Pergi ke kandungan

Wikipedia:Garis panduan rencana kolej dan universiti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ini ialah set garis panduan bagi apa yang berkaitan dengan Wikipedia bahasa Melayu dan sebarang kegunaan dan hasilan darinya. Garis panduan rencana universiti dan kolej ini diwujudkan bertujuan untuk diterapkan bagi semua rencana universiti dan kolej (dan beberapa rencana berkait dengannya) di wiki ini. Panduan yang ternyata di sini adalah cukup memadai dan sesuai untuk kebanyakan dan majoriti rencana, pendekatan alternatif dan pengecualian yang diguna pakai juga mengambil kira kelainan sistem pendidikan negara berbeza. Rencana untuk universiti di Amerika Syarikat misalnya mungkin berbeza dengan rencana berkaitan universiti di United Kingdom, perkara begini juga mungkin terjadi dengan rencana universiti di Malaysia atau berkenaan dengannya. Walau bagaimanapun set panduan ini dibina dan diolah sedemikian bagi menjadi pemandu untuk rencana universiti dan kolej agar rencana yang dicipta menjadi baik.

Kelayakan (kemasyhuran)

[sunting sumber]

Pada dasarnya, semua universti dan kolej yang memenuhi nilai kelayakan mesti dimasukkan ke dalam Wikipedia sebagai salah satu jenis rencana patut ada. Panduan kelayakan adalah termasuk dalam polisi kelayakan, di mana ia mesti dizahirkan dalam bentuk sifat dalam sesebuah bentuk rencana dalam projek ini, tidak boleh ditukar mengikut polisi selagi tidak diubah oleh badan perunding dan penggubal undang-undang. Oleh itu garis panduan ini tidak bertujuan untuk memberikan sokongan tambahan kepada perbincangan penghapusan. Walaupun garis panduan ini bolehlah dipetik dalam perbincangan, kekalkan anggapan bahawa ini bukannya polisi dan seharusnya dimaksudkan demikian.

Dengan ini penting untuk diingati dalam hemat pemikiran bahawa sesiapa sahaja boleh membuat institusi dan memanggilnya sebagai kolej atau dalam banyak negara, disebut universiti, jadi adalah penting takrifan ini dijelaskan bahawa jika institusi itu bergerak sepertimana takrifan deskripsinya.

Sumber boleh dipercayai

[sunting sumber]

Dasar pengesahan Wikipedia berpendirian "apa-apa bahan yang dicabar atau seperti mahu dicabar mestilah mengikut sumber kelayakan yang sah dan boleh dipercayai, menggunakan format petikan dalam baris." Statistik, peristiwa sejarah, kedudukan mesti memiliki sumber. Semua maklumat rencana berkenaan kolej dan universiti mesti datang daripada sumber yang boleh dipercayai.

Sumber dalaman (sumber penerbitan sendiri) dari universiti atau kolej berkenaan maklumat penubuhan, kursus-kursus ditawarkan, jabatan dalaman, keistimewaan, perhubungan dan lain-lain yang berkaitan boleh dimuatkan. Namun sumber tersebut mestilah tulen dan tidak berat sebelah, dan tidak dituntut oleh pihak ketiga (tiada paksaan dalam pembikinan suntingan). Sumber penerbitan dalaman persendirian tidak boleh menjadi majoriti rujukan rencana sumber-sumber luar yang boleh dipercayai. Akhbar siswa terbitan kolej atau pihak kewartawanan universiti boleh dianggap sebagai sumber yang boleh dipercayai namun perlu bersifat neutral dan tidak berat sebelah. Bagaimanapun, sumber ini tidak sekuat sumber lain yang menunjukkan sifat kelayakan arus perdana, misalnya akhbar terbitan peringkat kebangsaan, dan seharusnya dinilai dari masa ke semasa mengikut kes. Liputan akhbar arus perdana dan antarabangsa boleh dipercayai dan popular mesti sentiasa mendepani akhbar keluaran sesuatu kolej atau universiti tersebut termasuk akhbar keluaran hubungan korporat, fakulti, jabatan, hal ehwal pelajar, majlis perwakilan pelajar dan siswa.

