abdul Samad bin
Muhammad Salih yang terkenal dengan Tuan Tabal turut membincangkan
persoalan sifat dua puluh dalam karyanya Bi Kifayah al-Awam. Sementara
itu, di Kedah lahir Muhammad Tayyib bin Mas'ud al-Banjari yang turut
menyentuh tentang ajaran sifat dua puluh dalam karyanya Miftah al-Jannah
(Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990: 111).
Perbahasan mengenai sifat dua puluh turut dibincang secara ringkas oleh
Uthman bin Abdullah bin Yahya al-Batawi dalam karyanya yang bertajuk
Kitab Sifat Dua Puluh pada tahun (1304H/1886M). Selain itu, Tok Wan
Ali Kutan atau nama sebenarnya Sheikh Abd Rahman al-Kelantani turut
memuatkan perbahasan sifat dua puluh dalam karyanya Zuhrah al-Murid
fi Aqaid al-Tawhid yang selesai dikarang pada tahun1310H (Mohd Nor
Ngah,1983: 7).
Bagi ulama Melayu, mereka tidak berminat untuk mencetuskan isu barn
dalam perbahasan ketuhanan. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk
mengembangkan perbahasan ketuhanan yang berkisar dalam persoalan
sifat dua puluh yang pernah dipopularkan oleh Imam al-Sanusi. Keyakinan
terhadap al-Sanusi yang dianggap sebagai wali Allah SWT oleh kebanyakan
ulama Melayu menjadikan mereka begitu kagum dengan pemikiran sifat
dua puluh yang diketengahkan oleh beliau. Kekaguman tersebut terpancar
melalui kata-kata ulama Melayu berikut:
" bahawa muqaddimah Sheikh Sanusi itu, dan jika adalah
ia kecil jirimnya sekalipun sangat besar ilmunya lagi yang
mengandung atas sekelian 'aqaid serta dilebih beberapa fawaid
dan kerana demikian itu adalah ia terlebih elok daripada segala
yang dita'lijkan pada tauhid dan terlebih sucinya daripada hampa,
dan to'gid ictimewa pula orang yang mengarang akan dia itu wall
Allah dengan tiada syak dan namanya Muhammad anak Yusuf al-
Sanusi al-Husni ..."( Zainal Abidin al-Fatani, t.t: 2)
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT . Analisis Pemikiran Tuan Minal 47
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Sheikh Zainal Abidin al-Fatani (Tuan Minal)
tentang keistimewaan teks Umm al-Barahin karangan al-Sanusi meskipun
kecil dan segi saiznya, namun tidak ternilai dan faedah dan manfaatnya.
Kekaguman bukan hanya terletak kepada pengarangnya yang dianggap
sebagai wali Allah, malah karya tersebut dianggap antara karya terbaik
tauhid yang pernah dihasilkan (Wan Suhaimi Wan Abdullah, 2001: 111).
Pujian terhadap Umm al-Barahin turut diutarakan Sheikh Zayn bin Faqih
Jalaluddin melalui karyanya Bidayah al-Hidayah dengan katanya,
Tuan Minal tergolong dalam kalangan tokoh ulama Melayu Patani yang
terkenal selepas daripada Sheikh Daud al-Fatani, Sheikh Ahmad al-Fatani
dan Sheikh Nik Dir al-Fatani. Nama penuh beliau ialah Zainal 'Abidin bin
Muhammad bin Muhammad Dahhan bin Syeikh Wan Syamsuddin bin Syeikh
Jaafar, namun beliau lebih terkenal dengan gelaran "Tuan Minal". Gelaran
ini dikatakan mempunyai kaitan dengan peristiwa Tuan Minal dengan
muridnya, di mana apabila beliau merasa marah atau rungsing terhadap
murid-muridya beliau akan membaca surah al-Nas. Apabila sampai kepada
ayat min al-jinnati wa al-nas beliau meninggikan suaranya. Semakin kuat
rasa marahnya, semakin tinggilah tekanan suaranya terhadap ayat tersebut.
Ekoran seringkali menyebut ayat tersebut, maka lama kelamaan melekatlah
48 I 'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012
Sifat menurut pentakrifan Tuan Minal ialah "sesuatu yang ada (wujudi) yang
terdapat kepada pihak yang disifatkan (mawsuf), yang dinamakan kepada
selain daripada dhat Isa bin 'Abd Allah Mani' al-Humairi, 1998: 43; Zainal
Abidin al-Fatani, t.t: 15). Berdasarkan penta'rifan tersebut, Tuan Minal
ingin menjelaskan bahawa sifat adalah benar-benar ada, dan bertempat,
namun sifat dan dhat merupakan dua elemen yang berbeza. Justeru, kalaulah
dikatakan sifat dan dhat adalah sesuatu yang berbeza bagaimana pula dengan
sifat Allah SWT, adakah ia juga terpisah daripada dhat?
