Amalan Pengurusan Pengetua Sekolah Dari Perspektif Guru: E-Mel: Wanrani@usm - My

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

DP. nd. 3, Bil 112003 !J'tIIIJU'II-""an !

J'uuJidiIum

AMALAN PENGURUSAN PENGETUA SEKOLAH


DARI PERSPEKTIF GURU

Oleh

Nordin Hj Abd Razak


e-mel: norazak@usm.my
Wan Mohd Rani Abdullah
e-mel: wanrani@usm.my

Abstract

If a school is to be managed efficiently and effectively, it needs to be headed by a


manager who has the necessary skills. Yuki (1989) listed eleven (11) skills which he
regarded as essential for the person managing any organization to have. These are: (1)
informing; (2) guiding and delegating; (3) planning; (4) problem-solving; (5) clarifying
roles and objectives; (6) supervising operations and organizational surroundings; (7)
motivating; (8) rewarding; (9) supporting; (10) conflict resolution and team-building;
and, (11) social networking. Based on these eleven managerial practices, Yuki (1989)
constructedan instrument called the "Managerial Practices Survey" which is used in this
study to examine the opinions of teachers about the managerial practices of principals in
secondaryschools. 24 schools and 236 teachers were selected as the study sample. The
findings indicated that the majority of teachers felt that all the eleven skills were
importantfor the principal to manage the school effectively. The most important category
was 'decision-making', and the least important was 'influencing staff which included the
practices of rewarding, recognizing and motivating. The 'giving of and searching for
information' category as well as the 'building relationships within the organisation'
category were regarded as of average importance. Additionally, teachers felt that
principals needed to improve on their guidance and advisory skills as well as their
delegatingskills.

Pendahuluan

Dalammana-mana organisasi pun, pengurus adalah bertanggungjawab untuk memastikan


organisasi yang diuruskannya beroperasi dengan berkesan dan mencapai matlamat yang
telah ditetapkan. (Ivanevich, Olekalms, & Matteson, 1997; Stoner, Collins, & Yetton,
1985). MenurutKarpin (1995), kejayaan seseorang pengurus menguruskan organisasinya
dengan cekap dan berkesan adalah bergantung kepada keupayaan dan kemahiran yang
dipunyaioleh seseorang pengurus. Beberapa kajian misalnya, Greatorex et aI. (1994) dan

23
DP. lId. 3, Bill/2003

Karpin (1995) telah membuktikan bahawa arnalan dan kemahiran pengurusan seseorang
pengurus menjadi faktor penentu kepada produktiviti dan kejayaan organisasi.

Pengetua adalah individu yang dilantik dan diarnanahkan untuk menguruskan sesebuah
sekolah dengan eekap dan berkesan serta memastikan matlarnat sekolah yang telah
ditetapkan tereapai. Abdul Shukor (2000) menegaskan pihak sekolah mempunyai
tanggungjawab dan perlu mengarnbil langkah-langkah yang berkesan dalam
merealisasikan agenda Kementerian Pendidikan yang ingin mewujudkan Sekolah
Berkesan dan Sekolah Bestari sejajar dengan keperIuan pendidikan pada abad ke-Zl.
Tanggungjawab ini terletak pada pengetua sebagai pemimpin dan pengurus sekolah
(Abdul Shukor, 1998). Mengikut Abdul Shukor (2000), jika seseorang pengetua gagal
menguruskan sekolahnya dengan eekap, maka sekolah itu tidak dapat berfungsi dengan
berkesan dan seeara langsung akan mempengaruhi kualiti kerja guru dan peneapaian
murid. Keadaan ini akan mendedahkan sekolah kepada 'scrutiny" dan kritikan daripada
masyarakat (Cavanagh, 2001). Justeru, pengetua (guru besar) perIu mempunyai
kemahiran mengurus sekolah bagi melaksanakan arnalan pengurusan yang terbaik.

