IHL
g Undang-undan
ll A law forntak semua u u
Understanding International Humanitarian Law
International Humanitarian Law (IHL) aims to protect persons, including civilians, who are not, or no longer participating in armed conflict. Understanding IHL is the first step towards ensuring that it is respected by parties to the conflict.
Memahami Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) bertujuan untuk melindungi individu, termasuk orang awam yang tidak atau tidak lagi terlibat dalam konflik bersenjata. Memahami UUKA merupakan langkah pertama ke arah memastikan undang-undang ini dihormati oleh mereka yang terlibat dalam konflik.
Congo: Dissemination on international humanitarian law to officers of the Congolese army. / Penyebaran mengenai UUKA kepada pegawai daripada tentera darat Congo.
What is IHL?
IHL, also known as the Law of Armed Conflict (LoAC) or Law of War, deals with humanitarian problems directly arising from armed conflicts. It protects civilians, medical and relief workers, wounded or sick fighters, prisoners of war and other detainees. IHL also regulates the permitted methods and means of warfare including the use of certain weapons.
Apa itu UUKA?
UUKA, juga dikenali sebagai Undang-undang Peperangan, menangani isu-isu kemanusiaan akibat konflik bersenjata. UUKA melindungi orang awam, petugas perubatan dan kemanusiaan, penempur yang tercedera atau sakit, tawanan perang dan kategori tahanan yang lain. UUKA turut menyenaraikan kaedah dan cara yang dibenarkan dalam peperangan termasuk penggunaan senjata tertentu.
2004 ICRC/Agence O Globo/CRUPPE, Marizilda
Afghanistan: Kabul in ruins. / Kabul dalam keadaan kemusnahan.
When does IHL apply?
IHL applies only in situations of armed conflict. It does not determine whether the use of force by states or other actors is legal, but applies regardless of the reasons for war. IHL requires States to seek out and punish any person who has committed a grave breach, irrespective of nationality or the place where the offence was committed.
Bilakah UUKA diguna pakai?
UUKA hanya diguna pakai dalam situasi konflik bersenjata. Ia tidak bertujuan untuk menentukan sah atau tidaknya penggunaan kekerasan oleh mana-mana pihak daripada aspek perundangan, namun ia tetap diguna pakai walau apa pun sebab berlakunya peperangan. UUKA menghendaki sesebuah negara bertanggungjawab untuk menjejaki dan menghukum sesiapa sahaja yang melanggar UUKA, tanpa mengambil kira kewarganegaraan dan tempat kesalahan itu dilakukan.
1996 ICRC/AHAD, Zalma
Malaysia: University students arguing cases of humanitarian law in moot court competition. / Mahasiswa universiti berbahas mengenai kes berkaitan dengan undang-undang kemanusiaan dalam pertandingan mahkamah "moot".
What is the difference between IHL and human rights law?
Both IHL and human rights law aim to protect the physical and moral integrity and dignity of every human being. Though appearing similar, the main difference between them is that IHL rules apply in wartime while human rights law applies at all times. IHL contains rules that are much more specific than those contained in human rights treaties, such as rules pertaining to the means and methods of combat.
Apakah perbezaan di antara UUKA dengan undang-undang hak asasi manusia?
Kedua-dua UUKA dan undang-undang hak asasi manusia bertujuan untuk melindungi setiap individu daripada aspek integriti moral dan fizikal serta maruah. Meskipun UUKA dan undang-undang hak asasi manusia seakan-akan sama, perbezaan utama adalah UUKA hanya diguna pakai semasa berlakunya konflik bersenjata manakala undang-undang hak asasi manusia diguna pakai setiap masa. UUKA mengandungi lebih banyak peraturan yang khusus berbanding dengan perjanjian yang terdapat dalam undang-undang hak asasi manusia, seperti peraturan berkaitan cara dan kaedah pertempuran. 3
2004 ICRC/CHIN, Lili
Iraq: Returning home from a drinking-water distribution point set up by the ICRC. / Pulang dari tempat pembahagian air minuman yang disediakan oleh ICRC.
