Tanganyika
Penampilan
Tanganyika (تاڠاڽيقا) Republik Tanganyika (ريڤوبليق تاڠاڽيقا) (dari 1962) | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1961–1964 | |||||||||
Bendera Republik Tanganyika | |||||||||
Lagu kebangsaan: Mungu ibariki Afrika | |||||||||
Status | Alam Komanwel, republik (dari 1962) | ||||||||
Ibu negara | Dar es Salaam | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Swahili Inggeris | ||||||||
Kerajaan | Monarki berperlembagaan (1961-1962), Republik (1962-1964) | ||||||||
• 1961-1962 | Elizabeth II | ||||||||
• 1962-1964 | Julius Nyerere | ||||||||
• 1961-1962 | Richard Gordon Turnbull | ||||||||
Sejarah | |||||||||
• Kemerdekaan | 9 Disember 1961 | ||||||||
• Penggabungan dengan Zanzibar | 26 April 1964 | ||||||||
Mata wang | Shilling Afrika Timur | ||||||||
|
Tanganyika (تاڠاڽيقا) dan kemudian secara rasmi dikenali sebagai Republik Tanganyika merupakan sebuah negara berdaulat dari tahun 1961 hingga 1964. Ia terletak di antara Lautan Hindi dan Tasik-Tasik Besar Afrika iaitu Tasik Victoria, Tasik Malawi dan Tasik Tanganyika. Ia mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom sebagai sebahagian daripada Komanwel pada 9 Disember 1961 dan menjadi sebuah republik dalam Negara-Negara Komanwel setahun kemudian pada 9 Disember 1962. Pada 26 April 1964, Tanganyika bergabung dengan kepulauan Zanzibar untuk membentuk Republik Tanganyika dan Zanzibar Bersatu. Negara bersatu kemudiannya menukar namanya kepada Republik Bersatu Tanzania dalam masa kurang setahun.