Amalan Pengurusan Pen gurus

Pandangan pertama yang sistematik mengenai arnalan pengurusan sesebuah organisasi


telah diutarakan oleh Henri Fayol pada awal abad ke- 20. Fayol mendefinisikan
pengurusan sebagai satu proses yang terdiri daripada lima fungsi penting, iaitu:
peraneangan; koordinasi; pengawalan; pengarahan; dan mengorganisasi (Stoner et al. ,
1985), tetapi, skema yang dikemukakan oleh Fayol tidak menjelaskan seeara terperinci
arnalan yang dilakukan dalarn setiap fungsi pengurusan tersebut (Mintzberg, 1981).
Selepas Fayol, muneul beberapa model dan pengkelasan tentang arnalan pengurusan
telah dibangunkan (YukI, 1989). Pengkelasan tentang arnalan pengurusan ini agak
berbeza antara satu sarna lain, bergantung kepada tujuan sesuatu arnalan itu (eontohnya
menjelaskan aktiviti, mengenalpasti tingkah laku yang efektif), perbezaan tahap
'abstraction' (eontohnya sebilangan keeil definisi tetapi agak umum atau bilangan
definisi yang sedikit tetapi menumpu kepada tingkah laku pengurusan tersebut), dan
perbezaan dari segi kaedah membina konstruk arnalan tersebut (eontohnya analisis faktor,
pertimbangan yang dibuat melalui pemerhatian, atau deduksi daripada teori yang
berkaitan) (YukI, 1998: 57-59).

Kim & YukI (1995) dan YukI, Wall, & Lepsinger (1990) meneadangkan satu klasifikasi
arnalan pengurusan yang relevan dengan keberkesanan prestasi kerja yang dilakukan
dalarn organisasi. Klasifikasi ini mengandungi sebelas kategori arnalan yang dibina
berasaskan kepada kajian yang telah dijalankan oleh YukI, Wall, & Lepsinger (1990).
Sebelas kategori arnalan ini adalah seperti berikut:

24
DP. Jld. 3, Bil 112003 fPur.g;wuuan fPuuJidiAan

Pemberitahuan: Menyebarkan maklumat yang relevan berkenaan dengan keputusan


yang telah dibuat, perancangan dan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh setiap ahli,
dan memberitahu orang ramai mengenai sekolah dan menghebahkan prestasi
organisasi.

Bimbingan dan Pengagihan: Berbincang dengan staf sebelum membuat sebarang


perubahan yang akan memberi kesan kepada mereka, memberi galakan dan cadangan
untuk penambahbaikan, menggalakan penyertaan ahli dalam membuat keputusan,
menggunakan idea ahli lain dalam membuat keputusan, membenarkan ahli lain
memikul tanggungjawab dan kebebasan dalam melaksanakan tugas dan membuat
keputusan.

Perancangan: Menentukan matlamat jangka panjang dan strategi untuk


menyesuaikan organisasi dengan perubaban persekitaran, menentukan cara
menggembleng tenaga pekerja dan memperuntukkan sumber untuk mencapai
matlamat, menentukan cara memajukan keberkesanan operasi organisasi dan
koordinasi dengan pelbagai bahagian dalam organisasi.

Penyelesaian masalah: Mengesan masalah yang berkaitan dengan kerja,


menganalisis masalah dalam masa yang sesuai dan sistematik untuk menges an punca
sebenar dan mencari jalan penyelesaian dan tahu mengambil tindakan yang sesuai
untuk menyelesaikan masalah atau krisis.

Menjelaskan peranan dan objektif: Menentukan tugasan dan cara untuk


melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan, memberitahu tanggungjawab terhadap
kerja, objektiftugasan, danjangkaan prestasi denganjelas.

Menyelia operasi dan persekitaran organisasi: Mengumpul maklumat mengenai


aktiviti atau tugasan yang sedang dijalankan, memeriksa kualiti tugas yang sedang
berjalan, membuat penilaian terhadap prestasi staf dan organisasi dan mengesan
sarna ada terdapat sebarang masalah dan ancaman atau peluang yang mungkin
timbul.

Memberi motivasi: Menggunakan pendekatan yang boleh mempengaruhi emosi dan


nilai kepercayaan atau logik yang boleh merangsangkan minat dalam menjalankan
tugas seperti komitmen terhadap tugas, mengikut araban dalam memberi kerjasama
iaitu memberi nasihat atau sumber dan dapat memberi contoh kepimpinan yang baik.

