PIDATO

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PIDATO : DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN DIRI

Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini ingin saya lahirkan rasa kesyukuran kerana di beri peluang keemasan di
dalam dewan yang serba indah, dalam negara yang sentiasa aman, damai, suasana
pagi yang gelap pada zahirnya bertukar cerah terus memberi laluan mudah kepada
saya untuk menyampaikan sebuah pidato penting yang bertajuk, Disiplin Asas
Kecemerlangan Diri.

Sidang dewan yang saya hormati,

Sebelum saya meneruskan bicara sebelum bibir menutur kata-kata, izinkan saya
mendefinisikan tajuk saya pada hari ini.Disiplin Asas Kecemerlangan Diri. Disiplin
membawa maksud kepatuhan kepada peraturan. Asas pula ialah tapak. Dasar
merupakan satu permulaan. Manakala kecermelangan merupakan satu
kegemilangan diri seseorang. Jadi, kepatuhan kepada peraturan merupakan tapak
permulaan kepada kegemilangan diri seseorang.

Tanpa membuang masa lagi, izinkan saya rungkaikan beberapa misteri


kecemerlangan dan kegemilangan diri yang sememangnya cukup mudah dikecapi,
jika apa yang akan saya perkatakan sebentar lagi dipraktikkan dalam kehidupan.

Hadirin sekalian,

Akal yang cerdas terletak kepada tubuh badan yang sihat. Tubuh yang sihat dan
cergas memang diperlukan untuk menjalankan aktiviti seharian. Antara salah satu
faktor yang perlu diambil berat ialah faktor kesihatan. Kesihatan dapat dijaga apabila
pemakanan diawasi. Makanan yang banyak bahan perasa, bahan pengawet dan
berkarbonat mestilah dihindari bagi memastikan safat otak berjalan lancar kerana
bahan seperti inilah yang melemahkan ingatan dan menyebabkan sukar untuk
menghafal sesuatu. Jika terjadi sedemikian, proses pembelajaran sukar untuk
dijalankan. Oleh itu, sewajarnya kepada sesiapa yang mencari-cari kecemerlangan
diri dan kehidupan berdisiplin perlulah menjaga pemakanan harian. Jaga pemakanan
anda, Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Peraturan semestinyanya ada di sekeliling kita. Hidup tanpa peraturan, mati. Factor
yang akan saya tegaskan sebentar lagi berdasarkan aspek mematuhi peraturan iaitu
patuh kepada arahan. Jalan raya trafik, rumah ibu bapa, sekolah guru, atau dimana
sahaja kita berada pasti ada arahan dan peraturan tersendirinya. Pelajar yang
cemerlang merupakan pelajar yang patuh kepada arahan gurunya. Anak yang soleh,
meupakan anak yang mendengar arahan ibu bapanya. Kajian akal menunjukkan
individu yang cemerlang ialah individu yang akur dengan arahan. Bagaimana ingin
cemerlang jika arahan tidak diendahkan? Ingat, patuh pada arahan, kecemerlangan
dalam tangan!

Sidang dewan yang saya hormati sekalian,


Faktor terakhir yang ingin saya tegaskan pada hari ini adalah factor yang paling
penting berkisarkan aspek dalaman individu itu sendiri. Dimana ada kemahuan, di
situ ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Orang cemerlang, orang
punyai semangat juang. Datuk Azhar Mansor dan Datuk Sharifah Mazlina contohnya,
keinginan yang tinggi, kemahuan membuak-buak untuk mengharumkan nama
negara inilah, resepi utama yang membolehkan mereka mengecapi kemanisan
kejayaan dan kecemerlangan. Lihatlah dunia, mana- mana pemimpin yang
berdisiplin, yang bersungguh-sungguh, yang punyai wawasan dan cita-cita tinggi
pasti disanjung masyarakat. Siapa yang menuai, dia akan dapat hasilnyanya. Siapa
yang bersungguh-sungguh dia akan dapat kejayaannya.

Hadirin sekalian,

Resepi kejayaan telah saya suapkan, keluarkan sedikit tenaga kunyah dan telan
akan meresap ke dalam diri Akhir kata sebelum dewan ini kembali sunyi, saya mahu
tegaskan sekali lagi, disiplin yang jitu dalam diri seseorang, mampu membawanya ke
gerbang kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sebelum saya berundur, saya akhiri dengan serangkap pantun;

Kalau ada jarum yang patah,

Jangan disimpan di dalam peti,

Kalau ada silap dan salah,

Jangan disimpan didalam hati

Sekian wabillahitaufik walhidayah WASSALAM

Semangat 1 Malaysia Teras Kejayaan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa yang akur dengan detik-detik puakanya, guru-guru dan para hadirin
sekalian. Salam satu Malaysia, berdirinya saya pada pagi yang indah ini adalah untuk
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Semangat Satu Malaysia Teras
Kejayaan.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Tanggal 3 April 2009 yang lalu, bermulalah detik era pemerintahan Dato Sri Mohd Najib
Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sebaik-baik
sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-6, beliau
sentiasa berusaha menyatupadukan warganegara majmuk.

Sehubungan dengan itu, beliau telah memperkenalkan kepada rakyat Malaysia satu
gagasan iaitu Semangat Satu Malaysia. Ungkapan Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan adalah tagline kepada gagasan tersebut. Natijah pembentukannya
bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan
rakyat Malaysia yang semakin pudar. Ini adalah kerana perpaduan memainkan peranan
penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara tanpa perpaduan, kemajuan
negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan
kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Oleh yang demikian, Semangat
Satu Malaysia didukungi oleh teras perpaduan manakala teras perpaduan itu pula
didukungi oleh nilai-nilai murni.

Para hadirin yang saya hormati,

Seiringan dengan itu, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik
serta agama diseru agar bersatu padu memupuk perpaduan bergerak membentuk satu
unity yang mengandungi nilai-nilai aspirasi iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya
ketepatan, keberanian, meritokrasi, kesetiaan, ketabahan, integriti dan cintakan ilmu.

Namum perpaduan hanya boleh dicapai dengan memastikan seluruh rakyat Malaysia
memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, teras aspirasi dan teras
perpaduan. Melalui penyatuan rakyat, negara dapat membina satu negara bangsa yang
kukuh, progresif, makmur dan muafakat, bak kata bidalan muafakat membawa berkat.

Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,

Pembentukan Semangat Satu Malaysia adalah matlamat supaya kepelbagaian sosio-


budaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan
nasional dan seterusnya dapat diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara
bangsa. Justeru itu, bagi mengaplikasikan gagasan ini, ianya memerlukan komitmen,
kematangan minda, toleransi dan pengorbanan di kalangan warga Negara Malaysia.
Maka semua rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia adalah miliknya dan semua
bangsa di Malaysia adalah rakyat Malaysia. Lantaran itu, sama-samalah kita bersatu
untuk membangunkan negara Malaysia nan satu menuju ke arah matlamat wawasan
2020.

Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyusun jari memohon maaf
jika terdapat sebarang kesilapan dalam penyampaian syarahan saya.

Sekian, terima kasih.

You might also like