Walau bagaimanapun, pihak kolej dan universiti serta bersangkutan dengannya sering menerbitkan banyak rencana yang berkepentingan dan maklumat autoritatif berwibawa, ini boleh dijadikan sumber kemasukan ke dalam rencana. The Common Data Set, buku fakta / almanak, laporan presiden, buletin sekretariat, utusan canselor dan naib canselor, katalog kursus dan program, dan/atau buku panduan fakulti adalah sumber terbaik dan berautoritatif bagi menyampaikan maklumat tentang sesuatu kolej dan universiti itu, dan rata-ratanya juga boleh diperolehi di laman sesawang kolej atau universiti berkenaan. Perolehan maklumat juga boleh diambil dari sumber provos, pendaftar, bendahari, hal ehwal akademik, hal ehwal pelajar dan kaunseling serta pejabat kajian institusi. Sumber arkib dan perpustakaan yang menyenaraikan rencana terbitan dan buku berkenaan sejarah universiti turut boleh menjadi sumber rujukan berwibawa lagi boleh dipercayai.

Sudut pandang berkecuali

[sunting sumber]

Paling penting penulisan mesti mengamalkan konsep sudut pandang berkecuali. Wikipedia bukan tempat untuk mewujudkan provokasi dan boosterism akademik. Jangan mengagung-agungkan intitusi akademik tetapi jelaskanlah dengan sederhana dengan menggunakan bahasa neutral dan fakta yang yang boleh ditentusahkan. Ingat, masukan fakta bukannya pandangan!. Jika berlakunya perbualan kontroversi ataupun perkara yang dipersoalkan oleh masyarakat kampus, jelaskan semua pandangan secara neutral dan jangan berat sebelah.

Pastikan buat pertimbangan sewajarnya terhadap penyataan misalnya seperti ini ("terdapat ramai pihak menganggap Universiti X melalui program pengajian perniagaannya yang hebat" atau "Kolej Y disahkan secara meluas sebagai institusi terulung" atau "Universiti Z sangat berprestij...." atau "Kolej Z diperbaharui..."). Pastikan pertimbangan anda sejajar dengan konsep tidak berat sebelah dan mempunyai sumber yang boleh dipercayai. Ingatlah, Wikipedia adalah ensiklopedia, bukan pamplet kemasukan dan sebenarnya jika diteliti secara lebih mendalam, pernyataan seperti ini sebenarnya rendah tahap profesionalismenya.

Jika anda membuat rujukan terhadap kedudukan (ranking) universiti dan kolej, bersikaplah jujur dan tepat. Refaktor kedudukan, sebagai contoh: "kedudukan 71 mengikut kedudukan institusi kebangsaan berdasarkan sumber, tetapi yang ke-2 diantara kolej didalam negeri", kaedah penjelasan ini lebih tepat dari pernyataan tidak jelas dan tidak terang seperti: "universiti berada pada kedudukan ke 50". mendakwa institusi sebagai "kedudukan tinggi" atau "esklusif tertinggi" hanya merupakan dakwaan sama seperti mendakwa institusi itu "berprestij" dan "cemerlang". Pendakwaan kedudukan seharusnya perlulah bersifat neutral tanpa perubahan atau penafian.