~emberi ganjaran: Memberi pujian dan ganjaran untuk pencapaian tugas yang
baik.

25'
DP. Jld. 3, Bil1/2003

Menyokong: Bersifat peramah, bertimbang rasa, penyabar dan suka menolong


mereka daIarn memajukan kemahiran tugas dan kerjaya.

Menangani konflik dan membina organisasi sebagai sebuah pasukan : Memberi


gaIakan, menjadi fasilitator dalarn proses penyelesaian masalah dan menggalakkan
kerjasama daIarn organisasi.

Membina jaringan sosial : Bersosial secara tidak formal, membina hubungan


dengan pihak yang mempunyai sumber maklumat dan sokongan, mengekalkan
persahabatan melalui interaksi mengikut masa yang tertentu seperti menelefon,
menghadiri majlis sosial dan mesyuarat.

Kesemua arnaIan pengurusan di atas dapat dikelompokkan kepada empat kategori amalan
seperti daIarn JaduaI 1 di bawah.

Jadual I. Pengkelasan Amalan Pengurusan Yuki (1989: 129)

Kelompok Utama AmaIan Pengurusan


Pemantauan
Memberi-menerima
Penjelasan peranan
maklumat
dan objektif
Memberitahu
Menguruskan konflik
Membina dan membina pasukan
perhubungan Membina jaringan
sosial
Menyokong
Memberi
Mempengaruhi
pengiktirafan dan
orang
ganjaran
Memotivasi
Menyelesaikan
masalah
Membuat keputusan Merancang dan
mengorgamsasi
Membimbing dan
mendelegasi kuasa

Menurut Yuki (1998), pengkelasan arnalan pengurusan di atas merangkurni aspek tingkah
laku pengurusan yang relevan dengan keberkesanan pengurusan dalarn sesebuah

26
OP.lid. 3, Bill/2003 9'UIIJUIUl<'QII. 9'uulidiAan,

organisasi. Kategori arnalan ini boleh digunakan pada pelbagai konteks pengurusan
(YukI, 1998). Setiap kategori arnalan pengurusan itu juga merangkurni komponen
tingkahlaku yang berkaitan dengan tugas dan subordinat. Sungguhpun begitu, ada antara
amalan tersebut yang lebih menumpu kepada tugasan (seperti menyelia, perancangan,
penyelesaianmasalah, membuat penjelasan) dan arnalan yang mementingkan hubungan
interpersonal (seperti menyokong, memberi pengiktirafan dan ganjaran, menangani
konflik).

Kerelevanan Amalan Pengurusan Dalam Konteks Sekolah

Sebagai sebuah sistem sosial, terdapat empat elemen penting dalarn sesebuah sekolah
yang saling berhubungan antara satu sarna lain, iaitu struktur, individu, politik dan
budaya.Struktur adalah ekspektasi birokrasi formal yang direka bentuk dan disusun bagi
mencapaimatlarnat dan objektif organisasi (Hoy & Miskel, 1996). Mintzberg (1979)
pula berpendapat struktur merupakan kaedah organisasi itu membahagikan tenaga
kerjanya bagi mewujudkan koordinasi ke arah mencapai matlarnat yang ditetapkan.
Pengetua sebagai pengurus sekolah bertanggungjawab membuat perancangan aktiviti
sekolahnya serta bijak pula mengorganisasi atau mengatur sumber yang terdapat dalarn
sekolahnya.Di sarnping itu pengetua juga perlu mengagihkan tugas dan mendelegasi
kuasa kepada guru-guru serta memantau kemajuan aktiviti yang dirancang. Perkara ini
akan mengelakkan daripada berlakunya pertindihan serta kekaburan tugas yang perlu
dilaksanakan.

Sekolahadalah terdiri dari sekumpulan manusia yang sarna-sarna bekerja untuk mencapai
matlarnatdan objektif yang telah ditetapkan. Matlarnat dan objektif perlulah dijelaskan
dan disebarkan kepada semua guru. Pengetua perlu memaklumkan atau menjelaskan
kepada guru tentang peranan dan sumbangan mereka ke arah mencapai rnatlamat
tersebut. Setiap guru mempunyai keperluan, keupayaan dan tahap motivasi yang
berbeza,maka pengetua mesti dapat memberikan sokongan kepada guru-guru, memberi
pengiktirafandan ganjaran serta meningkatkan motivasi kerja mereka. Semua aktiviti ini
melibatkankeupayaan dan usaha pengetua mempengaruhi guru-guru untuk memberikan
komitmendan akauntabiliti terhadap kerja dan organisasi (sekolah).

