Gelojoh (Web Server Ciptaan MyBSD) dalam versi terbaru kini telah dibuat semula supaya support SSL (secure socket layer ) & Vhost (virtual host). Benda ini masih dalam peringkat beta tetapi sepatutnya telah boleh berfungsi (walaupun tidak 99.9%) sempurna. Untuk SSL, server key boleh di buat secara ‘auto-generate’ atau anda mahu generate sendiri atau anda boleh memohon dari mana-mana CA yang bertauliah. SSL support ini cuma untuk Gelojoh yang running atas UNIX platform sahaja, belum lagi support untuk versi win32. Sila rujuk penerangan berkaitan support SSL/vhost di: http://gelojoh.mybsd.org.my/gelojoh-current/SSLREADME.TXT dan untuk versi terkini Gelojoh di http://gelojoh.mybsd.org.my/gelojoh-current/ Jika ada sebarang pertanyaan / laporan berkaitan ‘bugs’ sila beritahu kepada kami melalui apa sahaja medium.