Tentang Kami

  1. Apa itu MyBSD
  2. MyBSD ialah sekumpulan penggemar teknologi komputer, IT, dan apa-apa sahaja perkara/subjek yang dirasakan menarik dan boleh dijadikan bahan untuk dikongsi bersama. Ini termasuklah soal hakikat kehidupan, sains, anti-gravity, anime, lagu, ayam, itik, rumahtangga dan sebagainya. MyBSD diasaskan sekitar 1999 – 2001 (tarikh rasmi: Rabu 8hb Mac 2000 06:44:04 GMT), oleh Ronald McDonald, terkenal dengan perangai buruknya yang mengamalkan tahap disiplin yang ketat berunsurkan undang-undang “komunis”. MyBSD adalah perkumpulan bebas, yang tidak ditaja oleh mana-mana pihak, melainkan dengan inisiatif MyBSD itu sendiri.

  3. Adakah MyBSD mempunyai hubungan dengan “BSD”?
  4. Secara umum, MyBSD tidak peduli tentang hal ini. Ini hanya secara kebetulan sahaja, kerana kebanyakannya berminat menggunakan *BSD. MyBSD lebih berminat kearah “perkongsian”, apa-apa sahaja yang boleh dikongsi, akan menjadi satu agenda yang menarik. Dari segi terminology IT, MyBSD adalah menjurus ke arah konsep “Open Source”. Ini termasuklah *BSD, Linux, GNU dan sebagainya. Namun begitu, MyBSD tidak mempunyai penentangan terhadap sebarang unsur yang bukan Open Source (microsoft, anyone?). Banyak perkara yang boleh dipelajari bukan sahaja datangnya dari Open Source. Sebarang unsur jumud / pendek akal berkenaan penentangan terhadap bukan Open Source adalah merupakan satu perlangaran disiplin dalam MyBSD, dan ini pastinya akan menyebabkan mereka yang sedemikian akan ditegur dengan sekeras-keras teguran, atau dikenakan hukuman berupa bakar hidup-hidup.

  5. Bagaimana untuk menjadi salah seorang anggota MyBSD?
  6. MyBSD bukan Jabatan Pendaftaran Negara. Sila pergi ke mana-mana kaunter JPN terdekat. Caranya mudah sahaja: selalu berhubungan dengan MyBSD, menggunakan apa-apa medium komunikasi yang ada (surat layang, poster ugutan, internet, telefon, sepanduk jalan ..).

  7. Apa aktiviti menarik yang dilakukan oleh MyBSD?
  8. Banyak, terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti bersantai dan membuang masa dalam irc atau makan / minum di mana-mana gerai berhampiran. Pergaduhan tentang anime mana yang bagus, masalah seksual, isu semasa turut berlaku. Antara beberapa isu yang selalu mendapat perhatian:

    IT/Open Source – pembangunan / perbincangan mengenai perisian, kajian / research dan sebagainya. Ini merangkumi pelbagai topik, antara lain berkenaan network, security, invention dan sebagainya.

    Isu Etika – masalah perangai dan tabiat manusia, terutamanya yang berkaitan cara penerimaan masyarakat Malaysia tentang teknologi Open Source dan betapa jumudnya mereka terhadap “Bukan Open Source”.

  9. Bagaimana cara untuk berhubungan dengan MyBSD?
  10. Melalui email, dipersilakan bertanya melalui [email protected] . Atau, dengan cara yang paling kontroversi dan selalu menimbulkan huru-hara, IRC (#MyBSD irc.dal.net/irc.freenode.net).

  11. MyBSD dan IRC
  12. Malangnya, kebanyakan aktiviti atau cetusan aktiviti MyBSD berpunca dari medium internet yang paling tidak berguna dan selalu disalahgunakan : IRC. Ini disebabkan oleh sikap pengguna IRC (terutamanya pengguna Malaysia) yang tidak matang dan tidak memahami etika penggunaan IRC. Kebanyakan mereka ini terbawa-bawa masalah dalam IRC hingga ke dunia sebenar (ini termasuklah kes mak bapak gila irc sampai anak / rumahtangga tunggang-langgang, atau kes belasah sana sini pasal berebut perempuan). Dalam isu ini (terutamanya #MyBSD DALNet), berikut merupakan sedikit peraturan tentang etika berirc dalam MyBSD.