Pengetuajuga bertanggungjawab untuk mewujudkan budaya sekolah yang menggalakkan


kolaborasidan kerjasarna melalui pembinaan nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi
bersarna di kalangan warga sekolah. Justeru, pembinaan kumpulan dan menangani
konflik individu, sesarna individu dan antara individu dengan organisasi perlu di atasi
agar terdapat keserasian antara individu (guru) dengan sekolah. Keserasian antara guru
denganpersekitaran kerjanya akan dapat meningkatkan produktiviti dan komitmen guru
(O'Reillyet aI. 1991).

Sekolahjuga perlu membuat jaringan perhubungan dengan pelbagai pihak di luar sistem
sekolah.Jaringan perhubungan yang baik antara sekolah dengan ibu bapa serta agensi-

27
DP. ITef. J, Bif ff200J

agensi penting dalam masyarakat dapat memberikan banyak manfaat kepada sekolah.
Sekolah akan mendapatkan sokongan bagi meningkatkan sumber yang diperlukan dalam
pembangunan sekolah.

Keadaan sekolah yang begitu kompleks memerlukan seorang pengurus yang mempunyai
tahap amalan pengurusan yang cekap dan efektif. Hoy dan Miskel (1996) telah
menegaskan bahawa keberkesanan dan kecekapan dalam menguruskan sekolah amat
bergantung kepada amalan pengurusan pengetua. Amalan pengurusan pengetua
dipercayai dapat mempengaruhi prestasi kerja guru dan seterusnya meningkatkan
pencapaian atau produktiviti sekolah (Hoy & Miskel, 1996). Justeru amalan pengurusan
sekolah yang berkesan seperti yang dicadangkan oleh YukI (1989) adalah relevan dengan
peranan pengetua sebagai pengurus sekolah.
Tujuan

Berdasarkan perbincangan di atas, tujuan kajian ini adalah untuk:

a. menginterpretasi kepentingan amalan pengurusan berdasarkan skala amalan


pengurusan pengetua di sekolah menengah; dan

b. menentukan amalan pengurusan yang perlu ditambahbaik oleh guru supaya


dapat menguruskan sekolah dengan cekap dan berkesan.

Metodologi

Sampel.

Sampel kajian adalah dipilih secara rawak daripada guru-guru sekolah menengah di
Pulau Pinang. Dari rangka persampelan sekolah-sekolah menengah di Pulau Pinang,
sebanyak 24 buah sekolah menengah telah juga dipilih secara rawak. Dari setiap
sekolah itu, sepuluh orang guru telah dipilih secara rawak. Jumlah sampel guru dalam
kajian ini
adalah seramai 236 orang kerana empat orang guru tidak mengembalikan soal selidik
yang telah diedarkan.

Pungutan maklumat.

Maklumat dari guru dipungut melalui soal selidik yang merupakan terjemahan daripada
"Tinjauan Amalan Pengurusan (Managerial Practices Survey)" yang telah dibina oleh
Yuki (1989) dan telah dialihbahasakan kepada bahasa Melayu. Soal selidik ini terbahagi
kepada dua bahagian, iaitu: Bahagian A, mengumpul maklumat tentang darjah
kepentingan amalan pengurusan pengetua dan setiap amalan meminta sampel
memberikan respon berdasarkan skala Likert 5 mata, iaitu, "1" mewakili "sangat tidak

28
DP. Jld. 3, Bil 112003 9'tnIJWUl6cut 9'uuIidiAmr.

penting' hingga kepada '5" yang mewakili "sangat penting" mengikut pendapat
responden; clan Bahagian. B pula mengumpul maklumat tentang amalan pengurusan
pengetuayang perIu dilakukan penambahbaikan. Responden hanya diminta menandakan
(X)pada ruangan amalan pengurusan yang pada pendapat guru amalan yang perIu dibuat
penarnbahbaikanoleh pengetua.

