Pergi ke kandungan

The Album (album Blackpink)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Album
Album studio oleh
Dilancarkan pada2 Oktober 2020 (2020-10-02)[1]
Dirakamkan pada2019–2020
TempatKorea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
StudioYG Studio
Genre
Panjang24:26
Bahasa
  • Korea
  • Inggeris
Syarikat
Penerbit
Kronologi Blackpink
Blackpink 2019-2020 World Tour In Your Area - Tokyo Dome
(2020)
The Album Sunting nilai ini di Wikidata
Kronologi album studio Blackpink
Blackpink in Your Area
(2018)
The Album
(2020)
Single daripada The Album
  1. "How You Like That"
    Dikeluarkan: 26 Jun 2020
  2. "Ice Cream"
    Dikeluarkan: 28 Ogos 2020
  3. "Lovesick Girls"
    Dikeluarkan: 2 Oktober 2020
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

The Album ialah album studio Korea pertama (kedua secara keseluruhan) oleh kumpulan wanita Korea Selatan Blackpink, dikeluarkan pada 2 Oktober 2020, menerusi YG Entertainment. Album ini didahului oleh sebuah single utama serta dua single pra-keluaran: yang satu berjudul "How You Like That" yang dikeluarkan pada 26 Jun 2020 dan "Ice Cream" yang dikeluarkan pada 28 Ogos 2020, serta single utama yang berjudul "Lovesick Girls" yang dikeluarkan pada 2 Oktober 2020. Album ini akan menjadi album Korea Blackpink pertama yang dikeluarkan sejak Kill This Love (2019). Album ini dikeluarkan untuk pra-tempahan pada 28 Ogos.[4] Untuk album itu, Blackpink merakam lebih dari 10 lagu baru dan bekerja sama dengan banyak penerbit terkemuka, termasuk Teddy, Tommy Brown, R. Tee, Mr. Franks dan 24. Semua lagu ditulis dan dirakam dalam pengasingan sepanjang pandemik COVID-19, mereka menyatakan bahawa album ini "dapat memberikan banyak cahaya dan tenaga untuk semua orang yang tinggal di rumah dan tidak tahu apa yang harus dilakukan, semoga ini mampu menghiburkan mereka".[5]

The Album menghasilkan tiga single. "How You Like That" dikeluarkan sebagai single pertama pada 26 Jun 2020. "Ice Cream" menampilkan penyanyi A.S., Selena Gomez yang dikeluarkan sebagai single kedua pada 28 Ogos 2020. "Lovesick Girls" dikeluarkan sebagai single ketiga serentak dengan pelancaran album pada 2 Oktober 2020.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Mei 2020, ia telah dihebahkan bahawa kumpulan ini telah menyiapkan rakaman album terbaharu mereka, dan sedang menyiapkan jadual menjalani penggambaran untuk sebuah muzik ideo pada bulan itu.[6][7] Pada 18 Mei, label Blackpink, YG Entertainment menyampaikan berita baru mengenai projek tersebut, pada awalnya untuk Jun, mengungkapkan lebih dari 10 lagu untuk album penuh pertama mereka.[8][9][10]

Pada 10 Jun, YG menghantar ciapan sebuah poster teaser untuk single pra-keluaran di semua platform media sosial, menunjukkan tarikh keluaran single itu, iaitu 26 Jun.[11] Pada 13 Jun, YG Entertainment melancarkan sebuah prolog dari rancangan realiti terbaru Blackpink, 24/365 with Blackpink menjelang pelancaran melalui YouTube. Rancangan tersebut juga akan mendokumentasikan kembalinya mereka bersamaan dengan membahagikan aktiviti mereka di vlog.[12] Pada 15 Jun, YG Entertainment memmuat naik poster individu untuk ahli Blackpink.[13] Pada hari berikutnya poster teaser lain ditunjukkan dengan tajuk single pra-keluaran "How You Like That".[13] Foto teaser lain juga dikeluarkan pada 17 Jun.[14] Video konsep yang menunjukkan para anggota Rosé, Jennie, Lisa dan Jisoo dikeluarkan pada 18 dan 19 Jun.[15][16][17][18] Foto konsep lain juga dikeluarkan pada 20 Jun.[19] Video konsep teaser dikeluarkan sehari kemudian.[20] Poster teaser rasmi kumpulan didedahkan pada 22 Jun.[21] Teaser muzik video dikeluarkan pada 24 Jun.[22]

