Soalan BK 2 Sastera SPM 2017

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KESUSASTERAAN MELAYU SPM

BAHAN KECEMERLANGAN 2
KESUSASTERAAN MELAYU
SPM 2017

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian Satu dan Bahagian Dua.
2. Jawab semua soalan Bahagian Satu.
3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya
buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan.
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

_________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak .

[Lihat halaman sebelah


KESUSASTERAAN MELAYU SPM

Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan

1.
Lain ulu lain parang,
Lain dahulu lain sekarang,.

Ada ubi ada batas,


Ada budi ada balas.

Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan

Nyatakan dua unsur bunyi bagi puisi di atas. [4 markah]

2.
“Hai anakku, sekali-kali tidak bonda suka engkau beristerikan Ken Tambohan
itu! Ia itu anak celaka dan anak jarahan. Mengapakah anakku mengambilnya buat
isteri?”
“Hai Ken Tambohan! Jika kuturut hatiku, sekarang juga kau kujadikan abu!”

Dipetik daripada Sastera Panji, Perkahwinan Raden Menteri Diketahui oleh


Ayahanda dan Bondanya.

Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan prosa tradisional di atas.
[4 markah]

3.
Seketika duduk berkata-kata maka hari pun malamlah. Setelah hari siang,
maka dari pagi-pagi hari maka budak miskin itu pun pergilah menuju kampung
Syahbandar. Setelah ia sampai ke rumah Syahbandar itu maka Syahbandar pun
keluarlah dari balai duduk menanti budak miskin itu. Seketika ia duduk itu maka budak
miskin itu pun tibalah.

Dipetik daripada Sastera Hikayat, Budak Miskin Mengadap Raja.

Nyatakan dua latar masa dan dua latar tempat yang terdapat dalam petikan prosa
tradisional di atas. [4 markah]

BK 2 [ Lihat halaman sebelah


KESUSASTERAAN MELAYU SPM

4.
Sang Pelita enggan ketawa
Walau ada ketika mungkin agak lucu
Sewaktu bayangnya terhantuk tiang
Atau terbolos lubang lantai jatuh ke tanah

Bahkan, ketika angin mencuri-curi masuk


Sang Pelita berdiam diri sahaja
Tidak peduli sekuat-kuat mana
Bayangnya menjerit-jerit cemas

Dipetik daripada sajak Aku Tidak Berani Berjanji


Karya Rosli K. Matari

(a) Nyatakan maksud gaya bahasa personafikasi. [2 markah]


(b) Berikan dua contoh gaya bahasa tersebut berdasarkan petikan sajak di atas.
[2 markah]
5.
ANNA : Engkau menyediakan aku penderitaan, Zaki. Aku meninggalkan
kebahagiaanku yang sebenar di England, meninggalkan daddy, meninggalkan
pengajianku. Kalau tidak, aku sekarang sudah menjadi ahli ekonomi. Aku
tinggalkan kampus universiti kerana engkau, Zaki. Tapi rupa-rupanya engkau
punya tanggungjawab yang besar dan penting terhadap ibumu...

Dipetik daripada drama Anna,


karya Kemala.
Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas. [4 markah]

6.
(BLACKWAY tidak terkata apa-apa. Masih mendongak memandang ke arah
Fort Cornwallis dalam simbahan cahaya yang malap).

MAT PIAH : Dalam Fort Cornwallis ni ada patung Francis Light …errr … kawan tuan
tu. Dulu patung tu tempatnya di hadapan muzium. Sekarang ni dah pindah ke
sini pula. Tak tahu sebabnya apa. (Bercerita macam pemandu pelancong)

BLACKWAY : Good heaven. Tempat ini dinamakan sempena nama Lord Cornwallis.
(Berkata kepada dirinya sendiri. Wajahnya menjadi melankolik. Dia
membongkokkan dirinya sedikit sebagai tanda hormat kepada Fort Cornwallis.
MAT PIAH hairan melihat aksi BLACKWAY)

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway,


karya Mahizan Husain.

