Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam app Apple TV pada Mac
Untuk membeli dan menyewa filem serta rancangan TV atau untuk melanggan ke saluran Apple TV, anda memerlukan Akaun Apple. Jika anda belum mempunyai akaun, anda boleh menyediakan satu dalam app Apple TV.
Cipta Akaun Apple baharu dalam app Apple TV
Pergi ke app Apple TV pada Mac anda.
Pilih Akaun > Daftar Masuk, klik Cipta Akaun Apple Baharu, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam app Apple TV
Pergi ke app Apple TV pada Mac anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Klik Akaun Apple di penjuru kiri bawah, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Pilih Akaun > Daftar Masuk, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda terlupa kata laluan, klik “Terlupa kata laluan?” dan ikuti arahan atas skrin.
Daftar keluar daripada Akaun Apple anda dalam app Apple TV
Jika anda menggunakan komputer dikongsi, pastikan anda mendaftar keluar apabila anda selesai untuk menghalang orang lain daripada membuat pembelian dengan akaun anda.
Pergi ke app Apple TV pada Mac anda.
Pilih Akaun > Daftar Keluar.
Untuk membenarkan komputer anda untuk memainkan pembelian Akaun Apple anda, lihat artikel Sokongan Apple Benarkan atau nyahbenarkan komputer anda untuk pembelian Akaun Apple.