Pada 23 Julai, YG Entertainment mengeluarkan sebuah poster teaser untuk sebuah lagu kolaborasi baru antara kumpulan ini dengan artis yang tidak diketahui namanya, yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada Ogos.[23] Pada 28 Julai, kumpulan ini mengumumkan album studio Korea pertama mereka, BLACKPINK: The Album, yang akan dikeluarkan pada 2 Oktober 2020.[24] Pada 12 Ogos 2020, artis yang tidak diketahui namanya itu didedahkan sebagai penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat, Selena Gomez.[25] Pada 21 Ogos 2020, ia didedahkan bahawa tajuknlagu kolaborasi tersebut ialah "Ice Cream".[26] Pada 28 Ogos, menerusi akaun rasmi Instagram kumpulan, album ini akan terdiri dari 4 versi dan dikeluarkan pada 6 Oktober, sementara untuk album versi digital akan dikeluarkan pada 2 Oktober.

Dalam satu temubual pada September 2020 bersama DJ Amerika Zach Sang, Blackpink mengatakan bahawa album ini ialah "penuh dengan semua kejutan yang berbeza ini, bahkan 'Ice Cream' ialah kejutan besar." Mereka menambah bahawa penerbit rakaman Tommy Brown berkolaborasi dalam dua lagu di album tersebut, termasuk "Ice Cream".[27] Pada 27 September, kumpulan ini mengumumkan sebuah acara kemunculan semula yang dijadualkan berlangsung pada 1 Oktober.[28] Pada 28 September, ia diumumkan bahawa "Lovesick Girls" akan menjadi single ketiga dari album ini. Lagu tersebut juga dirancang menjadi lagu utama dari album ini.[29] Pada hari yang sama, Blackpink mendedahkan senarai lagu dari album ini, yang mengesahkan penulisan lagu pertama kalinya dari ahli Jennie dan Jisoo serta kolaborasi tambahan dengan penyanyi rap Cardi B, penerbit rakaman David Guetta juga Ryan Tedder.[30]

Karya seni

[sunting | sunting sumber]

Karya seni versi digital dari album ini menggambarkan sebuah mahkota berwarna merah muda yang berkilau dengan latar belakang hitam pekat, yang pertama kali didedahkan dalam poster teaser oleh YG Entertainment pada Julai 2020, bersamaan dengan tarikh keluaran rasmi album.[5] Pada Ogos, Blackpink mendedahkan bahawa edisi fizikal album ini akan tersedia dalam empat versi dengan sebuah LP edisi terhad.[31] Mengikuti keluaran versi digital album ini pada 2 Oktober, album fizikal akan dikeluarkan menyusul pada 6 Oktober.[4]

"How You Like That", dikeluarkan pada 26 Jun 2020, menjadi single pra-keluaran pertama dari The Album.[32] Keluaran lagu itu diikuti dengan sebuah muzik video arahan Seo Hyun-seung, dikeluarkan di saluran rasmi YouTube kumpulan ini pada hari yang sama.[33] Muzik video ini mengumpulkan 86.3 juta kali tayangan dalam hari pertama pelancarannya, memecahkan rekod untuk video yang paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam pertama yang sebelum ini dipegang oleh BTS "Boy with Luv"[34] dan video terpantas yang mencapai 100 juta kali tayangan, dalam tempoh 32 jam setelah selepas dikeluarkan.[35] Pada 16 Julai, sebuah versi fizikal dikeluarkan untuk penjualan di laman rasmi Blackpink, menampilkan lagu tersebut dan muzik instrumentalnya.[36] Lagu tersebut menduduki di nombor 33 di carta Billboard Hot 100, menjadikan penampilan pertama 40 besar kedua Blackpink.[32] Di Korea Selatan, lagu ini menaiki nomboor 12 di Carta Digital Gaon.[37] Pada minggu berikutnya, lagu ini naik ke kedudukan pertama, menjadikan single Blackpink ketiga yang mencapai kedudukan pertama di negara tersebut.[38]

