Sim Chee Keong
Steven Sim | |
---|---|
沈志强 | |
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Pulau Pinang | |
Menyandang jawatan 22 September 2024 | |
Timbalan | Ramkarpal Singh |
Didahului oleh | Chow Kon Yeow |
Menteri Sumber Manusia Malaysia | |
Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah (2022-2024) Sultan Ibrahim Ismail (2024-kini) |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Abdul Rahman Mohamad |
Didahului oleh | V. Sivakumar |
Timbalan Menteri Kewangan II | |
Dalam jawatan 10 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Yamani Hafez Musa |
Digantikan oleh | Lim Hui Ying |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Bukit Mertajam, Pulau Pinang | |
Menyandang jawatan 6 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Chong Eng |
Majoriti | 57,685 (PRU-15) 52,877 (PRU-14) 43,063 (PRU-13) |
Timbalan Menteri Belia dan Sukan | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
Didahului oleh | Saravanan Murugan |
Digantikan oleh | Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sim Chee Keong 13 Mei 1982 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia |
Parti politik | DAP |
Pasangan | Zhen Ru Yin @ Chan Jo Rin[1] |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Laman web | stevensim |
YB Tuan Steven Sim Chee Keong (Cina ringkas: 沈志强; Cina tradisional: 沈志強; pinyin: Shěn Zhìqiáng; Pe̍h-ōe-jī: Sím Chì-kiông; dilahirkan pada 13 Mei 1982) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Sumber Manusia Malaysia dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam. Di peringkat parti beliau ialah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP sejak Mac 2022.
Pada Januari 2011, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), salah satu kerajaan tempatan terbesar di Malaysia.
Beliau sering menulis untuk majalah Penang Monthly (sebelumnya dikenali sebagai Penang Economic Monthly) serta menyumbang rencana pendapat ke portal berita dalam talian utama Malaysia seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider. Beliau telah menulis 4 buku, termasuk kritikan sosio-politik kontemporari terhadap karya Melayu klasik Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah: Adiwira Bangsa pada tahun 2021.
Pada tahun 2012, beliau telah dinamakan sebagai Young Global Leader oleh Forum Ekonomi Sedunia yang berpusat di Geneva.[2] Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Penang Institute, sebuah badan pemikir dasar awam yang berpusat di Pulau Pinang.
Beliau fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Hokkien, dan Mandarin.[3]
Pendidikan dan Kerjaya Politik Awal
[sunting | sunting sumber]Pendidikan awal Sim bermula di SK Stowell dan Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam (HSBM). Beliau telah menamatkan pengajian Sarjana Muda dalam Sains Komputer daripada Universiti Malaya pada tahun 2004. Beliau kemudian menyambung Ijazah Sarjana dalam Pembangunan Mampan di Jeffrey Sachs Centre on Sustainable Development di Universiti Sunway dan berjaya menamatkan pengajian tersebut pada tahun 2020.
Beliau pernah berkhidmat di sebuah syarikat multinasional selama tiga tahun sebelum menyertai kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun 2008.[4] Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Penang Institute, sebuah badan pemikir dasar awam terkemuka yang berpusat di Pulau Pinang, Malaysia.
Sim sebelumnya adalah Setiausaha Eksekutif di Network of Social Democracy in Asia, sebuah landasan serantau bagi parti politik, cendekiawan, dan NGO yang berpegang kepada ideologi demokrasi sosial.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]Sim juga merupakan penulis empat buah buku.
The Audacity to Think: An Invitation to Rethink Politics (2012); Being Malaysia (2018); antologi puisi Melayu, Dalam Salju Ada Bunga (2018); dan kritikan sosio-politik kontemporari mengenai karya Melayu klasik Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah: Adiwira Bangsa (2021).
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan Pilihanraya | Pembangkang | Undi | Prts | Kerajaan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | P045 Bukit Mertajam, Pulau Pinang | Sim Chee Keong (DAP) | 55,877 | 80.29% | Gui Guat Lye (MCA) | 12,814 | 18.41% | 69,590 | 43,063 | 88.10% | ||
2018 | Sim Chee Keong (DAP) | 63,784 | 85.40% | Gui Guat Lye (MCA) | 10,907 | 14.60% | 75,977 | 52,877 | 85.37% | |||
2022 | Sim Chee Keong (DAP) | 71,722 | 77.33% | Steven Koh Tien Yew (PAS) | 14,037 | 15.14% | 93,695 | 57,685 | 77.5% | |||
Tan Yang Pang (MCA) | 6,986 | 7.53% |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-08-31.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen 2013". Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya umum 2004.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 5 May 2014. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya umum 2004.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya umum 2013.
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1982
- Anggota Parti Tindakan Demokratik
- Orang hidup
- Ahli politik Malaysia berketurunan Cina
- Orang dari Pulau Pinang
- Roman Katolik Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Orang dari Bukit Mertajam
- Alumni Universiti Malaya
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15