Cari dan kenal pasti foto orang menggunakan Foto pada Mac
Apabila anda mula-mula membuka Foto, ia mengimbas pustaka anda untuk mengenal pasti orang di dalam foto anda. Selepas imbasan selesai, anda boleh membuka album Orang, lihat foto yang disusun mengikut muka dalamnya dan peruntukkan nama ke orang yang dijumpai oleh Foto. Semasa anda mengimport foto baru ke pustaka anda, Foto memadankan sesiapa dalamnya ke orang yang anda telah kenal pasti. Anda juga boleh mengenal pasti orang di dalam foto anda secara manual.
Lihat orang dalam pustaka anda
Dalam app Foto pada Mac anda, klik Orang dalam bar sisi.
Orang yang anda tandakan sebagai kegemaran muncul dalam segi empat besar di bahagian atas tetingkap. Untuk menjadikan seseorang kegemaran, klik butang Kegemaran pada foto. Anda juga boleh seret orang ke dalam atau luar kawasan kegemaran di bahagian atas.
Dwiklik muka untuk melihat foto orang itu.
Untuk melihat keseluruhan foto atau hanya muka, klik butang Foto atau Muka dalam bar alat. Untuk melihat semua gambar orang atau hanya beberapa pilihan, klik Tunjukkan Lagi atau Tunjukkan Semua di bahagian atas kawasan Foto.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Namakan foto seseorang: Klik Tambah Nama dalam bar alat, taipkan nama, kemudian tekan Return (atau pilih nama yang muncul semasa anda menaip). Jika foto salah dikenal pasti, Control-kliknya dan pilih “[nama] bukan dalam foto ini” atau “Ini bukan [nama].”
Semak dan sahkan foto lain mengandungi orang ini: Jika Foto telah mengenal pasti foto tambahan orang untuk disemak semula, mesej muncul dalam bar alat. Klik butang Semak Semula untuk menyemak semula dan mengesahkan foto orang itu, kemudian klik Selesai. Jika tiada mesej muncul, skrol ke bawah dan klik Sahkan Foto Tambahan. Apabila foto mempersembahankan muka yang sepadan, klik Ya untuk mengesahkan identiti orang tersebut. Klik Selesai untuk berhenti menyemak muka sepadan.
Pilih foto sebagai “foto utama” untuk mewakili semua foto seseorang: Control-klik foto, kemudian pilih Jadikan Foto Utama.
Tunjukkan foto di atas peta: Skrol ke bawah ke Tempat, kemudian dwiklik imej kecil foto untuk melihat lokasi foto diambil.
Jadikan orang sebagai kegemaran: Skrol ke bawah dan klik Gemarkan Orang Ini. Klik Nyahgemarkan Orang Ini untuk mengeluarkan mereka sebagai kegemaran.
Cipta memori daripada foto seseorang: Skrol ke bahagian bawah dan klik Tambah ke Memori.
Namakan orang yang dikenal pasti oleh Foto
Dalam app Foto pada Mac anda, klik Orang dalam bar sisi.
Klik butang Nama pada foto orang yang anda mahu namakan, taipkan nama, kemudian tekan Return (atau pilih nama yang muncul semasa anda menaip).
Semua foto dalam himpunan diperuntukkan nama. Untuk menamakan semula gambar orang, klik nama dan taipkan nama baru.
Gabungkan foto seseorang ke dalam satu kumpulan
Jika anda menjumpai lebih daripada satu kumpulan yang mengenal pasti orang yang sama, anda boleh menggabungkan kumpulan.
Dalam app Foto pada Mac anda, klik Orang dalam bar sisi.
Pilih kumpulan foto yang anda mahu gabungkan.
Control-klik himpunan, kemudian pilih Gabung [nombor] Orang.
Kenal pasti dan namakan orang dalam foto secara manual
Sesetengah foto mungkin mengandungi orang yang tidak dinamakan secara automatik. Anda boleh menamakannya secara manual.
Dalam app Foto pada Mac anda, dwiklik foto untuk membukanya.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih Paparan > Tunjukkan Nama Muka. Klik nama (atau klik “tidak bernama”) di bawah muka, taip nama, kemudian tekan Return (atau pilih nama yang muncul semasa anda menaip).
Klik butang Info dalam bar alat. Klik butang Tambah , seret bulatan untuk meletakkanya di atas muka jika perlu, klik medan Nama, taipkan nama, kemudian tekan Return.
Anda boleh klik butang Tambah berbilang kali untuk kenal pasti berbilang muka dalam foto. Untuk mengeluarkan nama yang anda tambah ke muka, klik butang Keluarkan pada orang itu.
Untuk berhenti menunjukkan nama muka dalam foto, pilih Paparan > Sembunyikan Nama Muka.
Keluarkan semua foto orang dalam album Orang
Apabila anda mengeluarkan orang daripada album Orang, foto asal tidak dikeluarkan daripada pustaka anda.
Dalam app Foto pada Mac anda, klik Orang dalam bar sisi.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Control-klik orang, kemudian pilih Keluarkan Orang Ini. Klik Keluarkan daripada Album Orang.
Dwiklik orang, kemudian skrol ke bawah dan klik Keluarkan daripada Album Orang.
Untuk memadamkan foto daripada pustaka anda, lihat Padam foto atau pulihkan foto dipadam dalam Foto pada Mac.