"Ice Cream" bersama Selena Gomez dikeluarkan sebagai single pra-keluaran kedua dari album ini pada 28 Ogos. Single ini kemudian dikeluarkan di radio hit kontemporari pada 1 September 2020.[39] Lagu ini menaiki carta lagu Billboard Hot 100 di nombor 13, menjadikan lagu ini sebagai single Blackpink yang memiliki kedudukan carta lagu tertinggi di AS.[40] Lagu ini juga mencapai kedudukan ke-8 pada minggu kedua di Korea Selatan.[41] Sebuah muzik video rasmi untuk lagu ini dikeluarkan pada 28 Ogos 2020. Video itu menunjukkan Selena Gomez dan Blackpink di beberapa set dan pakaian yang berwarna pastel dan cerah.[42]

Pada 28 September, "Lovesick Girls" diumumkan sebagai single ketiga yang akan dikeluarkan pada 2 Oktober 2020. Lagu ini juga diumumkan menjadi single utama dari album itu.[29]

Ulasan kritis

[sunting | sunting sumber]
Penarafan profesional
Markah agregat
Sumber Taraf
Metacritic 68/100[43]
Markah ulasan
Sumber Taraf
Associated Press positif[44]
The Guardian 4/5 bintang[2]
The Independent 4.5/5 bintang[45]
The Telegraph 4/5 bintang[3]
The Times 2/5 bintang[46]
Rolling Stone 3.5/5 bintang[47]

Alexis Petridis dari The Guardian memuji proses penerbitan album ini dengan menyebutnya sebuah "muzik pop yang dipengaruhi rap dengan kejituan yang membuatkan usaha sebahagian besar artis Barat tampak berkurangan", namun beliau juga mengkritik akan kekurangan "konsep yang menyeluruh" dari album ini.[2] Menulis untuk The Telegraph, Neil McCormick mengatakan bahawa lagu-lagu itu "terdengar seperti lima lagu berbeza yang diikat menjadi satu" dan bahawa album itu terasa seperti "gula-gula getah Britney Spearmint dengan steroid".[3]

Mikael Wood dari Los Angeles Times memberikan penilaian negatif, menyebut bahawa album ini "menindas" dan "hampir keseluruhannya tidak sejalan dengan tren muzik pop yang sedia ada" juga bahawa keluaran itu "gagal memenuhi syarat muzik pop lama juga yang baru".[48]

Sambutan komersial

[sunting | sunting sumber]

Pada 4 September 2020, YG Entertainment mengumumkan bahawa The Album telah melepasi 800.000 pra-tempahan dalam tempoh 6 hari setelah tempoh pra-tempahan bermula. Menurut syarikat, jumlah pra-tempah mencapai lebih dari 530.000 salinan di Korea Selatan, dan pra-tempah gabungan dari Amerika Syarikat dan Eropah berjumlah sekitar 270.000 unit.[49] Pada 2 Oktober, The Album telah melampaul satu juta pesanan pra-tempah, menjadikannya album pertama oleh sebuah kumpulan vokal wanita Korea Selatan yang melepasi angka tersebut. Dari jumlah satu juta tersebut, 670.000 pesanan pra-tempah ialah dari Korea, dengan 340.000 berasal dari AS dan Eropah. Selain itu, sebuah vinil yang diterbitkan terhad hingga 18.888 salinan terjual habis hanya dalam waktu beberapa hari.[50]

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]

Kredit diiperolehi dari Tidal dan poster pengungkapan senarai lagu rasmi Blackpink.[51]

Senarai lagu The Album – Edisi piawai
No.TajukGubahanMasa
1."How You Like That"
  • R.Tee
  • 24
3:01
2."Ice Cream" (bersama Selena Gomez)
  • Brown
  • Mr. Franks
  • Teddy
2:56
3."Pretty Savage"
  • Teddy
  • 24
  • R.Tee
3:19
4."Bet You Wanna" (bersama Cardi B)
  • Brown
  • Mr. Franks
  • Teddy
2:39
5."Lovesick Girls"
  • 24
  • R.Tee
3:12
6."Crazy Over You"
  • 24
  • R.Tee
  • Future Bounce
2:41
7."Love To Hate Me"
  • Apte
  • Grimaldi
  • 24
  • Vince
  • Teddy
2:49
8."You Never Know"243:49
Jumlah masa: 24:26


Tenaga kerja

[sunting | sunting sumber]

Kredit diperolehi dari Tidal dan laman web rasmi kumpulan.