Rencana kolej dan universiti

[sunting sumber]
  1. Kolej dan universiti seharusnya baik untuk dinamakan dengan nama lengkapnya yang biasa digunakan untuk tujuan perkenalan rasmi seperti diterbitkan dalam akhbar umum, laman sesawang, dokumen, iklan dan sebagainya. (Lihat: Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana).
  2. Gunakan format penamaan tajuk seperti yang terkandung dalam Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana
  3. Jangan sesekali menggunakan singkatan nama, jika anda melihat bahawa tajuk rencana universiti atau kolej itu adalah nama singkatan buatlah lencongan atau pindahan laman ke nama rasmi kegunaan umumnya.
  4. Elakkan mencipta laman tunas yang tidak ada kepentingannya. Misalnya jangan mencipta laman fakulti atau jabatan atau sekolah dalam fakulti, misalannya "Fakulti Kejuruteraan, Universiti Selangor". Anda boleh mencipta rencana sebegitu dengan tajuk laman sebegitu sekiranya, fakulti tersebut memenuhi bidang kelayakan dan kemasyhuran Wikipedia. Dengan maksud fakulti tersebut adalah popular dan mendapat reputasi membanggakan dikalangan masyarakat dunia dan sarjana akademik berprestij dunia, serta fakulti, jabatan atau sekolah itu berada dalam senarai universiti dan kolej berprestij dan terbaik dunia. Jika sifat fakulti adalah biasa-biasa sahaja dengan maksud sebagai hub penyampai maklumat syarahan dan akademik yang perlu ada pada satu universiti dan kolej, maka tidak perlulah mewujudkan rencana dengan tajuk sedemikian rupa. Memadailah jika menjadikan sub-tajuk halaman bagi satu-satu universiti yang terlibat. Selain itu, jika anda mendapati fakulti itu harus dicipta rencana baru untuknya berikutan megabit ataupun keluasan saiz bagi rencana universiti itu tidak membenarkan lagi penambahan isi tambahan, maka eloklah merealisasikannya dengan sifat yang neutral.

Rencana berkaitan

[sunting sumber]
  1. Untuk program sukan atau lain-lain lain program berkumpulan atau program berprestij terbitan universiti atau kolej. Perkataan "Universiti" boleh juga diabaikan dari diletakkan dalam nama kumpulan tersebut. Misalnya Stanford Cardinal dan California Golden Bears. Boleh juga diletakkan kependekan nama universiti atau kolej dalam sesuatu program terbitan universiti tersebut seperti UiTM FC.

