Benarkan pilihan tindakan untuk dipilih pada masa jalanan dalam Automator pada Mac
Kadangkala aliran kerja boleh menjadi lebih berguna jika sesetengah maklumatnya disediakan pada masa jalanan. Sebagai contoh, aliran kerja yang memproses imej boleh menjadi lebih berguna jika anda membenarkan pengguna untuk memilih jenis pemprosesan imej pada masa jalanan.
Sesetengah tindakan mempunyai pilihan untuk membenarkan pengguna memilih seting apabila aliran kerja sedang berjalan. Apabila pengguna menjalankan aliran kerja, pilihannya dipaparkan dalam dialog.
Dalam app Automator pada Mac anda, dalam tindakan, pilih seting yang anda mahu. Seting yang anda pilih muncul sebagai seting lalai.
Klik Pilihan di bahagian bawah tindakan.
Jika Pilihan dimalapkan, seting tidak dapat dipilih pada masa jalanan.
Pilih “Tunjukkan tindakan ini apabila aliran kerja berjalan.”