Naik taraf ke seni bina Rumah baharu pada Mac
macOS 13.1 memperkenalkan seni bina Rumah baharu yang lebih boleh dipercayai dan cekap. Untuk ketersediaan dan butiran, lihat artikel Sokongan Apple Naik taraf ke seni bina Rumah baharu.
Untuk menaik taraf ke seni bina Rumah baharu, pastikan bahawa semua peranti Apple yang bersambung ke rumah anda menggunakan perisian terkini. Ini termasuklah sebarang peranti pemilik dan sebarang peranti pengguna dikongsi.
Nota: Apple TV (generasi ke-4 atau lebih baharu) atau HomePod diperlukan sebagai hab rumah untuk ciri seperti akses jauh, automasi, Video Selamat HomeKit dan Pencahayaan Adaptif. iPad tidak disokong sebagai hab rumah dengan seni bina Rumah baharu. Anda boleh terus menggunakan app Rumah pada iPad untuk bersambung dan mengawal aksesori rumah pintar anda.
Pergi ke app Rumah pada Mac anda.
Klik Rumah dalam bar sisi.
Klik , kemudian klik Seting Rumah.
Klik Kemas Kini Perisian.
Klik Ketahui Lebih Lanjut, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Nota: Sebarang peranti bersambung yang tidak menggunakan perisian terkini akan kehilangan akses ke rumah yang dinaik taraf sehingga ia dikemas kini.