Sejarah Nusantara
Sejarah Nusantara ialah peristiwa-peristiwa dan kerajaan-kerajaan yang berdiri di Nusantara sebelum penubuhan Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, dan Republik Indonesia. Umumnya, sejarah rantau ini dibahagikan kepada zaman purba atau prasejarah, zaman kerajaan Hindu Buddha, zaman kerajaan Islam dan akhirnya zaman kolonial. Selepas zaman kolonial, Nusantara berpecah kepada beberapa negara iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia,Singapura dan Timor Timur.Tiada perkataan Melayu pada Abad dan kurun yang akan dinyatakan dalam petikan di bawah ini,
Zaman prasejarah
[sunting | sunting sumber]Penghijrahan manusia purba masuk ke wilayah Nusantara terjadi antara 100,000 – 160,000 tahun yang lalu sebagai sebahagian penghijrahan "keluar dari Afrika". Selanjutnya, kira-kira Abad ke-20 SM, 2000 SM, penghijrahan besar-besaran masuk ke Kepulauan Nusantara dilakukan oleh ras (keturunan) Austronesia dari Yunnan dan mereka menjadi nenek moyang kepada suku-suku di wilayah Nusantara barat. Mereka datang dalam dua gelombang, iaitu sekitar tahun 2500 SM dan 1500 SM.
Bangsa nenek moyang ini telah memiliki peradaban yang cukup baik. Mereka faham akan cara bertani yang lebih baik, ilmu pelayaran bahkan astronomi. Mereka juga sudah memiliki sistem tata pemerintahan sederhana serta memiliki pemimpin (raja kecil). Kedatangan pendatang-pendatang dari India pada abad-abad akhir sebelum masihi memperkenalkan sistem tata pemerintahan yang lebih maju (kerajaan) kepada mereka.
Kerajaan Hindu/Buddha (0-1500)
[sunting | sunting sumber]Ketika awal tarikh Masihi, Nusantara diperintah oleh beberapa kerajaan Buddha dan Hindu. Agama-agama dharma ini disebarkan oleh pedagang-pedagang India yang belayar ke Nusantara. Kerajaan Hindu pertama di Nusantara, mengikut catatan pedagang India ialah kerajaan Jawa Dwipa di pulau Jawa yang wujud sekitar 200 SM. Manakala, mengikut Prasasti Yupa, kerajaan tertua di nusantara ialah Kerajaan Kutai[1] yang bertarikh 400 SM.
Pada kurun ke-7 hingga kurun ke-14, terdapat dua kerajaan besar iaitu kerajaan Srivijaya dan kerajaan Majapahit. Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan pertama yang berjaya menyatukan Nusantara dan membentuk acuan budayanya. Hal ini diikuti dengan kerajaan Majapahit dari Jawa. Pengaruh Hindu ini bertahan sehingga abad ke-14 apabila Islam mula memasuki Nusantara menerusi Sumatra.
|
|
|
|
- Vietnam
Kerajaan Islam (1500 - sekarang)
[sunting | sunting sumber]Islam pertama kali di Nusantara sekitar kurun ke-11 melalui kerajaan Pasai (aceh). Penyebaran awal Islam di Nusantara dilakukan pedagang-pedagang Arab, Cina, India dan Parsi. Selepas itu, proses penyebaran Islam dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Islam Nusantara melalui perkahwinan, perdagangan tempatan dan peperangan.
Pada kurun ke-14, Kesultanan Melaka berkembang menjadi pusat penyebaran Islam di Nusantara setalah kerajaan pasai (aceh). Setelah kejatuhan Melaka, pusat penyebaran Islam beralih ke Kerajaan Aceh di Sumatra. Pada lewat kurun ke-15, Hampir keseluruhan Nusantara sudah memeluk Islam kecuali di pulau Bali, Filipina dan beberapa kawasan di Borneo, Sulawesi dan Jawa Timur.
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman penjajahan Eropah
[sunting | sunting sumber]Zaman penjajahan Eropah bermula apabila Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Pada tahun 1521, Ferdinand Magellan tiba di Cebu, Filipina dan menjadikan pulau itu sebahagian daripada empayar Sepanyol. Pada tahun 1565, keseluruhan Filipina jatuh ke tangan Sepanyol dan dinamakan Hindia Timur Sepanyol. Pada 1602, Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan dan pada tahun 1605, Ambon ditawan Belanda daripada tangan Portugis. Inggeris pula mula menapak di Nusantara apabila Sir Francis Light membuat perjanjian lisan dengan Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang. Belanda dan Inggeris kemudiannya bersaing untuk meluaskan pengaruh di Nusantara dan persaingan ini berhenti apabila Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dimaterai. Perjanjian ini dan juga penjajahan Sepanyol merupakan titik penting dalam sejarah bila mana Nusantara mula berpecah belah, daripada sebuah rantau yang bersatu kepada beberapa negeri mengikut penjajahnya.
|
|
|
|
- Jepun
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sejarah Indonesia
- Sejarah Malaysia
- Sejarah Singapura
- Sejarah Filipina
- Sejarah Brunei
- Sejarah Timor Timur
- Senarai kerajaan yang pernah wujud di Nusantara
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kronologi Sejarah Indonesia dalam talian
- Senarai kerajaan-kerajaan di Indonesia
- Senarai kerajaan-kerajaan di Malaysia