Muat turun pembelian sebelumnya dalam app Apple TV pada Mac
Jika anda telah membeli item, anda boleh memuat turun kebanyakannya ke peranti anda dan membenarkan komputer (sehingga 5).
Anda juga boleh menyemak untuk pembelian yang belum dimuat turun ke komputer anda, atau menjadikan app Apple TV untuk menyemaknya secara automatik. Ini berguna, contohnya, jika muat turun terganggu.
Muat turun pembelian sebelumnya ke komputer yang dibenarkan
Dalam app Apple TV pada Mac anda, klik Pustaka di bahagian atas tetingkap.
Alihkan penuding ke atas item, kemudian klik butang muat turun yang muncul.
Untuk memantau kemajuan muat turun, klik ikon Aktiviti yang muncul dalam bar menu, atau pilih Tetingkap > Aktiviti.
Untuk mengetahui cara memuat turun pembelian sebelumnya ke peranti anda, lihat panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch. Untuk peranti yang tidak menggunakan versi iOS atau iPadOS terkini, dapatkan panduan pengguna daripada Tapak web Manual Sokongan Apple.
Pastikan semua pembelian anda telah dimuat turun
Pastikan anda disambungkan ke Internet.
Dalam app Apple TV pada Mac anda, pilih Akaun > Semak untuk Muat Turun Tersedia.
Jika diminta, masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian klik Semak.
Pembelian yang tiada pada komputer anda akan dimuat turun.
Setkan app Apple TV untuk menyemak pembelian secara automatik
Dalam app Apple TV pada Mac anda, pilih TV > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Pilih “Sentiasa semak untuk muat turun yang tersedia”.
Beberapa jenis kandungan yang dibeli sebelum ini mungkin tidak tersedia di sesetengah negara atau rantau. Pembelian sebelumnya mungkin tidak tersedia jika ia tidak lagi berada pada app Apple TV.