Definisi pengistilahan

[sunting sumber]
Definisi pengistilahan dibawah terguna pakai dalam garis panduan ini sebagai menerangkan maksud istilah.
  • Sejarah — Menerangkan tentang sejarah kolej/universiti, termasuk sejarah penubuhan, garis masa peristiwa, integrasi jantina dan kaum, fakta demografi, pembesaran kampus, penambahan pembangunan, pembukaan kampus, sekolah, jabatan, fakulti dan pusat baru. Peristiwa protes pelajar dan reformasi pendidikan kampus-universiti. Peperangan dan rentetan sejarahnya. Letakkan gambar-gambar lama universiti atau kolej kerana ia dapat menceritakan 1001 kisah yang tersirat dan tersurat walaupun hanya dalam sekeping gambar.
  • Kampus, lebih tepat jika merujuk kepada fasiliti atau bangunan — termasuk segala pembangunan fizikal, kemudahan asas, tambahan, keperluan dan kehendak. Merangkumi segala latar belakang gambaran, saiz kampus, konteks geografi, peta, jarak antara bandar, peka, kampung, lapangan terbang, stesen-stesen pelabuhan terdekat. Kemudahan laluan, jurang pengangkutan dan perhubungan. Merangkumi penceritaan tentang perkembangan dan pembesaran universiti, pendaftaran sejarah, bangunan-bangunan penting, seni reka, bangunan bersejarah dan binaan utama dan simbolik. Juga termasuk maklumat tentang kampus satelit, perhubungan ulang alik, masjid, gereja, tempat ibadah, perpustakaan, hostel dan rumah felo, kediaman pengajar dan residen pelajar. Meliputi maklumat bangunan pentadbiran, canselori dan fakta kapasiti fakulti, dewan utama dan lain-lain berkaitan dengan sebuah universiti dan kolej.
  • Organisasi dan pentadbiran — Membincangkan tentang struktur pentadbiran, pemimpin terkini termasuk canselor, pro canselor, naib cancelor, timbalan naib canselor, lembaga pengarah, pensyarah, pendaftar, bendahari, ketua program, pensyarah, tutor dan pustakawan serta lain-lain yang berkaitan. Segala tadbir urus kewangan, kesihatan, hubungan korporat, hubungan pelajar, hubungan antara agama dan sebagainya. Adakan juga baginya pautan wiki dan laman sesawang internet yang berkaitan.
  • Akademik atau Profil akademik — Seksyen ini merangkumi hal-hal dan maklumat berkaitan persekitaran akademik. Ia memungkinkan kemasukan institusi akreditasi, pusat tuisyen, bantuan kewangan, senarai program yang ditawarkan pada semua peringkat pembelajaran termasuk sijil kursus asas, sijil kemahiran, sijil bertaraf akademik, diploma, sijil profesional, diploma lanjutan, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, diploma pendidikan lanjutan, ijazah doktor falsafah, ijazah doktor falsafah lanjutan dan lain-lain sijil akademik yang bersangkutan dan ditawarkan secara bebas atau bersyarat oleh institusi berkenaan. Juga seksyen ini memaksudkan kaedah pentarikhan dan istiadat majlis konvokesyen, ijazah kehormat, kalendar akademik, dan statistik kemasukan. Elok juga diterangkan tentang perpustakaan universiti berkaitan, muzium, atau apa jua bahan terkumpul dan simpanan oleh para cendekiawan ilmuan yang berkaitan, ini dianggap berkelayakan bergantung kepada nilai saiz, skop, unik, astetika, nilai keilmuan yang tinggi membuatkannya begitu penting untuk didedahkan kepada domain bebas yang umum, dan bahan simpanan yang masih baru dan bernilai tinggi, serta esotik yang mengujakan pada hemat penyunting jika didedahkan kepada umum merupakan sesuatu yang baru, belum diperdebatkan serta dapat menarik pelbagai golongan ilmuan berstatus cendekiawan gemilang untuk mengkaji. Ia juga memungkinkan kemasukan sistem kursus pengajian, skim pengredan, kelayakan dan syarat kemasukan. Bagus juga untuk memasukkan nilai jabatan pembahagian bidang akademik seperti fakulti, sekolah, kolej akademik dan lain-lain berkaitan dengan rencana kolej dan universiti. Masukkanlah sekali pencapaian utama yang diperolehi oleh kolej atau universiti diiktiraf dan berkelayakan tinggi "sahaja", jangan memasukkan kandungan secara berlebihan dan tidak membina. Bersikap neutral dalam memberi maklumat.
  • Kajian — Seksyen ini juga memungkinkan kemasukan tentang profil akademik, dengan maksud ia memerlukan maklumat yang ringkas, jelas dan padat tentang informasi asas tentang sesuatu kajian yang telah/sedang/benar-benar akan dianjurkan oleh pihak universiti atau kolej dan bersangkutan dengannya serta mendapat grant biasiswa atau pembiayaan samada dari universiti itu sendiri, pihak kerajaan atau swasta (misalnya grant tanah atau status grant ruang, di A.S. contohnya), skala fizikal kompleks induk kajian dan semua ini hanya tertakluk jika memenuhi kelayakan Wikipedia sahaja dimana kajian hendaklah benar-benar terkenal dan diiktiraf samada dari peringkat proposal lagi sehingga sedang dan telah terjadi.