What are the basic rules of IHL?
Distinction The parties to a conflict must always distinguish between the civilian population and combatants. Direct attacks against civilians are prohibited, as is using civilians to shield military targets from attack.
Apakah peraturan asas UUKA?
Perbezaan Pihak yang terlibat dalam konflik perlu membezakan antara orang awam dengan penempur. Serangan ke atas orang awam dilarang sama sekali, begitu juga dengan penggunaan mereka sebagai perisai untuk melindungi sasaran ketenteraan daripada serangan musuh.
2003 ICRC/ MEISSNER, Ursula
Sudan: Training government soldiers in the rules of war. Nurse attached to the infantry, picking up a wounded soldier from the opposite camp. / Latihan tentera kerajaan mengenai undang-undang peperangan. Jururawat yang ditempatkan di unit infantri, sedang menolong tentera pihak lawan yang cedera.
What are the basic rules of IHL?
Humane treatment Persons not or no longer taking part in the hostilities, such as wounded or detained combatants and civilians, must be treated humanely and without discrimination based on race, religion, sex or opinion.
Apakah peraturan asas UUKA?
Layanan kemanusiaan Mereka yang bukan atau tidak lagi terlibat dalam pertelingkahan, seperti mereka yang cedera atau tawanan perang dan orang awam, mesti diberi layanan kemanusiaan tanpa diskriminasi terhadap bangsa, agama, jantina atau pun pendapat/pandangan mereka.
2005 ICRC/LOUIS, Virginie
Haiti: A Haitian Red Cross staff working at a hospital. / Petugas Palang Merah Haiti sedang bertugas di hospital.
What are the basic rules of IHL?
Wounded and sick The wounded and sick must be collected and cared for. Medical personnel, hospitals, clinics and equipment must be respected. Persons and installations protected by the red cross, red crescent or red crystal emblems must not be attacked.
Apakah peraturan asas UUKA?
Yang cedera dan sakit Mereka yang cedera dan sakit mestilah dikumpul dan diberi layanan sewajarnya. Petugas perubatan, hospital dan klinik harus dihormati. Individu dan kemudahan yang dilindungi oleh lambang palang merah, bulan sabit merah atau kristal merah tidak boleh diserang.
2006 ICRC/REVOL, Didier
Afghanistan: Preparing for food distribution. / Persediaan untuk pengedaran makanan.
What are the basic rules of IHL?
Relief Victims of armed conflict have the right to receive food, clean water and other supplies indispensable to their survival.
Apakah peraturan asas UUKA?
Bantuan Mangsa konflik berhak menerima makanan, air bersih dan bantuan keperluan asas penting yang lain bagi meneruskan kehidupan mereka.
2008 British Red Cross/SWEETING, Ash
Nepal: Family receiving a message from a loved one delivered through the Red Cross Movement. / Sebuah keluarga menerima khabar daripada ahli keluarga tersayang yang dikirim melalui Pergerakan Palang Merah.
What are the basic rules of IHL?
Maintaining family contact during conflict All persons affected by war should be allowed to exchange personal news with their families, wherever they may be.
Apakah peraturan asas UUKA?
Mengekalkan hubungan keluarga semasa konflik Mereka yang terlibat dalam peperangan harus diberi peluang untuk berutus khabar antara ahli keluarga mereka, tidak kira di mana mereka berada.
2005 ICRC/BJRGVINSSON, Jon
Sudan: Released detainees received by families. / Bekas tahanan disambut oleh ahli keluarga.
What are the basic rules of IHL?
Judicial guarantees Every individual is entitled to fundamental judicial guarantees. No one may be subjected to physical or mental torture or cruel and degrading treatment.
Apakah peraturan asas UUKA?
Jaminan perundangan Setiap individu berhak mendapat jaminan asas perundangan. Tiada sesiapa pun boleh didera secara fizikal atau mental, atau diberi layanan yang kejam dan menghinakan.
