![](https://help.apple.com/assets/674E45F74503208CB7005779/674E45F870778C9E020F8269/ms_MY/fcdf74cf8457ce188a2aaa7cf1293c83.png)
Baca e-mel dalam Mail pada Mac
Baca dan balas e-mel daripada peti mel dan akaun e-mel khusus.
![Tetingkap Mail. Klik butang Penapis dalam bar alat untuk menggunakan penapis mesej. Untuk mendedahkan butang bagi membalas, menyimpan lampiran dan banyak lagi, gerakkan penuding ke atas kawasan pengepala mesej.](https://help.apple.com/assets/674E45F74503208CB7005779/674E45F870778C9E020F8269/ms_MY/b46c412200ea3d0fc1be5197add3bc9a.png)
Baca dan balas e-mel
Pergi ke app Mail
pada Mac anda.
Pilih mesej daripada senarai mesej untuk membacanya.
Untuk membalas, gerakkan penuding ke atas pengepala mesej, kemudian klik
.
Anda boleh menggunakan penapis untuk menunjukkan mesej e-mel tertentu sahaja, seperti mesej belum dibaca. Lihat Tapis e-mel dalam Mail.
Baca mesej daripada peti mel atau akaun e-mel khusus
Pergi ke app Mail
pada Mac anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tunjukkan mesej dari satu peti mel: Dalam bar Kegemaran atau bar sisi Mail, klik peti mel.
Tunjukkan mesej dari beberapa peti mel: Dalam bar sisi Mail, pilih berbilang peti mel.
Tunjukkan mesej daripada akaun e-mel tertentu: Klik
bersebelahan peti mel (sebagai contoh, Semua Peti Masuk) dalam bar sisi, kemudian pilih akaun (sebagai contoh, akaun iCloud anda).
Jadikan e-mel lebih mudah dilihat
Pergi ke app Mail
pada Mac anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Jadikan teks lebih besar dengan menekan Command-Tanda Tambah hingga teks cukup besar untuk anda. Untuk menjadikannya lebih kecil, tekan Command-Tanda Tolak.
Sesuaikan bar alat Mail untuk menambah butang bagi menukar saiz teks dengan cepat.
Tukar fon yang digunakan untuk melihat dan menulis mesej.
Lihat ringkasan e-mel
Jika anda mempunyai Mac dengan M1 atau lebih baharu, Apple Intelligence boleh menunjukkan kepada anda perkara paling penting dalam mesej e-mel atau jaluran e-mel. Lihat Gunakan Apple Intelligence dalam Mail.
Anda boleh menukar kekerapan Mail mendapatkan mesej untuk anda dalam seting Umum dalam Mail.