  • Kehidupan pelajar — Seksyen ini juga membincangkan secara spesifik tradisi kolej dan universiti seperti aktiviti pelajar yang merangkumi aktiviti kesatuan, penglibatan pelajar dalam media, akhbar, aktiviti kebiasaan dan sebagainya. Kehidupan pelajar juga merangkumi perihal kepentingan sukan, kelab, tradisi, kesatuan pelajar. Pemberitahuan pasukan sukan pelajar di institusi dan apa yang berkelayakan dengannya; institusi besar yang turut mengadakan program sukan. Seksyen ini turut merangkumi kehidupan penting dalam sejarah kolej kediaman, kelab pelajar dan aktiviti berkaitan dengannya. Namun semua ini harus mengikuti polisi piawaian Wikipedia:Kelayakan dan Wikipedia:Pautan luar. Jangan sesekali memasukkan aktiviti kecil dan kebiasaan yang tidak relevan yang dilakukan oleh pelajar atau aktiviti kurang penting dan jarang mendapat liputan utama dari sumber popular. Aktiviti tidak relevan dan aktiviti kecil seperti memasukkan pernyataan seperti: Pelajar mandi di...., Siswa blok A bermain bola sepak dengan siswa di blok B dan sebagainya.
  • Orang terkenal — Seksyen ini menjelaskan bahawa mana-mana rencana kolej dan universiti TIDAK seharusnya "menyenaraikan" alumni yang popular mahupun alumni yang tidak popular. Ini kerana dasar Wikipedia bukanlah tempat meletak senarai yang panjang-panjang, tidak masuk akal dan relevan pada waktu ini pada sebuah ensiklopedia serius meletakkan senarai nama alumni yang menyebabkan kebajiran nama manusia bergraduat dalam Wikipedia. Cukup sekadar meletakkan staff atau alumni kolej / universiti yang cukup terkenal oleh masyarakat umum serta mendapat reputasi yang tinggi sahaja atas hasil sumbangan tak terhingga pada agama, bangsa dan negara dan diiktiraf oleh masyarakat dunia sebagai cendekiawan dan profesional kehormat. Mengadakan kesimpulan tentang jumlah bilangan siswazah ataupun graduan mengikut tahun / sesi konvokesyen, atau ulang tahun penubuhan sudah cukup memadai. Jika ada alumni universiti / kolej yang memenangi biasiswa atau pinjaman, maka TIDAK PERLU dinyatakan nama, atau menyenaraikannya individunya. Berilah kesimpulan tentang jumlah pemenang atau alumni yang berjaya memenangi biasiswa utama dunia seperti Biasiswa (Rhodes, Fulbright, Bill & Melinda Gates Foundation etc.), anugerah utama dunia (Nobel, Oscar, Pulitzer, etc.), atau lain-lain anugerah terhormat dari canselor, ketua kerajaan, pejabat setiausaha kerajaan atau lain-lain golongan elit atau bangsawan yang terpengaruh seperti angkasawan, atlet profesional, CEO dan lain-lain yang berkaitan dengan universiti / kolej. Lain-lain pihak atau individu yang tidak mengikut saranan Wikipedia:Kelayakan maka harus dan perlu digagalkan usaha itu menurut perintah yang dipersetujui bersama antara Ahli Wikipedia.
  • Nota/Rujukan — Sila rujuk Wikipedia:Manual gaya penulisan, Wikipedia:Sumber petikan, Wikipedia:Sumber boleh dipercayai, Wikipedia:Kelayakan, Wikipedia:Pengesahan.
  • Pautan luar — Nyatakan pautan ke laman sesawang rasmi bagi kolej dan universiti, anda ditekankan untuk mencari pautan laman sesawang berbahasa Melayu sebagai keutamaan, kerana ini adalah Wikipedia bahasa Melayu, Namun laman sesawang bahasa-bahasa lain juga boleh dimuatkan dengan syarat selaras dengan dasar dan garis panduan Wikipedia. Jumlah pautan bagi sesuatu rencana berkenaan dengan rencana kolej dan universiti di Wikipedia bahasa Melayu seharusnya diminimumkan, hal ini walaubagaimanapun tak termasuk pautan pada sumber rujukan. Anda boleh memasukkan pautan ke laman berkaitan universiti dan kolej selagi ia selari dengan konsep Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai, Wikipedia:Sumber petikan atau lain-lain dasar dan garis panduan berkaitan. Utamakan laman sesawang utama kolej / universiti sebelum memilih laman sesawang lain yang mungkin adalah laman sesawang cabang seperti laman sesawag fakulti, kelab pelajar, jabatan-jabatan lain dalam kolej / universiti.
  • Templat panduan — kebanyakan universiti utama mempunyai rencana yang mencukupi dalam sesuatu laman sesawangnya, namun atas dasar menguatkan lagi fakta dan memperteguhkan nilai kreadibiliti sumber yang digunapakai dalam Wikipedia. Templat panduan juga dibenarkan. Anda juga dibolehkan menggunakan templat penerangan universiti / kolej yang dirangka khas bagi satu-satu acara, persidangan, kajian, majlis besar dan sebagainya. Namun ia mesti diletakkan sebagai bahan bacaan lanjut di bahagian paling akhir rencana berkaitan kolej / universiti di Wikipedia.

