Langgan Apple TV+, MLS Season Pass atau saluran Apple TV dalam app Apple TV
Anda boleh melanggan saluran yang tersedia dalam app Apple TV , termasuk Apple TV+ dan MLS Season Pass.
Apple TV+ ialah perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—siri yang memenangi anugerah, drama yang menarik, dokumentari yang mengagumkan, hiburan kanak-kanak, komedi, Friday Night Baseball dan banyak lagi—dengan item baharu ditambah setiap bulan.
Langgan MLS Season Pass untuk menonton setiap perlawanan musim biasa Major League Soccer, keseluruhan pusingan playoff dan League Cup, semuanya tanpa gangguan.
Anda boleh memilih untuk mempakejkan langganan Apple TV+ anda dengan perkhidmatan Apple lain dengan melanggan Apple One. Lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Langgan saluran Apple TV seperti Paramount+, Starz dan lain-lain untuk mendapatkan rancangan yang anda mahu, tanpa memuat turun sebarang app.
Nota: Apple TV+, MLS Season Pass, saluran Apple TV dan Apple One tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Langgan Apple TV+
Buka bar sisi dalam app Apple TV pada Apple TV, kemudian pilih Apple TV+.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda telah mempunyai Apple ID, anda boleh mendaftar masuk untuk memulakan percubaan percuma anda.
Langgan MLS Season Pass
Buka bar sisi dalam app Apple TV pada Apple TV, kemudian pilih MLS Season Pass.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Langgan saluran dan app Apple TV
Buka bar sisi dalam app Apple TV pada Apple TV, kemudian pilih Kedai.
Navigasi ke bawah ke Tambah Saluran dan App untuk melihat saluran dan app Apple TV, kemudian navigasi ke kanan dan pilih item.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Batalkan langganan anda
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Pengguna dan Akaun > Langganan [nama akaun] dan pilih langganan.
Ikuti arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkan langganan anda.
Kongsi Apple TV+, MLS Season Pass atau saluran Apple TV
Apabila anda melanggan Apple TV+, MLS Season Pass, saluran Apple TV atau Apple One, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda dengan sehingga lima ahli keluarga lain. Ahli kumpulan keluarga anda tidak perlu berbuat apa-apa—saluran Apple TV+ dan Apple TV tersedia untuk mereka pada kali pertama mereka membuka app Apple TV selepas langganan anda bermula.
Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang melanggan Apple TV+, MLS Season Pass atau Apple One dan anda telah melanggan, langganan anda tidak diperbaharui pada tarikh pengebilan anda yang seterusnya; sebaliknya, anda menggunakan langganan kumpulan tersebut. Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang tidak melanggan, kumpulan itu menggunakan langganan anda.
Lihat Perkongsian Keluarga pada Apple TV.
Nota: Untuk berhenti berkongsi langganan anda dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan, meninggalkan kumpulan keluarga, atau (jika anda pengelola kumpulan keluarga) berhenti menggunakan Perkongsian Keluarga.