Sekolah Menengah Sains Johor
Sekolah Menengah Sains Johor | |
---|---|
Lokasi | |
KM. 1, Jalan Batu Pahat,, 86000 Kluang, Johor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kerajaan,Sekolah Berprestasi Tinggi |
Moto | 'BUDI,KARYA,BAKTI' |
Nombor sekolah | 077722458 |
Kod sekolah | JEE2043 [1] |
Pengetua | Tuan Mohd.Sofian Bin Mohd Aris |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Cik Susanti Binti Gamin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Sazali@Azali Bin Rohani |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Mohd Zakaria bin Yatimin |
Faks | 077723786 |
Laman sesawang | Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google | |
Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh dan Sekolah Berprestasi Tinggi yang telah dibina pada tahun 1973 di bawah Rancangan Malaysia Ke-2. Sekolah Menengah Sains Johor merupakan sebuah sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan bukan akademik.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Upacara meletakkan batu asas sekolah ini dilakukan oleh Tun Hamdan Sheikh Tahir, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada hari Rabu, 23 Mei 1973.
Kumpulan pertama pelajar SMSJ ditempatkan sementara di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sehinggalah sekolah ini siap dibina dan mula digunakan pada bulan April 1974. Pengetua pertama ialah Tuan Syed Ahmad Omar Al-Atas dan sejak tahun 1974, 13 orang pengetua telah mentadbir sekolah ini.
Lokasinya yang terletak kira-kira satu kilometer dari bandar Kluang dengan kawasan seluas 32 ekar, SMSJ menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar peringkat menengah dari tingkatan satu hingga lima. Kelas tingkatan enam dibuat pada tahun 1974 dengan 28 orang pelajar dan program ini tamat pada tahun 1984. Dari tahun 1985 sehingga 1989, sekolah ini menjalankan program GCE A-level. Sejak tahun 1990 sehingga sekarang, sekolah ini menerima pelajar tingkatan satu hingga lima sahaja. Mulai tahun 1994 sehingga 1998, sekolah ini menerima pelajar tingkatan satu daripada keluarga berpendapatan rendah.
Padang utama siap pada tahun 1976 dan padang kedua siap pada tahun 1988. Kelas komputer dijalankan mulai tahun 1976. Semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 digalakkan mengikuti kursus komputer selama 3 tahun. Surau yang boleh menampung seramai 800 orang telah siap dibina pada tahun 1993 dan telah menjadi pusat kecemerlangan rohani. Sekolah ini juga telah mendapat bangunan tambahan yang dijadikan sebagai koperasi sekolah.
Pada tahun 1996, empat buah kelas tingkatan 4 telah dikhaskan untuk aliran Sains Kejuruteraan dan hanya sebuah kelas untuk Sains Tulen. Pada tahun 2000an hingga 2016 sekolah ini mempunyai tiga kelas sains tulen dan dua kelas sains teknikal. Pada tahun 2022, aliran sains teknikal sudah tidak lagi ditawarkan dan kesemua kelas telah dikhaskan untuk aliran sains tulen. Mulai tahun 2023, pelajar Tingkatan 4 akan mengikuti program Dual Language Programme (DLP) sepenuhnya. Sekolah ini telah terpilih menjadi sekolah bestari pada tahun 1999.
Aliran di SMSJ
[sunting | sunting sumber]Aliran Menengah Rendah
[sunting | sunting sumber]Nama Kelas | Nama Aliran | Mata Pelajaran
Wajib |
Bidang Teknik | Bidang Kesenian | Bahasa
Antarabangsa |
Aliran DLP |
---|---|---|---|---|---|---|
Muafakat 1721 | Sains DLP | Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam/Moral |
Reka Bentuk dan
Teknologi |
Pendidikan Muzik | Bahasa Cina | DLP |
Merdeka 1721 | Sains Agama | Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam/Moral |
Reka Bentuk dan
Teknologi |
Pendidikan Seni
Visual |
Bahasa Arab | |
Matlamat 1721 | Sains Muzik | Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam/Moral |
Reka Bentuk dan
Teknologi |
Pendidikan Muzik | Bahasa Jerman | |
Malaysia 1721 | Sains Seni | Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam/Moral |
Reka Bentuk dan
Teknologi |
Pendidikan Seni
Visual |
Bahasa Arab |
Nama Kelas | Nama Aliran | Mata
Pelajaran Wajib |
Bidang Teknik | Bidang Kesenian | Bahasa Antarabangsa | Aliran DLP |
---|---|---|---|---|---|---|
Muafakat 1822 | Sains Komputer | Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam/Moral |
Asas Sains Komputer | Pendidikan Muzik | Bahasa Jerman | |