Analisisdata.

Maklumat dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan pakej program komputer
Pengukuran Rasch (BIGSTEPs versi 2.32). Tujuannya adalah untuk membina dan
menilaiskala amalan pengurusan pengetua agar ia boleh digunakan bagi tujuan kajian ini.

DapatanKajian dan Perbincangan

Hasil daripada beberapa peringkat analisis Rasch terhadap sebelas item amalan
pengurusanpengetua, didapati ''person separation reliability" adalah 0.82 dan "item
separationreliability" adalah 0.97. Nilai "item separation reliability" ini menunjukkan
bahawa alatukur kepentingan amalan pengurusan pengetua sekolah adalah unidimensi.
Analisisdilakukan ke atas data 234 guru sahaja kerana seorang guru mendapat markah
maksimum clan seorang lagi mendapat rnarkah minimum. Kedua-dua guru ini
dikeluarkandaripada analisis kerana tidak memberikan sebarang varians kepada hasil
analisisdata yang dilakukan. Ukuran minimum dan maksimum bagi sebelas item adalah
-1.18 Logits dan +0.88 Logits (min item = 0), sementara ukuran minimum dan
maksimumbagi guru pula adalah -5.73 Logits dan +5.88 Logits dengan min ukuran guru
adalah+1.93 Logits. Data yang diperolehi adalah "fit" kepada model pengukuran yang
digunakan(model pengukuran Rasch) kerana min kuasadua (MNSQ) bagi .item-item
adalahantara 0.7 hingga 1.3.

Perbandinganantara min ukuran item (min=O; ralat=0.10) dengan min ukuran guru
(min=+1.93;ralat=0.49), didapati min ukuran guru adalah lebih tinggi dari min ukuran
itemdan perbezaan ini adalah signifikan secara statistik pada ()( ";'0.05. Ini berrnakna
guru-gurumemberikan respon pada kategori tinggi kepada setiap item dan menunjukkan
bahawa guru-guru mempunyai persepsi yang tinggi terhadap kepentingan amalan
pengurusanpengetua sekolah.

Kepentingan amalan pengurusan pengetua. Jadual 2 di bawah menunjukkan persepsi


guru terhadap darjah kepentingan item-item yang membentuk skala amalan pengurusan
pengetuasekolah.

29
DP. JId. 3, Bil 112003

Jadual2. Persepsi guru terhadap kepentingan amalan pengurusan pengetua sekolah


Min Ralat Peratus guru
Amalan Pengurusan ukuran Piawai menganggap
penting
S8 _ Memberi ganjaran 0.88 0.10 83.9
S 11_Membina jaringan sosial 0.72 0.09 87.3
S6_ Menyelia operasi dan persekitaran 0.36 0.10 91.9
S9_ Menyokong 0.19 0.10 92.4
S7 Memberi motivasi 0.13 0.10 92.4
S 1 Pemberitahuan 0.11 0.10 92.4
S5_ Menjelaskan peranan dan objektif - 0.16 0.10 95.8
S 10_Menangani konflik dan -0.25 0.10 96.2
membina pasukan
S4_ Menyelesaikan masalah -0.40 0.10 96.6
S2_ Bimbingan dan pengagihan -0.42 0.10 96.6
S3 Perancangan - 1.18 0.12 99.2

Berdasarkan Jadual 2 di atas, 99.2% guru-guru berpendapat bahawa merancang


merupakan aspek paling penting dalam pengurusan sekolah. Aspek kedua penting ialah
memberi bimbingan dan pengagihan, dan menyelesaikan masalah (96.6%). Di samping
itu, lebh daripada 90 % guru-guru berpendapat bahawa menangani konflik dan membina
pasukan, menjelaskan peranan dan objektif pemberitahuan, memberi motivasi,
menyokong dan amalan menyelia operasi dan persekitaran adalah juga penting. Di antara
sebelas item yang membentuk skala "kepentingan amalan pengurusan pengetua sekolah",
guru-guru berpendapat membinajaringan sosial (87.3%) dan memberi ganjaran (83.9%)
adalah kurang penting daripada amalan-amalan pengurusan yang lain.