2005 ICRC/BRANDER, Lorena
Gaza: House destroyed as a result of conflict. / Rumah musnah akibat konflik.
What are the basic rules of IHL?
The Principle of Proportionality Attacks are prohibited if they cause incidental loss of civilian life, injury to civilians, or damage to civilian objects that is excessive in relation to the anticipated concrete and direct military advantage from the attack.
Apakah peraturan asas UUKA?
Prinsip berkadar Serangan ketenteraan yang dirancang oleh pihak tentera, yang mana dijangka boleh mengancam nyawa orang awam, mendatangkan kecederaan kepada orang awam, atau memusnahkan harta benda orang awam secara melampau, adalah dilarang.
10
2007 ICRC/VON TOGGENBURG, Christoph
Cambodia: Different types of mines. / Pelbagai jenis periuk api.
What are the basic rules of IHL?
Means and methods of warfare IHL regulates and restricts means and methods of warfare that would cause unnecessary suffering, superfluous injuries or that are indiscriminate in character.
Apakah peraturan asas UUKA?
Cara dan kaedah berperang UUKA menghadkan cara-cara dan kaedah-kaedah yang digunakan dalam konflik bersenjata, terutama yang mengakibatkan kecederaan yang tidak wajar, kecederaan yang melampau atau yang dilakukan secara rambang.
11
1997 ICRC/SOHLBERG, Johan
Burundi: ICRC visits nearly 500,000 detainees worldwide every year. / ICRC melawat lebih kurang 500,000 tahanan setiap tahun di seluruh dunia.
What are the basic rules of IHL?
Behind bars Prisoners of war, other detained fighters, civilian internees and people imprisoned for security reasons or because of their ethnicity or religion all are entitled to respect for their life and dignity.
Apakah peraturan asas UUKA?
Tahanan Tawanan perang, tahanan awam dan mereka yang ditahan atas dasar keselamatan negara atau pun ditahan berdasarkan kaum atau agama mereka semuanya berhak untuk mendapat penghormatan terhadap nyawa dan maruah mereka.
12
1995 ICRC/ SATTLBERGER, Chris
Yugoslavia / Kosovo: Mosque and neighbouring houses destroyed. / Masjid dan kawasan perumahan yang musnah.
What are the basic rules of IHL?
Cultural property Armed conflict has led to the destruction of countless historic sites and monuments, works of art and places of worship. IHL aims to protect cultural property against the effects of armed conflicts.
Apakah peraturan asas UUKA?
Harta benda bersejarah Konflik bersenjata selalunya mendatangkan kemusnahan ke atas banyak kawasan dan monumen bersejarah, hasil seni dan tempat-tempat beribadah. UUKA bertujuan melindungi harta benda bersejarah daripada kesan konflik bersenjata.
13
1999 ICRC/HEGER, Boris
Sierra Leone: Aminata still suffers from the physical violence she was subjected to during the civil war. / Aminata masih lagi menderita akibat keganasan fizikal yang dilakukan ke atas dirinya semasa perang saudara.
Women and war
Countless women and girls all over the world suffer because of war as widows or orphans, as detainees, as victims of sexual violence, or because they have had to flee their homes. IHL stipulates extensive protection for women affected by armed conflict.
Wanita dan peperangan
Ramai wanita dan gadis remaja di seluruh dunia sengsara akibat peperangan mereka menjadi balu atau anak yatim, menjadi tahanan, menjadi mangsa keganasan seksual atau terpaksa melarikan diri dari tempat kediaman. UUKA menggariskan perlindungan yang luas untuk wanita yang terjejas akibat konflik bersenjata.
14
2001 ICRC/DANZIGER, Nick
Congo: Child soldier. / Askar kanak-kanak.
Children in war
Children affected by war need particular care and support. Everything should be done to ensure that: they receive an education. unaccompanied children are reunited with their families. children are not recruited into the armed forces or armed groups, and are not allowed to take part in hostilities.