Merdeka 1822 | Sains Agama | Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam |
Reka Bentuk dan Teknologi | Pendidikan Seni Visual | Bahasa Arab | |
Matlamat 1822 | Sains DLP | Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam/Moral |
Reka Bentuk dan Teknologi | Pendidikan Muzik | Bahasa Cina | DLP |
Malaysia 1822 | Sains RBT | Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam |
Reka Bentuk dan Teknologi | Pendidikan Seni Visual | Bahasa Jerman |
Aliran Menengah Atas
[sunting | sunting sumber]Nama Kelas | Nama Aliran | Mata pelajaran teras | Mata pelajaran tambahan | Mata pelajaran Aliran |
---|---|---|---|---|
Tesla 1418 | Sains Teknikal | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sejarah |
Pend. Islam, Fizik,
Kimia,Matematik Tambahan |
Grafik Komunikasi Teknikal,
Asas Kelestarian |
Signifikan 1418 | Sains Tulen | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik,Sejarah |
Pend. Islam, Fizik,
Kimia,Matematik Tambahan |
Biologi |
Sinergi 1418 | Sains Tulen | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Sejarah
Matematik, |
Pend. Islam, Fizik,
Kimia,Matematik Tambahan |
Biologi |
Superior 1418 | Sains Tulen | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Sejarah , Matematik, |
Pend. Islam, Fizik,
Kimia,Matematik Tambahan |
Biologi |
Pengetua-Pengetua
[sunting | sunting sumber]- 1973-1974: Tuan Syed Ahmad b. Syed Omar
- 1974-1981: Hamzah b. Hj.Abdul Rahid, P.I.S
- 1982-1984: Tuan Haji Abu Bakar b. Bachik
- 1984-1985: Abd Malik b. Ismail
- 1986-1987: Tuan Hj. Shukor b. Md Dom, P.I.S
- 1987-1988: Tuan Hj. Mohd Ropi b. Jahis, P.I.S
- 1988-1994: Tuan Hj. Abu Naim b. Hj Siran, P.I.S
- 1994-1997: Jailani b. Rusni, A.M.N
- 1997-Dis 1997: Tuan Hj. Rokhani b. Mangi
- Apr-Dis 1998: Tuan Hj. Abdullah b. Idrus
- Dis 1998-Jun 2001: Tuan Hj. Umar b. Kamari
- Jun 2001-Ogos 2002: Tuan Hj. Kamarudin b. Abu
- 2002-2010: Tuan Hj. Nojumuddin b. Abd Samad P.I.S
- 2011-2013 : Tuan Hj. Idris B. Ahmad
- 2013-Dis 2017 : Encik Ibrahim bin Omar
- Dis 2017 - 2019 : En. Kuswandi bin Tayen
- 2020 - Feb 2022 : Pn. Fazidah binti A. Sani
- Feb 2022 - Mac 2024 : Pn. Unaizah binti Mohd Attas.
- Mac 2024 - kini : Encik Sofian bin Mohd Aris
Kemudahan Sukan
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini mempunyai:
1.Gelanggang hoki saiz 25% daripada saiz pertandingan
2.Padang Kriket saiz pertandingan
3.Padang Ragbi saiz pertandingan
4.Futsal atau Gelanggang Tenis
5.Court Badminton
6.Gelanggang Bola Keranjang
7.Trek 400 meter
8.Gelanggang Lompat Jauh
Tema Sekolah
[sunting | sunting sumber]Menyediakan pelajar supaya mempunyai kemampuan akademik serta jati diri yang unggul untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Rumah Sukan
[sunting | sunting sumber]- Purnama (Merah)
- Suria (Kuning)
- Segara (Biru)
- Buana (Hijau)
Badan Pengurusan Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Lembaga Pengawas
- Pustakawan Pusat Sumber
- Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
- Lembaga Koperasi
- Jawatankuasa Biro Sri Budiman
- Majlis Sistem Rumah (MASIRU)
- Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
- Briged Bestari
- Tunas Bistari
- Student Leaderboard (SLB)
- Badan Pengurusan Asrama (BAPENA)
Badan Berunifom
[sunting | sunting sumber]- Pergerakan Pengakap
- Persatuan Kadet Bersatu Sekolah (PKBM)
- Persatuan Kadet Bomba dan Penyelamat
- Persatuan Kadet Polis
- Persatuan Kadet Remaja Sekolah (KRS)
- Pergerakan Pandu Puteri & Renjer Puteri
- Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
- Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
- Persatuan Seni Silat
- Persatuan Taekwondo
Persatuan dan Kelab
[sunting | sunting sumber]- Badan Agama dan Dakwah (BADAR)
- Kelab Seni Kreatif
- Persatuan Bahasa Arab
- Persatuan Bahasa Melayu dan Sastera (BADRUL BAKHTIAR)
- English Language and Debate Society (ELDS)
- Persatuan Bahasa Mandarin
- Persatuan Matematik
- Persatuan Sains dan Reka Cipta
- Persatuan Sejarah
- Persatuan Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
- Persatuan Tarian Dangdut
- Persatuan Geografi
- Persatuan Bahasa Jerman
- Persatuan Kejuruteraan
- Kelab Fotografi (SJPC)
- Kelab Kompang
- Kelab Muzik dan Koir
- Kelab Hoki
- Kelab Nasyid
- Kelab Pengguna