Berdasarkan susunan item-item dalam Jadual 2 itu, guru-guru berpendapat bahawa


seseorang pengetua mesti boleh membuat perancangan dengan baik. Disamping itu,
pengetua juga perlu boleh memberi bimbingan dan membuat pengagihan tugas dengan
adil, boleh menyelesaikan masalah bagi menangani konflik ke arah membina pasukan
kerja yang efektif dalam sekolah. Bagi melakukan perkara-perkara ini guru berpendapat
pengetua mestilah dapat menjelaskan peranan setiap guru serta objektif yang hendak
dicapai oleh sekolah dengan jelas. Disamping itu, pengetua dilihat perlu memainkan
peranan sebagai penyebar maklumat yang efisien dan efektif, agar maklumat yang
diperlukan oleh guru bagi menyempumakan tugasan dapat dicapai pada bila-bila masa.

Susunan item-item dalam Jadual 2 juga menunjukkan guru-guru berpendapat adalah


penting bagi pengetua untuk meningkatkan motivasi guru-gurunya dengan memberi
sokongan terhadap tugas dan aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Bagi
memastikan matlamat dan objektif sesuatu aktiviti itu tercapai, guru-guru berpendapat
pengetua perlu menyelia operasi yang dijalankan dengan mengumpul maklumat
mengenai aktiviti yang sedang dijalankan, memeriksa kualiti tugas yang dijalankan dan

30
DP. JId. 3, Bil 112003 !/'UlIJWUl6CUf, !/'uuJidiIum

membuat penilaian terhadap prestasi staf. Disarnping itu, adalah penting juga pengetua
mengesan masalah dan ancarnan serta peluang-peluang yang mungkin wujud dalarn
persekitaran. Guru-guru juga berpendapat pengetua seberapa yang boleh membina
jaringan sosial dengan pelbagai pihak di luar sekolah supaya dapat meneroka peluang-
peluang yang membawa keuntungan kepada sekolah. Selain itu, adalah penting juga
mengikut pandangan guru seseorang pengetua memberi ganjaran kepada guru dengan
adil untuk pencapaian tugas yang baik dan cemerlang.

Item-item dalarn Jadual 2 boleh dikelompokkan kepada empat kategori atau dimensi
amalan pengurusan pengetua sekolah, iaitu membuat keputusan, menyarnpai maklumat,
membina perhubungan dan merangsang subordinat (guru-guru). Jadual 3 di bawah
menunjukkan persepsi guru terhadap darjah kepentingan dimensi arnalan pengurusan
pengetuasekolah.

Jadual3. Persepsi guru terhadap darjah kepentingan dimensi arnalan pengurusan


pengetua sekolah

Peratus guru
Dimensi Amalan Pengurusan Min ukuran Ralat Piawai menganggap
penting
Merangsang dan mempengaruhi
+0.51 0.1 90.7
Subordinat (2 item)
Membina perhubungan (3 item) +0.22 0.09 92.4

Menyampai mak1umat (3 item) +0.10 0.1 93.6


Membuat Keputusan (3 item) -0.67 0.11 97.5

Seperti yang ditunjukkan dalarn Jadual 3, majoriti guru (97.5%) berpendapat bahawa
membuat keputusan adalah dimensi paling penting dalarn arnalan pengurusan pengetua
sekolah. Dimensi ini mengandungi amalan-amalan pengurusan membuat perancangan,
membimbimg dan membuat pengagihan, dan menyelesaikan masalah. Sungguhpun
begitu, kejayaan sesuatu keputusan yang dibuat oleh pengetua adalah bergantung kepada
kebolehanpengetua menyarnpaikan maklumat dengan tepat dan berkesan. Justeru, 93.6%
guru berpendapat dimensi menyarnpaikan maklumat adalah penting kerana maklumat
yang tepat dapat mengelakkan kekaburan matlarnat dan kekaburan peranan. Guru-guru
juga berpendapat adalah agak penting bagi pengetua membina perhubungan yang positif
antara guru-guru, antara guru dengan pihak pengurusan sekolah dan dengan pihak luar.
Sebanyak 92.4% guru berpendapat sedemikian. Sebahagian besar guru (90.7%)
beranggapan arnalan merangsang dan mempengaruhi guru dalarn melakukan kerjanya

31
DP. JId. 3, Bil 112003

adalah penting. Amalan memberikan rangsangan dikatakan berupaya meningkatkan


motivasi dan komitmen guru terhadap tugasan yang dilakukannya.

