Gunakan penyelamat skrin Apple TV
Apple TV memaparkan penyelamat skrin selepas skrin melahu untuk bilangan minit praset.
Penyelamat skrin Udara menunjukkan video gerak perlahan tempat di sekeliling dunia yang cantik. Anda boleh melihat maklumat tentang lokasi yang ditunjukkan, bertukar ke lokasi lain dengan cepat dan mengawal kekerapan Apple TV menyemak dan memuat turun video Udara baharu.
Anda juga boleh melihat Memori atau album daripada app Foto sebagai penyelamat skrin. Lihat Cipta penyelamat skrin foto pada Apple TV.
Aktifkan penyelamat skrin serta-merta
Anda boleh mengaktifkan penyelamat skrin secara manual (sebelum skrin melahu).
Siri Remote (generasi ke-2 atau lebih baharu): Tekan dan tahan butang Balik untuk kembali ke Skrin Utama, kemudian tekan butang Balik dua kali.
Siri Remote (generasi pertama): Tekan dan tahan butang untuk kembali ke Skrin Utama, kemudian tekan butang dua kali.
Dapatkan maklumat lokasi atau bertukar ke penyelamat skrin Udara lain
Pada Siri Remote, lakukan mana-mana yang berikut apabila penyelamat skrin Udara aktif:
Ketahui tentang lokasi yang anda sedang lihat: Ketik pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama). Dalam sesetengah penyelamat skrin, maklumat lokasi bertukar dengan kawasan paparan supaya tanda tempat khusus diserlahkan.
Pergi ke belakang atau ke depan ke lokasi berbeza: Tekan kiri atau kanan pada gelang pad klik, atau leret ke kiri atau ke kanan pada pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu); atau leret ke kiri atau ke kanan pada permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama).
Dapatkan maklumat atau bertukar ke penyelamat skrin Memori yang lain
Pada Siri Remote, lakukan mana-mana yang berikut apabila penyelamat skrin Memori aktif:
Ketahui tentang memori yang anda sedang lihat: Ketik pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama).
Pergi ke belakang atau ke depan ke memori berbeza: Tekan kiri atau kanan pada gelang pad klik, atau leret ke kiri atau ke kanan pada pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu); atau leret ke kiri atau ke kanan pada permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama).
Keluar daripada penyelamat skrin
Apabila penyelamat skrin aktif, tekan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama) untuk kembali ke app yang anda gunakan sebelum ini.
Laraskan seting penyelamat skrin
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Umum > Penyelamat Skrin, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Pilih kategori penyelamat skrin berbeza: Pilih Jenis, kemudian pilih kategori penyelamat skrin yang anda mahu gunakan.
Untuk menggunakan foto anda sendiri sebagai penyelamat skrin, pilih Foto Saya, kemudian pilih Memori atau Album. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Cipta penyelamat skrin foto pada Apple TV.
Jika anda memilih Fotografi daripada Apple, pilih satu daripada tema penyelamat skrin berasaskan foto.
Tunjukkan atau sembunyikan tema Udara berbeza: Pilih Tema, kemudian pilih sebarang jenis suasana penyelamat skrin untuk ditunjukkan atau disembunyikan. Sebagai contoh, anda boleh menyembunyikan semua suasana di bawah air.
Tukar kekerapan muat turun penyelamat skrin Udara: Pilih Muat Turun Video Baharu, kemudian pilih pilihan.
Setkan masa tundaan penyelamat skrin: Pilih Mula Selepas, kemudian pilih bilangan minit. Ini mengarahkan Apple TV untuk memulakan penyelamat skrin secara automatik jika peranti telah melahu untuk tempoh masa yang ditentukan.
Aktifkan atau nyahaktifkan penyelamat skrin semasa main balik muzik dan podcast: Pilih Tunjukkan Semasa Muzik dan Podcast.
Pratonton penyelamat skrin: Pilih Pratonton.