- Kelab Karl Marx
- Kelab Pencegah Jenayah
- Kelab Rekreasi
- Kelab Kitar Semula
- Kelab Zapin Selayah Pujangga
- Kelab Robotik
- Kelab Tunas Bestari
- Kelab Komputer
- Kelab Koperasi
- kelab bimbingan dan kerjaya
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Lirik
[sunting | sunting sumber]Majulah-majulah
Sekolah yang tercinta
Biar indah megah dan masyhur
Berbakti untuk nusa dan bangsa
Di sepanjang masa
Ku serah jiwa dan ragaku
Untuk bimbingan
Dan didikan
Ku cari ilmu
Ku taburkan bakti
Selagi ada hayatku
Berjasalah berjasa
Sekolah yang tercinta
Sinar harapan
Putera dan puteri
Teguh berdiri
Sepanjang zaman
Membela ibu pertiwi
Alumni Sekolah
[sunting | sunting sumber]- YB Datuk Ahmad Maslan iaitu Ahli Parlimen Pontian merangkap bekas Timbalan Menteri Kabinet (2009-2018) [perlu rujukan]
- Dato Azman Mohd Arof, pemilik dan pengarah urusan syarikat Aerosystem Travel & Tour Sdn Bhd iaitu empunya yang mengendalikan perkhidmatan bas di bawah jenama Ekspres Mayang Sari [2]
- YB Hj Aminolhuda Hj Hassan - ADUN Parit Yaani, Mantan EXCO Negeri Johor, Pengerusi AMANAH Negeri Johor
- YBhg Dato' Hidayat Abdul Hamid - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India
- YBhg Datuk Dr. Aminuddin Hassim - Ketua Pengarah NADMA, Mantan Presiden Perbadanan Putrajaya
- YBhg Datuk Dr. Mohd Shah Mahmood - Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Forensik Hospital KL (Pakar Perunding Kanan Forensik) / Institut Perubatan Forensik Negara & Ahli Pakar Penyiasat Forensik Tragedi Malaysia Airlines MH17
- Dato’ Haji Azmar Talib - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TRX Tun Razak Exchange City Sdn Bhd
- Prof. Dr. Ghizan Saleh - Ketua Kluster Pertanian & Makanan Majlis Profesor Negara, Mantan Presiden SAJOHA yang pertama
- Dato' Hj Ahmad Ridza bin Bukhari - Pemilik Ain Furnishing Sdn Bhd, Mantan Presiden SAJOHA
- YBhg. Datuk Hj. Ahamad Kamel Ismail - Pengurus Besar Yayasan Melaka
- Allahyarham Datuk Ir Zainudin A.Kadir - Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas)
- Datin Rashidah Mohd Sies - Setiausaha Bahagian, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan
- Dato' Sr Rosli Atan - Pengarah Urusan Ian Scott International- Rentier Advisory Services Sdn. Bhd.
- Encik Ragunath Kesavan - Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia (2009-2011)
- Dato' Hj Salehuddin Hj Hassan - Pegawai Kewangan Negeri Johor, Mantan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Johor Bahru
- Tuan Hj Zulkifly Hj Mohd Tahir - Pegawai Daerah Pontian
- Tuan Hj Azman Haji Mohamed Shah - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ)
- Encik Mohammad Diah Hj Wahari - Mantan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
- Encik Zainal Abas - Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Bekas Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Bekas Pengacara Sukan TV Astro & Media Prima
- Zainal Alam Abd Kadir - Editor Bersekutu The Malaysian Reserve
- Dr Mohd Mazri Yahya - Doktor Pakar Perunding Pembedahan Vaskular KPJ Johor, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
- Amir Hassan - Pemilik Blog Denaihati.com
- Vikneswaran Iswarapatham - Pengurus Pasukan Hoki Remaja Malaysia (2020~2021), Bekas Jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), Bekas Pemain Hoki Kebangsaan
- Azmi Samuri - Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat Bank Islam Malaysia
- Mohd Rezwan Abdullah Ismail - Ketua Pegawai Risiko di Bank Muamalat Malaysia
- Mohd Rizal Jailan - Pengarah Urusan Inokom Corporation Sdn Bhd
- Ahmad Shahriman Mohd Shariff - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Islamic Bank Malaysia
- Shamsudin Ali (Sam Ali) selaku pengasas, vokalis dan pemain gitar bass kumpulan metal yang dikenali di Australia, Malaysia dan seluruh dunia iaitu Cromok [perlu rujukan]
- Mohd Herwan bin Sairon ialah salah seorang pemuzik[perlu rujukan] Kumpulan The Muffins yang pernah popular sekitar zaman 2000-an [perlu rujukan]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018
- ^ https://www.bharian.com.my/node/37708/amp
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ)
- Laman Web Rasmi Bekas Pelajar SMSJ Tahun 1999-2003
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.