Mainkan bunyi latar belakang pada Mac
Anda boleh memainkan bunyi yang menenangkan—seperti lautan atau hujan—untuk menapis bunyi persekitaran yang tidak diingini dan membantu meminimumkan gangguan supaya anda boleh fokus atau berehat.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Audio di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Bunyi Latar Belakang, aktifkan “Bunyi latar belakang”, kemudian setkan mana-mana daripada berikut:
Bunyi latar belakang: Klik Pilih, kemudian klik nama bunyi yang anda mahu setkan sebagai bunyi latar belakang.
Klik butang Muat Turun bersebelahan nama bunyi untuk memuat turun versi bunyi berkualiti tinggi ke Mac anda. Anda mesti disambungkan ke internet.
Untuk mengeluarkan bunyi yang dimuat turun, klik butang Sampah bersebelahan nama bunyi, kemudian klik Keluarkan. Sampel bunyi akan masih tersedia untuk digunakan sebagai bunyi latar belakang.
Kelantangan bunyi latar belakang: Seret gelangsar untuk menaikkan atau menurunkan kelantangan bunyi latar belakang.
Nyahaktifkan bunyi latar belakang semasa Mac anda tidak digunakan: Nyahaktifkan bunyi latar belakang secara automatik apabila Mac anda tidur, penyelamat skrin aktif atau skrin dikunci.
Petua: Anda juga boleh memainkan bunyi latar belakang terus daripada desktop dengan menambah modul Pendengaran ke bar menu atau Pusat Kawalan. Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Pusat Kawalan dalam bar sisi, kemudian aktifkan “Tunjukkan dalam Bar Menu” atau “Tunjukkan dalam Pusat Kawalan” di sebelah kanan (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik ikon Pendengaran dalam bar menu atau dalam Pusat Kawalan untuk memulakan dan menghentikan bunyi latar belakang, menukar bunyi yang dimainkan dan melaraskan kelantangan.