Kanak-kanak dalam situasi peperangan
Kanak-kanak yang terlibat dalam kancah peperangan memerlukan bantuan dan sokongan. Perlindungan tersebut perlu dipastikan agar: mereka menerima pendidikan sewajarnya. kanak-kanak yang bersendirian disatukan semula dengan keluarga mereka. kanak-kanak tidak diambil menjadi askar oleh pihak tentera atau mana-mana kumpulan bersenjata, dan mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang persengketaan.
15
2003 ICRC/IVLEVA-YORKE, Victoria
Iraq: A soldier standing next to a Red Crescent ambulance. / Seorang askar sedang berdiri bersebelahan dengan ambulans Bulan Sabit Merah.
Use of the emblem
IHL requires States to take steps to prevent and punish the misuse of the red cross, red crescent and red crystal emblems.
Penggunaan lambang
UUKA menuntut setiap negara mengambil langkah-langkah pencegahan dan menghukum sesiapa sahaja yang menyalahgunakan lambang palang merah, bulan sabit merah dan kristal merah.
16
2003 ICRC/ GASSMANN, Thierry
Syria: A volunteer at the Syrian Arab Red Crescent Society registration centre entertains a refugee child. / Sukarelawan di pusat pendaftaran Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Syria sedang melayan seorang pelarian kanak-kanak.
What instruments make up IHL?
IHL consists of a large number of international treaties that have been developed over the past 150 years, starting with the 1864 Geneva Convention for the Amelioration of the Condition of the Wounded in Armies in the Field. The best-known IHL treaties are the four Geneva Conventions 1949 and their Additional Protocols.
Apakah dokumen-dokumen yang membentuk UUKA?
UUKA terdiri daripada pelbagai perjanjian antarabangsa yang wujud sejak 150 tahun yang lalu, bermula dengan Konvensyen Geneva 1864 yang berkaitan dengan perlindungan tentera yang tercedera di medan perang. Perjanjian UUKA yang paling dikenali adalah empat Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol-protokol Tambahan kepada Konvensyen tersebut.
17
2006 Syrian RC/ HAWASLY, Hany
Iraq: A camp for Internally Displaced Persons (IDPs). / Kem untuk pelarian dalaman (IDPs).
Who is bound by the Geneva Conventions?
Only States may become party to international treaties such as the Geneva Conventions and their Additional Protocols. However, all parties to an armed conflict whether States or non-State actors are bound by IHL. The Geneva Conventions are the first international treaties in modern history to achieve universal acceptance by all States.
Siapakah yang terikat dengan Konvensyen Geneva?
Hanya negara boleh menyertai perjanjian antarabangsa seperti Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan. Walau bagaimanapun, kesemua pihak yang terlibat dengan konflik bersenjata sama ada tentera negara berkenaan atau pihak penempur lain adalah terikat dengan UUKA. Konvensyen Geneva telah mencipta sejarah dengan menjadi perjanjian antarabangsa yang pertama diterima pakai oleh kesemua negara.
18
2007 ICRC
Malaysia: Dissemination of international humanitarian law to police and armed forces. / Penyebaran UUKA di kalangan polis dan angkatan bersenjata.
Whose duty is it to implement IHL?
States should promote knowledge of relevant IHL treaties among the armed forces and other concerned groups in society. To strengthen respect for the law, the ICRC and the National Red Cross and Red Crescent Societies help raise public awareness of IHL.
Tugas siapakah untuk menerap UUKA?
Sesebuah negara yang telah menandatangani perjanjian antarabangsa ini bertanggungjawab menyebarkan UUKA di kalangan angkatan tentera dan pihak berkaitan yang lain. ICRC dan Persatuan Kebangsaan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran dan penghormatan masyarakat terhadap UUKA.
19
2010 ICRC/CHIN, Lili
Bosnia-Herzegovine: Srebrenica. Bosnian women praying together at a memorial in honour of their missing relatives. / Srebrenica. Wanita Bosnia berdoa untuk keluarga mereka yang hilang semasa perang.
How are IHL violations dealt with?
