Tambah, keluarkan dan edit foto serta video dalam album dikongsi pada Mac
Anda boleh menambah, mengeluarkan dan mengemas kini foto serta video dalam album yang anda kongsikan.
Tambah item ke album dikongsi
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Pilih foto dan video yang anda mahu tambah.
Klik dalam bar alat, kemudian pilih Album Dikongsi.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Tambah komen: Taip komen dalam kotak komen.
Kongsi Live Photos: Untuk membenarkan penonton memainkan Live Photo, tandakan kotak semak Live Photo. Nyahpilih kotak semak Live Photo untuk berkongsi Live Photo sebagai imej pegun sahaja.
Tambah foto dipilih ke album dikongsi sedia ada: Klik nama album dikongsi.
Tambah foto dipilih ke album dikongsi baharu: Klik Album Dikongsi Baharu, masukkan nama album, klik dan jemput orang lain ke album dikongsi anda, kemudian klik Cipta.
Anda juga boleh menambah foto dan video terus daripada album dikongsi. Klik album dikongsi di bawah Album Dikongsi dalam bar sisi, klik “Tambah foto dan video”, pilih item yang anda mahu tambah, kemudian klik Tambah.
Keluarkan item daripada album dikongsi
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik album dikongsi di bawah Album Dikongsi dalam bar sisi.
Pilih item yang anda mahu keluarkan, tekan Delete, kemudian klik Padam.
Foto mengeluarkan item daripada album dikongsi tetapi meninggalkan item asal dalam pustaka anda, serta pustaka sebarang peserta lain yang menyimpan item sebelum anda mengeluarkannya.
Simpan foto dan video daripada album dikongsi ke pustaka foto anda
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik album dikongsi di bawah Album Dikongsi dalam bar sisi.
Pilih foto atau video yang anda mahu simpan, kemudian Control-kliknya dan pilih Import.
Item yang anda simpan kelihatan dalam pustaka foto dan koleksi Import anda (di bawah Utiliti).
Klik Pustaka untuk melihat item disimpan.
Edit foto dalam album dikongsi oleh orang lain
Untuk mengedit foto atau video dalam album yang seseorang kongsi dengan anda, anda mesti mengimport foto ke dalam pustaka anda terlebih dahulu. Edit yang anda buat kepada foto dalam pustaka anda tidak mengubah foto asal dalam album dikongsi.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik album dikongsi di bawah Album Dikongsi dalam bar sisi.
Klik dua kali foto, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Klik Import.
Buat perubahan kepada foto, kemudian klik Selesai.
Foto diedit anda kelihatan dalam pustaka foto dan koleksi Import anda (di bawah Utiliti). Untuk menambah versi diedit foto kembali ke album dikongsi, pilih foto, klik dalam bar alat, pilih Album Dikongsi, kemudian pilih album. Imej yang diedit ditambah ke album dikongsi dan imej asal juga kekal dalam album dikongsi.