Thomas Jefferson
Thomas Jefferson | |
---|---|
Presiden Amerika Syarikat ke-3 | |
Dalam jawatan 4 Mac 1801 – 4 Mac 1809 | |
Naib Presiden | Aaron Burr George Clinton |
Didahului oleh | John Adams |
Digantikan oleh | James Madison |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Shadwell, Virginia | 13 April 1743
Mati | 4 Julai 1826 Charlottesville, Virginia, A.S | (umur 83)
Tempat semadi | Monticello Charlottesville, Virginia |
Parti politik | Parti Republik Demokratik |
Pasangan | Martha Wayles |
Anak | Martha Jane Mary Lucy Lucy Elizabeth |
Tempat belajar | Kolej William dan Mary |
Bidang pengkhususan | ahli politik dan lain-lain |
Tandatangan | |
Thomas Jefferson (13 April 1743 – 4 Julai 1826) ialah Presiden Amerika Syarikat yang ketiga (1801–1809), pengarang utama Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat (1776), serta salah satu pengasas Amerika Syarikat yang terpengaruh. Peristiwa-peristiwa yang utama semasa kepresidenannya termasuk Pembelian Louisiana (1803), Akta Embargo 1807, dan Ekspedisi Lewis dan Clark (1804–1806).
Seorang ahli falsafah politik yang mempromosikan liberalisme klasik, republikanisme, dan pemisahan antara gereja dengan kerajaan, Jefferson ialah pengarang Statut Virginia untuk Kebebasan Agama (1779, 1786) yang merupakan asas untuk Fasal Pengasasan Pindaan Pertama dalam Perlembagaan Amerika Syarikat. Beliau merupakan eponim untuk demokrasi Jefferson dan pengasas serta ketua Parti Demokratik-Republikan yang menguasai politik Amerika Syarikat melebihi satu suku abad. Jefferson juga merupakan Gabernor Virginia yang kedua (1779–1781), Setiausaha Negara Amerika Syarikat pertama (1789–1793), serta Naib Presiden Amerika Syarikat yang kedua (1797–1801).
Selain daripada kerjaya politiknya, Jefferson ialah seorang pemilik ladang, ahli pertanian, ahli hortikultur, arkitek, ahli etimologi, ahil arkeologi, ahli matematik, ahli kriptografi, juruukur, ahli paleontologi, pengarang, peguam, pereka, pemain biola, dan pengasas Universiti Virginia. Banyak orang menganggap Jefferson sebagai salah satu daripada orang yang paling bijak yang pernah menyandang kepresidenan Amerika Syarikat. Ketika menyambut 49 pemenang Hadiah Nobel dari Hemisfera Barat ke Rumah Putih, Presiden John F. Kennedy berkata: "Aku berfikir ini adalah himpunan bakat dan pengetahuan manusia yang paling luar biasa yang pernah berhimpun di Rumah Putih, mungkin kecuali ketika Thomas Jefferson makan sendirian." [1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kata-kata di majlis makan malam untuk menghormati pemenang-pemenang Hadiah Nobel dari Hemisfera Barat, 29 April 1962, Washington D.C.: John F. Kennedy: 1962: mengandungi perutusan, ucapan, dan kenyataan awam presiden, 20 Januari - 31 Disember 1962. Kertas-kertas Awam Presiden-Presiden Amerika Syarikat: John F. Kennedy, 1962, m.s. 347. Pejabat Pendaftar Persekutuan, Perkhidmatan Arkib dan Rekod Negara, Pentadbiran Perkhidmatan Am, Washington, D.C. Dicapai pada 3 Ogos 2006 daripada Perpustakaan Digit Universiti Michigan.
Pautan luar dan sumber
[sunting | sunting sumber]- Biografi Presiden Amerika Syarikat Diarkibkan 2008-12-03 di Wayback Machine
- American Revolution.com
- Kehidupan Thomas Jefferson – e-teks oleh B. L. Rayner (1829)
- Laman web Rumah Putih: Biografi
- Menjelajah biografi DC
- Frontline: Darah Jefferson: Kronologi: Cerita Sally Hemings (1977), PBS
- Universiti Virginia Jefferson: Hobi Masa Tuaku
- Perpustakaan Kongres: Pamiran Jefferson
- Perpustakaan Kongres: Garis masa Jefferson
- Jefferson: Tokoh Milenium
- Sejarah Perubatan dan Kesihatan Thomas Jefferson
- Monticello – Tempat asal Thomas Jefferson
- Jam Thomas Jefferson – dihoskan oleh Clay S. Jenkinson, NPR
- Biografi dalam talian
- Projek Avalon : Kertas-kertas Thomas Jefferson Diarkibkan 2006-08-29 di Wayback Machine
- Find-A-Grave: Plak di Universiti Missouri
- Petikan-petikan Jefferson
- Cerita Sally Hemings – pengabdian di Amerika Syarikat, naratif/biografi
- Laporan Jawatankuasa Penyelidikan tentang Thomas Jefferson dan Sally Hemings – Yayasan Thomas Jefferson, Januari 2000, dengan pautan ke versi .pdf untuk laporan lengkap
- Surat-surat Pilihan Diarkibkan 2006-08-30 di Wayback Machine
- Biografi Thomas Jefferson
- Find-A-Grave: Thomas Jefferson
- Monticello.org: Thomas Jefferson dan Sally Hemings: Pemerian Ringkas
- Thomas Jefferson di Biographical Directory of the United States Congress
- Antikapitalisme Liberal Thomas Jefferson – oleh Claudio J. Katz
- Liberty-Tree.ca: Petikan-petikan Thomas Jefferson
- Universiti Virginia: Biografi
- Karya-karya oleh Thomas Jefferson di Projek Gutenberg
- Kedutaan Amerika Syarikat: Biografi Caracas
- Karya-karya Thomas Jefferson, Albert Ellery Bergh, ed., 19 jilid (1905). – fail ASCII terzip (5,145KB)