Syed Nasir Syed Ismail
Syed Nasir Syed Ismail | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 9 Januari 1978 – 16 Mac 1982 | |
Didahului oleh | Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud |
Digantikan oleh | Mohamed Zahir Ismail |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pagoh | |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Muhyiddin Yassin |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Muar Dalam | |
Dalam jawatan 1971–1974 | |
Didahului oleh | Aziz Ishak |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka | |
Dalam jawatan 1957–1969 | |
Didahului oleh | Ungku Abdul Aziz |
Digantikan oleh | Ali Haji Ahmad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 7 Mac 1921 Batu Pahat, Johor, British Malaya (kini Malaysia) |
Mati | 16 Mac 1982 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 61)
Tempat semadi | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Toh Puan Sharifah Aishah Syed Muhammad Al-Habshee |
Pertalian | Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil (menantu) |
Anak | 10 (termasuk Syed Mohd Yusof Syed Nasir dan Syed Alwi) |
Pekerjaan | Ahli politik |
| |||||||||||||
|
Allahyarham Tun Dato' Syed Nasir bin Syed Ismail (7 Mac 1921 – 16 Mac 1982) merupakan seorang tokoh politik UMNO di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat kelima dari 9 Januari 1978 hingga 16 Mac 1982.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Syed Nasir dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921 dan meninggal dunia pada 16 Mac 1982. Beliau berasal dari Johor dan berketurunan Syed yang dikaitkan dengan keturunan Nabi Muhammad di tanah Hadramaut / Arab. Keluarga beliau mempunyai susur galur keturunan di Kabupaten Siak, Provinsi Riau, Indonesia. Di Johor ramai orang Melayu berketurunan Syed dan mendapat tempat istimewa dalam masyarakat. Tokoh lain ialah Syed Jaafar Albar.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Anaknya Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Jojo[1] merupakan seorang usahawan yang terkenal. Antara perniagaan beliau yang terkenal ialah Hardrock Cafe.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pengarah DBP
[sunting | sunting sumber]Semasa menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka,[2] berlaku peristiwa Keranda 152. Kebanyakan buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ketika itu ada kata pengantar daripada Tun Syed Nasir Ismail. Tahun 1970-an, semua buku teks dicetak dan dibekalkan oleh DBP. Bahasa Melayu digunakan sebagai meluas selaraskan dengan Penyata Razak.
Speaker Dewan Rakyat
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[3] Semasa menjadi speaker, beliau pernah sendiri ke Kem Tahanan Kamunting untuk majlis angkat sumpah dua orang ahli parlimen DAP yang ditahan di bawah ISA.
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]Senarai darjah kebesaran yang diterima
- Malaysia
- Seri Setia Mahkota (SSM) - Tun
- Panglima Mangku Negara (PMN) - Tan Sri
- Johan Mangku Negara (JMN)
- Johor
- Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) - Dato'
- Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) - Dato'
- Pingat Ibrahim Sultan (PIS)
- Bintang Sultan Ismail (BSI)
- Pahang
- Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) - Dato', kini Dato' Indera
Legasi
[sunting | sunting sumber]Sebuah sekolah di Johor Bharu telah dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail.[4] Taj Sekolah Agama Tun Syed Nasir dibina di Tanjung Agas, Tangkak. Biasiswa Tun Syed Nasir[5] diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 1992 untuk pelajar yang layak. Politeknik Tun Syed Nasir telah dibina di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh sebagai mengenang jasa beliau sebagai Ahli Parlimen Pagoh.[6]
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Beliau meninggal dunia pada 1982. Makam beliau terletak di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Pendidikan Cina di Malaysia: Sejarah, Politik dan Gerakan Perjuangan ...By Yao Sua Tan
- SEJARAH awal penubuhan Kolej Tun Syed Nasir (KTSN)
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Tun Syed Nasir: Mengimbau jasa, menjujung citra; Noriah Mohamed dan Ghazali Basri; Yayasan Warisan Johor; ISBN: 978-983-2440-23-9[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]
Penyandang Terdahulu | Ahli Parlimen Pagoh 1974 - 1978 |
Penyandang Kemudian |
Ahli Parlimen Muar Dalam Aziz Ishak |
Tan Sri Muhyiddin Yassin |
- Penerima Seri Setia Mahkota
- Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
- Kelahiran 1921
- Kematian 1982
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Kematian akibat serangan jantung
- Yang di-Pertua Dewan Rakyat
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-3
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Penerima Panglima Mangku Negara
- Orang Malaysia berketurunan Yaman
- Penerima Darjah Dato’ Sri Setia Sultan Ismail Johor