Nyatakan dua teknik penceritaan berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama
di atas. [4 markah]

BK 2 [ Lihat halaman sebelah


KESUSASTERAAN MELAYU SPM

7. Reaksi mereka yang menonton berita pada malam itu dari segenap ceruk
rantau tentu sekali berbagai-bagai. Seorang tukang gunting di kedainya, misalnya yang
menonton sambil sedang memotong rambut seorang pelanggan mencicip-cicip bibirnya
mengeluarkan bunyi “chet chet chet” seperti seekor burung sambil menggeleng-geleng.
Seorang atuk di dalam rumah papanya yang sunyi di hujung sebuah kampung hanya
mengelip-ngelipkan mata menatap apa-apa yang terpapar di skrin.
Seorang suri rumah yang sedang membaca al-Quran dalam keadaan masih
bertelekung segera berhenti membaca dan memicit menguatkan suara televisyen.
Seorang kanak-kanak yang masih baru hendak belajar berjalan dan selalau jatuh
bangun hanya tersengih-sengih tidak faham sepatah haram.

Dipetik daripada cerpen Res Judicata


Karya Aidil Khalid

Berikan dua reaksi mereka yang menonton berita pada malam itu seperti yang terdapat
dalam petikan cerpen di atas. [4 markah]

8. Pak Yasok benar-benar berasa terhiris akan kata-kata itu. Sepanjang hidupnya
sebagai dalang wayang kulit, itulah penghinaan yang paling hina pernah diterimanya.
Tok siak, pak lebai, dan iman masjid di kampungnya itu pun tak pernah menghina
kerja-kerja seni Pak Yasok sebegitu rupa. Pak Yasok ke surau dan ke masjid seperti
orang lain jugak. Pak Yasok tetap berzakat dan menziarahi saudara jauh dekat yang
sakit dan mati relai.Semuanya Pak Yasok pergi. Orang kampung tak pernah memusuhi
Pak Yasok.

Dipetik daripada cepen Air mata Dalang


Karya Rahamidin Zahari

Jelaskan dua perwatakan Pak Yasok berdasarkan petikan cerpen di atas. [4 markah]

9. Selepas bersarapan dia dan isteri pergi ke kampung-kampung nelayan, ke


bandar atau ke pedalaman Ture, sekadar bertanya khabar atau menghulurkan
bantuan kepada teman-teman sekampung halaman yang baru dikenalnya.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto,


Karya Anwar Ridhwan

Nyatakan satu latar masyarakat berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel
di atas. [4 markah]

10. Pegawai itu meluahkan rasa bimbangnya kepada sejumlah pengikut di Ture,
yang pernah menerima pertolongannya. Dan mereka itu bukan sahaja bersimpati,
malah mahu bergabung kekuatan melawan pengaruh jeneral, jika diperlukan.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto,


karya Anwar Ridhwan

Nyatakan dua nilai murni berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel
di atas. [4markah ]

BK 2 ( Dipetikdaripada[novel
Lihat halaman sebelah
JerijiKasihkaryaRamlahAbd. Rashid )
KESUSASTERAAN MELAYU SPM

Bahagian Dua
[60 markah]
Bahagian A
(PuisiTradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1. Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

SELOKA TAK BERIKHTIAR SENDIRI

I
Banyak orang berangan-angan tinggi,
Ingin mencapai itu dan ini,
Tetapi tak mahu bersusah diri,
Untuk menyampaikan cita-cita pujaan hati,
Mereka suka minta tolong, minta beri.

Banyak orang hanya suka meminta bantu,


Memohon pertolongan di sana situ,
Atau berdoa sebilang waktu,
Atau menyusahi ayah dan ibu – jadi kutu,
Sebagai anak kecil yag masih menyusu.

Mengapa sentiasa mengharap ibu bapa?


Mengapa masih mahu menadah meminta-minta?
Manusia disuruh ”beramal”, berusaha:
Sendirilah, selam lautan dalam!
Sendiri rempuh belukar tebal yang kelam!
Malulah kalau hanya tahu menyusah,
Kalau selalu meminta kepada ibu dan ayah,
Bahkan, walaupun kepada Allah,
Suka menadah dan tertadah-tadah,
Suka menjadikan diri peminta sedekah,
Tetapi tak banyak usaha dan ikhtiar sendiri.

II
Orang yang suka meminta-minta, walau berjaya,
Walaupun meminta kepada Tuhan Maha Kaya,
Tetapi tiada beramal ikhtiar sendiri,
Tidak berusaha memakai tenaga diri,
Orang yang asyik dipeluk gelombang manja,
Yang tak tahu menelan pahit maung bekerja.

Kalung Bunga 2008,


Dewan Bahasa dan Pustaka.

