Daftar masuk atau keluar daripada FaceTime pada Mac
Untuk membuat dan menerima panggilan FaceTime dan panggilan telefon pada Mac, anda perlu mendaftar masuk ke FaceTime dengan Akaun Apple anda. Lihat Keperluan panggilan audio dan video FaceTime.
Untuk berhenti membuat dan menerima panggilan menerusi FaceTime, daftar keluar daripada FaceTime.
Daftar masuk ke FaceTime
Anda boleh menggunakan Mac anda untuk membuat dan menerima panggilan apabila anda mendaftar masuk ke FaceTime menggunakan Akaun Apple anda. Anda perlu mendaftar masuk pada kali pertama anda membuka app, atau jika anda telah mendaftar keluar.
Pergi ke app FaceTime pada Mac anda.
Masukkan alamat e-mel Akaun Apple atau nombor telefon anda, kemudian klik Daftar Masuk.
Masukkan kata laluan anda, kemudian klik Daftar Masuk.
Jika anda terlupa kata laluan Akaun Apple anda atau jika anda perlu mencipta Akaun Apple, pergi ke tapak web Akaun Apple.
Selepas mendaftar masuk, anda boleh memilih nada dering, mengaktifkan ciri seperti Live Photos dan menyesuaikan seting lain. Lihat Tukar seting.
Berhenti menerima panggilan dalam FaceTime
Jika anda tidak lagi mahu menerima panggilan dalam FaceTime pada Mac, anda boleh mendaftar keluar. Anda tidak boleh membuat panggilan, menerima panggilan, menukar seting FaceTime, atau melihat panggilan sebelumnya sehingga anda mendaftar masuk ke FaceTime lagi.
Pergi ke app FaceTime pada Mac anda.
Pilih FaceTime > Seting, kemudian klik Umum.
Klik Daftar Keluar.
Petua: Untuk menggelakkan pemberitahuan daripada mengganggu, anda boleh menukar atau menyahaktifkan pemberitahuan. Anda juga boleh menyekat pemanggil individu jika anda tidak mahu menerima panggilan daripada mereka.