Sultanah Nur Diana Petra Abdullah
Sultanah Nur Diana Petra سلطانة نور ديانا ڤيترا | |||||
---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan | |||||
Sultanah Kelantan | |||||
Tempoh | 2 Ogos 2022 - kini | ||||
Pemasyhuran | 12 November 2022 | ||||
Didahului oleh | Tengku Anis (sebagai Raja Perempuan) | ||||
Keputeraan | Jana Jakoubková 25 Februari 1988 (umur 36 tahun, 9 bulan dan 27 hari) Prague, Czechoslovakia (kini Republik Czech) | ||||
Pasangan | Sultan Muhammad V (k. 2010) | ||||
| |||||
Agama | Islam |
YMM Raja Perempuan Tengku Anis |
YAM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra |
YTM Tengku Mahkota |
YAM Tengku Maharani Putri
|
YBM Tengku Laksamana
|
YBM Tengku Temenggong
|
YBM Tengku Sri Kelana D’Raja |
YBM Tengku Kaya Perkasa |
YBM Tengku Keso’ma Mastika |
Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah (Jawi: دولي يڠ مها موليا سلطانه نور ديانا ڤيترا عبدالله ; lahir Jana Jakoubková; 25 Februari 1988 di Republik Czech) merupakan Sultanah Kelantan dan permaisuri kepada Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad V.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Sultanah Nur Diana Petra Abdullah dilahirkan di Prague, Republik Czech dahulunya Czechoslovakia pada 25 Februari 1988.[1]
Perkahwinan
[sunting | sunting sumber]Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 30 Oktober 2010.[2]
Peranan dan penampilan awam
[sunting | sunting sumber]Kemunculan pertamanya sebagai Sultanah Kelantan adalah pada September 2022 di mana baginda menerima kunjungan rombongan Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian.[3]
Sebagai Sultanah Kelantan, baginda selalu menemani suaminya dalam acara rasmi dan tidak rasmi. Baginda menghadiri Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-53 pada 12 November 2022.[4]
Sumbangan sosial
[sunting | sunting sumber]Sultanah Nur Diana Petra Abdullah juga merupakan penaung diraja untuk pelbagai pertubuhan dan badan-badan kebajikan di negeri Kelantan. Pertubuhan di bawah baginda terdiri daripada:
- Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Kelantan.
- Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Kelantan.
Gelaran Diraja
[sunting | sunting sumber]Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah dimasyhurkan dengan kurniaan Pangkat Kemuliaan yang membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan pada 2 Ogos 2022.[5][6]
Gelaran DYMM Sultanah Kelantan diperuntukan untuk permaisuri sultan yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa), manakala gelaran DYMM Raja Perempuan Kelantan diperuntukan untuk permaisuri sultan yang berketurunan diraja. Gelaran ini kali terakhir digunapakai oleh DYMM Sultanah Zainab (Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Muhammad IV Ibni Sultan Muhammad III (10 Februari 1899 - 23 Disember 1920).
Dalam lipatan sejarah Kesultanan Kelantan juga terdapat tiga permaisuri yang bernama Zainab iaitu:
1) Sultanah Zainab (Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Muhammad IV (1888-1920)
2) Raja Perempuan Zainab I (Tengku Zainab binti Tengku Zainal Abidin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Ibrahim (1914-1960)
3) Raja Perempuan Zainab II (Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra) permaisuri kepada KDYMM Sultan Yahya Petra (1939-1979)
Panggilan dan gelaran
[sunting | sunting sumber]Gelaran hormat bagi Sultanah Nur Diana Petra Abdullah | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Maha Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |
- 25 Februari 1988 - 30 Oktober 2010: Cik Jana Jakoubková
- 30 Oktober 2010 - 2 Ogos 2022: Yang Berbahagia Che Puan Nur Diana Petra Abdullah
- 2 Ogos 2022 - kini: Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan
Nama penuh berserta gelaran rasmi baginda ialah:
Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, D.K., S.P.M.K., Sultanah Kelantan
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah dianugerahkan:
Penghargaan Kelantan
[sunting | sunting sumber]Eponim
[sunting | sunting sumber]Dalam majlis perasmian Festival Flora Negeri Kelantan 2024 yang diadakan pada bulan 8 Oktober 2024, satu spesies orkid kacukan hibrid telah dinamakan sebagai “Orkid Vandachostylis Sultanah Nur Diana Petra”, sebagai penghormatan kepada baginda. Nama ini diberikan oleh Persatuan Holtikultur Diraja yang berpusat di United Kingdom.[8]
Orkid berkenaan dihasilkan daripada kacukan antara Vandachostylis Prapawan sebagai induk betina dengan Vanda Ratchaburi Blue sebagai induk jantan. Kacukan hibrid itu dilakukan pada Julai 2021 dan berbunga kali pertama pada 8 Mac 2024.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Suzi (9 Oktober 2023). "Ramai Terpegun Kecantikan Sultanah Nur Diana Petra, Gaya & Sisi Anggun Baginda Pikat Perhatian!". Nona. Dicapai pada 10 Oktober 2023.
- ^ @hrhnurdiana (30 Oktober 2023). "Happy 13th Anniversary sayangku❤️" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 November 2023 – melalui Instagram.
- ^ "Kelantan Sultanah receives visitors in first appearance following proclamation". The Star (Malaysia). 13 September 2022. Dicapai pada 14 September 2022.
- ^ "Kelantan Sultanah heads the state award list". Bernama. 12 November 2022. Dicapai pada 14 November 2022.
- ^ Nor Fazlina Abdul Rahim (2 Ogos 2022). "Sultan Kelantan isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan". Berita Harian. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
- ^ Yatimin Abdullah (2 Ogos 2022). "Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, isteri baginda dengan gelaran Sultanah Kelantan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
- ^ Aswany Omar (12 November 2022) Sultanah Nur Diana Petra Abdullah dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK). Sinar Harian.
- ^ "Orkid Vandachostylis Sultanah Nur Diana Petra didaftar di UK". Harian Metro. 8 Oktober 2024. Dicapai pada 12 Oktober 2024.