Stadium Pekerja
Stadium Pekerja (Cina Ringkas: 工人体育场 ; Cina Tradisional: 工人體育場 ; pinyin: Gōngrén Tǐyùcháng), sering dipanggil Gongti atau Gong Ti, merupakan stadium serbaguna di Wilayah Chaoyang menghala timur laut Beijing, China. Ia sering menganjurkan perlawanan bola sepak. Ia dibina pada 1959 dan kali terakhir diubahsuai pada 2004. Ia kini mempunyai kapasiti 70,161. Ia merupakan salah satu daripada 10 Bangunan Terbesar dibina pada 1959 ketika sambutan ulang tahun ke-10 Republik Rakyat China.
Stadium ini merupakan venue utama ketika Sukan Asia 1990, yang mana berlangsungnya majlis perasmian dan penutupan. Terdapat banyak perlawanan yang melibatkan Kelab Bola Sepak Beijing Guo'an diadakan di stadium ini.
Bagi Sukan Olimpik 2008 ia akan menganjurkan perlawanan suku akhir dan separuh akhir bola sepak.
Kawasan utara dan barat stadium ini popular sebagai destinasi waktu malam. Arena Tertutup Pekerja terletak di sebelah barat
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Football stadiums in China (Jerman)
- Sports Illustrated Article, retrieved April 03, 2007
- The Chronicle of Gongti Ximen, article about nightlife area