Pilih, potong, salin dan tampalkan teks pada iPhone
Dalam app pada iPhone, anda boleh menggunakan papan kekunci atas skrin untuk memilih dan mengedit teks dalam medan teks.
Pilih dan edit teks

Untuk memilih teks, lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Pilih perkataan: Dwiketik dengan satu jari.
Pilih perenggan: Ketik tiga kali dengan satu jari.
Pilih blok teks: Dwiketik dan tahan perkataan pertama dalam blok, kemudian gerakkan titik cengkam untuk memilih teks.
Selepas memilih teks yang anda mahu semak semula, anda boleh menaip, atau mengetik pilihan untuk melihat pilihan pengeditan:
Potong: Ketik Potong atau cubit tutup dengan tiga jari dua kali.
Salin: Ketik Salin atau cubit tutup dengan tiga jari.
Tampal: Ketik Tampal atau cubit buka dengan tiga jari.
Pilih Semua: Pilih semua teks dalam dokumen.
Gantikan: Lihat teks gantian dicadangkan, atau buatkan Siri mencadangkan teks alternatif.
Format: Formatkan teks dipilih.
: Lihat lebih pilihan.
Petua: Untuk mengalihkan teks tanpa memotong atau menyalin, sentuh dan tahan teks dipilih sehingga ia diangkat, kemudian seret teks ke lokasi lain.
Masukkan atau edit teks dengan menaip
Tempatkan titik sisipan di tempat yang anda mahu tambah atau edit teks dengan melakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik tempat anda mahu menambah atau mengedit teks.
Sentuh dan tahan untuk membesarkan teks, kemudian gerakan titik pemasukan dengan menyeretnya.
Nota: Untuk menavigasi dokumen panjang, sentuh dan tahan pinggir kanan dokumen, kemudian seret penskrol untuk mencari teks yang anda mahu semak semula.
Taip atau tampalkan teks yang anda mahu tambah.
Anda juga boleh menggunakan Papan Klip Universal untuk memotong atau menyalin sesuatu seperti biasa anda lakukan pada satu peranti Apple dan menampalkannya ke peranti lain. Lihat Salin dan tampal antara iPhone anda dan peranti Apple lain.