Biarkan Mac anda melakukan tugas berulang untuk anda
Jika anda perlu melakukan perubahan sama ke berbilang fail—seperti menukar nama fail atau mensaiz semula imej—atau mengarkib atau menyandarkan fail penting, anda boleh mencipta aliran kerja tersuai dan membiarkan Mac anda melakukan kerja untuk anda.
Skripkan tindakan anda sendiri
Jika tugas yang anda perlu automasikan tidak berada di dalam senarai tindakan terbina dalam, anda boleh menambah skrip anda sendiri, seperti skrip AppleScript dan JavaScript dan perintah cangkerang pada aliran kerja anda. Hanya tambah tindakan jalankan skrip yang sesuai ke aliran kerja anda dan masukkan kod skrip atau perintah cangkerang anda.
Untuk melayari Panduan Pengguna Automator, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.