  • Jennie – vokal (semua trek), penulis lirik, komposer muzik (trek 5)
  • Jisoo – vokal (semua trek), penulis lirik (trek 5)
  • Rose – vokal (semua trek)
  • Lisa – vokal (semua trek)
  • Selena Gomez – vokal, komposer muzik (trek 2)
  • Teddy – penerbit, penulis lirik (trek 1-3, 5-6), gubahan (trek 2-4, 7)
  • 24 – penerbit (trek 1-3, 5-8), gubahan (trek 1, 3, 5-8)
  • R. Tee – penerbit (trek 1-3, 5-6), gubahan (trek 1, 3, 5-6)
  • Bekuh Boom – penulis lirik (trek 2, 6, 8)
  • Tommy Brown – penerbit (trek 2)
  • Serban Ghenea – pengadun (trek 2, 4)
  • Jason Roberts – pengadun (trek 3, 5-8)
  • Victoria Monét – komposer muzik, penulis lirik (trek 2)
  • Ariana Grande – komposer muzik (trek 2)
  • Mr. Franks – penerbit, gubahan (track 2)
  • Danny Chung – penulis lirik (trek 1, 3, 5-7)
  • LØREN – penulis lirik (trek 3, 5)
  • Vince – penulis lirik (trek 3), gubahan (trek 7)
  • Cardi B – vokal, penulis lirik (trek 4)
  • Ryan Tedder – penulis lirik (trek 4)
  • Steven Franks – penulis lirik (trek 4)
  • Melanie Fontana – penulis lirik (trek 4)
  • Torae Carr – penulis lirik (trek 4)
  • Jonathan Descartes – penulis lirik (trek 4)
  • Leah Haywood – komposer muzik (trek 5)
  • David Guetta – komposer muzik (trek 5)
  • Future Bounce – komposer muzik, gubahan (trek 6)
  • Tushar Apte – komposer muzik, penulis lirik, gubahan (trek 7)
  • Rob Grimaldi – komposer muzik, penulis lirik, gubahan (trek 7)
  • Chloe George – penulis lirik (trek 7)
  • Steph Jones – penulis lirik (trek 7)

