Untut
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Filariasis limfa | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | B74 |
ICD-9 | 125.0-125.9 |
eMedicine | derm/888 |
MeSH | D005368 |
Penafian perubatan |
Untut (untut) atau filariasis limfa pernah menjadi satu penyakit yang amat digeruni di ASEAN.
Penyakit untut adalah disebabkan parasit Filariasis dan merupakan jenis penyakit menular di kawasan tropika, disebabkan oleh Cacing Filaria atau Cacing Gelang yang bersifat parasit seperti benang, Wuchereria bancrofti, Brugia malayi, dan Brugia timori, kesemuanya disebarkan oleh nyamuk. Ia amat jarang berlaku di negara Barat.
Penyakit ini disebabkan oleh cacing parasit jenis Filarioidea. Dalam kebanyakan kes, penyakit ini tidak menunjukkan simptom. Namun begitu, ada kes yang menunjukkan bengkak yang ketara pada bahagian lengan, kaki atau genital. Kulit juga boleh menebal dan kesakitan mungkin dapat dirasakan. Perubahan pada badan ini boleh menimbulkan masalah sosial dan ekonomi kepada individu yang dijangkiti.[1]
Cacing ini disebarkan oleh gigitan nyamuk yang dijangkiti. Jangkitan biasanya bermula semasa individu yang dijangkiti itu masih kanak-kanak. Terdapat tiga jenis cacing yang menyebabkan penyakit ini: Wuchereria bancrofti, Brugia malayi, dan Brugia timori. Wuchereria bancrofti adalah cacing yang paling biasa ditemui. Cacing ini merosakkan sistem limfa.[1] Penyakit ini didiagnos dengan melihat darah yang diambil pada waktu malam menggunakan mikroskop. Darah hendaklah dalam bentuk calitan tebal dan diwarnakan dengan Giemsa. Menguji darah untuk antibodi yang melawan penyakit ini juga boleh dilakukan.[2]
Pencegahan adalah dengan merawat kesemua kumpulan di tempat penyakit ini dikesan setiap tahun dalam usaha membasmi penyakit ini habis-habisan. Langkah ini mengambil masa kira-kira enam tahun. Ubat yang digunakan termasuk albendazole dengan ivermectin atau albendazole dengan diethylcarbamazine. Ubat-ubat ini tidak membunuh cacing dewasa tetapi mencegah penyakit ini daripada terus merebak sehingga cacing tersebut mati dengan sendirinya. Usaha mencegah gigitan nyamuk juga disarankan. Usaha ini termasuk mengurangkan bilangan nyamuk dan menggunakan kelambu.[1]
Lebih daripada 120 juta orang dijangkiti filariasis limfa. Kira-kira 1.4 orang menghadapi risiko penyakit ini di 73 buah negara. Penyakit ini paling biasa ditemui di Afrika dan Asia. Penyakit ini mengakibatkan kerugian ekonomi sebanyak berbilion dolar setahun.[1] Bentuk Untut yang paling biasa adalah elephantitis (bengkak dibahagian alat kelamin atau peha), yang merupakan penyakit pertama disedari disebarkan oleh serangga. Elephantitis disebabkan parasit tinggal di nod sistem limfa.
Pada tahun 1866, Otto Wecherer membuktikan kehadiran filiria, atau larva filiria, dalam air kencing.
Pada tahun 1871, Timoth Lewis menjumpai kehadiran microfilaria dalam darah (peripheral); kemudian pada 1876, Joseph Bancroft menjumpai bentuk dewasa.
Akhirnya pada tahun 1878, Patrick Manson melapurkan perkembangan Wechereria bancrofti dalam nyamuk.
Untut (Filariasis) adalah endemik di kawasan tropika di Asia, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Elephantitis cenderung menyerang bahagian bawah affects, manakala telinga, selaput hingus, dan kudung jarang diserang; bagaimanapun, ia bergantung kepada jenis spesies filaria. Wechereria bancrofti mampu menyerang kaki, lengan vulva, buah dada, sementara Brugia timori jarang menjangkiti alat kelamin.
- ^ a b c d "Lymphatic filariasis Fact sheet N°102". World Health Organization. March 2014. Dicapai pada 20 March 2014.
- ^ "Parasites - Lymphatic Filariasis Diagnosis". CDC. June 14, 2013. Dicapai pada 21 March 2014.