Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Penggera
- App Store
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
-
- VoiceOver
- Sediakan Apple Watch menggunakan VoiceOver.
- Asas Apple Watch dengan VoiceOver
- Pencerminan Apple Watch
- Kawal peranti berdekatan
- AssistiveTouch
- Gunakan paparan braille
- Gunakan papan kekunci Bluetooth
- Zum
- Ketahui masa dengan maklum balas haptik
- Laraskan saiz teks dan seting visual lain
- Laraskan seting kemahiran motor
- Sediakan dan gunakan RTT
- Seting audio kebolehcapaian
- Taip untuk bercakap
- Pilih auto app difokus
- Gunakan ciri kebolehcapaian dengan Siri
- Pintasan Kebolehcapaian
- Hak Cipta
Lihat laporan aktiviti dan kesihatan untuk ahli keluarga anda
Dengan keizinan ahli keluarga, anda boleh melihat laporan maklumat aktiviti dan kesihatan mereka.
Tambah butiran kesihatan dan ID Perubatan ahli keluarga
Ikuti langkah ini untuk memasukkan butiran kesihatan atau ID Perubatan ahli keluarga anda:
Buka app Apple Watch pada iPhone yang digunakan untuk mengurus jam tersebut.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik jam di bawah Jam Keluarga.
Ketik Selesai, ketik Kesihatan, kemudian ketik Minta Data Kesihatan [nama ahli keluarga].
Ketik Minta Data Kesihatan dan pemberitahuan dihantar ke jam terurus. Selepas ahli keluarga anda telah memilih untuk berkongsi data kesihatan mereka, lakukan yang berikut:
Ketik Butiran Kesihatan untuk memasukkan atau mengedit maklumat seperti tarikh lahir, tinggi dan berat.
Ketik Sediakan ID Perubatan untuk menambah kenalan kecemasan dan banyak lagi.
Jika ahli keluarga anda memilih untuk berkongsi maklumat ini dengan anda daripada app Kesihatan mereka, anda boleh melihat butiran kesihatan dan ID Perubatan pada iPhone yang digunakan untuk mengurus Apple Watch dan pada jam.
Pada iPhone anda: Buka app Kesihatan, ketik Perkongsian, ketik nama ahli keluarga anda, kemudian ketik Profil.
Pada Apple Watch terurus: Buka app Seting pada Apple Watch, kemudian ketik Kesihatan.
Lihat maklumat kesihatan ahli keluarga
Jika ahli keluarga anda telah memilih untuk berkongsi data kesihatan mereka, anda boleh melihat maklumat tambahan tentang aktiviti mereka serta maklumat tentang pendengaran, masa yang diluangkan dalam cahaya siang, kadar jantung dan banyak lagi.
Buka app Kesihatan pada iPhone anda, kemudian ketik Perkongsian.
Ketik nama ahli keluarga anda di bawah Berkongsi Dengan Anda.
Ketik Kategori Kesihatan, kemudian ketik kategori.