Pesan cetakan profesional foto anda pada Mac
Anda boleh menempah cetakan foto anda yang berkualiti profesional untuk dihantar kepada anda, keluarga anda, atau rakan. Anda mesti memuat turun app daripada App Store yang menyediakan perkhidmatan cetak terlebih dahulu. Sebagai contoh, anda boleh memuat turun app FUJIFILM Prints & Gifts untuk menempah pelbagai produk cetakan.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Pilih satu atau lebih foto.
Pilih Fail > Cipta > Cetak, kemudian pilih app cetak.
Jika anda telah memasang app cetak dan tidak melihat app anda dalam submenu Cetakan, pilih Fail > Cipta > Lain dan pilih app yang anda mahu. Jika anda masih tidak melihat app dalam submenu Lain, pilih Fail > Cipta > Urus, kemudian klik di sebelah kanan Projek Foto. Pastikan app diaktifkan.
Ikut arahan atas skrin untuk menempah cetakan anda.