    • Bagi orang baru/asing, sila perkenalkan diri untuk tidak menyebabkan rasa terpencil. Hukuman:
      kena bebel. Bonus: disuruh membebel.
    • JANGAN, ya, jangan bertanya “boleh tanya tak?”. Jangan membuang masa
      / screen dengan pertanyaan sebegini. Hukuman: tak ada siapa nak melayan. Bonus:
      kena bebel.
    • Jangan, ya, JANGAN GAGAP, damn it. Sila huraikan pendapat / pertanyaan
      selengkapnya. Rujuk di sini
      tentang apa itu gagap yang dimaksudkan. Hukuman: topik akan
      ditamatkan, beralih kepada topik baru. Bonus: kena bebel, atau campak ke
      pusat rawatan air kumbahan.
    • Tidak dibenarkan meletak bot / robot atau dengan sengaja ‘parking’ nick semata-mata
      untuk glamour. Hukuman: kick/ban. Bonus: kena bebel.
    • OFF kan, ya, DAMN IT, OFF / MATI / HAPUS / HANCUR kan segala *away* message,
      yada yada away, atau apa-apa sahaja yang berkaitan away dan sekutunya. Kalau
      nak away, pergi jauh-jauh. Ini bukan tempat untuk away, ini tempat untuk
      berbual, DAMN IT. Nak away atau tak away atau nak berak kencing, tak ada
      siapa yang peduli. Benda-benda yang menyemakkan sila hentikan, DAMN IT.
      Hukuman: diajar untuk off’kan away message dan wajib ikut.
      Bonus: di’kick/ban secara kurang ajar.
    • Tidak dibenarkan menimbulkan isu-isu perkauman, terutamanya dalam konteks
      Malaysia. Hukuman: kena bebel. Bonus: kick/ban.
    • Tidak dibenarkan ejekan / kutukan yang melibatkan pihak ketiga subjek (mak, atuk, adik, akak, nenek, bapak “kau”). Ini
      antara perlanggaran undang-undang terbesar, dan selalunya akan dikenakan kick/ban serta merta.
      Anda boleh meminta maaf sekiranya terlanjur, tapi itu bukan bermakna isu ini selesai
      begitu sahaja. Sila betulkan diri anda, sebelum berbual / irc. Hukuman: pancung. Bonus: cincang.
    • Tidak dibenarkan menggunakan nick yang berunsur lucah / mencarut / maki-hamun *yang
      merujuk kepada sesiapa / individu / anggota tubuh badan manusia* (kalau nak mencarut
      benda lain, dibenarkan). Hukuman: dipaksa melakonkan aksi biawak menjilat
      air kumbahan najis. Bonus: bakar hidup-hidup.
    • Tidak dibenarkan menyamar, atau menggunakan nick yang bukan nick anda yang
      seterusnya akan menimbulkan kes salah faham atau dimaki-hamun tak bertempat.
      Nick yang melampau panjangnya (lebih 16 huruf) juga tidak dibenarkan. Ini
      bukan channel untuk sidai baju. Jangan menyesakkan screen orang lain dengan
      nick tak siuman macam ni. Hukuman: diminta menukar nick. Bonus: kick/ban.
    • DIBENARKAN. Ya, dibenarkan memaki-hamun / mencarut, tetapi berasaskan skop dan
      konteks perbincangan, dan bukannya merujuk kepada sesiapa di dalam channel.
      Hukuman: dimaki-hamun balik. Bonus: campak ke matahari.
    • Tidak dibenarkan menjadikan channel sebagai tempat perbincangan untuk
      “menyerang” tempat lain. Hukuman: pancung. Bonus: mayat dibiarkan
      mereput.
    • Menjawab soalan yang tidak ada kena-mengena dengan persoalan, atau cuba
      untuk memancing ke arah persoalan lain, adalah satu kebiadaban. Digalakkan
      DIAM, sekiranya berura-ura untuk ke arah itu. Hukuman: dipaksa
      bunuh diri cara terhormat. Bonus: dibunuh secara tak terhormat.
    • Berhati-hati sewaktu menaip/mengeja. Ejaan yang salah dan mengelirukan
      akan ditegur. Ejaan adalah benda yang sensitif, terutama yang melibatkan
      command, salam dan seumpamanya. Singkatan boleh diterima dengan syarat
      bertepatan dengan maksud sebenar, tanpa melibatkan unsur mengada-ngada.
      (AMARAN: Ejaan adalah benda yang *sangat* PENTING, terutamanya
      untuk perkataan teknikal. Jangan *salahguna* ejaan semata-mata untuk
      kepuasan diri sendiri, seperti yang selalu diguna untuk merendahkan
      taraf Microsoft. Sekiranya anda sengaja berbuat demikian, nampak gayanya
      memang tak ada beza pun antara anda dan Microsoft, malah berkemungkinan
      lebih buruk lagi berbanding Microsoft yang sekurang-kurangnya tahu mengeja)

      Hukuman: pergi sekolah. Bonus: sembelih.
    • Channel MyBSD BUKAN, diulang… **BUKAN** tempat untuk promosi atau mengiklan
      ke arah channel lain. Dah tau bukan nak chatting dalam channel MyBSD, buat apa
      membazir letrik masuk channel MyBSD? Pergi main jauh-jauh. Kelakuan begini
      tak ada bezanya berbanding spam. Spamlamer, berambus. Hukuman: diperintah
      membunuh diri dengan kerelaan, spamlamer macam ni tak layak hidup. Bonus:
      disembelih dikhalayak ramai, dimalukan seluruh keturunannya, campak masuk
      kebuk gunung berapi, apa-apa sahaja hukuman yang menghinakan. Bahhhh!
    • TIDAK DIBENARKAN MELANGGAR MANA-MANA PERATURAN DIATAS. Ini peraturan
      yang paling utama, dan selayaknya digelar peraturan komunis.
      Taknak terima? BE GONE. /chanserv help register , dan
      buat channel sendiri.

      (kebanyakan hukuman/bonus yang tidak masuk akal hanyalah sekadar perumpamaan,
      yang merujuk kepada betapa beratnya kesalahan tersebut).

E-mail:

hostmaster[at]MyBSD.org.my