Meskipun mengakui sifat Allah SWT berada pada dhatNya atau bermahal,
namun Tuan Minal menolak pandangan yang menyifatkan sifat Allah SWT
amat memerlukan kepada dhatNya. Oleh itu, beliau tidak bersetuju dengan
pandangan Fakhr al-Din al-Razi yang menyifatkan mustahil sifat Allah SWT
berdiri dengan sendiri, bahkan wajib berdiri dengan dhatNya. Kenyataan
"jahat adab" ini ditujukan kepada al-Razi yang berpendapat bahawa sifat
Allah SWT tidak berdiri dengan sendiri, bahkan memerlukan tempat iaitu
dhat. Pendapat ini seolah-olah menganggap sifat sangat berhajat kepada dhat
yang merupakan sesuatu yang bertentangan dengan pandangan Asya' irah.
Hujah al-Razi tentang keberhajatan sifat kepada dhat ialah pertamanya alam
adalah baharu, dan Allah SWT adalah pencipta alam sejak azali, kerana
pencipta (fa'il) tanpa perbuatan (fi '1) adalah mustahil. Maka jadilah pencipta
dan perbuatanNya (fi sebagai suatu yang berkait antara satu sama lain.
Justeru, benarlah sifat berada pada dhat Allah SWT (Al-Razi, 1991: 366-
367). Menurut Tuan Minal, tidak layak menyifatkan Allah SWT berkehendak
kepada dhat, kerana ia boleh menimbulkan tanggapan yang negatif terhadap
Allah SWT seolah-olah Dia berhajat kepada sesuatu. Sedangkan wajib
ber'itiqad bahawa sifat Allah SWT adalah qadim dan maha sempurna
daripada bergantung kepada sesuatu, bahkan sesuatu yang sangat berhajat
kepadaNya (Zainal Abidin al-Fatani, t.t: 20).
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 201Z
Hitungan Tuan Minal terhadap bilangan sifat Allah SWT adalah menepati
pandangan beberapa ulama Asya'irah seperti seperti al-Baqilani dan
al-Juwayni serta al-Maturidi. Namun berbeza dengan Al-Asy'ari yang
membahagikan sifat tersebut kepada dua belas sifat sahaja kerana tidak
mengkategorikan sifat nafsiyyah dan ma'nawiyyah sebagai sifat, bahkan
dianggap sebagai asma' Allah.
Tuan Minal tidak hanya membincangkan tentang bilangan sifat Allah SWT
semata-mata, bahkan turut menjelaskan kategori yang selayaknya dimuatkan
keseluruhan sifat-sifat tersebut. Berhubung persoalan ini, Tuan Minal telah
mengagihkan sifat tersebut kepada empat kategori utama iaitu nafsiyyah,
salbiyyah, ma'ani dan ma'nawiyyah.
dikaitkan dengan kewujudan sifat ini, sama ada is berpunca daripada sifat
lain atau sebagainya. Selain itu, menurut Tuan Minal, sifat nafsiyyah turut
disebut sebagai sifat itu adalah dhat (hiya huwa). Memandangkan sifat ini
tiada lain melainkan dhat, dan tiada sifat lain yang dinisbahkan kepadanya
melainkan sifat wujud (Zainal Abidin al-Fatani, t.t: 23). Maka jelaslah di sini
bahawa sifat nafsiyyah hanyalah satu sahaja iaitu wujud.
Kategori kedua ialah sifat salbiyyah. Tuan Minal menta'rifkan sifat salbiyyah
sebagai " sifat yang menunjukkan atas nafi barang yang tiada layak dengan
Allah 'Azza wa Jalla (Mubarak Hasan Husin, 1995: 175). Dimaksudkan
dengan penta'rifan di atas ialah mengenepikan sebarang sifat yang tidak
layak dengan kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ini bermakna kelima-
lima sifat salbiyyah iaitu qidam, baqa', mukhalafatuhu li al-hawadith,
qiyamuhu bi nafsih dan wandaniah bertindak menolak sifat-sifat yang tidak
layak Allah SWT. Umpama sifat qidam bertindak menafikan ada permulaan
bagi kewujudan Allah SWT. Manakala sifat baqa' menafikan ada kesudahan
bagi kewujudan Allah SWT. Sifat mukhalafatuhu li al-hawadith menolak
adanya persamaan Allah SWT dengan makhluk. Sifat qiyamuhu bi nafsih
menafikan Allah SWT berhajat kepada pencipta. Dan sifat wandaniyyah
menafikan banyak dhat, sifat dan alai Allah SWT (Zainal 'Abidin al-Fatani,
t.t: 23).
