Bukti kami

Untuk carian lebih lanjut, sila ke laman web Perpustakaan Cochrane.


Bukti kesihatan kami - bagaimana ia boleh membantu andaBukti kesihatan kami - bagaimana ia boleh membantu anda

"Cochrane meringkaskan penemuan-penemuan supaya orang yang membuat keputusan penting – anda, doktor anda, orang yang menulis panduan perubatan – boleh menggunakan maklumat saksama untuk membuat pilihan yang sukar tanpa perlu terlebih dahulu membaca setiap kajian luar sana..."
Menapis bukti, The Guardian 14 September 2016

Cochrane menghasilkan ulasan sistematik bagi penyelidikan utama di dalam polisi dan penjagaan kesihatan manusia. Setiap Ulasan Cochrane menangani soalan yang digubal dengan jelas; misalnya:

Bolehkah antibiotik membantu mengurangkan gejala sakit tekak?

Untuk menjawab soalan ini, kami mencari dan mengumpul semua penyelidikan utama sedia ada tentang sesuatu topik yang memenuhi kriteria tertentu; kemudian kami menilainya menggunakan garis panduan yang ketat, untuk menentukan sama ada terdapat bukti konklusif tentangi rawatan tertentu. Ulasan Cochrane diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai standard tertinggi di dalam penjagaan kesihatan berasaskan bukti dan kami terbitkannya dalam talian di Perpustakaan Cochrane.

Kami sentiasa mengemaskini Ulasan Cochrane untuk memasukkan penyelidikan baru, agar anda boleh membuat keputusan rawatan berdasarkan bukti kesihatan yang boleh dipercayai dan terkini.

Menggunakan petak carian, anda boleh mencari Ringkasan Bahasa Mudah yang merupakan seksyen utama setiap Ulasan Cochrane


Ringkasan Bahasa MudahApakah Ringkasan Bahasa Mudah Cochrane?

Ringkasan Bahasa Mudah (PLSs) membantu orang memahami dan mentafsir hasil penyelidikan dan dimasukkan ke dalam semua Ulasan Cochrane. PLS dicipta menggunakan kandungan, struktur dan bahasa standard untuk memudahkan kefahaman dan terjemahan.

Kami mempunyai lebih 7000 PLS yang anda boleh dapati dengan menggunakan petak carian di atas.

Klik untuk melihat semua topik kesihatan yang kami libatkan

Topik-topik kesihatan:

  • Alergi & tak tolerans
  • Gangguan darah
  • Kanser
  • Kesihatan kanak-kanak
  • Perubatan alternatif & komplementari
  • Strategi komunikasi & pengguna
  • Pergigian & kesihatan oral
  • Masalah-masalah perkembangan, psikososial & pembelajaran
  • Diagnosis
  • Telinga, hidung & tekak
  • Sistem kesihatan & amalan yang berkesan
  • Endokrin & metabolik
  • Mata & penglihatan
  • Gastroenterologi & Hepatologi
  • Gangguan genetik
  • Ginekologi
  • Kesihatan dan keselamatan di tempat kerja
  • Jantung & peredaran darah
  • Penyakit berjangkit
  • Penyakit buah pinggang
  • Paru-paru & saluran pernafasan
  • Kesihatan mental
  • Kaedah
  • Penjagaan neonatal
  • Neurologi
  • Ortopedik & trauma
  • Sakit & anestesia
  • Kehamilan & kelahiran
  • Kesihatan awam
  • Reumatologi
  • Masalah kulit
  • Tembakau, dadah & alkohol
  • Urologi
  • Luka
Tutup

Bagaimana mencari Ringkasan Bahasa MudahBagaimana mencari Ringkasan Bahasa Mudah


Ingin tahu lebih lanjut tentang bukti-bukti kesihatan?Ingin tahu lebih lanjut tentang bukti kesihatan?

Cochrane menerbitkan pelbagai bahan untuk menyokong dan membimbing dalam membuat keputusan kesihatan anda. Berikut adalah beberapa sumber terpilih:

  • Bukti Kepentingan Cochrane - sumber dalam talian percuma yang menawarkan pengenalan bukti kesihatan dan cara menggunakannya untuk membuat pilihan kesihatan yang termaklum
  • Ulasan-ulasan yang ditampilkan- ketahui lebih lanjut tentang bukti Cochrane terkini yang ditampilkan bersama pautan-pautan kepada Ringkasan Bahasa Mudah dan ulasan-ulasan penuh
  • Podcasts - dengar bukti Cochrane terkini dalam format audio yang mudah diakses, membolehkan anda kekal terkini tentang ulasan-ulasan terbitan baharu di mana sahaja anda berada
  • Sertai Cochrane - dapatkan surat berita bulanan kami dan bangunkan kemahiran baru dan minat
  • Latihan Cochrane - ketahui lebih lanjut tentang sumber-sumber pembelajaran kami dan latihan yang kami tawarkan
  • Jaringan Pengguna Cochrane - satu kumpulan untuk pesakit, penjaga, ahli keluarga dan orang lain yang berminat dalam bukti berkualiti tinggi dan membantu menjadi sebahagian daripada menghasilkannya
  • Ujian Rawatan interaktif - baca mengapa penting untuk rawatan-rawatan diuji dengan teliti Ini adalah e-buku percuma dan sumber-sumber yang berkaitan
  • Bukti terbaik untuk pelajar - adalah komuniti dalam talian bagi pelajar-pelajar yang berminat dalam penjagaan kesihatan berasaskan bukti, penuh dengan sumber yang berguna

Sila ke Perpustakaan Cochrane