Prosecuting war criminals States party to the Geneva Conventions are obliged to prosecute anyone suspected of having committed a war crime, or to hand the suspect over to another State that will do so.
Bagaimanakah kesalahan UUKA ditangani?
Menghukum penjenayah perang Negara yang telah menandatangani Konvensyen Geneva bertanggungjawab untuk mendakwa sesiapa sahaja yang melakukan jenayah perang, atau menyerahkan tertuduh ke negara yang berhasrat untuk mendakwa mereka.
20
2001 ICRC/DANZIGER,Nick
Malaysia: Students exploring humanitarian values and norms during wartime through role-play. / Pelajar mempelajari norma dan nilai kemanusiaan dalam situasi peperangan melalui main-peranan.
Why should the public learn about IHL?
An awareness of IHL in today's globalised world will result in a population which is better informed as to the humanitarian rights and obligations that must be observed in times of armed conflict. It may well be one of the best means of preventing breaches of humanitarian law in the future.
Kenapa masyarakat perlu mempelajari UUKA?
Kesedaran mengenai UUKA di dalam dunia global masa kini akan melahirkan masyarakat yang celik tentang hak dan tanggungjawab kemanusiaan yang perlu dipatuhi semasa konflik bersenjata. Ini mampu menjadi salah satu langkah terbaik dalam menghalang berlakunya pencabulan UUKA pada masa hadapan.
21
2006 ICRC/Prakash
Colombia: ICRC vehicle crossing the river.
What is the role of the ICRC?
The ICRC, established in 1863, is at the origin of the International Red Cross and Red Crescent Movement. It is an impartial, neutral and independent organisation whose exclusively humanitarian mission is to protect the lives and dignity of victims of armed conflict and other situations of violence and to provide them with assistance. The ICRC is present throughout the world, primarily in conflict areas. It is one of the biggest humanitarian actors worldwide with more than 12,000 staff from at least 80 countries. The ICRC's tasks include: protecting and assisting victims of armed conflict and other situations of violence; provision of food, water and medical assistance to civilians without access to these basic necessities; search for missing persons and reunification of dispersed families; transmission of messages (Red Cross Message) between family members separated by conflict and natural disaster; visits to prisoners of war and civilian detainees; spreading knowledge of IHL and monitoring compliance with that Law. 22
Kenderaan ICRC sedang menyeberangi sungai.
Apakah peranan ICRC?
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) ditubuhkan pada tahun 1863 dan merupakan pengasas kepada Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa. ICRC adalah sebuah organisasi yang saksama, berkecuali dan bebas dengan misi kemanusiaan khusus untuk melindungi nyawa dan maruah mangsa konflik bersenjata dan lain-lain situasi keganasan serta menyediakan bantuan kepada mereka. ICRC beroperasi di seluruh dunia, terutamanya di kawasan yang berkonflik. ICRC adalah salah satu badan kemanusiaan terbesar dengan staf seramai 12,000 orang dari sekurangkurangnya 80 buah negara. Tugas-tugas ICRC termasuk: melindungi dan membantu mangsa konflik bersenjata dan lain-lain situasi keganasan; membekal makanan, air dan bantuan perubatan kepada orang awam semasa konflik; mencari mereka yang hilang and menyatukan semula keluarga yang terpisah; mengirim khabar (Mesej Palang Merah) antara anggota keluarga yang terpisah akibat konflik dan bencana alam; melawat tawanan perang dan tahanan awam; menyebarkan maklumat mengenai UUKA, dan memantau pematuhan terhadap undang-undang tersebut. 23
1998@ICRC/TORRES, William
Kuala Lumpur Regional Delegation International Committee of the Red Cross (ICRC) Unit 50-11-1, Level 11, Wisma UOA Damansara, No. 50, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. T + 603 2084 1800 F + 603 2084 1999 E-mail: [email protected] www.icrc.org ICRC, July 2007 Cover photo: 2006 ICRC/BJRGVINSSON, Jon
T2007.41/002; 305 12.2010 1,000
www.icrc.org