Menurut Tuan Minal sifat salbiyyah turut dikenali sebagai "sifat tiada"
('adami). Dinamakan dengan "sifat tiada", kerana sifat ini tidak dikatakan
sebenar-sebenar wujud seperti sifat Ini kerana sifat salbiyyah tidak
benar-benar wujud di alam nyata, melainkan ianya berperanan menolak
sifat negatif terhadap Allah SWT. Kategori ketiga daripada sifat dua puluh
ialah sifat Sifat ini menurut Tuan Minal ialah "tiap-tiap sifat
yang mawjudah pada dhihni dan mawjudah pada kharij dengan berdiri
dengan yang mawjudah, yakni yang berdiri pada dhat yang mawjud, yang
mewajibkan baginya hukum". Sifat ma'ani menurut Tuan Minal terdiri
daripada tujuh sifat iaitu, qudrah, iradah, ilmu, hayah, sama', basar dan
kalam (Zainal 'Abidin al-Fatani, t.t: 35). Dimaksudkan dengan "tiap-tiap
sifat yang mawjudah pada dhihn (akal) dan mawjudah pada kharij (luar
akal)" ialah sifat ini bukan hanya tergambar pada akal fikiran semata-mata,
bahkan kewujudannya dapat dibuktikan melalui pancaindera. Antaranya
seperti mengetahui kekuasaan Allah SWT (sifat qudrah) melalui penciptaan
makhluk, dan (sifat iradah) dengan kehendakNya sesuatu boleh berlaku.
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SIt'T AnalLsis Penakiran Tuan Minal 153
Tuan Minal turut mengemukakan penta' rifan kedua sifat ma'ani iaitu "la
hiya huwa wala hiya ghairuh" iaitu sifat itu bukan dhat, dan bukan selain
daripada dhat. Ini menjelaskan bahawa sifat ini tidak dikatakan dhat dan selain
daripada dhat, bahkan berada dipertengahan antara keduanya. Dimaksudkan
dengan berada dipertengahan antara keduanya ialah sifat ma'ani bukanlah
sebenar-benar dhat, kerana ianya adalah sifat. Di samping itu, ianya tidak
disifatkan berada di luar daripada dhat kerana ia adalah sebahagian daripada
dhat Allah SWT dan bersifat qadim.
Kategori terakhir daripada sifat Allah SWT ialah sifat ma'nawiyyah. Menurut
Tuan Minal sifat ma'nawiyyah ialah "hal yang thabit bagi dhat selama ada
dhat itu dikeranakan dengan suatu kerana". Dimaksudkan dengan "hal
yang thabit bagi dhat" ialah pertamanya sifat ini adalah "har' iaitu tidak
dikatakan sebenar-benar wujud dan tiada, bahkan berada dipertengahan
antara keduanya. Keduanya disifatkan "thabit bagi dhat" ialah kerana
sifat ini berada pada dhat Allah SWT. Manakala pengertian "dikeranakan
oleh sesuatu kerana" ialah kewujudan sifat ini bergantung kepada sifat
ma'ani, memandangkan sifat ini mempunyai hubungan yang erat dengan
sifat Meskipun Than Minal mengakui wujud hubungan antara sifat
ma'ani dan sifat ma'nawiyyah, namun ianya hanya menurut akal semata-
mata, bukan dari segi hakikat yang sebenamya. Memandangkan sifat Allah
SWT tidak ada yang dahulu dan kemudian, juga tidak saling memerlukan
antara satu sama lain. Bagi Tuan Minal, apa yang penting ialah beriman
dengan sifat-sifat tersebut, memandangkan perkara tersebut telah disepakati
oleh kebanyakan ulama (Zainal 'Abidin al-Fatani, t.t: 35).
Ketika menjelaskan sifat Allah SWT atau sifat dua puluh, Tuan Minal
berusaha membuktikan bahawa tidak wujud pertentangan atau pengulangan
dalam perbahasan tersebut. Menurut Tuan Minal, sifat yang wajib bagi
Allah SWT terdiri daripada dua puluh sifat yang terkandung di bawah
empat kategori utama iaitu nafsiyyah, salbiyyah, ma'ani dan ma'nawiyyah.
Meletakkan sifat salbiyyah selepas daripada sifat nafsiyyah menunjukkan
ketertiban dari segi susunan, ini kerana sifat nafsiyyah iaitu wujud perlu
didahulukan kerana ia merupakan asas kepada semua kejadian. Manakala
meletakkan sifat salbiyyah seperti qidam, baqa', mukhalafatuhu Ta'ala li al-
hawadith, qiyamuhu Ta'ala bi nafsih dan wandaniyyah selepas daripadanya
adalah bertujuan membersihkan sifat negatif daripada kewujudan tersebut
iaitu Allah SWT. Setelah terhapusnya sifat negatif, barulah dihiasi dengan
sifat ma'ani seperti qudrah, iradah, ilmu, hayah, sama', basar dan kalam
dan sifat ma'nawiyyah kawnuhu qadiran, kawnuhu muridan, kawnuhu
aliman, kawnuhu hayyan, kawnuhu sami'an, kawnuhu basiran dan kawnuhu
mutakalliman iaitu sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah SWT. Situasi ini
diibaratkan seperti manusia yang perlu terlebih dahulu menyucikan din
daripada kotoran sebelum dihiasi dengan pakaian yang cantik dan menarik.
Kesimpulan
Meskipun membahagikan sifat Allah SWT kepada dua puluh sifat, namun
Tuan Minal tidak membataskan sifat-sifat Allah hanya kepada 20 sahaja,
bahkan sifat kesempurnaan Allah SWT tidak terhitung bilangannya.
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT: Analisis Pemikiran Tuan Minal 155
Rujukan