Dapat disimpulkan, sebahagian besar guru berpendapat bahawa kesemua sebelas amalan
pengurusan pengetua sekolah yang dikaji adalah penting untuk memastikan pengurusan
yang berkesan di sekolah. Walau bagaimanapun darjah kepentingan amalan-amalan
tersebut adalah berbeza antara satu amalan dengan amalan yang lain. Perbezaan darjah
kepentingan juga didapati antara dimensi-dimensi amalan pengurusan pengetua sekolah
seperti yang telah dijelaskan di atas.

Amalan pengurusan yang perlu penambahbaikan, Guru-guru telah diminta untuk


memilih satu tingkah laku atau amalan pengurusan yang mereka fikir perlu dilakukan
penambahbaikan oleh pengetua. Keputusan kajian menunjukkan amalan yang sangat
perlu dibuat penambahbaikan ialah memberi bimbingan dan pengagihan/penurunan kuasa
kepada guru-guru (lihat Jadual 4). Justeru, pengetua perlu mempertingkatkan keupayaan
mereka dalam memberi bimbingan kepada guru-guru dan kebolehan mereka mendelegasi
(menurunkan) kuasa kepada guru dalam melaksanakan tugas yang diberi. Dari segi
dimensi amalan pengurusan pengetua sekolah, sebanyak 44.2% guru-guru berpendapat
pengetua perlu meningkatkan ketrampilan dan kebolehan mereka dalam dimensi
membuat keputusan. Dimensi membuat keputusan ini penting kerana ia memerlukan
pengetua rnempunyai kemahiran konseptual yang tinggi dalam merencanakan hala tuju
sekolahnya.

JaduaI4 .. Dimensi dan amalan pengurusan pengetua yang perlu dibuat penambahbaikan

Peratus bagi Peratus


Dimensi Amalan Amalan Pengurusan setiap am alan bagi setiap
dimensi
Pemantauan (Menyelia
Memberilmenyampai- operasi & persekitaran) 10.6
menerima maklumat Penjelasan peranan dan 7.2 24.2
objektif 6.4
Memberitahu
Menguruskan
konflik dan
8.0
Membina perhubungan membina pasukan l3.4
2.9
Membina jaringan
2.5
sosial
Menyokong
Memberi pengiktirafan dan
MerangsangIMempengaruhi 5.5
ganjaran 18.2
orang 12.7
Memotivasi

32
DP. Jld. 3, Bil 112003 !J'uupvtu6an !J'ur.didiIian

Menyelesaikan masalah
Merancang dan 10.6
Membuatkeputusan
mengorganisasi 12.8 44.2
Membimbing dan 20.8
mendelegasi kuasa

Rumusan dan Cadangan

Tinjauan ini bertujuan untuk melihat pandangan guru tentang amalan pengurusan
pengetua di sekolah menengah, dan mengenalpasti amalan pengurusan yang perlu
dilakukan penambahbaikan oleh pengetua sekolah. Semua tingkah laku atau amalan
pengurusan dianggap penting oleh guru. Daripada tinjauan ini didapati sebahagian besar
guru menganggap kesemua amalan pengurusan ini adalah penting kepada pengetua untuk
menguruskan sekolahnya dengan berkesan. Kategori amalan yang dilihat paling penting
adalah kategori membuat keputusan dan yang paling kurang penting adalah kategori
mempengaiuhi subordinat yang mengandungi item-item memberi ganjaran dan
pengiktirafan dan memberi motivasi. Memberi ganjaran adalah amalan yang paling
kurang penting. Kategori memberi dan mencari maklumat dan juga membina
perhubungan dalam organisasi sekolah dilihat sederhana penting oleh guru. Sementara
itu, guru-guru berpendapat pengetua perlu memperbaiki cara mereka memberi bimbingan
ataupenasihatan kepada guru-guru dan juga kaedah penurunan kuasa yang lebih efektif.

