Pergi ke kandungan

mimpi

Daripada Wikikamus

Bahasa Melayu بهاس ملايو

Takrifan

[sunting]

mimpi (jamak mimpi-mimpi)

  1. sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur.
    Dia melihat segala-galanya dalam mimpi.
  2. Ralat Lua pada baris 290 di Modul:parameters: Parameter 1 should be a valid language or etymology language code; the value "kiasan" is not valid. See WT:LOL and WT:LOL/E.. angan-angan.
  • mimpian:
  1. apa yang dilihat (dialami) dalam mimpi, khayalan;
  2. Ralat Lua pada baris 290 di Modul:parameters: Parameter 1 should be a valid language or etymology language code; the value "kiasan" is not valid. See WT:LOL and WT:LOL/E.. cita-cita (yang mustahil); impi.

mimpi

  • bermimpi
  1. melihat sesuatu dalam mimpi;
    Maka dia bermimpi dirinya berpandangan dengan Rasulullah.
  2. Ralat Lua pada baris 290 di Modul:parameters: Parameter 1 should be a valid language or etymology language code; the value "kiasan" is not valid. See WT:LOL and WT:LOL/E.. berangan-angan.
  • memimpikan
  1. = bermimpikan: bermimpi akan sesuatu;
    Malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan.
  2. Ralat Lua pada baris 290 di Modul:parameters: Parameter 1 should be a valid language or etymology language code; the value "kiasan" is not valid. See WT:LOL and WT:LOL/E.. mencita-citakan atau mengharapkan sesuatu (yang bukan-bukan atau yang amat sukar dicapai).
    Sigmund Freud mengatakan seniman selalu memimpikan kehormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasyhuran, dan cinta wanita.
  • termimpi: terlintas dalam fikiran, terfikirkan sebagai sesuatu yang mungkin dapat dicapai (diperoleh dan sebagainya).
    Kalau dahulu tidak termimpi manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun untuk pengembaraan ke bintang yang lain pula.
  • termimpi-mimpi:
  1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu;
  2. tampak terbayang-bayang dalam ingatan.
  • termimpikan: dimimpikan.
    Satu ketika dahulu, dia tidak pernah termimpikan hak ini.

Peribahasa

[sunting]
  • berkelahi dalam mimpi: sesuatu perbuatan atau perkataan dengan tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh.

Etimologi

[sunting]

Sebutan

[sunting]

Kamus Dewan: mim·pi

Terjemahan

[sunting]

Tulisan Jawi

[sunting]

ميمڤي

Bahasa Indonesia


  • Lihat takrifan bahasa Melayu.