Edit Live Photo dalam Foto pada Mac
Pengeditan yang anda buat pada Live Photos digunakan pada imej pegun dan video dalam Live Photo (kecuali perubahan yang anda lakukan dengan alat kemas semula, alat mata merah dan alat penanda—ini hanya mengubah imej pegun). Anda boleh pangkas panjang video, anktifkan atau nyahaktifkan audio, atauk tukar imej pegun (atau foto utama) yang anda lihat untuk Live Photo dan jadikan foto gelung, lantun dan simulasikan pendedahan panjang.
Dalam app Foto pada Mac anda, dwiklik Live Photo, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Gunakan alat pengeditan untuk membuat perubahan.
Untuk menukar main balik Live Photo, klik Laras dalam bar alat, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Pangkas panjang video: Seret hujung gelangsar untuk menukar tempat video mula dan tamat.
Aktifkan atau nyahaktifkan audio: Klik butang Speaker.
Pilih bingkai video sebagai foto utama: Seret gelangsar ke bingkai yang anda mahukan, kemudian klik Jadikan Foto Utama.
Jadikan Live Photo gelung, melantun atau simulasikan pendedahan panjang: Klik menu timbul Langsung, kemudian pilih kesan yang anda mahukan.
Tukar Live Photo kepada imej pegun: Klik butang Live Photo di bahagian bawah tetingkap.
Selepas mengedit Live Photo, anda boleh memulihkannya ke asal dengan mengklik Tukar ke Asal.