Sub-rencana

[sunting sumber]

Apabila sesuatu halaman universiti terlalu besar atau terlalu komprehensif, adalah elok dan baik untuk meleraikan rencana tersebut kepada beberapa sub-seksyen, kemudian kepada beberapa sub-halaman. Apabila ia berlaku, gaya ringkasan terhadap ayat penerangan dalam leraian seksyen perlu dilakukan. Manakala penerangan panjang dan komprehensif dialihkan dari sub-seksyen kepada sub-halaman baru. Apapun, rencana dari sub-seksyen dan sub-halaman tersebut harus menepati ciri-ciri keperluan kelayakan seperti berikut adalah tambahan darinya:

Rencana berkaitan

[sunting sumber]

Laman rencana berasingan yang menerangkan tentang sejarah kolej atau universiti misalnya (Sejarah Universiti Oxford), ATAU/DAN kampus (Kampus Universiti Negeri Michigan), ATAU/DAN alumni (Senarai alumni utama Universiti Yale & sebagainya; mestilah memenuhi polisi Wikipedia:Kelayakan yakni yang telah/sedang menerima liputan yang meluas dari sumber media arus perdana atau alternatif yang unggul dan utuh kreadibilitinya. Juga mestilah ianya dipetik dari sumber yang boleh dipercayai. Ada diantara rencana yang umumnya sudah terkenal kerana merupakan institusi yang gah dan besar, kerana itu salah satu aspek atau kesemua aspek yang dinyatakan diatas mungkin mempunyai nilai signifikan dan berkepentingan. Terdapat juga institusi kecil namun mempunyai nilai sejarah yang signifikan (seperti Universiti Harvard) adalah contoh kepada pengecualian ini.

Laman rencana sukan yang berasingan untuk sesebuah institusi dimana mempunyai program sukan yang besar dan signifikan boleh diterima untuk diciptakan. Untuk acara program sukan yang besar dan mendapat liputan meluas boleh diterima utuk diwujudkan laman rencana baru. Bagi sesetengah program sukan yang besar, adalah diterima untuk diwujudkan tambahan sub-rencana untuk sukan-sukan spesifik, misalnya, (Bola Sepak Jaket Kuning Teknologi Georgia), musim (Kumpulan bola sepak Appalachian State Mountaineers 2007). Walaubagaimanapun, (Perlawanan Appalachian State 2007 menentang Pasukan Bola Sepak Michigan) mestilah telah/sedang menerima liputan yang meluas dari sumber media arus perdana atau alternatif yang unggul dan utuh kreadibilitiya. Semua laman rencana mestilah berhubung dengan rencana induk. Misalnya, Bola Sepak Jaket Kuning Teknologi Georgia mesti mempunyai hubungan secara pautan dalaman atau pautan sub-rencana bersama Institut Teknologi Georgia.

Fakulti, pejabat pentadbiran, jabatan, sekolah, akademi, kolej akademik dan kolej kediaman

[sunting sumber]

Jika Fakulti, pejabat pentadbiran, jabatan, sekolah, akademi, kolej akademik dan kolej kediaman adalah masyhur atau secara signifikan mereka mungkin mempunyai rencana dedikasi sendiri seperti Kolej St. Hugh, Universiti Oxford. Maka, secara umumnya organisasi ini tidaklah berkepentingan, (Lihat WP:ORG) dan sepatutnya tidak boleh berenggang dari rencana institusi utamanya dalam keadaan bersahaja atas sebab ketiadaan liputan penting yang boleh dipercaya.

Namun begitu atas faktor rencana tersebut mempunyai kepentingan samada dari segi sejarahnya, atau reputasi yang berkreadibiliti, atau disebabkan sesetengah program yang ditawarkan mempunyai nilai kepentingan yang tinggi, maka dalam kes ini ia boleh diterima untuk membuat artikel akademik yang berasingan. Boleh juga diwujudkan laman rencana bagi menerangkan senarai nama-nama kolej, jabatan atau sekolah berkaitan sekiranya perlu dan idealistik untuk diwujudkan.