Sejarah keluaran

[sunting | sunting sumber]
Tarikh keluaran dan format untuk The Album
Negara Tarikh Format Label Ruj.
Pelbagai wilayah 2 Oktober 2020 [4]
United Kingdom Kaset [52]
Korea Selatan 6 Oktober 2020 [4][53]
Jepun 12 Oktober 2020 CD YG [54]
Amerika Syarikat 31 Disember 2020 Vinil
  • YG
  • Interscope
[55]
  1. ^ Evan Minsker (28 Julai 2020). "BLACKPINK announce new album". Pitchfork. Dicapai pada 28 Julai 2020.
  2. ^ a b c Petridis, Alexis (2 Oktober 2020). "Blackpink: The Album review – brilliance from the world's biggest girl band". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-02. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  3. ^ a b c McCormick, Neil (2 Oktober 2020). "Blackpink, The Album, review: lab-made pop that gloriously basks in its own utter banality". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-02. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  4. ^ a b c d Yoon, So-yeon (28 Ogos 020). "Preorders begin for Blackpink's first full-length album". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 18 September 2020.
  5. ^ a b "Everything We Know About Blackpink's Debut Album (So Far)". Glenn Rowley. Billboard. 25 September 2020. Dicapai pada 27 September 2020.
  6. ^ Moon, Wan-sik (4 Mei 2020). "[단독] 블랙핑크, 6월 컴백..YG "정확한 날짜 팬들에게"(종합)". Star News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 18 Mei 2020.
  7. ^ "BLACKPINK comeback scheduled in June 2020". Rappler. 18 Mei 2020. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  8. ^ "#BLACKPINK 정규 앨범에 대하여". YG Family. 18 Mei 2020. Dicapai pada 18 Mei 2020 – melalui Twitter.
  9. ^ Benjamin, Jeff (18 Mei 2020). "BLACKPINK Announce New Singles This Summer, Full Album For September". Forbes. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  10. ^ "블랙핑크 측 "첫 정규앨범 작업 끝…오는 9월 발표 예정" [공식]". Sports Dongha. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  11. ^ Ent, Y. G. "BLACKPINK – COMEBACK TEASER POSTER". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Jun 2020.
  12. ^ "블랙핑크, 새 단독 리얼리티 론칭…팬들과 적극 소통한다". Herald Pop (dalam bahasa Korea). 13 Jun 2020. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  13. ^ a b @ygent_official (15 Jun 2020). "#BLACKPINK 'How You Like That' TITLE POSTER" (Twit) – melalui Twitter.
  14. ^ @ygent_official (17 Jun 2020). "#BLACKPINK 'How You Like That' TITLE POSTER" (Twit) – melalui Twitter. Invalid |number= parameter (bantuan {{en}})
  15. ^ @ygent_official (18 Jun 2020). "How You Like That' ROSÉ Concept Teaser Video" (Twit) – melalui Twitter. Invalid |number= parameter (bantuan {{en}})
  16. ^ @ygent_official (18 Jun 2020). "How You Like That' JENNIE Concept Teaser Video" (Twit) – melalui Twitter. Invalid |number= parameter (bantuan {{en}})
  17. ^ @ygent_official (19 Jun 2020). "How You Like That' LISA Concept Teaser Video" (Twit) – melalui Twitter. Invalid |number= parameter (bantuan {{en}})
  18. ^ @ygent_official (19 Jun 2020). "How You Like That' JISOO Concept Teaser Video" (Twit) – melalui Twitter. Invalid |number= parameter (bantuan {{en}})
  19. ^ @ygent_official (20 Jun 2020). "How You Like That' TITLE POSTER" (Twit) – melalui Twitter. Invalid |number= parameter (bantuan {{en}})
  20. ^ @ygent_official (21 Jun 2020). "How You Like That' Concept Teaser Video" (Twit) – melalui Twitter.
  21. ^ @ygent_official (22 Jun 2020). "How You Like That' CREDIT POSTER" (Twit) – melalui Twitter.
  22. ^ @ygent_official (24 Jun 2020). "How You Like That' M/V TEASER" (Twit) – melalui Twitter.
  23. ^ Ent, Y. G. "BLACKPINK to Release Second New Single on August… Shocking Collaboration Coming Up". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Ogos 2020.
  24. ^ Minsker, Evan (28 Julai 2020). "BLACKPINK announce new album". Pitchfork. Dicapai pada 1 Ogos 2020.
  25. ^ "Selena Gomez Officially Confirms Blackpink Collaboration". Billboard. 11 Ogos 2020. Dicapai pada 12 Ogos 2020.
  26. ^ "Blackpink & Selena Gomez Just Confirmed the Title of Their Collaboration & It's a Treat". Billboard. 21 Ogos 2020. Dicapai pada 21 Ogos 2020.
  27. ^ "Blackpink joins radio show with Selena Gomez, teases about first full album". OSEN. Vlive. 11 September 2020. Dicapai pada 11 September 2020.
  28. ^ "BLACKPINK announces 'THE ALBUM' event, shares teaser videos featuring Rosé and Lisa". Debbie Carr. NME. 27 September 2020. Dicapai pada 27 September 2020.
  29. ^ a b Iasimone, Ashley (27 September 2020). "Blackpink Announces New Single From 'The Album'". Billboard. Dicapai pada 28 September 2020.