BK 2 [ Lihat halaman sebelah


KESUSASTERAAN MELAYU SPM

(a) Jelaskan empat ciri bentuk seloka di atas. [ 8 markah ]


(b) Jelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam seloka di atas. [12 markah ]

2. Berdasarkan Sastera Epik yang terdapat dalam teks Nilai Insan :


(a) Huraikan tema dalam cerita ”Hang Tuah Diutus ke Siam”. [4 markah]
(b) Terangkan empat latar tempat yang terdapat dalam cerita tersebut. [ 8 markah]
(c) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut. [ 8 markah]

BK 2 [ Lihat halaman sebelah


KESUSASTERAAN MELAYU SPM

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4.

3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Ingatan kepada Kawan “XXIV”

Risik hujan dan gersangnya dedaunan


adalah perkalihan musim
yang perlu kita lalui
segala-galanya berjalan dan terus berjalan
segala-galanya akan ada untukmu
segala-galanya akan bersatu dalam
kejernihan sukmamu

Aku adalah bayangan yang entah


sementara atau nyata
di sebalik rendang dan
redupnya pohon hayat
mungkin saat kita mengunyah
makna semua ini
kita akan menjadi diri kita yang tahu
apa itu resah angin dan risik hujan
tak kunjung mimpi tanpa
tidur yang panjang
tak handir cinta tanpa hidup yang
ditakdirkan

Saat kita menyedari bahawa hidup


menggendong kita
pada suatu arah yang benar dan terang
kita akan terus menjadi sepasang
serangga yang mengerti di mana angin
berguling, di mana bunga berpuing aku
akan menjagamu kau akan menjadi
sebahagian daripada riwayatku.

Mengertilah kejadian cinta adalah


perihal menjaga bukan semata
keinginan kuat untuk memilikinya.
kau adalah gunung
yang menampung
seluruh puncak sepi dan derita.

Zaen Kasturi.
Hadiah Sastera Perdana Malaysia, 2010-2011

BK 2 [ Lihat halaman sebelah


KESUSASTERAAN MELAYU SPM

(a) Jelaskan nada sajak di atas. [ 4 markah]


(b) Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam sajak tersebut.
[ 8 markah]
(c) Cipta sebuah sajak bertemakan persahabatan. Panjangnya sajak hendaklah antara
12 hingga 15 baris. [8 markah]

4. Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BLACKWAY : Awak cuma penarik beca. Siapa peduli? Tapi, saya orang besar.
Saya James Rolland Blackway. Saya pegawai kanan Francis Light! Saya
kawan baik Francis Light dan Stamford Raffles! Awak kenal Francis Light?
(Berkata dengan bangga)

MAT PIAH : Tuan kawan baik Francis Light? Saya kawan baik Prince Charles! (MAT
PIAH tergelak)

BLACKWAY : Jangan main-main sama saya punya kawan. Dia yang buka ini Puloo
Pinang. (MAT PIAH ketawa terbahak-bahak lagi)

MAT PIAH : Puloo Pinang? Tuan, walaupun saya pernah masuk hospital gila tapi
saya tak cukup gila nak percaya cakap tuan ni. Puloo Pinang? Lucu sangat!
(MAT PIAH ketawa lagi)

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway,


karya Mahizan Husain.

(a) Jelaskan dua perwatakan Mat Piah berdasarkan petikan drama tersebut. [6 markah]

(b) Berdasarkan keseluruhan drama, nyatakan dua unsur realisme berserta contoh.
[6 markah]

(c) Berdasarkan kreativiti anda, cipta empat dialog untuk menyambung perbualan
dalam petikan di atas. [8 markah]

BK 2 [ Lihat halaman sebelah


KESUSASTERAAN MELAYU SPM

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6.

5. Berdasarkan cerpen Profesor Sufi karya A.Rahman :

(a) Terangkan dua perwatakan ’saya’ . [4 markah]


(b) Jelaskan empat unsur Islam dalam cerpen tersebut. [8 markah]
(c) Sambung petikan cerpen di bawah. Panjangnya sambungan cerpen yang anda tulis
hendaklah lebih kurang 80 patah perkataan dan bertemakan persaudaraan.

Tiba-tiba apabila dia memasuki lobi Hotel Wisata Indah, dia melihat seorang
yang berkepala agak botak sedang membaca sebuah buku yang agak tebal di atas
kerusi empuk di lobi hotel itu....

[8 markah]

6. Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan:

(a) Huraikan empat perwatakan orang tua dalam Bab 4 : Aisberg. [8 markah]

(b) Jelaskan tiga peristiwa imbas kembali dalam Bab 5 : Mainan. [12 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

BK 2 [ Lihat halaman sebelah

You might also like