Pusat Kawalan sekilas pandang
Pusat Kawalan memberikan anda akses cepat kepada seting dan kawalan untuk menukar pengguna, memainkan muzik, mengakses kamera dan suasana HomeKit, mematikan Apple TV, mengesetkan pemasa tidur dan banyak lagi.
Apabila anda mengaktifkan Pusat Kawalan, baris tab untuk kawalan dan seting kelihatan di penjuru kanan atas skrin.
Apabila Pusat Kawalan tidak dibuka, tab digantikan oleh baris penunjuk status pada Skrin Utama yang menunjukkan waktu semasa, pengguna semasa dan maklumat penting lain.
Buka Pusat Kawalan
Pada Siri Remote, tekan dan tahan butang TV .
Pusat Kawalan dibuka ke tab Seting Umum, yang menampilkan seting dan kawalan yang selalunya digunakan. Tab tambahan kelihatan dalam baris bergantung kepada ciri yang tersedia pada masa ini. Sebagai contoh, jika anda memainkan muzik, anda boleh mengakses kawalan dalam tab Kini Dimainkan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih kawalan dalam tab Seting Umum.
Pilih tab berbeza dalam baris:
Ikon Tab
Perihalan
Tukar profil pengguna aktif.
Buka tab Seting Umum.
Buka kamera dan suasana HomeKit yang disetkan sebelumnya dalam app Rumah pada peranti lain.
Buka kawalan Kamera Kesinambungan.
Buka kawalan FaceTime.
Jawab panggilan video FaceTime yang masuk.
Jawab panggilan audio FaceTime yang masuk.
Buka kawalan SharePlay.
Buka kawalan Kini Dimainkan untuk Muzik.
Buka kawalan untuk fon kepala yang disambungkan.
Buka seting VPN.
Tutup Pusat Kawalan
Tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama).
Lihat status Apple TV pada Skrin Utama
Penunjuk status kelihatan di penjuru kanan atas Skrin Utama apabila Pusat Kawalan tidak aktif:
Ikon status | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Menunjukkan profil pengguna aktif. | |||||||||||
Kamera atau mikrofon yang disambungkan aktif. | |||||||||||
Kamera atau mikrofon yang disambungkan tidak aktif. | |||||||||||
Jangan Ganggu aktif. | |||||||||||
Pengehadan kandungan aktif. | |||||||||||
Pemasa tidur aktif. | |||||||||||
Bateri dalam kawalan jauh perlu dicas semula. | |||||||||||
Kamera disambungkan. | |||||||||||
Panggilan video FaceTime aktif. | |||||||||||
Panggilan audio FaceTime aktif. | |||||||||||
SharePlay digunakan. | |||||||||||
Muzik sedang dimainkan. | |||||||||||
Bud telinga Bluetooth, fon kepala atau AirPods disambungkan. | |||||||||||
Pengawal permainan disambungkan. | |||||||||||
Papan kekunci disambungkan. | |||||||||||
Apple TV disambungkan ke rangkaian peribadi maya. | |||||||||||
Apple TV tidak mempunyai sambungan internet. |