  30. ^ "'THE ALBUM' TRACKLIST POSTER". Twitter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2020. Dicapai pada 29 September 2020.
  31. ^ @BLACKPINK (29 Ogos 2020). "Pre-order 1 of our 4 exclusive album versions with @Target now! smarturl.it/BLACKPINKTHEALBUM/target" (Twit). Dicapai pada 27 September 2020 – melalui Twitter.
  32. ^ a b "Five Burning Questions: Blackpink Debut in the Top 40 With 'How You Like That'". Billboard. 7 Julai 2020. Dicapai pada 25 September 2020.
  33. ^ "BLACKPINK 'How You Like That' by Seo Hyun-seung". Promonews. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2020. Dicapai pada 25 September 2020.
  34. ^ Kim, Soo-hyun (30 Jun 2020). "블랙핑크, 유튜브 공식발표 24시간 조회수 8630만 '최초·최고·최대'…글로벌 파급력 [공식]" [BLACKPINK, YouTube official 24 hour announcement with 86.3 million views "First, Best, The Most"...global ripple effect [formula]]. Sports Chosun (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2020. Dicapai pada 21 September 2020.
  35. ^ "BLACKPINK's 'How You Like That' becomes fastest video ever to top 100 million YouTube views". The Korea Herald. 28 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2020. Dicapai pada 28 Jun 2020.
  36. ^ "BLACKPINK SPECIAL EDITION [How You Like That]". YG Select. 28 Jun 2020. Dicapai pada 25 September 2020.
  37. ^ Park, Se-yeon (2 Julai 2020). 블루 '다운타운 베이비' 가온차트 2관왕 '이효리 효과' [Bloo "Downtown Baby" crowns Gaon for a second week "Lee-Hyori effect"]. MK (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 25 September 2020.
  38. ^ Hwang, Ji-young (9 Julai 2020). "아이유, 가온차트 6월 2관왕…2개월 연속 기록". Joins (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 26 September 2020.
  39. ^ "Top 40/M Future Releases". All Access Music Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
  40. ^ Trust, Gary (8 September 2020). "Blackpink Hits New Hot 100 High With Debut of Selena Gomez Collab 'Ice Cream'". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 September 2020.
  41. ^ 2020년 36주차 Digital Chart [Digital Chart - Week 36 of 2020]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2020. Dicapai pada 27 September 2020.
  42. ^ Chakraborty, Riddhi (2 Ogos 2020). "Watch BLACKPINK and Selena Gomez's Sugary-Sweet Video for 'Ice Cream'". Rolling Stone India. Dicapai pada 26 September 2020.
  43. ^ "Blackpink - The Album". Metacritic. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  44. ^ Jaleru, Cristina (2 Oktober 2020). "Review: Blackpink in your area, and they're here to stay". Associated Press. Dicapai pada 2 Oktober 2020 – melalui Independent.
  45. ^ Jaleru, Christina (2 Oktober 2020). "Review: BLACKPINK in your area, and they're here to stay". The Independent. Dicapai pada 3 Oktober 2020.
  46. ^ Hodgkinson, Will (2 Oktober 2020). "Blackpink, The Album, review: lab-made pop that gloriously basks in its own utter banality". The Times. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  47. ^ Chan, Tim (2 Oktober 2020). "Blackpink's 'The Album' Is an Adrenaline Shot That Wears Off a Little Too Quick". Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  48. ^ Wood, Mikael (2 Oktober 2020). "Review: Blackpink's debut album gleams and preens. So why isn't it very much fun?". Los Angeles Times. Dicapai pada 2 Oktober 2020. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  49. ^ Yonhap (4 September 2020). "Pre-orders for BLACKPINK's upcoming album top 800,000 units". The Korea Herald. Dicapai pada 11 September 2020.
  50. ^ 블랙핑크, 첫 정규 선주문량 100만장 돌파..K팝 걸그룹 최초·최고·최다 신기록 [공식] [Blackpink's first full album surpassed 1 million pre-orders...K-pop girl group's first, best, most new record]. Osen (dalam bahasa Korea). 2 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-02. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  51. ^ "'THE ALBUM' TRACKLIST POSTER". Twitter. 28 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2020. Dicapai pada 29 September 2020.
  52. ^ "The Album Cassette 1". Universal Music Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2020. Dicapai pada 29 September 2020.
  53. ^ "Blackpink 1st Full Album" (dalam bahasa Korea). YG, Interscope. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-02. Dicapai pada 30 September 2020 – melalui YG Select.
  54. ^ "The Album: Blackpink Vol.1 (Ver.1)" (dalam bahasa jp). YG. Dicapai pada 18 September 2020 – melalui Tower Records.CS1 maint: unrecognized language (link)
  55. ^ "Standard LP + Digital Album". YG, Interscope. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-26. Dicapai pada 30 September 2020 – melalui Universal Music Group.