Boleh juga diwujudkan laman rencana bagi menerangkan kewujudan sesuatu kampus yang berada dibawah naungan sesebuah universiti atau kolej sebagai contoh Universiti Nottingham kampus Malaysia, namun begitu kewujudan rencana seperti ini mesti mematuhi bidang kelayakan Wikipedia dan juga mempunyai nilai kepentingan disebalik kewujudannya. Definisi pegistilahan yang ternyata diatas berkenaan seksyen kampus mesti dituruti sewajarnya.

Boleh juga diwujudkan laman rencana bagi menerangkan senarai nama-nama kampus atau bangunan universiti/kolej berkaitan sekiranya perlu dan idealistik untuk diwujudkan.

Kehidupan pelajar

[sunting sumber]

Kehidupan pelajar kolej dan universiti dikira sebagai tidak layak, sehinggalah telah terbukti bahawa wujud kelainan yang mendapat liputan meluas, popular di hemat masyarakat. Liputan seharusnya melebihi liputan dalaman universiti dengan maksud mendapat liputan dari media arus perdana juga. Sumber liputan menyeluruh bagi aktiviti kehidupan pelajar bermaksud:

  • "Sumber sekunder" termasuk liputan dari "rencana akhbar arus perdana", buku-buku terbitan luar kampus, dokumentari televisyen, laporan yang diterbit oleh organisasi dan sebagainya yang mendapat pengesahan dan pengiktirafan. Laporan terbitan mestilah melepasi laporan keluaran kesatuan/organisasi/kerajaan atau universiti sendiri. Sumber juga boleh datang dari agensi kewartawanan terbitan universiti itu atau universiti luar tetapi dengan syarat tiada seorang pun dari penyampai liputan ataupun wartawan atau editornya turut serta dalam aktiviti projek (selain dengan sebab hanya untuk membuat liputan(tidak membantu projek)). Ini penting bagi mengelakkan sebarang maklumat yang berat sebelah sambil menjaga kebersihan laporan dari penipuan dan penambahan unsur tak nyata.
  • Keluaran berita;-definisi--mengiklankan atau bahan terlibat pengiklanan kumpulan/organisasi/individu pelajar yang melakukan aktiviti/projek pelajara, apa-apa kerja melibatkan temu bicara secara bersendirian dengan kumpulan /organisasi/individu pelajar yang melakukan projek. (Tidak termasuk temu bicara oleh media arus perdana yang boleh dipercayai dan mendapat reputasi tinggi). Sebarang bahan terbitan dari universiti yang melibatkan urus setia dan penyeliaan oleh kumpulan / organisasi/individu pelaku projek. Semuanya tidak diterima sebagai sumber berkelayakan melainkan apa yang dikecualikan.

Sesuatu organisasi yang telah lama ditubuhkan dan kekal aktif sehingga kini, jumlah keahlian yang diperolehi, mencapai kelayakan pencapaian yang memberangsangkan atau faktor-faktor khusus lain yang dapat membuatkan organisasi itu mungkin boleh dipertimbangkan untuk informasinya dicipta di Wikipedia. Senarai ini masih belum lengkap dan belum dapat dimuktamadkan, sila lihat perubahan terkini untuk maklumat lanjut.

Dibawah dasar perundangan Wikipedia, iaitu kelayakan media, stesen radio kampus bagi kolej dan universiti adalah berkepentingan dan berkelayakan sekiranya mendapat lesen media dari pihak berkuasa bagi sesebuah negeri, wilayah ataupun negara tersebut dimana stesen radio itu memohon dan terletak. Sama juga kaedahnya, seperti akhbar siswa yang dianggap sebagai sumber rujukan sahih, namun ada yang lebih sahih dari itu iaitu akhbar arus perdana. Maka radio kampus adalah turut sahih sebagai rujukan, namun kesahihan adalah tidak boleh mendahului kesahihan radio arus perdana. Perkara yang sama juga berkuatkuasa untuk TV kampus.