Secara umurnnya kajian memberikan nilai tambah kepada "the body of knowledge"
tentang amalan pengurusan pengetua di sekolah. Maklumat kajian ini boleh menjadi
panduanbagi merangka aktiviti atau latihan dalaman untuk peningkatan kemahiran dan
ketrampilan pengetua sebagai pengurus sekolah. Dicadangkan juga kajian ini perlu
dilanjutkandengan mengambil kira faktor demografi responden, kedudukan atau hirarki
dalamsekolah serta meningkatkan sensitiviti instrumen yang digunakan dalam kajian ini.
Item-itemperlu dibina bagi setiap dimensi amalan pengurusan supaya maklumat yang
lebihbermakna dapat dicungkil daripada kajian. DP

Bibliografi

Abdul Shukor Abdullah (2000). Sistem pemastian peningkatan standard kualiti


pendidikan: Teori praktis. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan
PeningkatanStandard Kualiti Pendidikan pada 21 hingga 24 Ogos, 2000 di The Regency
Hotel& Resort, Port Dickson, N. Sembilan.

Abdul Shukor Abdullah (1998). Pengetua berkesan sekolah berkesan : Cabaran


pembangunan sistem pendidikan negara. Kertas Kerja dibentangkan dalam Persidangan
Pengetuadan Guru Besar Negeri Pulau Pinang pada 28 Mei 1998: Pulau Pinang.

~3
DP. JId. 3, Bill/2003

Cavanagh, R. (2001). Secondary school culture and improvement: teacher, student and
parent perspectives. Paper presented at the 200 1 Annual Conference of the Australian
Association for Research in Education.

Greatorex, D., Holden, T., Iliffe, J., & Wauchop, B. (1994). Corporate Collapses:Lessons
for the Future. Sydney: Institute of Chartered Accountants.

Hoy, W. K. & Miskel, C. G. (1996) Educational Administration: Theory, Research, and


Practices. New York: McGraw-Hill Inc.

Ivancevich, 1., 01ekalms, M., & Matteson, M. (1997). Organisational Behaviour and
Management (1st Australian ed.). Roseville, New South Wales: McGraw-Hill.

Karpin, D. (1995). Enterprising Nation. Canberra: Australian Government


Publishing Services.

Jemaah Nazir Sekolah (2001). Pernyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan.
Kuala Lumpur: Jemaah Nazir Sekolah.

Kim, H. & Yukl, G. (1995). Relationships of self-reported and subordinate reported


leadership behavior to managerial effectiveness and advancement Leadership Quarterly,
6,361-372

Mintzberg, H. (1973). The Nature of Managerial Work. New York: Harper & Row.

Mintzberg, H. (1981). The manager's job: Folklore and fact. Harvard Business Review,
53(4),49-61. .

Mintzberg, H. (1979). The Structuring of Organizations. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-


Hall

O'Reilly, C. A., Chatman, 1. A., & Caldwell, D. F. (1991). People and organizational
culture; A profile comparison approach to assessing person-organization fit. Academy of
Management Journal., 34, 487 - 516.

Stoner, 1. A. F., Collins, R. R., & Yetton, P. W. (1985). Management in Australia.


Sydney: Prentice-Hall.

Wright, B. D. & Masters, N. G. (1982). Rating Scale Analysis. Chicago: MESA Press.

Yukl, G. A. (1989). Leadership in Organizations (2nd ed.). Englewood Cliffs,NJ:


Prentice-Hall.

34
DP.lid. 3, Bi! 112003 9'tIIIJU'UL"QA 9'uuJiJiIuut.

Yukl, G. A. (1998). Leadership in Organizations (4th ed.). Englewood Cliffs,NJ:


Prentice-Hall.

Yukl, G., Wall, S., & Lepsinger, R. (1990). Preliminary report on validation of the
managerial practices survey. Dalam K.E. Clark & M.B. Clark (Eds). Measures of
Leadership. West Orange, NJ: Leadership Library of America, 223-238

ZainalAriffin Ahmad (1998). Perlakuan Organisasi. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

35

You might also like