Pilih app untuk membuka fail pada Mac
Anda boleh pilih app mana yang anda gunakan untuk membuka fail. Ini sangat berguna jika anda lebih suka menggunakan app tertentu, atau jika anda tidak mempunyai app yang digunakan untuk mencipta fail.
Buka fail sekali dengan app tertentu
Tukar app yang digunakan untuk membuka semua fail jenis tertentu secara kekal
Pada Mac anda, klik ikon Finder dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder.
Pilih fail, kemudian pilih Fail > Dapatkan Maklumat.
Anda juga boleh Control-klik fail, kemudian pilih Dapatkan Info.
Dalam tetingkap Info, klik anak panah bersebelahan “Buka dengan”.
Klik menu timbul, pilih app, kemudian klik Tukar Semua.
Nota: Jangan klik Tukar Semua jika anda hanya mahu fail tertentu yang anda pilih untuk membuka dengan app tersebut.
Jika anda tidak dapat membuka fail dengan app tertentu, fail mungkin rosak atau mungkin tidak dikenali oleh app tersebut. Cuba membukanya dengan app yang berbeza.